Followers

15 August 2008

Lakaran wajah ibu

Aku menghampiri seorang peserta kem motivasi.

“Lia, kenapa tak lukis?”

“Cikgu, saya tak boleh lukis cikgu. Saya tak mampu. Saya takut.”

“Takut. Takut apa?”

“Cikgu, wajah ibu saya terlalu cantik buat saya cikgu. Saya takut. Saya takut lukisan saya tak dapat menggambarkan kecantikan wajah ibu saya cikgu…”

Aku terharu mendengar bicara sayu Lia. Bicara sayu seorang pelajar yang telah kehilangan ayah. Hidupnya kini hanya bersama ibunya. Ibulah segala-gala baginya dan orang yang paling disayanginya.

p/s – Adakah aku tersilap kerana meminta pelajar untuk melakarkan wajah orang yang paling disayangi sekali.

22 comments:

~ mizzAmy ~ said...

~ betul la kata Lia tuh. nak lakar kan wajah ibu kita nie bukannya mudah. kalo tak cantik cemana? ~

Muhammad Nazeef said...

ibu adalah segalanya..

no wonder the gal cry..

if im in her show, i be the same...

nice post cikgu!..^^..

Tirana said...

Kecantikan seorang ibu pada seorang anak memang tak tergambar dengan kata-kata dan lakaran. Kecantikan yang tak dapat dipandang dengan mata kasar tapi sebaliknya dapat dipandang dengan mata hati... Beruntunglah seorang ibu yang mempunyai anak yang dapat memandang dengan mata hati..

azza said...

salam cikgu..
itu lah nilai kasih seorang ibu yang abadi..

kita tak salah bila dia tak mampu melukis..tapi kita bertuah kerana mempunyai anak didik seperti Lia..

azza said...

salam cikgu..
itu lah nilai kasih seorang ibu yang abadi..

kita tak salah bila dia tak mampu melukis..tapi kita bertuah kerana mempunyai anak didik seperti Lia..

cHeRyNa PiReS said...

wowwwiiii...bestnye care die berpikir...rase seronok plak membace statement die tuh:D

Rashid said...

Salam Mizzamy,
Lia adalah anak yang 'tersentuh perasaan' kerana rasa cinta yang sangat mendalam terhadap ibunya. Pelajar yang lain terus melakarkan gambar ibu tanpa sebarang kata. Hanya lia..

Rashid said...

salam sahabat, Muhammad Nazeef

ya, ibu segala-galanya. saya selalu 'basuh' pelajar dgn cara kenangkan jasa ibu. bila sentuh 'ibu' - kebanyakan pelajar akan terdiam sayu.

Rashid said...

hi tirana,
memang benar tirana. cantik komen yang diberi...tentang bezanya pandangan 'mata hati'& 'mata kasar'.

Rashid said...

hai Azza,
saya selalu terfikir. Ada permata di hati setiap pelajar...walaupun kekadang permata itu tidak kelihatan kerana dilindungi oleh debu-debu.

Rashid said...

ullo cheryna,
selalu berdepan dengan pemikiran pelajar yang kadang-kala sikit 'gempak' & ada kalanya agak melucukan. Terhibur rasa hati...

sweethOneY said...

alahainya
cedihla citer ni chegu ):

sweethOneY said...

hmm..tak sangka boleh kuar ayat camtu dr budak2..

diya said...

sangat bermakna cara penyampaian entri cikgu ni. cikgu tak salah. dan pelajar itu pun tak salah. :) tapi, diya tak penah terfikir mcm tu. lukisan diya teruk. klw diya lukis org yg diya syg, lgsg tak nampak mcm diorg. :(

Erinsza said...

HI sedihnye. cerita u. memang terharu saya membacanyer.

Rashid said...

hi sweethoney,
kekadang pemikiran bebudak ni diluar jangka - buat kita tersentuh hati. mereka boleh buat kita gelak, tersenyum & kadang-kadang buat kita marahpun ada. hehe he

Rashid said...

Salam Diya,
sayapun tak pandai lukis tapi tersangat suka tengok org melukis. Asyik dibuatnya. Dulu masa belajar di ting. 5 tersangat hairan tengok kawan melukis rumah kg & pokok kelapa tepi pantai - gitu-gitu je dia lukis tapi nampak hidup & tersangat cantik... sampai hari ini masih terbayang lukisan itu.

Rashid said...

Erinsza,
terharu tu tandanya erinsza ni penyayang orangnya...

Op said...

jawapan yang mengkagumkan.
salam kenal dari GJ :)

Rashid said...

GJ,
salam kenal juga dari saya.

nora bahari said...

jika saya di tempat cikgu mungkin saya akan terdiam juga..
suci hati anak murid cikgu tu..
harap2 hidupnya sentiasa diberkati bersama ibunya..
nice post cikgu!!

=)

Rashid said...

hi nora,

Alam pemikiran pelajar hari ini ada kalanya menguji kita punya persepsi. Dunia mereka kadang kala tak terjangka oleh kita. Itu sebabnya saya suka mendekati mereka - mendengar pandangan & luahan hati mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search