Followers

20 October 2008

Malaysia negara ke-2 paling biadab di dunia?

Sedih aku mendengarnya. Antara tak percaya dan percaya. Fikiran bercampur-baur. Tapi aku cuba positifkan minda untuk menilainya. Tak salah kita memerhatikan persekitaran dan menilainya untuk mendapatkan kepastian tentang pernyataan ini.

Maklumat dan pernyataan Malaysia negara ke-2 paling biadab di dunia diperolehi dari IIM. Dinyatakan bahawa sebuah badan NGO’ s Barat yang agak terkenal telah membuat satu pemerhatian ke atas tindakan dan reaksi rakyat Malaysia. Pemerhatian rambang tersebut dibuat melibatkan 4 aspek.

1. Soal kebersihan. Satu ujian telah dibuat di mana 'sampah ringan' telah diletakkan / dibuang pada satu-satu lokasi yang menjadi laluan orang ramai. Hasil pemerhatian, badan NGO’s itu mendapati tiada seorangpun yang telah melalui kawasan berkenaan secara sukarela untuk mengutip sampah tersebut.

2. Barang berharga seperti handphone telah diletakkan di kawasan laluan orang ramai. Bila diletak maka petugas NGO’s ini akan perhatikan siapa yang mengambilnya. Sebaik saja handphone itu diambil maka ‘si petugas’ tadi akan mendail nombor handphone tersebut. Hasil pemerhatian, tidak ada seorangpun yang cuba mengembalikan barang @ handphone yang dijumpai itu kepada pemiliknya walaupun telah tertera ‘miss call’ dan ‘sms’ berpuluh-puluh banyaknya.

3. Berkenaan dengan pintu masuk (pintu utama) bagi beberapa pejabat kerajaan mahupun swasta yang selalu menjadi tumpuan orang ramai keluar masuk. Kajian mereka mendapat apabila seorang membuka pintu, dia tidak pernah mempedulikan orang lain yang berada di belakangnya. Sebaik saja dia masuk maka pintu tersebut akan dilepaskan, tidak peduli sama ada orang di belakangnya ada atau tiada.

4. Potong baris. Pemerhatian dilakukan semasa orang ramai menunggu dan menaiki bas. Didapati bahawa ramai antara mereka yang menaiki bas tidak berbaris. Malah berebut-rebut untuk menaiki dulu ( padahal dia baru saja sampai). Begitu juga apabila jalan sesak, lorong 2 baris akan jadi 4 baris gara-gara pemandu kereta tiada kesabaran.

5. Ucapan terima kasih. Pemerhatian yang dibuat mendapati rakyat Malaysia terlalu payah nak ucapkan terima kasih atas sebarang pemberian & khidmat. Yake?

p/s - Suka dengan pelbagai kajian yang dilakukan kerana hasilnya dapat mencerminkan sikap & sifat sesuatu bangsa. Walaupun kajian ini bersifat subjektif dan tidak menyeluruh tapi sekurang-kurangnya dapat membuka minda…

33 comments:

Tirana said...

Bila dah ada orang komen macam tu..kita kena cermin-cerminkan diri sendiri ye Cikgu Rashid.. Tapi jangan cermin saja..kena buat perubahan jugak la dari yang tak baik kepada yang baik. Sikap dan nilai-nilai murni ni sebenarnya kena diterap di peringkat kanak-kanak lagi. Bila dah sebati dengan diri..payahlah sikit nak berubah..

cHeRyNa PiReS said...

cikgu rashid...
saye langsung tak bersetuju dgn ape saje kaitan mengenai adab org mesia. sebagai sowang yg bekerja dgn org di negara len...byk lagik negara len yg kuang ajar orgnye...saye langsung tak setuju!

pasal berebut nak naik bas dan sebagainye..perhatikan...kite ramai PATI...org2 nieh pon kurang ajar jugak. disebabkan diorg tinggal kat mesia, kite yg dpt name...

* marah nieh:(

anonymous nola said...

salam cikgu...
susah untuk saya katakan..
yang paling penting kesedaran diri kita sendiri..
susah untuk kita mengubah seseorang jika diri dia sendiri tidak mahu sedar..
letaklah banner sebesar mana pun mengatakan "budi bahasa budaya kita" "hormati OKU" "kebersihan tanggungjawab kita bersama" atau apa sahaja. kesedaran diri juga yang memainkan peranan penting..

=)

Rashid said...

Salam tirana,
Saya setuju dengan tirana. Walaupun tidak menyeluruh, hakikatnya ia berlaku. Walaupun pedih, ia sedikit ada benarnya.

Boleh dikatakan setiap hari kita mencerminkan diri. Cermin untuk sekadar melihat 'jerawat', kecomelan & kekemasan diri je. Alangkah baiknya juga kalau kita gunakan cermin untuk melihat dan menilai sikap & sifat yang ada pada diri kita selama ini.

Sekadar untuk renungan diri sendiri..

Rashid said...

hi cheryna,
Amboi marah nampak! (tersenyum kerana sedang gambarkan cheryna sedang marah. hehe)

cheryna, kemarahan cheryna itu ada asasnya. Bagi saya, negara kita ini sebenarnya antara negara yang paling pemurah. Buktinya jelas, ada peminta sedekah yang tinggal di hotel. Malah siap menaja yang lain lagi untuk kongsi 'kekayaan'.

Bagi saya, rakyat kita memang dan sangat pemurah. Baik hati dan budi.

Rashid said...

Salam nora,

Sedang fikirkan kenapa ya nilai yang kita warisi dari dulu tu kini semakin terhakis.. kesedaran diri tak lagi dihargai.

Teringat sarjan kat PALAPES dulu. Sarjan tu pernah kata,
"sekarang segala-galanya bergantung kepada duit. Bukan macam dulu. Dulu bila dengar je ada orang meninggal, semua bergegas. Main peranan. Kini, sikap ini makin tiada, malah nak gali kuburpun, perlu buktikan dulu ada duitnya.."

bendul said...

betul cikgu.. saya setuju tentang kebersihan tu.. kebersihan mencerminkan peribadi kan..
kilang saya pun sama.. sestgh budak tak pedulik menda2 nih..
nak buat macam mana bagi diorang paham pun saya tak tahu.. pening dah..

Rashid said...

Salam bendul,
Kebersihan adalah cerminan diri dan organisasi yang diwakili. Nak tak nak ia perlu dijaga prestasinya. Tapi memang sukar kiranya ada antaranya yang tidak pernah dan cuba untuk menghargai nilai kebersihan.Bikin pening kepala je.

ishhh ishhhh memang bukan senang untuk 'mendidik' tang ini, terutama kepada yang dah berumur. Mereka ni biasanya liat, pekat & lekat.. hehe

Wawa_Nadwa said...

bile dh list camni br kite nmpk ape yg terjadi kt m'sia nih.

1. kebersihan mmg x jaga pon. Toilet pon tgk je la. aduhaiiii.. malu klu pelancong dtg cni..

2. mmg ssh la klu hilang h/phone dorng nk kasi blk.. Adik wawa penah ilang hp dan org itu pulangkn semula. Dia dr indon. Cam tak caye kan, x sume org jahat. =)

4. P0tong baris ni lagi satu.. Dorng pedulik ape janji dorng dpt naik, dpt tempat ddk. kuang ajaQ!!

ku tak sempurna said...

kajian yg dibuat tak merangkumi semua rakyat mesia... so takleh 100% nak kata org mesia BIADAP.

jika dilihat dr sudut +ve, kajian ni patutnya dpt mempertingkatkan lg mutu perkhidmatan kita esp. di jbtn kerajaan.. very BAD...

Kempen Budi Bahasa tak jalan ke??

erisya said...

salams cikgu,

selalu menjengah blog cikgu tapi kali pertama tinggalkan jejak. Walau ada kebenaran pada kajian tersebut tapi sukar nak terima negara kita di tempat kedua!lagipun, pengkaji tersebut tak dapat nak bezakan wajah org malaysia dengan pendatang.Apapun, jika negatif yang dicari, pastilah negatif yang pengkaji temui...

adaliciOus said...

salam..
ni poll dlm readers digest tu kan?
kalau x silap la.
sy kurang setuju setuju bab terima kasih tu.
sy jmpa ramai je org suka ckp thanks, tQ lepas wt pape. sy pn suka ckp gak.
hehe (puji diri sniri..lalala~)

ttg bukak tutup pintu pn sama gk. atau mgkin sy selalu jmpa manusia baik2 kot. & org yg buat kajian tu plk asyik jumpa org kurang diajar..hahaha

pendapat sy je~ :)

Sufi Idany said...

susah nak di interpritasikan...masing2 punya pendapat sendiri apapun secara keseluruhan 60% ida setuju...lg 40% tu mungkin dgn sebab org lain.... mungkin golongan pendatang.... dorg pun adakalanya mencemarkan imej negara kita.... kurang ajar dan lasung tak hormatkan kita sebagai warga mesia...

**pernah berdepan dengan warga Arab yang begitu kurang ajarnya.... nak nangis je time tu... sian pak cik teksi tu... dh le kena marah... di hempas2 lak pintu teksi tu.... ida yg kat dlm teksi tu.... kecut semuanya....**

sweethOneY said...

hmmm
sumenya btol..
penah gak dok belakang org ni, dia bukak pintu, lepas trus mcm tu..seb bekkkk la x tuju muke...ish3

psl hs tu plak..klo dh tertinggal tu, kemslm je la nk dpt balik kann..

tp btol ke malaysia ni kurang ajar sgt nk dibanding ngan negara lain?

azza_irah said...

cikgu..
whre r u...

rindukan komen n usikan cikgu..

kuIna Jentayutiara said...

readers digest prnh buat kajian mcm tu.. tp itu secara rambang aje tdk mencerminkn keperibadian seluruh warga negara kan...
apapun kita ambik iktibar jana kesedaran di peringkat awal.

dugongsenyum said...

Aku suka bekerja di meja yang bersih.

A t i Q a h said...

Kelmarin, semasa berjalan di satu lorong. Ada pemuda di depan saya dengan muka selambanya membuang tin minuman kosong ke atas tanah. Dan yang pastinya, pemuda tu bukan warga Malaysia kita. Huh.

Rashid said...

Salam wawa,
Saya setuju benar tentang pdgn wawa. 'bilik rehat' itupun dah lama dah jadi isunya. Tapi hingga kini masih ramai yang tak menghargai dan sama-sama menjaganya?

Begitu juga dengan disiplin penumpang bas semasa naik bas. Apa salahnya beratur ikut giliran? ishhhhhh apa punya manusia ni?

p/s - sangat meluat tengok kereta yang suka potong-potong baris... terutama semasa jalan sesak. Kan sabar tu separuh drp iman.

Rashid said...

ku tak sempurna,
Penilaian saya, mutu perkhidmatan di jab ker sekarang ni lebih elok dari dulu.. dah ada perubahan.

Teringat dulu jika pakai kemeja T & jeans, layanan yang diterima 'gitu aje'. Tapi jika pakai kemas, bertali leher, fuhhh bukan main dpt layanan baik. Banyak buktinya yg telah saya dapat dengan cara ini.

p/s - Sebab itu jika nak berurusan dengan jab ker saya lebih suka berpakaian kemas. Percayalah, ada bezanya..

Rashid said...

hai erisya,

Terima kasih kerana selalu menjengah sini. Sebenarnya, sayapun tak dapat terima Malaysia negara ke-2 paling ......

Apa-apapun, kajian ini sekadar renungan dengan apa yang kita dapat buktikan dengan pengamatan seharian. Kita juga perlu ingat, kajian ini dilakukan oleh 'orang luar'. Oleh itu kesimpulan yang dibuat oleh 'orang luar' tak boleh diterima bulat-bulat.

Rashid said...

Salam adalicious,
Saya rasa laporan ini memang dari readers digest (saya pernah baca dlm akhbar). Cuma apa yang saya paparkan ini apa yang disampaikan oleh IIM tempohari.

Adalicious, kita sama. Sayapun selalu berdepan dengan mereka yang pemurah dengan ucapan terima kasih. Begitu juga semasa buka pintu tu..

Mungkinkah kerana ia berlaku mengikut balasan.. 'jika kita murah dengan senyuman maka duniapun akan ikut tersenyum pada kita'? Mungkinkah??????

Rashid said...

Salam sufy idani,
Bicara tentang pendatang penyumbang tercemarnya imej negara ni.. teringat saya semasa sembang dengan kawan saya di kem tentera lebih kurang sebulan yang lalu.

Kawan saya tu bukan main marah lagi dengan orang Afrika (maaf, saya berterus-terang) kerana selalu kacau anak gadis tempatan. Kawan saya tu sanggup 'angkat senapang' jika diizinkan kerajaan untuk mendidik mereka yang perlu di'ajar' ni.

Sukarnya nak gambarkan tentang nasib negara pada masa depan...

Rashid said...

hi sweethoney,
Semuanya sekadar kajian 'orang luar'. Kita boleh fikirkan untuk refresh diri dan apa yang sedang berlaku dalam masyarakat. Tapi tentang negara ke-2 tu jangan diterimalah. Sayapun tak setuju.

Bagi saya, negara kita ini masih ada nilai santunnya berbanding dengan sesetengah negara luar. Masyarakat kita masih kaya dengan nilai budi bahasanya.

Rashid said...

Salam 'sedetik hati',
Wahhhhh, Azza ni perasan ya saya tak online lebih kurang 1 minggu.
Sebenarnya saya pergi KEM GEMAS, negeri Sembilan - terlibat dengan latihan tentera AW. 3 Batalion terlibat (Lebih kurang 700 anggota)... semasa di sana tak ada talian internet ni. Maklumlah kawasan hutan.

Apa-apapun terima kasih azza kerana 'merindui' saya. Sebenarnya, saya juga sangat merindui kawan-kawan semua.

Sekarang saya dah kembali semula.. Azza, jom kita 'take 5'

Rashid said...

salam kuina,
Ya, kita jangan terima bulat-bulat kajian tu. Sikit-sikit tu bolehlah untuk kita menilai keadaan semasa. Yang penting, kita budayakan kembali nilai-nilai ketimuran yang penuh kaya dengan adat & budi bahasa.

Rashid said...

Salam Dugong senyum,
Saya ikut tersenyummmmmm.

Rashid said...

Hi Atiqah,
Nah itu satu bukti nyata di depan mata. Itulah masalahnya jika 'mereka' ini tak menghormati negara kita.

Nampaknya, kerajaan perlu 'basuh' mereka terlebih dahulu sebelum benarkan mereka untuk masuk dan bekerja di sini.

Ada Ayrissa said...

mungkin betol kot..
tp x semua la rakyat m;sia bersifat cam tu...

Rashid said...

Ada,
Saya setuju, hanya segelintir je rakyat Malaysia yang terlibat tapi biasalah publisiti dari luar. Mereka sengaja membesar-besarkannya..

cput nakal said...

Malaysia BIADAB???
wahh... tepuk dada, tanyalah diri...


p/s: terima kritikan orang untuk mengubah diri supaya menjadi yang lebih baik... mengata orang adalah tindakan yang bodoh... =)

Cx Bob said...

huhuhu..
mende sume tu betol..
nak wat cam mane..
pikir sendiri la..
huhuhu..

dee aDjuSteR said...

kurang ajarkah rakyat Malaysia??
tidak!!! malah terlebih ajar siap!!
bidapkah rakyat malaysia??
ya!!! sangat!!!
kenapa ya??
hm... kita, 'bangsa' Malaysia yang penuh dengan adat dan kesantunan sebenarnya hanyalah satu omongan berlandaskan hikayat terdahulu sahaja...sementara dunia menapak lebih maju kehadapan, kita turut 'berlari' kehadapan sehinggakan kita 'tertinggal' beberapa nilai2 murni yang sepatutnya kita bawa bersama kemajuan yang kita kecapi... perkara sebegini berlaku pada setiap orang... rakyat thailand ka, rakyat jepun ka, rakyat zimbabwe ka, cuma yang menariknya Malaysia kerana kita sendiri sebenarnya 'more words than actions'... terang2 dalam rukunegara ke5 iaitu 'kesopanan dan kesusilaan'...hm..kemana agaknya praktikal rukunegara ke-5 itu ya?? sudah tentu saya katakan hal ini berkenaan kepada sesetengah pihak sahaja...bukan semua orang biadab dan kurang ajar...sekian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search