Followers

09 May 2008

Petua pelajar cemerlang ‘U’


Ibrahim, 23, CPA : 3.91, ISMP.Manusia, UTM.
1. Banyak buat rujukan di perpustakaan untuk mantapkan persediaan menghadapi peperiksaan.
2. Banyak belajar secara bersendirian.

Shah Rizan Abd Aziz, 24, CPA : 3.90 , ISMSKOMP, UTM.
1. Persediaan sebelum menghadiri kelas pada esok harinya.
2. Memiliki displin diri yang tinggi dan konsisten dalam membuat ulangkaji, tanpa displin pelajar sukar capai kejayaan.
3. Bijak mengurus masa.
4. Banyak lakukan latihan.
5. Perlu rajin membuat nota.

Adi Azlan Ahmad Othman, 20, CPA : 3.61, ISMK.Mekanikal, UTM.
1. Gigih mentela’ah pelajaran.
2. Tidak lupa agar menunaikan solat dan berdo’a supaya diterangkan hati dan diberi kekuatan mental agar dapat menerima
pelajaran yang dipelajari.
3. Sebelum mula belajar sebaiknya memohon do’a
4. Guna peluang belajar sebaik mungkin.
5. Janan membazir masa melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

Khairul Saleh Basaruding, 24, CPA : 3.59, UTM.
1. Yakin dengan usaha yang dilakukan.
2. Jangan mudah berputus asa.
3. Beri tumpuan kepada pelajaran yang diajar guru.
4. Tidak ponteng kuliah, pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah itu banyak disentuh dalam peperiksaan.
5. Untuk kukuh pemahaman, pelajar perlu sering berbincang dengan guru.
6. Tak boleh bersikap menjauhi diri dari guru kerana guru sumber rujukan terbaik.
7. Berusaha meningkatkan keupayaan diri.

2 comments:

marwanmustafa said...

Marwan Bin Mustafa Kamal,23,CPA:4.00,DBS,Kolej Prof Mara(IPTS)-best student 2010-2011

1.peruntukkan 3 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran dan 1 jam untuk lain2 bacaan seperti surat khabar dan bahan2 ilmiah dari internet

2.Pengambilan makanan yang baik untuk otak seperti habbatus sauda, madu dan kismis.seeloknya membeli "jus tok guru" kerana bukan sahaja baik untuk otak tapi boleh menghilangkan ngantuk dan badan menjadi lebih segar

3.berbuat baik dengan guru dan sentiasa mendapatkan latihan daripada mereka..untuk pelajar ipta/ipts cari sumber2 ilmu dan buat kajian terhadap subjek yang diambil.seeloknya kongsikan dengan pensyarah.

4.Buat 30-50 latihan dalam sehari(untuk jurusan akaun macam saya buat 3-5"income statement" dan "balance sheet" sehari

5.Solat dan Doa adalah penting! Ramai pelajar2 yang rajin dan bijak gagal memperoleh gred dan pointer yg tinggi karana meninggalkan solat...Berkat daripada Allah adalah sangat penting ..

6.pelajar boleh memilih antara dua samada ulangkaji sehingga pukul 1.30 pagi ataupun tidur awal dan bangun pada pukul 5.15 pagi...pastikan tidur satu jam pada waktu siang..

7.Mulakan daripada sekarang mencari 5 perkataan yg janggal dilihat dalam bahasa inggeris dan catitkan di dalam nota....contoh mcm "pretedent" dan buat ayat mengenai ayat tersebut...dunia makin maju dan bahasa Inggeris sangat penting di masa hadapan....

8.saya akan mengirimkan beberapa lagi petua sekiranya terdapat pemintaan daripada pembaca blogger :-) wassalam

marwanmustafa said...

Marwan Mustafa Kamal,23,CPA 4.00, DBS Kolej Pro Mara(IPTS),Best student 2010-2011

1.Memperuntukkan 3 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran dan 1 jam untuk lain2 bacaan seperti surat khabar dan bahan2 ilmiah daripada Internet

2.Lakukan 30-50 latihan pengiraan dan teori dalam sehari.(untuk penuntut dalam jurusan akauntansi buat 3-5 penyata kewangan dan "balance sheet" sehari.

3.Amalkan pengambilan makanan yang baik untuk otak seperti madu,habbatus sauda dan kismis..seeloknya mengamalkan "jus tok guru" kerana bukan sahaja baik untuk otak tetapi menghilangka mengantuk

4.Berbuat baik dan rajin bertanya kepada guru/lecturer...untuk penuntut ipta/ipts buatlah kajian dan cari seumber mengenai subjek yang diambil...kongsikan maklumat yg diperoleh dengan lecturer kerana ini boleh menarik perhatian lecturer untuk mendekati kita.

5.Doa dan Solat adalah penting...cuba fikirkan kenapa pelajar gagal mendapat markah dan pointer yg tinggi walaupun dah berusaha...Berkat dari Allah adalah penting :-)

wassalam saya akan menghantar beberapa lagi petua menjadi pelajar cemerlang sekiranya mendapat permintaan....rajin2 lah melawat blog saya k http://puterak.blogspot.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search