Followers

31 May 2008

Lihat kemungkinannya, bukan keadaannya

Jam 6.45 petang. 31 Mei 2008. Aku terima panggilan telefon.

“Cikgu, macamana tanah tu. Jadi ke cikgu nak beli?" Abang Nor menelefonku.

“Tanah sebelah lot cikgu tu dah dibeli orang dah. Cuma tanah corner lot yang cikgu booking tu saya minta pada tuan tanah jangan bagi pada sapa-sapa. Tunggu cikgu dulu” Abang Nor menjelaskan padaku.

“Jadi. Esok saya jumpa abang Nor” Aku membuat keputusan. Tegas. Bimbang juga kalau tanah corner lot tu dah dijual pada orang lain.

“Kita pergi jumpa tuan tanah pagi esok. Bincang soal bayaran. Sama ada dia mahu saya bayar cash ke atau dia mahu deposit duluke” aku memberi cadangan.

"Okey cikgu, kita jumpa pagi esok. Assalamualaikum”

”Waalaikumussalam”

Tiga hari yang lalu aku dan Abang Nor – orang lama di kampung Pahi – juga pekerja di sekolah, pergi meninjau tanah yang mahu dijual oleh seorang kenalannya. Kedudukan lokasi tanah itu hanya dua minit dari jalan besar. Jalan besar itu pula sudah mulai padat dengan rumah dan kedai. Malah terdapat juga sekolah menengah, balai polis dan klinik kesihatan.

Walaupun terlindung oleh pokok kelapa sawit, tetapi apabila ditinjau-tinjau, bagi fikiranku kedudukan tanah tersebut agak strategik juga. Tambahan lagi aku dapati sudah banyak rumah didirikan di kawasan tersebut. Malah pokok getah yang sudah tuapun sudah ditebang dan tanah getah tersebut sudah habis dijual pada pertengahan tahun lepas. Dan yang penting lagi aku terdengar kemungkinan kawasan kelapa sawit tersebut akan ditebang dan akan didirikan hospital pakar. Namun kebenaran berita ini belum dipastikan lagi. Cuma berita tersebut aku perolehinya dari Abang Sof yang juga kenalan aku semasa bekerja di Sabah. Abang Sof kini bekerja di pejabat tanah, bahagian penilaian harta tanah pusaka.


Jam 9.00 mlm. 31 Mei 2008.

Aku membaca sebuah buku, karya Dr. D.J. Schwartz. Aku tertarik dengan satu tajuk yang disentuhnya iaitu “Lihat Kemungkinannya, Bukannya Keadaannya.”

Dan salah satu aspek yang dibincangkan ialah berkenaan tajuk, “Apa yang memberikan nilai kepada tanah?”

Menurut Dr. D.J. Schwartz,

“Seorang penguasa hartanah yang berjaya adalah kerana beliau tidak menjual keadaan sesuatu tanah, akan tetapi kemungkinan yang akan diperolehinya dengan tanah tersebut"

“Orang-orang yang berfikiran positif melatih diri untuk tidak hanya melihat kenyataan akan tetapi juga kemungkinan-kemungkinan yang positif yang ada dalam kenyataan itu”

“Jangan dipandang sesuatu hal atau benda seperti adanya, akan tetapi pandanglah pula kemungkinan-kemungkinannya. Visualisasi menambah nilai pada sesuatu barang”

“Selalulah mewujudkan dalam gambaran-fikiran apa yang dapat diusahakan pada hari akan datang. Jangan terjerat dengan keadaan sekarang”


p/s – Aku berharap keputusanku untuk membeli tanah tersebut adalah tepat.
Esok aku akan berurusan dengan tuan tanah tersebut. InsyaAllah. Moga semuanya berjalan lancar.

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin


Mari kita renungkan sejenak sifat-sifat yang mesti dimiliki oleh seorang pemimpin menurut para pemikir Islam.

Ibnu Khaldun menggariskan sifat-sifat pemimpin sebagai berikut:

(i) Suka memaafkan

(ii) Suka melindungi pihak yang lemah

(iii) Murah hati kepada tetamu

(iv) Memelihara yang miskin

(v) Sabar dalam kesusahan

(vi) Jujur dalam perkataan dan perbuatan

(vii) Menghormati alim ulama

(viii) Menghormati guru dan orang-orang tua

(ix) Tidak sombong kepada fakir miskin

(x) Mahu mendengar kritikan

(xi) Mempunyai semangat persatuan

(xii) Menghargai dan menghormati kawan

(xiii) Menempatkan orang orang yang layak dalam sesuatu jawatan

(xiv) Tidak hidup bermewah-mewah


Imam Abu Hamid Al-Ghazali memberi ciri-ciri pemimpin sebagai berikut:

(i) Sayang kepada rakyat

(ii) Berjiwa diplomatik

(iii) Mempunyai jalan fikiran yang jelas

(iv) Tegas dalam bertindak

(v) Berfikiran tajam

(vi) Luas pengetahuan

(vii) Berani

(viii) Mempunyai azam yang kuat

(ix) Mempunyai pengetahuan tentang negara dan sejarah pemimpin-pemimpin yang terdahulu


Prof Dr Hamka mengemukakan syarat-syarat pemimpin sebagai berikut:

(i) Bertakwa kepada Allah

(ii) Bersifat amanah

(iii) Berani di saat genting

(iv) Bijaksana

(v) Sanggup berkorban harta benda untuk rakyat

(vi) Tidak mudah tergoda oleh pujian


p/s – kita bukan hanya pemimpin di atas dunia ini sahaja, tetapi ia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t kelak. Semoga kita menjadi pemimpin yang sentiasa dilimpahi taufik dan hidayahNya. Amin.

29 May 2008

Lebih banyak risiko lebih banyak keuntungan


Penulis tertarik dengan satu artikel berkenaan dengan Petua Kejayaan Peniaga Cina – oleh Ann Wan Seng, Pakar Motivasi Perniagaan (Wang Seng memeluk Islam 12 tahun yang lalu & sehingga kini telah menghasilkan 30 buah buku motivasi).

Berikut adalah kata-kata Wang Seng yang penulis rasa amat menarik untuk direnungi bersama. Bagi penulis, petua ini sebenarnya boleh juga dipraktikkan dalam apa jua persekitaran kerja.

Antara petikan tersebut:

“Bangun seawal subuh kerana sumber rezeki bermula awal pagi. Suruhan ini dititikberatkan dalam Islam, tetapi masyarakat Cina turut mengamalkannya”

“Seseorang peniaga perlu bersikap mesra, ‘ringan mulut’, kemahiran komunikasi yang baik, hormat dan tidak kedekut senyum”

“Peniaga perlu meminta maaf kepada pelanggan jika terlambat, tersilap, kehabisan barang atau perkhidmatan kurang memuaskan supaya pelanggan ‘sejuk hati’ dan sedia bertolak ansur dengan peniaga”

“Kemahiran yang dipelajari secara teori iaitu melalui bahan bacaan serta tunjuk ajar semata-mata tidak akan membantu peniaga mencapai kejayaan sebaliknya kemahiran terbaik hanya diperoleh apabila teori itu dipraktikkan”

“Kemahiran akan bertambah jika seseorang peniaga pernah gagal kerana ia akan membantunya memperbaiki kesilapan dan 99 peratus ahli perniagaan yang berjaya ketika ini pernah gagal hingga ada yang hampir muflis”

“Masyarakat Cina berani mengambil risiko dalam perniagaan dan bagi mereka, lebih banyak risiko bermaksud lebih banyak keuntungan akan diperoleh, tetapi kena bijak, ada perancangan serta sentiasa ingin maju”

“Bersaing secara sihat adalah faktor kejayaan dalam perniagaan, tetapi kebanyakan masyarakat lain gemar bersaing secara kotor dan dengki melihat orang lain maju serta cuba menjatuhkannya…”

“Peniaga Cina bijak menguruskan wang dengan membuat kira-kira keuntungan setiap hari dan menyediakan wang tukar secukupnya untuk berniaga keesokan harinya. Peniaga juga mesti rajin berniaga dan tidak ambil kisah jika tidak mempunyai masa yang banyak untuk rehat”

“Setiap individu yang menceburi perniagaan perlu mengikis sikap malu kerana jika keterlaluan, ia bukan saja gagal melariskan jualan, malah perniagaan mereka tidak akan maju”

“Sesetengah peniaga kurang menyedari kesilapan mereka dalam perniagaan. Mereka hanya tahu menyalahkan pihak lain tanpa menuding jari kepada diri sendiri jika gagal dalam perniagaan”

p/s - Artikel di atas dipetik oleh penulis dari akhbar Berita Harian, 27 Mei 2008, hlm. 9.

25 May 2008

Petua memberi tumpuan

Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:


1. Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas. Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut. Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.

2. Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti. Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak. Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.

3. Cuba duduk di barisan depan dalam kelas. Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.

4. Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih (sesetengah guru menggunakan skrin besar)

5. Tunjukkan minat yang mendalam. Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda. Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar. Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas. Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.

6. Pasang telinga. Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan. Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.

7. Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.

8. Catat setiap perkara yang anda tidak faham. Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda. Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?

9. Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan. Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru. Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik. Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.

10. Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan. Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.

11. Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam. Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas.

Nota ini dipetik oleh penulis dari Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

21 May 2008

12 panduan untuk belajar menerima tanggungjawab

Kita semua adalah pemimpin (ada yang bakal jadi pemimpin). Oleh itu sebagai pemimpin, kita mesti melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

Berikut adalah 12 panduan yang dapat digunakan oleh seseorang pemimpin untuk belajar menerima tanggungjawab.


1. Dalami kerjaya semasa membina kemampuan untuk menerima tanggungjawab.

2. Pelajari tugas ketua anda dan bersedia menerima tanggungjawabnya dalam masa yang singkat.


3. Sediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi untuk memikul tanggungjawab.


4. Sentiasa dapatkan tugasan pengurusan yang pelbagai supaya anda memperoleh dan menambah pengalaman.


5. Ambil kesempatan sepenuhnya untuk menerima tanggungjawab yang lebih besar.


6. Lakukan setiap tugasan yang diberi, baik kecil mahupun besar, sebaik mungkin.


7. Terima kritikan yang bernas dan ikhlas apabila perlu.


8. Pegang teguh pada perkara yang benar; berani menegakkannya.


9. Terima tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan orang yang bekerja di bawah anda.


10. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan, perbuatan dan arahan anda.


11. Ingatlah bahawa amat penting bertanggungjawab terhadap perkara yang tidak akan anda lakukan dan perkara yang anda lakukan.


12. Sekiranya tiada sebarang arahan, mulakan inisiatif dan bertindak menurut arahan yang mungkin dikeluarkan oleh orang atasan andainya dia ada.

Sumber: James K. VanFleet - penulis buku-buku tentang pengurusan, psikologi gunaan dan kesihatan.

My friend... you gave a whole new meaning

Did you know that those
who appear to be very strong in heart,
are real weak and most susceptible?

Did you know that
those who spend their time
protecting others are the ones
that really need someone to protect them?

Did you know that the three most difficult things to say are:
I love you, Sorry and help me

Did you know that
those who dress in red
are more confident
in themselves?

Did you know that those
who dress in yellow
are those that enjoy their beauty?

Did you know that those
who dress in black,
are those who want to be unnoticed
and need your help and understanding?

Did you know that when you help someone,
the help is returned in two folds?

Did you know that it's easier
to say what you feel in writing
than saying it to someone in the face?

But did you know that it has more value
when you say it to their face?

Did you know that
if you ask for something in faith,
your wishes are granted?

Did you know that
you can make your dreams come true,
like falling in love,
becoming rich,
taying healthy,

if you ask for it by faith,
and if you really knew,
you'd be surprised by what you could do.

But don't believe everything I tell you,
until you try it for yourself,

if you know someone
that is in need of something that I mentioned,
and you know that you can help,
you'll see that it will be returned in two-fold.

Today,
the ball of FRIENDSHIP is in your court,
send this to those who truly are your friends
(including me if I am one).

Also, do not feel bad if no one sends this back to you in the end,
you'll find out that you'll get to keep the ball for other people.


sumber: e-mail dr. flora, Kota Kinabalu Sabah (power point bergambar)

p/s - Flora, terima kasih atas kiriman

Rehat minda kejap

kiriman salah seorang kawan G3

“When life is hard and
Payday is still so far away

And when the salary comes it's not enough
there is only one thing to do”

p/s - senyum aku melihat gaya bebudak kecil ni.. mungkin tengah berfikir "mana nak fikirkan duit, mana nak fikirkan masalah negara".

19 May 2008

BERITA GEMPAR!!!!! TUN DR MAHATHIR KELUAR DARI UMNO?


Aku terkejut apabila berita TV3 pada 19 Mei 2008 jam 1.42 pm - memaklumkan bahawa mantan PM Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan dirinya keluar dari parti UMNO. Beliau juga dikatakan meminta ahli-ahli UMNO yang lain agar keluar dari UMNO!!!

Pengisytiharan ini dilakukan semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan lebih 1,000 ahli UMNO di Alor Setar Kedah. Walau bagaimanapun Tun tidak mahu ahli yang keluar UMNO memasuki parti lain!!!

Benarkah Tun keluar dari UMNO? Aku semacam tak percaya?

Aku terfikir jika benarlah Tun keluar, ini ada kaitan dengan banyak persoalan politik yang melingkari Tun sekarang. Dan sememangnya memang dah dijangka. Tun akan buat sesuatu keputusan yang tiada sesiapapun boleh jangka.

Itulah Tun dari dahulu hingga sekarang.


Jam 3.oo pm. Berita TV3. Muktamad. Tun keluar dari UMNO. Gambar menunjukkan Tun sedang diwawancara oleh wartawan.

Tun ditanya adalah peletakan jawatan beliau disebabkan siasatan ke atas dirinya sekarang?

Jawab Tun, "Nak tuduh saya boleh tuduh. Kalau saya bersalah boleh masuk jel lah!!!

Bila ditanya adakah Tun akan masuk semula dalam UMNO sekiranya Pak Lah meletak jawatan?

Jawab Tun, "Saya letak jawatan keahlian UMNO selagi Pak Lah menjadi Presiden UMNO"

Apa dah jadi ni? ishhh.. ishhh... aku mengeleng-geleng kepala.

"Kita ibarat emas yang diketuk"


Lama tak dengar kisah ayam. Bila makan nasi ayam pagi tadi.. terlintas pula kisah ayam. Kebetulan terbaca pula kisah ayam karya dr Tuah di satu sudut papan kenyataan.

Jom kita kongsi & 'refresh' balik kisah ayam ni.

Al-kisahnya

Ayam kampung perlukan 10 orang untuk menangkapnya. Ayam itu akan lari sekeliling kampung. 10 orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana, dan tersungkur di sini; namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas, sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam kampung.

Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ayam itu bangkit semula berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ayam itu terus berjalan hingga akhirnya rebah. Di situ barulah tamat riwayat hidup seekor ayam kampung.

Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar, lalu diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar itu terteleng-teleng, melihat sana melihat sini (confuse agaknya..hee hee). Kemudian melangkah kaki masuk kembali ke dalam sangkarnya. Ayam itu tidak pernah tau bahawa selama berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang dan selama berada di luar, peluang untuk lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas.

Itulah bezanya ayam kampung dengan ayam Bandar. Cabaran hidup menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedang ayam Bandar tidak nampak peluang lalu menjadikan mereka begitu lemah lagi malas.


Moral kisah ayam di atas

“Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali” sebaliknya “Kesenangan pasti menyebabkan kelemahan, bukan saja tubuh badan kadang-kadang dalam amal ibadat juga”

“Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalunya bertambah kuat”

“Cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Cabaran bukanlah nasib malang tapi membuka peluang”

“Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin membentuk, Ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya”


p/s – Penulis fikir mungkin itu jugalah sebabnya daging ayam kampung lebih mahal berbanding ayam bandar. Begitu juga dengan telurnya. Daging ayam kampung lebih liat. Sedap bila dimakan dengan kari @ kurma… ada alca & cecah sambal pula. fuhhh!!!

16 May 2008

Selamat Hari Guru


Macam-macam ucapan yang kuterima…berikut antaranya.;

“Selamat Hari Guru” – paling banyak sekali

“Teacher is like PEPSI “Ask 4 More”, Teacher is like NIKE “Just Do It”, “Teacher is like NOKIA, “Connecting People”, Teacher is like McDonald, “I’m Loving it” Happy Teacher’s Day!!.

“Kadang-kadang kwn mcm maggie; time susah kita cari, kadang-kadang tu cam Chipsmore; kejap ada kejap takda, kawan juga cam Astro; macam-macam ada, tapi buatku kawan tu cam L’Oreal kerana dirimu begitu berharga. Selamat Hari Guru…”

“Selamat Hari Guru. Khas buat Cikgu Rashid…drp pelajar cikgu, Moga cikgu akan terus maju jaya dan tabah dlm melayari hidup sbg seorang guru untuk sentiasa mencurahkan ilmu kpd kami… amin…”

“Guru …dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksananya, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru... Slmt Hari Guru.

"Some sees us as candle, some even thought we are angel, but deep inside we are normal person with one aim, to educate more people, Happy Teacher's Day!!

Marilah kita sama-sama menyoroti Tema Hari Guru... dahulu dan sekarang

Tema Hari Guru

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

p/s - teringat aku kepada guru-guru semasa di Sek Ren & Men di Rantau Panjang... & Sek Men Sultan Ibrahim 1 Pasir Mas... eee aku juga pernah dirotan di tapak kaki semasa darjah 2 ..sbb nakal. hee hee... terima kasih cikgu kerana rotan saya...

15 May 2008

Seseorang itu kena motivasi diri sendiri untuk hebat

11.00–12.00 mlm 14.5.2008
siaran ‘Rancangan Jangan Tidur Lagi’ ke udara melalui siaran TV3.

Aku tertarik dengan cara dan gaya Adlin, pengacara rancangan Jangan Tidur Lagi - berborak dengan tetamu jemputan - Fauziah Ahmad Daud, Noraniza Idris dan Irfan Khairi.

Irfan Khairi? Ya, Irfan Khairi. Siapa tak kenal Irfan Khairi, Jutawan Muda Internet yang kini terlibat secara serius dalam perniagaan internet. Anak muda yang sudah mempunyai tiga orang anak itu sebenarnya sudahpun bergelar jutawan ketika berumur 25 tahun lagi.

Irfan Khairi, anak muda yang kini berumur 35 tahun itu hadir dalam rancangan TV dengan penampilan yang simple, santai dan kemas. Beliau kini sibuk dengan motivation talk di seluruh Malaysia, motivasi berkenaan program keusahawanan dan motivasi diri.

Berikut adalah kata-kata Irfan Khairi semasa sesi borak-borak itu (apa yang sempat penulis catatkan untuk renungan kita bersama).


Menurut Irfan Khairi;


“Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, seseorang itu harus mempunyai minat. Minat apa kerja yang akan diceburi.”

“Seseorang itu kena motivasi diri sendiri untuk hebat dalam perniagaan”

“Saya tidak pernah patah semangat walaupun pernah gagal beberapa kali...”

“Dalam usaha nak mencapai kejayaan mesti ada kegagalan”

“Dalam usaha nak mencapai kejayaan mesti lalui kesusahan”

p/s – Menarik sekali nasihat jutawan internet yang baru saja berumur 35 tahun itu. Tapi apa yang tidak disangka-sangka dalam rancangan tersebut ialah beliau menari dengan gembira sekali, penuh ceria dan penuh bergaya - simbol kejayaan

14 May 2008

Apa berlaku pada minda orang berjaya?

Apakah sebenarnya yang berlaku pada minda seseorang yang bertukar dari seorang yang biasa kepada seorang yang berjaya?.

Aku tertarik dengan pandangan pakar Psikologi yang telah melukis gambaran mengenai sel-sel ini sebagai satu yang berbentuk seperti buah pear.

Buah Pear? sukar untuk aku bayangkan… hee hee

Menurut pakar Psikologi itu lagi,

“… ia tersusun di dalam kumpulan-kumpulan seperti segugusan buah anggur. Sebelum kita dilahirkan, tidak satupun sel ini ‘jaga’. Semuanya ‘tidur’ dan kelihatan seperti putik-putik bunga yang belum kembang. “

“Tetapi sebaik saja kita dilahirkan, beberapa sel tertentu akan terjaga. Sel-sel ini tidak akan ‘terjaga’ pada waktu yang sama atau dalam kelajuan yang sama. Sel-sel yang mengawal pernafasan, menangis, makan dan sebagainya akan ‘jaga’ terlebih dahulu. “

“Selepas itu sel-sel lain yang mengawal pergerakan seperti berjalan, membezakan dsb turut akan ‘terjaga’. Sel-sel lain akan terjaga setengahnya apabila kita berumur 5 tahun, 10, 20, 30, 40, 50, 60, 70 dan mungkin lebih daripada itu. “

Pakar-pakar psikologi menimbulkan persoalan;

“Bandingkan apa akan jadi pada kita jika kita hanya separuh jaga. Kita hanya menggunakan sebahagian kecil dari minda kita. Sebaliknya terdapat sesuatu di dalam diri kita iaitu satu ‘kuasa’ yang mana tidak pernah kita ketahui dan tidak pernah menggunakannya…”

Sebaik saja habis rangkap di atas, aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Adakah aku masih / hanya menggunakan sebahagian kecil minda … untuk kehidupan seharian selama ini?

Aku harus terobos diri. Muhasabah diri. Refresh diri. Mencari sesuatu yang bermakna. Melakukan sesuatu.. memperolehi sesuatu…

p/s – Penulis mengambil bahan persoalan ini dari buku Frank Tibolt, Sentuhan Kejayaan…

12 May 2008

Anda senyum dia pasti tersenyum



Apabila ditanya mengenai rahsia personaliti yang baik, seorang pemimpin pernah berkata:

“Saya tidak ada apa-apa yang rahsia. Sebenarnya anda masih belum belajar mengenai kehidupan. Tidakkah anda perasan yang anda boleh memberi warna kepada kehidupan, atau anda memang boleh menentukan reaksi yang anda mahu daripada orang yang anda temui.”

Pemimpin tersebut menambah lagi.

“Sememangnya amat mudah. Jika anda mahu mereka senyum pada anda, senyumlah dahulu. Jika anda mahu mereka mempunyai minat terhadap anda, tunjukkanlah yang anda juga berminat dengan mereka. Jika anda mahu mereka memuji anda, pujilah mereka dahulu. Orang akan melayan anda seperti anda melayan mereka. Sememangnya tidak ada rahsia. Lihatlah diri anda. Anda akan dapat buktikannya apabila anda berjumpa dengan orang yang baru anda temui.”

Lord Chesterfield berkata:

“Perasaan suka seorang yang lain adalah seperti magnet yang terkuat untuk menarik perasaan yang sama dari orang tersebut.”

Goethe, berkata:

“Jika anda mahu orang suka dan gembira bertemu anda, anda juga mesti mempunyai perasaan yang sama. Tunjukkan perasaan itu.”

p/s - saya setuju ngan ini. terbukti…

Manusia akan berhenti membuat pensel…

“Salah satu tanda yang anda semakin matang ialah apabila anda sanggup bertanggungjawab terhadap kesilapan anda,” kata Dr. Wayne Morrison, profesor psikologi di sebuah universiti di Midwest, A.S.

“ Mengakui kesilapan sendiri memerlukan keberanian dan kebijaksanaan, terutama apabila kesilapannya itu agak tidak masuk akal.”

“Saya membuat silap setiap hari dan ini akan berterusan sepanjang hidup saya. Bagaimanapun, saya cuba tidak mengulangi kesilapan yang sama buat kali kedua pada hari yang sama, tetapi hal ini agak sukar bagi saya pada kebanyakan masa.”

“Bagaimanapun, saya berasa tenang setiap kali memegang pensel. Saya mengambil kesimpulan bahawa apabila orang tidak lagi buat silap, maka manusia akan berhenti membuat pensel yang ada pemadam.”

p/s - teringat, ada ahli psikologi (lupa nama) pernah berkata, ada tiga ucapan yang ’simple tetapi mempunyai nilai yang besar’.

1. terima kasih …
2. minta maaf …
3. minta tolong…

Tanam rambutan tumbuh ubi kayu

Suatu hari di sebuah kampung kecoh apabila Pak Pandir memanggil wartawan datang ke rumahnya. Bila para wartawan sampai mereka pun bertanya kepada Pak Pandir:

“Ada apa yang menarik ni Pak Pandir?”.

“‘Tenguk ni.. aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu.. hehehe.” Pak Pandir menjelaskan apa yang berlaku.

“Waaa pelik ni Pak Pandir.. cuba cerita kat kami, apa sebenarnya yang telah terjadi?” tanya seorang wartawan.

“Lima bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini.. aku ingat lagi sebab aku ada tandakannya kat sini” Pak Pandir menceritakan sambil tangannya menunjukkan arah ke tanah.

“Dengan apa Pak Pandir tandakannya?” tanya wartawan tersebut.

“Dengan batang ubi kayu” jawab Pak Pandir bersahaja…dengan mukanya yang selamba.

“Cis! Cis!!!” wartawan berlalu meninggalkan Pak Pandir.

Kopi boleh berfungsi mengikut keadaan?

Kelmarin aku singgah makan di sebuah warung. Lokasinya cantik - tepi pantai. Makan kue teow lakna, makanan kegemaranku. Sambil makan sempat aku perhatikan persekitaran warung tu. Lihat manusia-manusianya. Lihat persekitaran warung. Kreatif juga pemiliknya kerana hiasannya agak menarik. Ceria dengan kehijauan pokok-pokok berdaun. Aku tengok pengunjungnya pun ramai, tak putus-putus.

Dalam asyik perhatikan suasana kedai tu, aku pandang menu yang ada di dinding kedai.

Wah.. pelbagai menu ada. Tapi yang menarik perhatian aku ialah nama kopi. Ia, nama kopi. Pelbagai nama kopi terpampang jelas di sebelah kaunter bayaran. Ada kopi campuran tongkat ali, kopi ginseng, kopi radix, kopi merah, kopi janggut, kopi jantan, kopi larat (eh eh… ada gak nama ‘kopi janggut’, ‘kopi larat’…hee heee. Macam dah kehabisan nama, fikirku)

Apa kasiatnya kopi?

“Menurut eksperimen yang dijalankan ke atas tikus di makmal, kopi boleh membunuh haiwan itu jika diberikan dengan terlalu banyak atau berlebihan !!!”

Namun ada kajian yang menyebut pelbagai kasiat kopi. Malah bau kopi dikatakan boleh merangsangkan ke atas beberapa bahagian badan. Saluran darah akan mengembang dan ini menolong peredaran darah. Keadaan ini juga boleh menolong menghindar beberapa jenis bahan beracun terkumpul di dalam otak.

Kopi juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan nadi. Kopi meningkat keupayaan otot untuk bekerja dan ini boleh meningkatkan keupayaan seseorang itu bekerja. Usus juga akan menjadi lebih aktif selepas seseorang itu minum kopi. Ini boleh menghalang penyakit sembelit daripada berlaku.

Kopi merangsang kelenjar perut supaya membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini adalah baik untuk penghadaman tetapi tidak baik untuk orang yang menghidap penyakit gastrik.

Kopi boleh berfungsi mengikut keadaan.

Di sebelah pagi, kopi menolong buah pinggang di dalam sistem perkumuhan, iaitu membuang segala bahan yang terkumpul sejak malam. Selepas makan tengahari, kopi menolong proses penghadaman pula.

Di sebelah petang, kopi menolong otot-otot supaya lebih berupaya dan kita akan berasa kurang penat.
Di sebelah malam pula, kopi memainkan peranannya yang tersendiri. Ia akan merangsangkan otak.

Bagi penggemar kopi, kopi boleh diminum asalkan tidak meminumnya secara berlebihan. Bukan sahaja kopi, tetapi apa juga benda yang diambil secara berlebihan, kesan dan akibatnya adalah tidak baik.

(Sumber: Mustafa Ali Mohd, Panduan Kesihatan: Apa Yang Anda Perlu Tahu)

p/s - aku perhatikan di kedai-kedai kopi, pakcik-pakcik lebih banyak minum teh & teh O daripada kopi. Malah aku lihat kawan-kawan aku sendiripun lebih banyak minum teh. Kenapa agaknya? Adakah kerana malu nak order dan sebut nama-nama kopi tu…aku tersenyum…

Alasan mengapa sungai dan laut menerima ratusan aliran sungai

1 jam 30 minit aku memandu dari Jerteh, Terengganu ke KK, Kelantan. Ada kerja sikit di sana…sampai di rumah dah jam 9.30 malam.

“Fuh! penat juga memandu ni. Nasib baik waktu malam. Angin sejuk. Tenang je suasana”.
Sepanjang perjalanan, kubuka siaran ‘Hindi Power’ … dengar lagu hindi. Lagu baru & lagu lama berselang-seli. Terhibur juga hati mendengarnya. Bukan main petah si DJ tu berceloteh. Lengkap dengan ‘translate’ lagu sekali, hindi ke melayu.

Sampai je di rumah, terus kubuka peti sejuk. Minum. Kemudian…mcm biasa, buat sedikit persiapan untuk esok hari. Perancangan kerja.

“Apa nak buat sepanjang hari esok? Soalan ni dah jadi soalan rutin bagi aku di malam hari. Apa saja terlintas di fikiran, aku catat je di buku catatan ‘Senarai Kerja Esok’. Buat tak buat..sempat tak sempat, lain kira.

Sebelum tidur sempat kucapai majalah Sinar Rohani. Ku baca satu artikel, “Bersifat Tawaddhu’: Contohilah Rasulullah s.a.w.” oleh Drs. Wan Aminurrashid.

Aku tertarik dengan dua petikannya:

Petikan pertama

Pernah pada suatu ketika sesudah baginda berkuasa dan memerintah seluruh tanah Arab, datanglah seorang lelaki mengadap baginda. Lelaki tersebut datang dalam keadaan sangat takut, gementar dan tunduk mendapatkan Rasulullah bagaikan mengadap sultan atau raja sesebuah negeri. Melihatkan keadaan demikian lantas baginda berkata kepada lelaki tersebut:

“Hai biasa sajalah anda, permudahkanlah halmu kerana sesungguhnya aku ini bukan raja. Aku hanya anak seorang perempuan Quraisy yang merupakan bangsa yang makan daging panggang…”

Petikan kedua

Pernah juga satu ketika sewaktu pulang dari pasar, Abu Hurairah meminta untuk membawa pulang seluar yang baru dibeli oleh Rasulullah s.a.w kerana menurut Abu Hurairah sebagai Rasulullah dan pemimpin umat Islam adalah tidak manis dipandang sekiranya baginda membawa sendiri seluar tersebut di tengah-tengah orang ramai di pasar. Tapi apa kata Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w berkata, “Biarlah aku membawa sendiri sebab orang yang memiliki barang adalah lebih berhak membawanya…”.

Sungguh murni keperibadian Rasulullah s.a.w.

Sambil menaiki tangga (mau tidur), terlintas juga aku pada Lao Tze (ahli falsafah China).

Lao Tze pernah berkata:

“Alasan mengapa sungai dan laut menerima ratusan aliran sungai di pergunungan adalah kerana ia tetap meletakkan kedudukan mereka di bawah. Maka dari itu mereka mampu menguasai semua sungai dari pergunungan. Demikian juga orang yang bijak, yang ingin mengatasi orang lain, harus menempatkan diri mereka di bawah. Mereka yang ingin berada di hadapan, harus menempatkan diri mereka di belakang. Dengan demikian, walaupun kedudukannya lebih tinggi, orang lain tidak berasa keberatan”.

Arghhhhhhhhhhhhh ngantukkk zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Ingatan adalah seumpama baju yang indah…

Kita sering lupa. Lupa apa yang kita baca (khususnya berupa fakta), lupa tarikh penting, lupa telefon kawan, lupa balas sms, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi.

Kenapa ya kita sering lupa?

Saya memetik pandangan Hermine Hilton, seorang pakar dalam bidang daya ingatan. Beliau memberi kunci daya ingatan yang pada pandangan saya ‘simple tapi menarik untuk direnungi bersama’.

Menurut Hermine Hilton,

“Ingatan adalah seumpama baju yang indah. Semua orang mampu memilikinya tetapi tidak semua orang menggunakannya dengan sebaik mungkin. Jika baju yang cantik hanya disimpan di dalam almari, sampai bilapun orang tidak akan dapat menilai keindahannya. Jika baju itu anda pakai dan peragakan baharulah orang dapat menilai keindahannya dan anda dapat merasa keselesaannya. Oleh itu kunci daya ingatan adalah sama ada anda menggunakannya atau tidak. Lebih banyak anda menggunakannya maka lebih tajamlah daya ingatan anda…”

Tips menajamkan daya ingatan:

1. Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa kita tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Kita akan ebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Kita juga tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan dengan baik seperti membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya (merenung bintang…hee hee).

3. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

4. Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup kita tidak ceria. Kita sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan kita dan membuat kita tidak hirau dengan apa yang terjadi di persekitaran. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

5. Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

6. Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya ikutserta menghasilkan ‘blog’, berkursus tentang kemahiran tertentu atau menghadiri ceramah dan motivasi.

7. Bermain
Bermain sesuatu permainan yang dapat merangsang minda. Banyak permainan berteknologi kini boleh diperolehi secara percuma mahupun berbayar. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

8. Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

9. Katakan Berulang Kali
Untuk meningkatkan daya ingatan tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga kita benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

10. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya kita sering fokus dalam sesuatu perkara, contohnya matlamat hidup. Kita juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

11. Bermain Dengan Angka
Dalam mengingati angka, kita mesti asah minda dengan cuba bermain dengan angka-angka tersebut seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan, nombor kereta dsb.
Selain itu, kita boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

12. Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

(p/s - petua membaca al-Quran ni diamalkan oleh Siti Fatimah Mukhtar, Pelajar cemerlang SPM 2006 dari Kelantan – dari SMA Maahad Muhammadi Perempuan. Beliau berjaya mendapat 17A1 dan 1A2)

Pakaian boleh mendatangkan fikiran yang tajam?

Seorang Profesor Psikologi memberikan nasihat kepada mahasiswanya dalam menghadapi ujian/peperiksaan:

“Berpakaianlah serapi-rapinya. Pakailah tali leher baru. Seterika licin kemeja anda. Berus kasut anda. Nampaklah tampan dan cerdas, supaya anda benar-benar berfikir tajam.”

Berpakaian boleh mendatangkan fikiran yang tajam?

Bila penulis fikir-fikir, ada benarnya. Lahiriah kita boleh mempengaruhi apa yang ada dalam diri kita, segi perasaan dan fikiran. Pengalaman penulis sendiri… ”siapa yang pernah menjadi tentera mengetahui bahawa seorang tentera merasa dan berfikir seperti tentera apabila dia mengenakan pakaian seragam tentera.”

(p/s - kepada kawan-kawan yang sedang menghadapi peperiksaan / ujian dsb bolehlah cuba saranan Profesor Psikologi ini – ‘sila berpakaian kemas!’)

Berikut kata-kata Dr. D.J. Schwartz :

“lahiriah kita ‘bercakap’ .”

“Nampak penting, dan anda menjadi benar-benar penting”

“Makin banyak penghormatan yang anda berikan kepada diri sendiri, makin banyak penghormatan orang lain terhadap diri anda”

“Cara berfikir anda menentukan perbuatan anda”

“Cara perbuatan anda menentukan bagaimana orang lain menanggapi anda”

Perihal Sebuah Perjalanan menurut ‘Sun Tzu’s Art of War’


1. Kaedah Mengatur Kedudukan di Kawasan Pergunungan

Apabila merentas kawasan pergunungan, pastikan angkatan itu berada dekat dengan lurah; apabila berkhemah, pilihlah tanah tinggi yang menghadap matahari; apabila tanah tinggi diduduki musuh, jangan mendaki untuk menyerang…

2. Kaedah Mengatur Kedudukan Berhampiran Sungai

Selepas menyeberangi sungai, anda mestilah bergerak jauh darinya. Apabila musuh yang mara menyeberangi sungai, jangan bertempur dengan musuh itu di tengah-tengah arusnya. Lebih baik biarkan setengah daripada mereka menyeberangi sungai tersebut dan kemudian seranglah mereka.

Sekiranya anda ingin bertempur, jangan berdepan dengan musuh berhampiran sungai. Dudukilah tanah tinggi yang menghadap matahari. Jangan mengatur kedudukan yang sukar untuk menjangkau musuh.

3. Kaedah Mengatur Kedudukan di Kawasan Paya Masin

Seberangilah paya masin dengan pantas. Jangan berlengah-lengah ketika berada di dalamnya. Sekiranya anda terpaksa berdepan dengan musuh di tengah-tengah paya masin itu, anda mestilah mengatur kedudukan supaya berdekatan dengan rumput dan air serta membelakangi pokok.

4. Kaedah Mengatur Kedudukan di Tanah Rata

Apabila berada di tanah rata, dudukilah tempat yang memudahkan anda bertindak. Jika tanah tinggi berada di sebelah belakang dan kanan anda, medah pertempuran pula di sebelah hadapan, maka sebelah belakang anda adalah selamat.

(Penulis - “pentingnya strategi dalam perancangan …”)

11 May 2008

Salam Kenalan


Assalamualaikum dan Salam Perpaduan 

Lawatan teman-teman semua adalah amat dialu-alukan.

Segala bicara di dalam blog ini adalah hasil penulisan saya sendiri. Pengalaman harian yang dilalui, dilihat & didengari akan saya bicarakan di dalam blog ini.

Di samping  itu, saya akan cuba mengulas apa jua artikel  (dinyatakan sumbernya) yang dirasakan menarik untuk renungan kita bersama. Saya akan menulisnya secara santai. Gaya bahasa yang tersendiri.


Sedikit biodata saya

2001


2009


Bersekolah Rendah dan Menengah di Kelantan.

Kemudian meneruskan pengajian peringkat Ijazah di UKM, Bangi Selangor. Habis belajar di Bangi, saya dihantar oleh Kerajaan Malaysia untuk bertugas di Negeri Bawah Bayu, Sabah iaitu di Kota Kinabalu. Hampir satu dekad saya di sana.

Oleh kerana suka bergelar ‘STUDENT’, sambil bekerja, saya sambung belajar lagi selama 2 tahun di UMS – Master Pengurusan.

Kerana apa saya berblog?
Sebenarnya penulis masih rindukan gelaran STUDENT kat UKM. Kenangan semasa menjadi student sana terlalu indah rasanya. Terasa ingin terus je bergelar student, bersama teman-teman menerokai lautan ilmu, berkongsi ilmu, berkongsi suka duka, gurauan, usik-usikan dan tawa bersama.


Oh ya, TERIMA KASIH kerana sudi meluangkan masa membaca biodata penulis.
Moga kita boleh menjadi kawan, teman dan sahabat di alam maya ini. Ops!! mungkin juga di alam realiti.. tak mustahilkan.. jom kita kawan.



 2011



Ibu, terima kasih segala-galanya

Hari ini, 11 Mei - seluruh dunia menyambut "hari ibu"

Aku merenung, memikirkan apa ucapan yang ingin kusampaikan kepada ibu..

Aku tiada kata-kata. bagiku hanya satu ucapan yang paling indah untuk kuucapkan

“terima kasih ibu…”

09 May 2008

Jangan Percayakan Sahabat…

Jam 4.00 ptg. aku balik dari kerja. Rileks… ku capai sebuah buku. Buku motivasi karya Shiv Khera, Anda Boleh Berjaya – terjemahan dari buku “You Can Win”.

(p/s – Shiv Khera adalah pengasas Qualified Learning System Inc. USA.
Beliau seorang pendidik, penasihat perniagaan, penceramah dan peniaga yang berjaya – berpengalaman dalam penyelidikan selama hampir 20 tahun)

Aku tertarik ngan satu artikelnya mengenai “Kisah 2 lelaki dengan seekor beruang”.

Kisahnya…

Dua orang lelaki mengembara merentasi hutan dan bertembung dengan seekor beruang. Salah seorang dari mereka segera memanjat pokok manakala yang lagi satu tidak mampu berbuat demikian (tak pandai panjat kot… hee..hee). Oleh kerana tidak pandai panjat, diapun berbaring di atas tanah dan berpura-pura mati. Beruang mencium-cium di sekeliling telinganya dan beredar.

Sahabat yang di atas pokok turun dan bertanya, “apa yang beruang itu cakap?”

Lelaki tadi menjawab, “dia kata, jangan percayakan sahabat yang meninggalkan anda sewaktu anda dalam bahaya”.

Aku tiba-tiba je terfikirkan tentang istilah “SAHABAT” .

Aku cuba menyenaraikan beberapa orang kawan.. dan meletakkannya dengan soalan, “Adakah si anu ni boleh kuanggap sebagai seorang sahabat atau hanya sekadar kawan biasa?.”

“Bagaimanakah aku ingin menjadikannya sebagai seorang sahabat? Sahabat dalam ertikata yang sebenarnya.”

“Ya, aku perlukan seorang sahabat…”

Aku baca lagi artikel dalam buku tersebut.

Menurut Shiv Khera, Persahabatan boleh dikategorikan seperti berikut:

1. Sahabat waktu gembira.
Anda adalah sahabat selagi persahabatan itu menghiburkan dan untuk bersukaria, contohnya teman ketawa.

2. Persahabatan untuk kesenangan.
Persahabatan yang dijalin untuk mendapatkan pertolongan. Persahabatan begini akan berakhir apabila orang tersebut tidak berguna lagi. Persahabatan begini tidak berkekalan.

3. Persahatan sebenar
Nilainya berlandaskan saling hormat menghormati dan kekaguman. Sahabat sebenar adalah baik terhadap satu dengan yang lain sama ada di dalam hati dan membuat tindakan yang sewajarnya. Terdapat kebaikan yang berkekalan di kedua-dua belah pihak. Ia berlandaskan tingkah laku dan juga komitmen. Memperlihatkan diri mereka… kesejahteraan mengundang sahabat, kesusahan memperlihatkan diri sebenar mereka.

Persahabatan tidak berlaku begitu sahaja, ia memerlukan masa yang dibina. Ia terbina atas kebaikan, faham memahami dan pengorbanan diri.

Aku terus menilai…. menilai erti sebuah persahabatan.

Persahabatan yang datang secara kebetulan senang didapati tetapi persahabatan sebenar memerlukan masa untuk dijalin dan tenaga untuk mengekalkannya. Persahabatan sentiasa diuji dan apabila ia bertahan, ia akan menjadi semakin kukuh..

Jangan mengambil peluang terhadap sesuatu persahabatan. Sekali ia terjalin, ia perlu dipelihara sentiasa…

Socrates & Rahsia Kejayaan

Seorang lelaki bertanyakan Socrates rahsia untuk berjaya. Socrates memberitahu lelaki muda itu agar berjumpanya berhampiran sungai pada pagi berikutnya. Mereka berjumpa. Socrates meminta lelaki muda itu berjalan dengannya ke arah sungai tersebut…

Bila airnya sampai ke paras leher mereka, Socrates merangkul lelaki tersebut secara mengejut dan membenamkan dia sekejap ke dalam air. Lelaki itu meronta untuk keluar tetapi Socrates kuat dan memegangnya sehingga lelaki itu mula hampir lemas. Socrates menarik kepalanya keluar dari air dan perkara pertama yang lelaki muda itu lakukan ialah tercungap-cungap dan menarik nafas panjang menyedut udara.

Socrates bertanya, “apakah yang paling kamu mahukan apabila kamu di sana?”

Lelaki itu menjawab, “udara”.

Socrates berkata, “Itulah rahsianya untuk berjaya. Bila kamu sangat mahukan kejayaan seperti kamu mahukan udara lalu kamu akan mendapatnya. Tidak ada rahsia lain”

keinginan yang bernyala-nyala ialah titik permulaan dalam semua pencapaian.

Seperti “api kecil yang tidak boleh memberikan banyak haba, keinginan yang lemah tidak boleh menghasilkan kesan yang sangat besar”.

”Apa saja yang fikiran manusia boleh fikirkan dan percaya, fikiran tersebut boleh dicapai.” - Napoleon Hill

“Dunia, anakku mula bersekolah hari ini”


Cuba teka gambar siapa di atas?

Berikut adalah kata-kata yang pernah diucapkannya..

Dunia, lihatlah anakku – dia mula bersekolah hari ini! Semuanya adalah asing dan baru bagi dia buat seketika. Aku harap engkau akan melayannya dengan baik. Engkau lihat hingga hari ini dia telah menjadi raja lepak. Dia menjadi ketua lorong-lorong belakang. Tapi aku sering merawat lukanya dan aku sering menenangkan perasaannya.

Tapi sekarang akan jadi sebaliknya. Pagi ini dia berjalan turun, melambai tangannya dan memulakan perjalanannya…

Untuk hidup di dunia ini memerlukan keyakinan, kasih sayang dan keberanian. Jadi, dunia, aku harap engkau bimbinglah dan ajarlah dirinya apa yang patut dia tahu. Bimbinglah dia dengan lemah lembut… dia perlu belajar. Bimbinglah ia, bahawa bagi setiap musuh di sana ada sahabatnya…

Dunia, ajarlah dia ajaibnya buku. Beri dia sedikit masa untuk berfikir tentang misteri burung yang terbang di angkasa raya, lebah-lebah di matahari, dan bunga-bungaan di gunung nan menghijau. Ajar dia bahawa adalah tidak mulia untuk menipu. Ajar dia agar ikhlas mengemukakan idea…

Dunia, cuba berikan anak saya kekuatan untuk tidak mengikut orang ramai apabila seseorang cuba menyertai pihak yang menang. Ajar dia agar mendengar bicara orang lain tetapi menapis semua yang didengar, melihat pada kebenaran dan mengambil hanya yang baik dan benar sahaja.

Ajar dia supaya tidak meletak nilai pada hati dan perasaan. Ajar dia untuk menutup telinganya pada kejayaan yang besar. Ajar dia untuk berdiri dan mempertahankan sekiranya dia fikir dia adalah benar.

Dunia, ajar dia secara lembut. Jangan manjakannya, kerana ujian kekuatan akan menjadikannya seorang yang bersifat waja. Dunia, engkau lihatlah…sesungguhnya dia adalah seorang anak yang baik…

(p/s - penulis mengolahnya sedikit sebanyak)

Pelajar harus berfikiran futuristik

1. Future Think

- Pelajar harus mampu berfikir secara kritis, kreatif, proaktif, responsif dan bertanggungjawab kepada apa yang terjadi pada hari ini. Apakah pengaruh dan akibatnya pada masa hadapan.
- Pelajar harus mampu melihat dan berfikiran jauh ke hadapan.

2. Future Focus
- Pelajar harus mampu memfokus fikiran kepada beberapa hal yang sangat berpengaruh pada masa hadapan. Pelajar harus boleh membaca trend yang timbul sebagai implikasi daripada fenomena yang ada.
- Pelajar yang menguasai future focus membolehkan tumpuan kepada sesuatu yang menguntungkan dirinya pada masa hadapan.

3. Future Plan
- Future Plan adalah perancangan strategis yang bersifat pragmatik, relevansi hasil dan dengan pendekatan pemecahan masalah serta change-engineering.
- Pelajar harus boleh merancang sekaligus menjadi jurutera kepada perubahan ke masa hadapan.

4. Future Action
- Pelajar harus memastikan segala perancangan yang futuristik dan strategis itu diimplementasikan dalam bentuk tindakan nyata yang berorientasikan masa hadapan.

5. Future Review
- Pelajar perlu sentiasa menilai kembali segala kekuatan dan kelemahan diri mahupun tindakan supaya dapat membaiki segala kekurangan yang dimiliki dengan segera.
- Pelajar harus berani mengakui kekurangan diri dan kemudian mengatasinya. Ia adalah langkah awal bagi memperoleh kecemerlangan pada masa hadapan.


Sumber: Ahmad Zabidi Abd Razak, Memimpin Diri Sendiri, Pahang: PTS P&D, hal. 103-104.

“Jom, jalan-jalan tengok buku”

Pagi kelmarin - 26 April jam 9.30 aku gi library awam. Boring duk kat rumah. Jadi aku keluar ler. Hampir 2 jam aku di sana. Ramai gak bebudak di sana. Aku tengok macam-macam gaya. Ada yang baca buku tapi ada gak yang duk sembang-sembang (apa la bebudak ni, orang gi library cari ketenangan ngan baca buku. Dia pulak duk sembang. Petugas library pulak buat dak jer…)

Sudah jadi tabiatku. Mungkin caraku. Pertama kali aku masuk library aku suka berjalan-jalan dari satu rak ke satu rak. Ini kerana aku suka baca tajuk-tajuk buku di setiap rak sepintas lalu dulu. Macam-macam aku tengok dan baca. Aku tahu ada yang kata…Don’t Judge a Book by It’s Cover . Tapi itulah caraku.

Tabiat ini sebenarnya bermula sejak aku di UKM lagi. Di U dulu tu, habis paras aku pergi. Dari paras tengah, atas, paling atas, bawah, paling bawah, semuanya aku redah….aku suka “jalan-jalan tengok buku”, baca tajuk-tajuk buku. Tak kira buku apa… dari buku psikologi, sejarah, fizik, bio, kimia, agama, pengurusan, sampailah terbitan bersiri – majalah, akhbar lama dan akhbar baru, buku di rak ASEANA, rak microfilm, jurnal, tesis… aku redah semuanya.

OPAC tak gunake? Sebenarnya OPAC pun aku guna. Tapi nak buat camana, itulah aku. Itulah cara dan gayaku… heee ..hee..

Dan satu lagi hobiku, time baca buku, aku suka gi tempat yang berbeza. Suka suasana yang baru. Ada kelainan..suasana nyaman.. heee…hee…

Kekadang ada kawan-kawan aku mengusikku…

“aaaaahhh pusing-pusing di sini ni…buat apa nii..”
“aaahhh aaa buat apa di sini ni. Ni tempat budak-budak optometrist ni…aaa.aaa .”

Aku senyum jer. Malas nak layan diorang ni.

Tapi bagi aku ler..cara “jalan-jalan tengok buku” itu berkesan gak. Buktinya bila time cari bahan / sumber rujukan. Aku lebih cepat dapat mencarinya. Aku tak payah melilau lagi mencari di mana rak buku tertentu.. Misalnya nak cari buku psikologi, aku masuk je library terus ke rak buku psikologi.. nak cari jurnal tertentu.. terus ke sana tanpa perlu melilau lagi. Berbanding ngan kawan-kawan aku, aku tengok mereka ni melilau gak cari bahan. Maklumler library tu luas. Lucu juga aku tengok kawan-kawan aku melilau sana melilau sini…heee

Betullah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Buku boleh menjadi teman setia kita…

p/s - Pada 30 April ni aku akan ke PESTA BUKU KELANTAN 2008. Jom “jalan-jalan tengok buku” (tengok dulu kalau dah berkenan baru beli..heee…heee)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search