Followers

12 September 2008

Aku terima e-mail bertajuk ‘Makhluk apakah ini?’

Cerita Bawang Merah & Bawang Putih adalah satu siri kesukaan ramai. Oleh sebab itulah cerita ini diulangtayang di TV sekarang ini. Ramai menyukai cerita ini. Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Aku tak tau di mana kekuatan cerita ini. Pada jalan ceritanyakah, pada pelakonnyakah (comel-comel?), atau kerana adanya watak si pari-pari yang baik hati tu.

Tapi maaf, terus-terang aku tak suka sangat tengok filem ini. Bukannya apa, banyak sangat saat suspennya. Tak baik untuk jantung. Maksud aku kesihatan jantung. hehe hee

Menyentuh watak pari-pari ini, kita dah biasa tengok dalam filem Barat, Thailand dan kini dalam filem Indonesia pula. Persoalannya, mengapakah watak ini dipertontonkan? Dari manakah datangnya idea watak pari-pari yang bersayap ini?

Sedikit sinopsis kisah pari-pari di Barat.

Di BARAT, selama 65 tahun, ramai pihak termasuk penulis terkenal, Sir Arthur Conan Doyle, percaya bahawa pari-pari bukan sekadar makhluk fantasi yang wujud dalam kisah dongeng sebaliknya hidupan kenit yang mampu terbang itu diyakini benar-benar wujud di dunia ini…

Malah telah dirujuk dengan pakar fotografi, Harold Snelling yang mana telah disahkan imej pari-pari dalam gambar yang diambil oleh dua kanak-kanak itu adalah imej hidup dan bergerak! Tapi akhirnya diakui…selama berpuluh tahun, kisah pari-pari itu hanyalah kisah pembohongan. Ia hanyalah gambar yang dilukis mengikut lukisan dalam buku Princess Mary's Gift Book (baca kisah pembohongan pari-pari).

Aku terima e-mail bertajuk ‘Makhluk apakah ini?’

Pada beberapa hari yang lalu (6.9.2008), aku terima e-mail dari seorang kawan (banyak forwardnya - kebanyakannya dari pelajar-pelajar UITM) – bertajuk 'makhluk apakah ini?' Nah, tengoklah gambar di bawah ini.

p/s - Aku sekadar tengok je. TAK NAK ULAS APA-APA.

13 comments:

Tirana said...

Cerita-cerita begini kalau tidak berhati-hati boleh membawa kepada syirik...na'azubillah.. lebih-lebih lagi jika yang menonton itu kanak-kanak kecil tanpa bimbingan ibubapa.

Saya pun ada terima email yang menunjukkan makhluk tersebut.. Zaman sekarang ni..dengan teknologi moden, orang boleh reka macam-macam untuk mengelirukan kita. Entah ujud atau tidak makhluk itu..di luar pengetahuan kita tapi kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib seperti percaya bahawa syaitan dah jin itu memang ada tapi macam mana rupanya mereka..wallahu'alam.

azza_irah said...

kita diberi akal untuk menelaah dan berfikir..
kadangkala sesuatu dipertontonkan bukanlah untuk membuktikan kebenaran, sebaliknya supaya kita melihat apa yang terselindung di sebalik semua ini..

wan hussin said...

peliknya makhluk tu kan... huuummm amazing cekgu...

Ps:jangan percaya 100% dengan apa yang anda lihat, hehe!

Erinsza said...

takutnyer saya tgk cikgu Rashid. Jembalang hantu ke? eeeeeeeeee . . .menakutkan.

Rashid said...

Salam Tirana,
memang betul.. kita kena berhati-hati. Banyak cerita kini yang jika tidak diperbetulkan mengikut pandangan Islam boleh menjerat..

p/s- saya juga risau dengan cerita-cerita begini makin hangat dipublisitikan di TV (biasanya kanak-kanak suka tengok) - boleh memerangkap & memesongkan akidah.

Rashid said...

azza,
Benar azza, akal manusia memang hebat. Cuma kita perlu gunakan kekuatan akal yang bersumberkan ajaran Islam untuk memandu kita melihat dan menafsir sesuatu kejadian.. supaya kita berada di landasan yang benar.

Rashid said...

salam w.Hussin,
Tepat sekali. jangan mudah percaya. Era teknologi kini boleh mencipta apa saja...

Rashid said...

hi erinsza,
saya pun tak tau.. tapi tengok jelah. Jangan duk terlalu fikir.

Sila baca komen Tirana dan Azza tu.. pandangan yang cantik.

Wallahualam.

p/s - tak suka terlalu fikir benda ni.

ku tak sempurna said...

luckily bukan aku yg jumpa makhluk tu... :D

ryann said...

makhluk ini seakan tergambar dalam filem pan's labyrinth. dikata ...pari-pari. fairy tales...hanya fairy tales sahaja

Rashid said...

Ku tak sempurna,

sama-sama kita. kita serupa. sama-sama tak mahu jumpa. hehe

Rashid said...

ryann,
ya ker? saya tak tengok film tu. apa-apapun saya sangat berharap semuanya ini hanya rekaan manusia semata-mata. titik.

Signorina Syima said...

dalam Quran tak de pun pari-pari? skang, tanamkan ilmu yang terkandung dlm Quran untuk menjamin akidah anak2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search