Dalam melayari blog, aku pernah terbaca kisah benar dari seorang rakan blogger. Tentang kisah seorang lelaki, juga seorang suami. Seorang yang berpendidikan tinggi, berkerjaya hebat & penampilan yang penuh warak. Tapi di sebalik semua itu, rupanya dia juga seorang yang panas baran & kaki pukul. Kasihan 'kakak' itu... selalu menjadi mangsa.
So, untuk lelaki (suami?), aku tujukan khas kisah ini untuk kamu. Kepada wanita, fikir-fikirkanlah. Bersyukurlah jika segalanya o.k.e.y dan jika tidak o.k.e.y, bertindaklah sewajarnya… tapi jangan ikut tindakan dalam kisah ini. hehe.
Kisahnya…
Matanya melilau. Lelaki bermuka bengis itu mencari kalau-kalau ada kelibat isterinya di dalam hutan belukar itu. Tapi hampa. Hatinya semakin geram. Berani sungguh isterinya melarikan diri!
“Kalau aku dapat, siaplah!” kata lelaki itu sambil mengetap-getap bibirnya. Marah.
Bagi menghilangkan penat, lelaki itu berehat di bawah pokok yang besar dan tinggi.
Tiba-tiba lelaki bengis itu mendongak ke atas. Sayup di celah dahan, dia terlihat ada sesuatu bergerak-gerak. Ada seseorang di atas sana.
“Lekas turun!” jeritnya apabila mendapati yang menyorok di atas pokok itu adalah isterinya sendiri!
“Tak mau! kalau aku turun, kau akan pukul aku lagi,” jawab si isteri penuh ketakutan.
“Kalau engkau tak mahu turun, nahas aku kerjakan kau! laung lelaki itu bercekak pinggang. Lantas dicapainya sebatang kayu.
Lelaki itu segera memanjat pokok itu. Matanya merah dan tajam memandang isterinya. Parut dan lebam kelihatan hampir di seluruh badan isterinya. Bibir yang pecah. Ada darah mengalir. Isterinya menggigil kerana lelaki itu semakin hampir.
“Siap engkau kejap lagi!” lelaki itu mencengkam lengan isterinya. Kalau dapat, lelaki itu akan membelasah lagi isterinya sampai separuh mati (seperti yang biasa dilakukannya). Akan ditampar-tampar dan diterajangnya isterinya itu sampai tak sedarkan diri.
Belum sempat lelaki itu memegang lengan isterinya, wanita itu tiba-tiba melompat dari dahan tempat dia bersembunyi. Lelaki itu semakin marah. Tanpa berlengah diapun ikut terjun untuk menangkap isterinya. Kedua-duanya melayang jatuh, tapi hanya tinggal beberapa sentimeter sebelum mencecah tanah, badan si isteri tiba-tiba melantun semula ke udara.
Rupa-rupanya semasa menyorok di atas pokok, wanita itu telah mengikat kakinya dengan akar pokok liana yang terkenal dengan liatnya. Muslihatnya berpura-pura hendak membunuh diri ternyata berhasil.
Bagaimana nasib lelaki bengis, panas baran dan kaki pukul itu? hehe. Tulang-temulangnya patah riuk akibat terhempas kuat ke tanah. Dia mati serta merta. Tak sempat mengucap ...
p/s: Kisah ini saya petik dari sebuah majalah. Tapi saya olah sikit-sikit. Dah lama sebenarnya saya baca. Terasa pula ingin berkongsi di sini setelah baca kisah dari rakan blogger itu (aku sempat bertanyakan khabar dengan blogger itu tentang kisah 'kakak' itu. Tapi apakan daya, kerana dia seorang isteri yang setia... )