Followers

22 June 2008

Lelaki Handal Memasak Lebih Seksi?

“Betulke lelaki yang terror memasak kelihatan lebih seksi?” aku tertanya-tanya sendirian. Aku terus membaca hingga akhir paparan i-kon ruangan Sabtu Berita Harian semalam.

Persepsi kaum wanita tempatnya di dapur sudah dianggap satu pandangan yang sudah lapuk. Pandangan orang dulu-dulu. Buktinya jelas. Jika kita menonton rancangan masakan baik berbentuk pertandingan atau publisiti resepi masakan, majoriti program terbabit pasti menampilkan chef lelaki. Kehebatan dan penguasaan lelaki dalam bidang masakan tidak lagi boleh dipersoalkan lagi walaupun pada dasarnya tugas memasak dianggap milik wanita.

Aku kagum bila melihat lelaki terlibat dalam pertandingan memasak di TV sekaligus menjadi pencabar kepada peserta wanita. Walaupun mereka tidak sehebat Chef Wan, Chef Zam atau Chef Ismail, ternyata minat memasak kian berkembang di kalangan kaum yang dianggap ‘macho’ ini. Kaum yang dikatakan alergic dengan kerja remeh temeh seperti menghiris bawang, menumbuk cili, menumis rempah ratus dan mengoreng seperti yang biasa dilakukan oleh para ibu, teman wanita mahupun gadis-gadis lain.

Mungkin ada segelintir masyarakat masih beranggapan bahawa kurang sifat kelelakian apabila seseorang lelaki melakukan kerja ini, malah ada keluarga tidak menggalak lelaki memasak kerana tidak mahu dianggap dayus.

Namun yang jelas bagi aku, era ict dan globalisasi sekarang ini tidak lagi menjadi sekatan kepada lelaki menunjukkan kehebatan mereka dalam soal masak memasak ini. Bagi lelaki, aktiviti memasak bukan lagi milik wanita!!!! Mereka tanpa segan silu malah mahir bicara tentang pelbagai jenis resepi. Malah, sebahagian daripada mereka cukup bangga dengan kehebatan mereka memasak, lebih-lebih lagi bila menyedari ada di kalangan rakan wanita mereka tidak tahu memasak!!!! (p/s - kepada rakan-rakan blogger wanita, pastikan anda mahir memasak!!!)

Ramai juga wanita kini menganggap lelaki yang hebat dalam hal memasak akan lebih mudah menambat hati mereka. Mereka menghargainya. Lelaki yang memasak untuk teman wanita dan isteri / keluarga juga dilihat lebih seksi dan romantis.

Seksi dan romantis? Terlintas aku pada seorang kawan semasa bekerja di Kota Kinabalu dulu. Dia ni memang pandai memasak. Aku suka ke rumahnya kerana kawan aku ini selalu memasak dan suka menjamu rakan dengan masakan istimewanya. Tapi seksi dan romantis? aku sukar memberi jawapannya. Mungkin kaum wanita saja dapat memberikan jawapannya. hee heee.

Namun bagi kebanyakan lelaki, memasak bukanlah suatu tugas rutin (kecuali chef). Selalunya ia sekadar aktiviti suka-suka, semasa mood rajin, ketika ‘darurat’ bila isteri tiada di rumah (bagi yang ada isteri) dan bagi yang ‘darurat’ dari segi kewangan (gaji hampir menyusut maklumla pertengahan bulan) atau mungkin juga bagi mereka yang amalkan perbelanjaan berhemah. Kawal budget.

p/s - Tentang tajuk ni mungkin kaum wanita saja yang dapat beri komen!!! Apa yang penting, masuknya lelaki ke dapur ini walaupun sekali-sekala dapatlah meringankan beban rutin wanita yang bergelar ibu atau isteri.

16 comments:

IamYonna said...

err..
seksi ke?
mcm biase je..
tp kan abg..
maybe akan jadik seksi if laki tu masak x pakai baju haha :p

Anonymous said...

hehe. seksi ke? tak perasan lak diya. tapi, mmg diya suka lah tgk lelaki memasak. nampak simple tapi cermat. :)

zura lias said...

suka lelaki pandai masak...saya leh goyang kaki..ahakzzz..

Anonymous said...

Huih yer ker.? Lelaki memasak lebih seksi.. seksi tang mana ek? Aku tengok yang pandai masak kat TV tu rerata "..roi" semacam jer..

Anyway bagus lah kalau korang jantan semua nih pandai masak.. at least tak lah asyik makan meggi kalau isteri kena g kursus... ye tak?

Signorina Syima said...

cikgu..

sy tak pasti ngn entri ni, samada seksi atau tak? bila sebut seksi, sy mbayangkan perut mereka. bulat? hahaha.

pd tanggapan sy, llk yg menggemari bidang memasak ni adalah golongan yang lembut. Lembut sy tu bukan pada kelakuan spt "pondan", tp LEMBUT. Mesti ada "lentik" dia sikit. hehehe. mungkin yang ramai saya jumpa macam tu kot.

mmg la perempuan suka sbb nanti bila dh kawin tak de la perempuan je yang kena masak kan?? boleh la sekali sekala tukar shift. tp sy tak pernah lagi jumpa lelaki yg masakan dia tak sedap. betul!!

sy suka sgt bila ayah sy masak maggi ayam, walaupun ringkas tp marvellous!!

Rashid said...

hi phatabulous..ketawa saya bila tang seksi kat perut tu. saya agak setuju ngan pandangan 'lelaki lentik sikit' biasanya yang pandai masak. W/pun lelaki jarang masak tapi sekali masak 'fuh sedap'. hii tu belum kena masakan express saya lagi tu..hee hee

Rashid said...

salam nazri.
hee hee 'bab..roi roi tu' no komen. Sensitif tu. Ya, sayapun hairan kenapa maggie je yang jadi mangsa bila isteri tiada...yang masih bujangpun 2x5 je, maggie stay no 1.

Rashid said...

Salam Yonna.
ya tak ya jugakan. setakat memasak je mana pula seksinya. tapi tu kiasan je tu. Abang kalau tengok laki yang masak tak pakai baju, rasa rasa tak jadi nak makan..geli ishhhh...takut bercampur rempah!!

Untuk Diya,
lelaki memang ditakdirkan begitu. Simple, cermat, kemas & rimas (Rimas bila tengok ada yang berselerak). Tengoklah bila lelaki kemaskan rumah. tuuuu dia, kekemasan & kebersihan mengalahkan tukang gaji & isteri.

hai zura.
kata orang dunia ni adil. Jika perempuan pandai masak, lelaki pandai makan. Bila lelaki pandai masak, perempuan tak berapa pandai masak (betul ke ni? atau memang perempuan saja nak goyang kaki @ nak kenakan lelaki)..

nieja said...

nape xboley nak komen kat chatbox sblah ni?

Rashid said...

yake nieja? hai 'cikbox cikbox' apa pula masalah kamu ni?????? apa-apapun nieja terima kasih kerana sudi datang jengah chatbox saya tu & maaflah kerana chatbox saya tu mungkin 'nakal & merajuk' sekali sekala.

nieja said...

haha..dah try byk kali xdpt jugak..nape ntah! majok la kot wkakaka..btw,hye ore kelate! akekke..kelate kat mano..?nak pgil gapo ni..cikgu or uncle?
hihi

Rashid said...

Nieja, amboi nieja ni hebat & pekat juga kecek kelate ya. nieja ni klate ke t'ganu? saya loni kerja di bandar Kuala Krai ... nak pggil gapo? yonna panggil 'abg'.. nieja pula panggil 'abe'- sebab nieja boleh kecek klate. hi hi (nak panggi cikguke abangke.. tak jadi masalah.. cuma tadok lagi yang panggil uncle..mungkin suatu hari nanti kot..hee hee)

nieja said...

haha pekat ko..?
memey doh..sbb nieja memey asal klate pon but my parent bukak bsnes kat t'ganu ni, but boley kato everywkend la nieja kelik klate, tu pon kalo tgh cuti la sbb nieja ngaji s.alam.. owh xpo la kalo xdop ore pgil lagih, nieja la ore 1st pngil uncle..hehe

Rashid said...

ooo, padan la. mula-mula ingat asal Besut. okey, untuk nieja panggil je apa apa. janji nieja bahagia.. heee heee

Unknown said...

yeke lelaki tu lagi seksi?are u sure?
huuu...
baguslah kalau lelaki tu pandai masak..atleast leh tolong isteri kat dapo..
kepade yang tak pandai masak and taknak jejak kaki kat dapo??
huuhhh nyampai I...huhuu =p

Rashid said...

neo,
byk orang byk pula cara dia menilai seseorang lelaki itu seksi..tapi purata nya keseksian lelaki pd pdgn kaum neo saya rasa ler..) pada fizikalnya..betultak?

Tapi ada juga yang lihat kepada kematangan sikap, kematangan dalam bercakap.. rasa tanggungjawab & keprihatinan, kasih sayang dsb .

tapi bab memasak ni, saya sendiripun tak nampak mana seksinya lelaki. kat mana? mungkin seksi kalau dia tak pakai baju bila memasak??? tambah tambah yg tukang masak lelaki tu 'perut kembang' sikit... hee he



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search