Followers

21 September 2008

Aku perlu fokus…

Peperiksaan Percubaan SPM baru je berakhir hari khamis lepas (18 September 2008). Sekarang adalah masa untuk bertungkus-lumus memeriksa kertas jawapan pelajar. Ini kerana tarikh akhir pengisian markah dalam komputer ialah pada 26 September 2008.

Oleh itu, dalam masa 2, 3 hari ni aku tak dapat nak entry apa-apalah. Juga tak dapat nak baca blog rakan-rakan bloggers semua. Bukannya apa – nak fokus kertas jawapan pelajar. Faham-faham jer la. Soalan struktur & esei – kena baca banyak sikit. Kalau soalan objektif dah lama siap. Tak payah semak. Mesin OMR yang semak. hehe .

Apa-apapun aku dah target. Semua kertas jawapan pelajar akan aku siapkan sebelum 23 September 2008. Ini janji aku pada diri sendiri. JANJI!!!!!! (Aku selalu berjanji pada diri sendiri dalam menyiapkan sesuatu tugasan).

nota:


Aku tersenyum kerana masih sempat menaip entry ni & ambik gambar guna webcam laptop (hilangkan ngantuk kejap kerana dari tadi asyik duk menatap kertas jawapan pelajar je). Bukannya apa sekadar untuk tatapan rakan-rakan semua. Tengoklah reaksi cikgu rashid sedang menyemak kertas jawapan pelajarnya…(21 Sept. 2008 - jam 12.30 mlm) hehe.


Serius bila baca esei pelajar...
eeee kita ajar lain dia jawab lain pula. .. dari mana fakta dia baca ni????

Okey itu saja. Sekarang jam 12.45 mlm - mau tidur & mau bangun sahur. jumpa lagi pada 23 September ini. Jaga diri baik-baik ya.

p/s – InsyaAllah pada 23 Sept. ini, diri ini akan kembali lagi di alam blog. Bukannya apa - rindu pada blog rakan-rakan semua.

29 comments:

Signorina Syima said...

cikgu!!! mana cikgu menghilang?? sian dia.. sy sgt memahami kepeningan yang cikgu hadapi dlm menyemak kertas2 jawapan pelajar.. macam tu lah mak saya..

mak sy ngajar fizik form 5, abah pula seorang yg cerewet bab makanan, mak letih otak, tp kena jg memasak untuk abah. abah tak nak orang lain masak...sbb tak sedap. cikgu tak pe la.. sbb lelaki..huhuhu

Tirana said...

Salam cikgu Rashid...

Selamat menyemak kertas jawapan pelajar.. Bagus punya cikgu yang dedikasi macam ni..tentu anak murid pun ada semangat ye..

Sufi Idany said...

salam...
semoga fokus cikgu rashid tak lari eheheh... teringat saya pada cikgu2 zaman saya spm 1998 dulu.... tanpa usaha mereka tiada lah saya hari ini.... terima kasih cikgu....

cikgu...terima kasih link sy kat blog cikgu...

selamat meneruskan ibadat puasa hingga bertemu sinar Aildilfitri

azza_irah said...

cikgu..
mmg kena fokus bila memeriksa kertas jwpn..mood juga perlu stabil. mcm paksu azza, duk dlm bilik kunci pintu, sapa2 takleh ganggu dia kl duk periksa kertas.

p/s - wajah cikgu menampakkan kematangan dan kewibawaan sebagai seorang guru..

azza_irah said...

salam cikgu..
mmg perlu fokus jika tgh periksa kertas, mood pun kena stabil. macam paksu azza kl periksa kertas sure dia duk dlm bilik kunci pintu. takleh org ganggu..

p/s- wajah cikgu menampakkan kematangan dan kewibawaan sebagai seorang guru..

Super Nia Hana said...

SPM?
tingat watashi ms amik SPM dulu
sakit teruk
uhuhuhuh
nk wat revision pun menyusahkan org
ehehhehe

mohad said...

salam...selamat aidilfitri 2008

Puteri Ezza said...

Assalamu'alaikum Cikgu Rashid.

Seriusnya cikgu periksa kertas tu. Tapi maintain tampan seperti dulu ;-)

Cikgu dah tak mengajar kat Maktab Sabah eh?

azza_irah said...

waa...nape azza nya post masuk 2 kali...smlm try post yg ptama tak masuk..tulis yg ke2 baru masuk..skrg ada dua..ekeke..sory ek cikgu..

Azwani Shaari said...

fokus cikgu! jangan curi2 main ternet baca2 blog.. hehehehe :D

nieja said...

check krtas jwpan leklok
hehe..

cheryna zamrinor said...

selamat berjaye ek rashid!

kadang2 sedih jugak tgk cikgu yg beriya anak murid buat leka lagik:(

sakurasa 2 said...

Salam cikgu Rashid...

Selamat berfokus...sakura sedang fokus ni he he he

Rashid said...

salam Syima.
Saya tak ke mana..cuma nak fokus semak kertas je. hehe

syima, itu tanda abah syima tu sayangkan mak syima. baguslah tu.. patutnya syima berbangga ngan abah.

Rashid said...

Salam tirana,
terima kasih. bukannya apa saya mau siapkan cepat & boleh bawa bincang skema ngan pelajar.. mau kejar masa sikit. SPM dah dekat.

Rashid said...

sufi idany,
saya bila fokus memang fokus.. duk lekat kat meja je (masa free). cikgu mithali katakan.. hehe

Rashid said...

Azza,
saya bila baca jawapan pelajar ni mood berubah-ubah. Jika jawapan okey, saya semakpun suka, tapi jika fakta entah apa-apa saya 'mengeluh' juga.

Saya juga boleh ketawa sorang-sorang jika ada jawapan pelajar yang melucukan... (jahatnya cikgu). Tapi bila bincang skema dengan pelajar saya akan komen habis-habisan.

Azza, wajah saya matang? ya ke? saya baru je umur 16 tahun.. he he

p/s - post ke-2 kali - tak per. sebaiknya saya ingin ucapkan terima kasih pd azza kerana sudi berkawan dengan saya.

Rashid said...

Salam watashi,
Ini tentu watashi kuat study tuu sampai sakit-sakit..study sampai tak ingat nak ambik rehat.

Saya selalu pesan pada pelajar saya, makin dekat SPM ini penting juga jaga kesihatan.

Rashid said...

Ijad,
salam jua untuk ijad.

Rashid said...

Puteri ezza,
Cikgu taklah serius sangat cuma asyik je.. Ya, cikgu dah tak ngajar sana lagi. Cikgu sekarang dah balik ngajar di Kelantan. Rindu juga sana.. banyak kenangannya.

Rashid said...

cikgu azwani,
tak lah. saya bila fokus memang fokus .. fokus macam gambar cikgu wani tu. hehe

Rashid said...

nieja,
terima kasih atas pesanan tu..hiks!

Rashid said...

hi cheryna,
memang betul. Kadang-kadang tu cikgu yang lebih-lebih - risau dengan persediaan pelajar. tapi pelajar ni nampak gituuuu je. ada tu yang masih tak insaf-insaf.. tapi nak buat camana. kita hanya buat yang terbaik untuk pelajar... setakat terdaya & termampu.

Rashid said...

salam sakurasa,
terima kasih.. ehh sakurasa pula sedang fokus apa???????????
selamat berfokus jugaler.

Sufi Idany said...

salam... cikgu ni saja je comment asing2...huhuhu saja laa tu nak bykkann komen kat sini....hiihihi..

cikgu sehat ? dah abih tanda ke paper student?

Rashid said...

sufi,
saya sihat. dah abis dah semak. janji saya dah saya tepati. tentang komen tu.. memang sejak awal saya berblog itulah cara saya. gaya tersendiri. hehe. macam hantar surat pd kawan - tak berapa suka campurkan banyak nama dlm satu surat. Tambahan saya menaip agak cepat tak yah tengok papan kekunci..(terer le tu kononnya. hehe)

Sufi Idany said...

ooo yer ke.... maaf laa cikgu, mungkin saya pengikut baru cikgu.... jadi tk byk tabiat cikgu yang dapat saya kaji...... maaf ek cikgu...

Rashid said...

salam sufi,
tak per sufi. sufi tak buat salahpun.


p/s - segannyer bila sufi nak kaji tabiat saya. takyahler... kita sama je. hanya hambaNya. sekadar ikut serta berkongsi buah fikir di alam maya & ramaikan kenalan.. tak rugi banyak kawankan sufi????

azza_irah said...

salam cikgu..
sama2 kasih..
sy pun nak ucapkan tim ekaseh sb cikgu sudi bkawan ngn sy..
terasa dihargai..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search