Followers

24 August 2008

Andai kutahu - kisah Adik S

“Ini kemasukan saya kali ke-3 di sini. Bagaimana ya saya boleh terjebak dan masuk di sini?”

“Masa itu umur saya baru je 13 tahun. Ibubapa saya dah bercerai. Saya tinggal dengan ibu. Ibu saya pula bekerja. Maklumlah nak tanggung keluarga. Saya mempunyai 5 orang adik-beradik…”

“Pada mulanya saya berkawan dengan Mat rempit. Masa itulah saya mula belajar hisap rokok. Kemudian saya cuba pula ambil ganja, ‘ice baby’ dan morfin”

“Saya ambil semua itu kerana rasa banyak sangat masalah yang saya tanggung. Mula-mula tu saya ambil hanya sekadar suka-suka je…”

“Kini baru saya sedar… saya insaf. Semua yang saya lakukan itu adalah satu kesalahan. Saya telah melakukan satu kesilapan dalam hidup saya. Saya sangat menyesal…”

“Ketika saya berumur 17 tahun… (terdiam sekejap)…saya telah disahkan penghidap HIV…”

“Hingga hari ini dah masuk 6 tahun saya menghidap HIV. Dan sepanjang menghidap HIV ini macam-macam sakit saya terpaksa tanggung. Sakit yang teramat… Saya rasa macam dah tak lama lagi saya hidup di dunia ini…”

“Kerana dadah…hidup saya musnah. Dadah memang membawa masalah…”

“Saya dah kahwin dan mempunyai seorang anak. Umurnya 7 tahun. Sekarang anak saya tinggal dengan emak dan sehingga sekarang saya cuba mengelak bertemu dengan keluarga saya…saya malu…”

“Harapan saya jika saya bebas, saya nak bawa anak saya ke hospital. Saya nak check sama ada anak saya ada atau tidak ‘HIV’…”

“Saya bersyukur kerana berada di sini. Dulu saya tak reti langsung nak baca Alif Ba Ta tapi sekarang alhamdulillah saya dah boleh sembahyang.”

“Untuk adik-adik, janganlah dekati dadah. Banyak buruknya…”

“Untuk adik-adik juga, saya nak nyanyikan satu lagu. Saya sebenarnya tak pernah nyanyi dan tak pandai nyanyi. Tapi kali ini saya nak nyanyi sebuah lagu. Lagu ini saya tak tau siapa penyanyinya…tapi lagu ini kini menjadi lagu yang saya suka dengar… Lagu ni bertajuk Andaiku Tahu



P/S

1. Aku hampir menitis airmata mendengar lagu yang dinyanyikan oleh adik S yang baru berumur awal 20-an ini. Lagu ini biasa aku dengar… tapi bila adik S nyanyikan aku begitu terasa dan sedih sekali…

2. Adik S berasal dari KL. Cantik orangnya. Umurnya masih muda tapi hidupnya kini… hanya menunggu ajal… kerana disahkan menghidap HIV. Adik S kini menjadi seorang penghuni di Pusat Serenti Perempuan Bachok.

3. Aku lihat pelajar-pelajar & kawan-kawan perempuan yang lain – ada yang sudah mengalirkan airmata …

4. Terima kasih Encik M (Pegawai Pusat Serenti) kerana mengizinkan adik S untuk bercerita secara live depan kami semua.

5. Ini adalah entry yang saya janjikan dengan Encik M untuk dimasukkan dalam blog saya… dan terima kasih kerana memberi izin untuk saya paparkan kisah adik S di blog ini.

6. Moga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

27 comments:

Tirana said...

Salam Cikgu Rashid..

Kisah benar yang benar-benar menginsafkan. Mudah-mudahan adik-adik kita yang terbaca kisah ini akan dapat pengajaran. Bagi ibubapa pula..jadikan kisah ini sebagai pengajaran juga supaya tidak membiarkan anak-anak merayau dan berkawan dengan orang-orang yang tidak tentu haluan.

mohad said...

salam... tak nak join gath ke..

Rashid said...

salam tirana,
moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya dari sebarang gangguan penyakit sosial yang tak elok.

Terpukul dengan kata-kata seorang kawan Cina 3 tahun yg lalu - dia kata "solat adalah ubat segala-galanya bagi penyakit sosial.. jika ibu bapa pastikan anak-anak mereka solat sejak kecil maka susah untuk orang Melayu terpengaruh dengan gejala sosial ini..."

Signorina Syima said...

cikgu mungkin solat dapat mengelakkan anak muda dari gejala sosial. tp sebenarnya sy lebih suka mengatakan bukan solat semata-mata kerana sy mempunyai saudara yang berpegang kepada syariah & ajar anak2 utk x tinggal solat, malangnya anak-anak mereka masih terjebak dalam aktiviti lagha ini.
pokok pangkal pada hati dan iman masing2. tak salah berkawan dengan orang tak tentu hala ini tp pastikan diri kuat supaya tidak mudah terikut-ikut..

tepuk dada tanya iman...

Anonymous said...

Ya, memang malang sebab orang melayu yang paling ramai terjebak dengan penyakit sosial ni. Semuanya berkait dengan pendidikan dan kekuatan minda/jiwa.

Anonymous said...

salam cikgu..
dah lama x jenggah kat blog nie..
hmm..
alhamdulillah, adik S kembali insaf kan..
semoga perjalanan hidup dia akan terus diberkati...
bagi saya, pembentukkan awal seseorang itu bermula dirumah dan bagaimanan diri itu sendiri untuk mengawal segalanya..
yang penting jika ada insan seperti adik S ini, kita kena terus berikan sokongan kepada dia utk berubah dan tabah..
yg lps itu tetap berlalu dan tangan kita semua ini lah kena menyambut dia keluar dari semua itu..

=)

Super Nia Hana said...

HARAP2 LEBIH RAMAI YG BACA KISAH PENGAJARAN MCM NI

aduhai duniaaaa

Rashid said...

salam syima,
hmmm mungkin juga betul cakap syima tu. banyak sebenarnya faktor penyumbang.. Pegawai AADK kata faktor utama remaja terjebak ialah pengaruh kawan.. tapi orang dewasa pula???

Rashid said...

salam rohaizan,
tepat sekali. org melayu teramai kat pusat tu.. kenapa ya? teramat dukacita sekali.

Rashid said...

hi nora bahari,
ya nora. mereka di pusat tu kebanyakan malu nak berjumpa keluarga & sanak saudara.. takut, risau, keliru sentiasa ada dalam diri mereka. Kalau tak kena caranya - boleh kembali semula terjebak.

Rashid said...

hullo watashi,
Dunia dah lama menangis watashi. Menangis kerana sakit. DSakit kerana sedih dengan kelakuan & tindakan manusia. Risau saya. Saya takut kesakitan dunia tidak tertanggung - tak ada ubat lagi untuk menjadi penawarnya...

Unknown said...

sedey la kisah ni. jadi pengajaran kepada saya dan semua.
kesian gak dekat adik S muda2 dah dapat AIDS.
hmm, risau la anak2 zaman sekarang..

cheryna zamrinor said...

sedihnye...takpelah...nak wat camne...tp eloklah die dah insaf...and paling penting ingat anak die tuh:)

IamYonna said...

ya allah..
kesiannya S tu :(
dah itu bahagian dia..

ambil iktibar dari pengalamannya.
jgn terjebak dengan benda2 negatif..

sakurasa 2 said...

Sakura nak jemput cikgu ke blog sakura ambil hadiah untuk cikgu.Harap sudi terima.

Zu Ismail said...

uihkzz... sungguh hiba jugak ye ..kebetulan mmg tengah dengar lagu andai ku tahu...huhuhuuhuhu

Rashid said...

anaiz,
kehidupan ini kadang-kadang mendatangi kita dengan pelbagai ujian & dugaan. Persoalannya adakah kita berupaya dan mampu untuk menghadapi segala dugaanNya.

Rashid said...

hi cheryna si mata .....(suka sebut..),
bertuah jika kita berupaya kembali ke pangkal jalan.. tak semua yang bernasib untuk menginsafi akan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Rashid said...

hmmm itulah hakikatnya yonna. kita mesti kuat untuk hadapi cabaran era global sekarang ni.. tepis..tepis.. tepis yang negatif..

Rashid said...

sakura, hadiah apa tu??? heee takutnya nak tengok? tapi takpa nanti saya pergi.. mesti gentlemankan?

Rashid said...

salam azura,
sekurang-kurangnya kita masih punya rasa dan pengertian...

Ada Dalina said...

huhu...sedihnya cikguuuu...
moral of da story, xkira besar mana pon masalah yg dihadapi, kena kena tabah dan kuatkan iman....semoga Adik S redha dan tawakal atas apa yg terjd...

Erinsza said...

DIdikan dari awal tu yg penting, dari kecil dididik dgn teladan yg murni mungkin tak jadi. INSYAALLAH.

A t i Q a h said...

Oh. Saya ingatkan lelaki tadi.

Kita memang perlu buat lawatan kat tmpat2 macam tu supaya kita sedar dan insaf kan.

Rashid said...

salam ada ayrissa,
ya, itulah harapan kita ayrissa. Moga semuanya dapat dihadapi dengan hati yang tabah...

Rashid said...

erinsza,
saya setuju ngan itu. didikan ibubapa tu sangat penting - anak-anak ibarat 'kain putih' yang perlu dicorak warna-warninya dari awal lagi. Moga warnanya tak luntur dek panahan apapun selepas itu...

Rashid said...

salam atiqah,
ya pusat serenti ni sangat mengalu-alukan kedatangan pelawat. Layanan mereka sangat baik sekali. Siap ada program makan bersama banduan lagi tuuuu..

Saya tengok banduan kat sana tu masih muda remaja lagi..tak sangka..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search