Followers

11 October 2008

Menangislah...

Petang tadi aku melihat cerita Wulan di RTM 1. Seronok juga aku menontonnya. Bagi aku jalan ceritanya agak kompleks. Kisah tentang kecekalan, kesedihan, kekecewaan, kemarahan, kejujuran, kegembiraan dan kelucuan.

Tertawa dan menangis adalah sebahagian dari diari kehidupan kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita dilingkari dengan pelbagai peristiwa dan warna-warni kehidupan. Peristiwa yang lucu dan menggelikan hati akan membuatkan kita tersenyum dan ketawa (hingga lupa dunia... hehe).


Tapi sebagai manusia kita juga pastinya akan berdepan dengan peristiwa pahit, tidak terjangka dan menyedihkan hati. Pelbagai reaksi spontan dapat dilihat dalam menghadapi situasi sebegini. Namun bagi sesetengah orang, dia tetap kuat.
Malah ada juga yang mampu sembunyikan kelukaan. Apa yang pasti dia tidak mau pamerkan kedukaan dan kesedihan yang dialaminya kepada orang lain. Sebaliknya dia terus menzahirkan senyuman...

Tapi kekadang, walaupun kita kelihatan kuat dan cekal, kita sebenarnya perlu juga berikan ruang dan masa kepada diri (dan juga kepada orang lain?). Ruang dan masa untuk menangis atau sekurang-kurangnya membiarkan air mata mengalir lembut ke pipi. Ini kerana banyak hikmah di sebalik mengalirnya air mata itu…

Menurut Ibn Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan, iaitu:

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati
2. Menangis kerana rasa takut
3. Menangis kerana cinta
4. Menangis kerana gembira
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah
8. Menangis untuk mendapatkan belas kasihan orang
9. Menangis kerana terikut orang menangis
10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis

Cuba renungi kembali … dari sekian banyak jenis tangisan itu, yang manakah pernah menyebabkan anda menangis?

p/s - Pernah melihat emak saudara menangis berhari-hari kerana disebabkan kucing kesayangannya meninggalkannya… dan diri ini juga pernah menangis kerana kehilangan…

58 comments:

Sufi Idany said...

Salam Cikgu...
saya pun selalu menangis.. kadang2 dengan tangisan rasa hilang seribu resah yang bersarang di jiwa... dengan tangisan rasa dpt meringankan derita di hati.

erm dr 10...

2. Menangis kerana rasa takut
3. Menangis kerana cinta
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan
6. Menangis kerana terlalu sedih
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.

p/s : kawan2 selalu ckp sy ni ratu airmata... ehehehe

Tirana said...

Salam cikgu Rashid,

Saya pernah menangis disebabkan perkara-perkara no1 hingga no8. Kadang-kadang menangis dapat mententeramkan jiwa tapi biasanya saya tak menangis depan orang.. susah bagi saya nak menangis di depan orang. Kalau teraasa nak menangis, cepat2 lari masuk bilik air..hehehe

Unknown said...

menangis kdg2 baik utk emosi.
tp kalau terlebih,tuh giler menangis namanya!

azza_irah said...

salam pagi cikgu..
menangis itu perlu..
memberi ruang pd diri jua perlu..
kadangkala org lihat kita kuat di luar..tabah dan cekal..namun semua insan punya hati kecil yang cukup sensitif..cm bergantung bagaimana kita..mengendalikan nya..samada perlu dipamer atau disorok dengan tujuan tertantu. rasanya semua orang pasti akan menangis walau sekali seumur hidup...walau sekeras mana pun hati nuraninya..


p/s-cikgu menangis kerana kehilangan apa ya..

Isdaniya said...

hihikk.. jugak menanggis kerana bawang merah.. pedih wooo..

KTS said...

lately, mata ni selalu berair... w/pun air ni keluar dr mata, tp ia bukan dlm kategori airmata kan?? :D

Redynne™ said...

Zahir dilihat hanya antara lapis.. mata bersinar bergenang tangis..

Redynne™ said...

Zahir dilihat hanya antara lapis.. mata bersinar bergenang tangis...

Rashid said...

idany,
Terbuktilah perempuan dan airmata adalah teman yang setia. Tapi baguslah kerana sekurang-kurangnya dengan menangis ia dapat meringankan sebak dan bebanan yang dirasai.

Rashid said...

Salam tirana,
tirana ni jenis yang memendam rasa. Nak menangispun sempat juga memilih tempat.

Kekadang perlu juga tirana menangis depan seseorang. ya, seseorang yang rapat dengan tirana.. sekurang-kurangnya ada insan yang sudi dan dapat memberi kekuatan pada tirana.

Rashid said...

hai chadachada,
Giler menangis. adake? memandai jer chadachada ni. kalau dia asyik menangis tu mungkin juga kerana dia tu terlalu sensitif. (tapi saya rasa taklah sampai ada yang tengok anak kucing kuruspun dia boleh menangis..)

Menangis kalau terlebih tu.. kalau perempuan kita panggil tangisan azean irdawati, lelaki pula kita panggil tangisan rosham nor. hehe.

Rashid said...

salam sedetik hati,
Memang azza, saya rasa semua kita pernah menangis. Saya juga rasa sejak setahun dua inipun kita pernah menangis.. sama ada kita sedar atau tak.

Cuma bezanya perempuan mudah menzahirkan tangisan berbanding lelaki. Orang laki kalau menangis masih nak jaga machonya..

Terus terang saya tak sanggup melihat perempuan menangis..

Azza, saya pernah menangis kerana kehilangan orang tersayang...

Rashid said...

eida,
lucunya eida ni..
tak dapat nak bayangkan setiap kali eida potong bawah merah tu.. setiap kali itu jualah eida menangis. huhuhuuu

Rashid said...

hi redynne,
bagi saya jika mata bersinar bergenang tangis... maknanya ada kekuatan di balik tangisan itu. Pasti dia mudah untuk kembali bangkit dan melangkah menghadapi hari-hari mendatang..

azza_irah said...

cikgu..
kadang2 tangisan perlu disembunyikan..bukan kerana kita ego atau takut dipandang lemah..tapi sebenarnya kita perlu mberi kekuatan kpd org lain..

p/s- kehilangan memang meeritkan kan..tapi ia menjadikan kita lebih matang dan kuat sebenarnya..

Rashid said...

salam azza,
saya mengerti azza.. sedetik hati bisa merungkai apa yang tersirat.

Memang azza, pengalaman kita kehilangan lebih hebat rupanya.. ia suatu realiti yang harus kita terima. Namun ia memberi kita lebih kekuatan & ketenangan.

cheryna zamrinor said...

sha baru nak nangeh semalam...
maknenye nangeh itu elok ke?

azza_irah said...

sy alami pengalaman kehilangan berkali2 cikgu..
hati tercarik...susah utk menutup luka tanpa menitiskan airmata..tapi disitulah terhimpun segala hikmah kan..

sume org pasti akan melalui pengalaman ini..

Sufi Idany said...

Salam Cikgu,

pada sy tk perlu nak tahan2 apa yang di rasa hati....
entah laa mungkin sy seorang yang agak sensitif. byk benda sy lihsat dr sudut yang berbeza.... dan sy fikir sy perlu mengubahnya agar org tidak lagi menilai sy seperti mana penilaian mereka skang ni?

apa pendapat cikgu ?

fAtrinA said...

salam cikgu....
erm...menangis mmg dh jadik sebahagian hidup sy...mayb sy org yg simpati & empati...

Redynne™ said...

Lumrah wanita tangisnya senjata..
Fitrah lelaki tangisnya di hati..
Juga..
Redynne bersetuju dengan sufi idany- 'dengan tangisan dpt meringankan derita dihati'..
Tapi cukup lah setakat itu, jangan sampai tangis tiada harganya..

Rashid said...

cheryna,
Menangislah cheryna....
moga cheryna beroleh ketenangan selepas luahkan segala-galanya melalui tangisan. Yang penting lepas menangis tu, carilah kekuatan diri.

saya yakin cheryna soorang yang kuat semangat & tabah ...

Rashid said...

Azza, makin banyak kita alami hakikat kehilangan makin banyak yang dapat kita pelajari darinya.

Saya pasti azza makin kuat setelah melalui itu semua. Cuma kelembutan hati tu masih tetap menjadi milik azza. Moga titisan air mata azza akan jadi penawar kepada luka yang azza alami itu.

Rashid said...

idany,
Bagi saya, idany mempunyai jiwa yang halus & mudah terasa dengan apa yang menyentuh hati. terimalah ia.

Cuma pada pandangan mata orang lain, jika kita terlalu mudah berair mata , kita juga akan mudah dilabelkan seorang yang lemah & 'mudah kalah'. Oleh itu tengoklah faktor & situasinya..

Rashid said...

salam fatrina,
Saya dapat terima akan hakikatnya kaum hawa memang mudah terasa, sensitif & mudah berempati. sesuailah dengan fitrahnya.

Cuma carilah sesuatu yang dapat menceriakan diri dan hati selepas menangis tu.

Rashid said...

Redynne,
Takutnya saya jika airmata dijadikan 'senjata'. Risau jika senjata tu tajamnya bisa menghiris hati. Nanti makin parah terluka.. hehe

Redynne™ said...

Jangan salah sangka cekgu.. bagi Redynne, 'senjata' yang dimaksudkan sekadar untuk mempertahankan diri..

Rashid said...

hmmmm tangisan sebagai senjata pertahanan diri... wah kreatif tu redynne.

azza_irah said...

cikgu rashid..

terima kasih..

mg kita diberi hidayah jalan mana yg harus kita ikuti..kadang2 simpang mbuatkan kita keliru..tersalah ikut susah utk kita berpatah balik..
di saat ini lah yg dikatakan airmata darah pun tidak berguna lagi..

Redynne™ said...

Redynne hanya tersenyuuuum...(mcm cekgu gak..)

Rashid said...

azza, moga kita diberi nur hidayah yang terbaik dariNya.

Teringat satu cerita. Minta kita pejamkan mata. Dalam pejam tu jalan mana @ wajah mana kita nampak. Pejam lagi. Jalan @ wajah sapa kita nampak. Kalau wajah dia tetap kita nampak itulah dia jalannya...
(tapi ini semua sekadar cerita.. tak leh percaya.)

Azza, solat istikharah lah jalan terbaik jika kita dalam persimpangan membuat pilihan.

Rashid said...

Redynne tersenyum macam saya gak.. adooiiiiiii. tak pelah. baguslah. sekurang-kurangnya senyuman itu boleh menceriakan diri. kan kita tak boleh terlalu serius dalam hidup ni...

Redynne,
"Senyumlah, dia pasti tersenyum".

Narina Joe "Najo" said...

tetibe rasa mcam nk menangis pulak bila bace entry ni...hehe..

saya rasa saya jarang sangat menangis...tp once saya menangis tuh...memang yang beria betul..selalu sya x nangis depan org..lebih prefer nangis sorg2 tyme malam2 b4 tdo, bile tibe2 sy teringatkn sumthg yg boleh keluarkan airmata nih...sedihh sgtt2

Witty Angel said...

tangisannn yang memahitkannn

Rashid said...

salam najlaa raihana,
eeee bakal dr pun menangis jugake? (hehe gurau jer..)

Jarang menangis? mungkin najlaa dah terlatih, boleh rawat diri sendiri.. sedih je terus rawat.
Tapi sesekali tu air mata jugalah yang menjadi penawarnya.

p/s - teringat kat kawan masa kat sabah. sebelah rumah. kawan saya tu ustaz, isterinya dr. di hosp Queen. Ust. tu agak pendiam sikit tapi isterinya tu riuh manjang & sporting abis.

Rashid said...

salam witty,
saya tengok witty ni sentiasa ceria jer. tApi di sebalik tawa tu, saya rasa witty juga alami saat kesepian dan kesedihan...

nieja said...

kdg2 dgn menangis kite rase tenang sket..

cikya said...

saya suka baca post kak azza dan cikgu rashid terutamanya, memang puitis...ala...saya pula nak menangis baca.

Rashid said...

salam nieja,
Bagi saya, air mata & ketenangan ada juga kaitannya. Bila sedih & sayu, air mata menjadi teman setia. Menitisnya air mata tu bagai mengalir bersamanya kedukaan & kesedihan. Selepas itu terasa sikit lapangnya dada.

Rashid said...

A.kum cikya,
hmmm hmmm cikya ni adake ke situ pula. Jangan, jangan menangis kerana bicara kami. Kami berbicara dari hati. Mungkin cikya tersentuh kerana pernah alami kenangan persis apa yang kami bicarakan itu..

Okey sekarang, cikya cuba senyum. senyummm... ha, cam tu saya nak.

Ryehanna said...

saya xsuke menangis...nampak lemah sangat.dan saya xsuke nampak lemah.saya lagi xsuke kalau dikasihani...

tapi kdg2 xleh nak kontrol...
aihh...pompuan lah katakan...

tapi saya akui,bila menangis,rasa lega sedikit...

:]

sebagusnya biarlah menangis kerana sangat2 gembira dan kerana keinsafan...

heheh

Rashid said...

hi ryehanna,
hah, ryehanna ni cam kuat semangat je. susah nak nangis. Tapi saya percaya, ryehanna juga berjiwa lembut..kan kan kan

Sukarnya menangkis persepsi orang...

Azwani Shaari said...

Menangis lah,
Kalau manusia terlalu sombong untuk menangis,
Lalu untuk apa air mata telah di cipta,
Bukan hanya bahagia yang ada di dunia..

Huhuhu
Menangis di bahuku..

Rashid said...

Azwani,
bertuahnya si dia tu.. kerana jika dia nak menangis, menangislah di bahu azwani..(saja gurau.)

Memang azwani, banyak hikmahnya air mata tu. Satu anugerah yang tidak ternilai dariNya.

azza_irah said...

salam utk cikya..
tkaseh kerana mengikuti..
k'azza masih belajar wlpun telah mengajar..rasanya begitu juga dengan cikgu rashid dan sume di luar sana. pengalaman org kita jadikan panduan...pengalaman sendiri buat kita makin tabha di hati..

seperti kata cikgu rashid..bicara dari hati..
mgkin kerana itu ianya jd lebih berkesan..
salam manis utk cikya dari kak azza..

sory ek cikgu..pinjam ruangan jap..ekekee..

salam manis utk ckgu jugak..senyum sokmo...

Rashid said...

Azza,
Azza benar. saya rasa kehidupan ini terlalu indah dan singkat untuk disia-siakan. Kita perlu mencari erti kehidupan, erti ikatan hubungan.. ianya terlalu luas.

Saya selalu rasa diri ini terlalu kecil di sisiNya. Tidak terjangkau untuk kita fikirkan hikmah dariNya. Sebab itu kita perlu terus belajar. Belajar menilai, memahami dan menghargai...

ada van de kamp said...

sy sng sgt mnangis tp malu nk mnangis dpn2 org.
slalu mnangis sorg2 je sblum tdo.
lps bgn tdo, rasa lega sikit..

Rashid said...

Adalicious,
Adalicious ni tentu anak mummy ni? manja.. tapi betullah tindakan adalicious tu. Lepas nangis je terus tidur.

Tertanya juga kenapa ramai antara kita ni lepas nangis je akan 'lena'. Kenapa tak lepas nangis je terus keluar makan-makanke, pergi joggingke, mancingke? hehe

Wawa_Nadwa said...

Menangis kerana rasa takut:
ni dlu ms kecik2. Takot kena marah ngn abh bile buat salah. Blom abh marah lg dh nangis. haha.

Menangis kerana cinta:
Bile perpisahan terjadi. Padahal kite yg mntk putus. hiks!

Menangis kerana terlalu sedih:
Klu ade kematian ke. Bile kite wat salah ke. Bile kite kecewakn org yg kite syg(keluarga).

Menangis kerana terasa hina dan lemah:
Ni nangis bile abes solat ms berdoa. Kdng2 tertibe airmata ni mengalir. ;)

Menangis kerana terikut orang menangis:
Yg ni klu cite drama ke. Mesti nk nangis jgk. haha!

Wawa_Nadwa said...

kdng2 menangis bile ade masalah.
nangis puas2. s
mpai bengkak bijik mata.
br la lega dh bleh pikir cmner nk selesaikan masalah tuh.
huhu!
=)

Rashid said...

Salam wawa,
Nampaknya wawa dah 'menang'. Semuanya wawa ada. TAHNIAH!!!!!
Tapi saya rasa lucu tang 'abah belum marahpun dah siap nangis dulu' eeee manja. tak malu..

'Menangis kerana terikut ikut org lain menangis'.. tang ini saya no komen. Sebab pernah jua nangis..tengok film hindi (ops wawa, ini rahsia antara kita. janji! hehe).

nOin anaK jamiL said...

cite wulan ni noin folo dr awal smp skg...sgt2 sedih & bes (saye suke...suke....suke....)

Rashid said...

wawa,

Bagus tu wawa. Ada pembaharuan. Menangis puas-puas.. bak kata org 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan', 'alang-alang mandi biar basah'.. 'alang-alang menangis biar sampai bengkak mata'.

p/s - Utk lelaki, 'alang-alang nak ngurat biar sampai ke jinjing pelamin' hehe

Rashid said...

Noin,
Sayapun suka tengok citer ni walaupun tak lah sempat ikut sepenuhnya... saya suka watak awan tu.. cintanya begitu tulus sekali..

Wawa_Nadwa said...

cikgu,
sume komen blogger yg cikgu reply sume buatkn wawa tergelak sendiri.

sbb ape pas nangis trus tdo x gi soping ke g mkn ke?
sbb dh penat nangis tdo lah, pastu bgun tdo mata bengkak je. hiks!

owhh.. cikgu pon nangis tgk cite hindi yeeee.. ok2! tak bgtau sape.
OIIII.. ORG KG!! CIKGU RASHID NANGIS TGK CITE HINDI.. eeii tak aluuuu..
ahaks!

pesanan tuk lelaki tuh, wawa sukeeeee sgt... hee. ;)

Rashid said...

wawa,
yake? baguslah kerana dapat menghiburkan hati wawa.

oh hooooo tak boleh simpan rahsia ya. Habis satu kg tau rahsia saya. tak per tak per. biar saya je yang simpan rahsia wawa. saya orang baik. tak per tak per..

OOOOOOOOOiiiii ORANG BANDAR!!!

Wawakan... dalam kelas dia selalu.. hehe (tak sampai ati)

Ada Dalina said...

huhu..cikgu, saya slalu menangis smpai tertdo....
mlm la slalu, bila suasana sepi mcm2 yg lalu difikiran ini...
huhu....

Rashid said...

Ada,

Menangis.. alangkah besarnya anugerah dariNya ini. Berfikir... dari situ kita alami pelbagai situasi dan reaksi. Moga apa jua reaksinya dapat memberi kekuatan dan kejernihan untuk kita mengorak langkah kembali.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search