Followers

09 May 2008

Lakukan sesuatu yang baru setiap hari

Khamis 24 April 2008 – balik kerja. rehat ptg. sambil rehat aku klik klik nak cuba buat sesuatu yang baru (bagi aku ler). Nak buat slide – letak dlm blog. Bukannya apa, terasa nak belajar sesuatu yang baru.
Bingung juga mulanya. Maklumler aku ni bukannya ada asas ict. Cuma suka cuba sesuatu yang baru. Klik punya klik, ..kemudian ‘publish’. Ah, mudah rupanya. Aku senyum.

Dalam fikiranku, teringat kata-kata irfan khairi - jutawan internet.

kata irfan khairi, “cuba, jangan tak cuba”.

"Cuba lakukan sesuatu yang baru setiap hari. Keluar dari comfort zone anda. Jangan takut kepada kegagalan oleh kerana itu adalah penyebab utama anda tidak maju ke hadapan”

Betul kata-kata irfan khairi tu.

Ya, aku akan terus lakukan sesuatu yang baru…walaupun tugas rutin, tapi cara & pendekatan yg. baru…yes! yes! (tanda semangat ler tu)

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search