Followers

13 June 2008

Anak jiran tanggungjawab kita bersama

Berita Harian, 13 Jun 2008 – melaporkan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru!!!.

Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi.

Laporan Unicef - penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan.

Marah dan sedih juga aku bila baca laporan tersebut. Marah pada dalangnya, sedih pada yang jadi mangsanya.

Bila aku fikir-fikirkan, laporan terkini itu sebenarnya mengesahkan lagi laporan sebelum ini - wujudnya sindiket urus niaga bayi, kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa. Ia kini menjadi satu trend niaga yang menguntungkan. Dan yang pasti ada orang dalaman yang terlibat sebagai dalangnya.

Bila baca laporan itu, aku sangat sedih kerana doktor dan kakitangan JPN turut terlibat dalam kes ini.!!!

Kelabu punya pegawai!!! Aku ingat kes ini hanya berlaku di luar negara saja. Macam yang pernah aku dengar di mana doktor di sebuah negara luar turut sama terlibat dalam kes mencuri buah pinggang untuk dijual dengan harga yang tinggi. Bayangkan orang itu diberi minum pil khayal. Sedar-sedar terasa sakit di pinggang. Ada jahitan pula tu. Bila pergi check di hospital, sah buah pingggang hanya tinggal satu!!!! kan haru biru jadinya.

Berbalik kepada kes kehilangan kanak-kanak, aku melihat masalah ini sudah lama berlarutan. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa? Jawapannya terletak pada gabungan fikiran kita semua. Buah fikir rakyat Malaysia. Perlu difikirkan bersama.

Bagi aku, selain dari aspek perundangan dan hukuman yang lebih keras dikenakan ke atas dalang sindiket tersebut, aku rasa kita harus melihat kembali peranan ibu bapa dan masyarakat. Ibu bapa harus lebih prihatin. Kawal pergerakan anak-anak. Kenali dan dekati anak-anak. Kenali dan dekati kawan-kawan mereka. Selami pemikiran anak-anak. Beri didikan anak-anak dengan keilmuan agama. Biar anak-anak mengetahui hukum-hakam agama – termasuklah halal & haram dalam kehidupan bersosial.

Masyarakat juga harus berfungsi seperti dulu – sikap ambil peduli! Ini kerana dengan kesibukan mengejar wang dan kebendaan, aku takut masyarakat kita akan lebih bersifat materialistik (sekarangpun dah materialistik). Mementingkan diri sendiri. Kita tidak ada masa untuk mengambil peduli apa yang berlaku di sekeliling kita. Semangat kejiranan hilang. Jiran sebelah rumahpun kita tidak kenal. Malah mungkin ada yang tidak pernah bertegur sapa.

“Budaya anak kau - anak kau, dan anak aku - anak aku” harus kita hapuskan. Terfikir juga aku dengan kenaikan harga minyak sudah pasti akan menempias pula kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain. Keadaan ini jika tidak diberi perhatian akan mengubah semangat keprihatinan dan rasa kasih sayang antara kejiranan. Ini kerana masing-masing akan sibuk dengan usaha untuk mengisi poket dan perut.

Aku rasa, kita harus mengembalikan semula semangat kejiranan seperti dulu-dulu. Di mana kalau dulu-dulu, “anak-anak jiran, anak-anak kita juga!” Jadi, kita akan tegur!

Mungkin kita perlu mulakan kembali satu slogan atau satu program yang berbunyi: “Anak jiran anak kita juga” atau “anak jiran tanggungjawab kita bersama”.

p/s – teringat masa zaman budak-budak dulu - pernah dimarahi jiran kerana bermain sampai waktu maghrib. Dulu, sebelum azan maghrib, semua budak-budak dimestikan berada di dalam rumah. Macam-macam diorang usik. Antaranya akan disorokkan oleh hantu jembalang kerana waktu maghrib hantu akan keluar berkeliaran…

6 comments:

Anonymous said...

Maaf kalau saya kata Melayu skrg sudah moden.. atau dgn erti kata lain ko..ko...aku...aku.. Tak mahu jaga tepi kain org kononnya tak moden. Semangat kejiranan hanya tiba pd waktu2 tertentu shj. Mcmana nk ambil tahu ttg anak jiran kalau mak bapaknya pun tak dikenali..? Tak nak jaga tepi kain orang ..

Tapi yang peliknya boleh pulak jaga tepi kain pak lah yg rumahnya jauh beratus batu.. oh ye, pak lah pakai seluar jd bukan jaga tepi kain orang...

apa nak kata.. Melayu sudah maju...

Anonymous said...

bahaya nya... kesian kat budak2 kecik. mak ayah lagik kesian. msti risau je semendang.

Anonymous said...

Salam nazri deMalaysian.
Benar, apa gunanya Melayu moden Melayu maju jika moral & nilai kemanusiaan hilang... masa belajar dulu, ada seorang prof kata, "kekuatan Cina pada ekonomi, kekuatan Melayu pada politik". Mungkinkah sehingga kini kain politik (kain pelikat???) lebih disukai berbanding kain rakyat biasa.

Anonymous said...

Diya, bebudak kecik itu tidak pernah kenal erti culik, erti cabul, erti rogol, erti taktik jahat yang kini menjadi kegilaan manusia 2 alam ni...

::.. a t i q a h ..:: said...

Teringat iklan kat tv, 'ingat ye kawan2, biarkan anak2 menangis, jangan kita yang menangis'.

Rashid said...

salam Atiqah. ya, bagus iklan tu, 'biarkan anak-anak nangis jangan kita menangis'. Tapi kalau anak tiba-tiba nangis, cuba dekati dia, mungkin ada sesuatu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search