Followers

16 November 2008

Jamuan kelab staf 2008

Kelmarin aku menghadiri jamuan kelab staf, sebagai penutup tirai 2008. Jamuan kali ini diadakan di Restauran New Horizon, Kota Bharu. Suasana agak meriah kerana hampir semua staf hadir. Berikut sekilas pandang suasana majlis yang sempat dirakam..


Rakan sekerja... antara tunjang kekuatan organisasi sekolah.


Baju merah tu.. setiausaha kokurikulum antara guru glamor yang mempunyai ramai peminat. Bila dia bercerita pasti ramai tergelak. Tadak sapa boleh lawan. hebat.


Tahniah kepada Pengerusi Kelab Staf kerana berjaya menganjurkan majlis dengan jayanya. Tentu dapat pencalonan ramai lagi untuk jawatan pengerusi tahun depan. hehe.


Kesopanan guru-guru perempuan terserlah...
Seorang darinya sempat lagi mengusik aku, "Cikgu rashid, ambik gambar ni masuk dalam blogke?" Aku sekadar tersenyum.

2 rakan sekerja yang sering di'puji' oleh pelajar kerana gaya dan penampilan yang menarik. hiks!

Orang-orang penting dalam urusan pentadbiran pejabat. Tanpa mereka abislah!!!!!! hehe.
Kepada kakak-kakak ini yang sering melayari blog kerdipanbintang, .. "terima kasih".

p/s - mana cikgu rashid?... Saya ada. Sentiasa ada bersama. Cuma sekali-sekala suka berada di balik tabir memerhati suasana...

12 comments:

azza_irah said...

terima kasih kerana sentiasa ada..
kehadiran cikgu dirasai walau tiada di depan mata..

ambil gamba nak masukkan ke dalam blog..sy juga sering diaju soalan demikian..

jwpn kita...sekuntum senyuman..

cikya said...

Wah.....ramai jugak rakan sekerja cikgu tu, mesti mcm ragam. Patutle cikgu lamaa takde ek...sibuk rhupernye

Rashid said...

Azza,
Ya azza, kita sama. sentiasa ada dan merasai kehadiran. rasa itu buatkan kita senyum jer. melangkahpun gagah.

Rashid said...

salam cikya,
Memang macam-macam ada. Tanpa mereka sapalah kita.. saya sangat menghargai mereka semua.

Sebenarnya kerja ni tak pernah abis. Ada jer nak dibuat. Tapi yang pentingnya saya cuba hadapinya dengan hati yang tenang. Dan selalu gembirakan hati bila bekerja.

Eida said...

emm.. baru nak tanya.. mana cikgu rashid...

ingatkan tengah duk pulun makan... hihihikk..

azza_irah said...

cikgu...
dah lena ke...

sakurasa 2 said...

Wah meriahnya suasana majlis dan terserlah kemesraan antara cikgu dan organisasi sekolah, taniah!

Shila said...

Seronoknya ada kenangan makan ebersama-sama teman sepejabat macam ni. Suasana kerjaya saya amat sibuk di kawasan.Kebanyakan teman sejawat hanya berjumpa di pejabat sahaja.

Rashid said...

hi eida.
Memangpun bila makan dah tak ingat dunia dah.. hehe.

Rashid said...

salam sakurasa,
hmmmmm itulah satu kepuasan sebenarnya.. kami happy jer. kadang-kadang tu main futsal sama-sama.. main badminton, boling. Sempat lagi usik-usik, macam-macam cerita tak pernah abis.. hehe

Rashid said...

azza,

lummmm lena..

Rashid said...

salam shila,
Kami selalu rancang aktiviti bersama.. ada-ada jer. tapi semua kena bagi komitmen la baru berjaya. tapi alhamdulillah, setakat ini kawan -kawan saya semua okey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search