Followers

09 May 2008

Perkhemahan di Tanah Merah


Rak pinggan mangkuk& gelas

Balai pengawal

Pelajar menguji kekuatan menara




Pada 6 hingga 8 April 2008, aku terlibat sbg j/latih
bagi Kem kepimpinan Pemimpin Pelajar. Sbg
j/latih pusat kokurikulum negeri - menjadi salah satu tugas aku utk
melatih pelajar dari segi kepimpinan. Ingatkan bila habis kem tu, dah dpt rehat & tumpukan pada kerja lak… Tup tup terima surat lagi - camping pd 13 hingga 17 April 2008. Aku diminta mengiringi pasukan daerah Kuala Krai ke Perkhemahan Briged Bakti peringkat negeri Kelantan pula. Jadi jurulatih pengiring. Perkhemahan ini diadakan di Kem Pengakap, Pusu 40 Tanah Merah.

Aiseyman, penat belum habis lagi. Dah kena masuk hutan lagi. Dah la semasa kem kepimpinan tempoh hari tu aku dilantik sebagai komandan kem. Tak cukup tidur. Dipanggil lagi. Tapi apakan daya, kehendak perkhidmatan, aku gagahi jua.

Sepanjang 5 hari di kem briged, macam-macam pengisian. Padat juga jadualnya. Semuanya bentuk pertandingan. Ada aktiviti berkawat, bina gajet, kem kraf, permainan deria, merempuh halangan, kraftangan, conney soccer, flying hockey, menjala ikan, simpulan & ikatan tali, istiadat bendera, ceramah, nasyid, ucapan spontan, tazkirah, aspresiasi seni & budaya, LDK dsb.

Tapi seronok juga dengan pelajar ni. Makan takjadi masalah. Menu pagi, goreng mehun ngan telor (3 hari berturut-turut). Tukang masak? Aku suruh pelajar sendiri masak. Aku dan rakan-rakan guru lelaki hanya beri tunjuk ajar je. Masak paling ringkas tapi enak (bagi pandangan mata kasar aku ler). Makan t/hari dan malam, nasi ngan ikan goreng jer. Seronok tengok pelajar makan. Semuanya habis dibedal. Itulah hikmahnya berkhemah ni. Mereka tak memilih (tadak pilihan kot). Masa tidur, mereka tidur dlm khemah terbuka tepi tp bukan main berdengkur lagi. Lena. Letih agaknya.

Aku gelihati juga tengok telatah pelajar ni. Ada masa luangje, tak kira siang malam, asyik dengan gajet. Pokok buluh jadi mangsa. Tapi kreatif gak pelajar ni. Lengkap ngan bangsal beg, pos sentri, pintu gerbang. rak pinggan, rak basah, pagar…semuanya dibuat ngan buluh. Ikatan pula begitu kemas.

3 malam aku tidur dalam khemah. Lena bukan main. Maklum saja dah lama tak tidur dalam khemah. Sejuk. Masuk hari ke-4, aku balik rumah jap. Siapkan kerja yang tertangguh. Sambil tu sempat juga aku buka laman blog. Baca blog, tulis blog…

Esok aku dah kena bertolak pagi-pagi. Ada masjlis perasmian penutupan. Sekaligus bawa pelajar pulang. So, aku kena tidur awal. bye..bye… (Ingin rasanya aku berkongsi gajet dengan pembaca semua. Kreatif pelajar ni. Itupun kalau sempat aku ambil gambarnya esok. Sebenarnya aku tertinggal kamera di rumah)

No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search