Followers

08 November 2008

'Pen Skodeng' kegilaan remaja sekarang


Pen Skodeng? Terkejut aku dibuatnya. Macam tak percaya je. Tapi semua ini berita benar. Berita ini aku bacanya dari akhbar Kosmo Online petang tadi.

Berikut sebagaimana yang disiarkan;

KUALA LUMPUR - Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.

Pen yang dinamakan sebagai 'Pen Skodeng' di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.

Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya. Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok. 'Pen Skodeng' juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak.

Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.

"Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini ia boleh didapati dengan mudah di negara ini," kata seorang pengguna pen ini.

Seorang lagi pemilik pen ini, Zamri, 25, berkata, tujuannya membeli hanyalah untuk kegunaan sendiri.

"Saya anggap ini sebagai teknologi canggih yang perlu dijadikan koleksi kerana ia ada lensa yang mampu merakamkan imej berwarna dengan resolusi saiz 0.3 megapiksel di samping bunyi dari jarak sejauh lima meter," ujarnya.

Tambah Zamri, dia dan rakan-rakannya berkesempatan menguji keberkesanan pen berkenaan dengan merakamkan pelbagai aksi tersembunyi di tempat-tempat awam tanpa disedari.

p/s Bagi aku, teknologi pen itu sangat bagus sekali. Terlalu kreatif & inovatif. Tapi jika disalahgunakan apa akan jadi nanti…. kepada kawan-kawan semua, hati-hatilah.

52 comments:

sakurasa 2 said...

Wah dah ada pen skodeng ....untuk orang2 yang suka skodeng ya!!!

Rashid said...

hiii tak taulah sakurasa, macam-macam ciptaan sekarang ni..

Witty Angel said...

huyooo ade pen skodeng..nak tempah satu boleh?boleh amik history patient and findings yang menarik!ngeee

Signorina Syima said...

biasanya gadget IT macam ni sll akan disalahgunakan... percaya la.. humans tend to make mistake. lagi seronok melakukan kesalahan dari sesuatu kebaikan...

etomyam said...

waah, macam2 teknologi sekarang....bila ramai org makin pandai

azza_irah said...

nak beli pen ni nak skodeng org kk...

azizi said...

Kawe rasa lebih banyak buruk dari baiknya, tapi terpulang kepada diri masing2 la. Pisau pada seorang tukang masak tidaklah bahaya sebagaimana berada pada tangan pembunuh.

Anonymous said...

wah.. pen skodeng plak dah..
macam² bleh dapat skang ek..
kalo guna untuk kebaikan takpe..
ni di salah gunakan...
mmg parah..

Isdaniya said...

macam2 kecanggihan teknologi sekarang ni.. tapi sayang manusia nie suka menyalahgunakan nyer..

nahmy said...

assalamualaikum...

jika ada demand adale supply...tak gitu? control pembuat dan pengedarnya mudah tapi control pemilik mata dgn niatnya? Allah saja lah yg tahu...

ada van de kamp said...

whOaa takutnyaa pen mcm niii!!!
walaupun sy x pnh tgk sndiri, lps ni mesti sy jd cemas sikit bila tgk org pegang pen pelik2..huhuh~

Anonymous said...

yeke cikgu?
makkkk aihhhhhh takotnyer...
aduh.....xpasal² nanti jadi perkara lain pula..heee teknologi skang kalau canggih dan disalah guna pun tak bagus jugakan cikgu?
hmmmmm;(
-nen

Rashid said...

Salam witty angel,
Wah nak tempah terus. Witty, kat kedai komp witty tu tak jual lagi ke? Kalau dah beli tu ambik yg baik-baik je tau...jangan nak nakal-nakal!!!! hiks!

Rashid said...

hi syima,
Saya setuju ngan syima terutama bebudak remaja.. h.phonepun ada disalahguna inikan pula pen.. kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti.

Rashid said...

hullo bro etomyan,
Teknologi tinggi diharap tak mencemarkan kesucian hati..

Rashid said...

Salam azza,
hiii nak skodeng org kk ya. Azza jumpa saya je, saya terus 'scan' azza, cariiiiiiii pen tu! Tak boleh sembunyi punya.. hehe

Rashid said...

Salam sahabat gg,
Memang benar. Teknologi sebenarnya ilmu yg baik. Jadi tak baik jika disalahgunakan. Comel perumpamaan tu. tq komen.

Rashid said...

Along arman,
Sama-samalah kita berharap, pen ini digunakan dengan baik. yups!!

tq singgah sini & beri komen.

Rashid said...

eida,
a ha. manusia akhir zaman katakan. Suka tukar benda baik jadi tak baik. Benda baik digunakan dengan cara tak baik.

Rashid said...

Salam nahmy,
Bab kontrol mata tu yang susah. Tengok sekali nak tengok 2 kali.. sedar tak sedar apa mata lihat dah turun ke hati.

yes! nahmy, semuanya bermula dengan niat. Moga semua beli pen ni ada niat yang baik.

Rashid said...

Adalicious,
Hati-hati tu okey. Tapi jangan panik lak. Tengok je orang pakai pen pelik & nampak mahal, mata tu juling semacam jer. Orang yg pakai pen tu pula jadi panik. kes naya tu. hehe.

Lepas ni pensyarah akan rasa pelik kerana student asyik tengok pen nya berulang kali, dengan mata mencurigai.. wow!!!

Rashid said...

Cikgu nen,
Jangan takut !!!.
Tak apanyer. Cuma hati-hati je. Pakai pakaian dengan sopan, jaga tingkahlaku..

Nen, fikirkan yang baik-baik ya. Moga pen ni akan berfungsi ngan baik. kita doakan.

azza_irah said...

org kk sile sediakan baju kalis dr di teropong ye..hehee..

kakLuna said...

untuk banteras maksiat mmg bagus..tp kalo dipasang dgn niat mengintai..hmm risau la pulak

Anonymous said...

zamri itu sape? cikgu jugak ke?

Rashid said...

azza,
Dah, dah standby dah. Baju kalis tu di'double' lagi ketebalannya. Ada lutsinar ciptaan khas di dalamnya .. dijamin tak tembus punya. hehe

Rashid said...

Salam kakluna,
Memang itulah yang kita risaukan.. sekarangnipun kita dah dengar 'rumah artispun dipasangnya webcam.., ditandaspun.. eeee kena hati-hati ni'.

A t i Q a h said...

Ish. Tak tau pula benda secanggih ini dah sampai Malaysia. Bahaya betul ni kalau sampai di tangan orang yang tak bertanggungjawab.

KTS said...

wah... dasat skrg ni...
nak beli katne?? aku nak satu... ihihihihihiihi

Rashid said...

Atiqah,
Pen ni dah lama dipakai oleh 'james bond'.. tapi kini baru sampai kat Malaysia. Cianyerrr. Harap pen ini diguna sebenar-benarnya untuk keilmuan..

Rashid said...

Kutak sempurna,
Tak tau lak. sayapun mau beli satu.. jom kita sama-sama pergi cari. yups!!!

fAtrinA said...

cekgu..ish macam2 skang ni kan?canggih tp bleh bg akibat yg xelok la...huhu

Rashid said...

ya fatrina,
Ramai berpandangan begitu. Tapi saya masih berharap ia akan bawa kebaikan...

Wawa_Nadwa said...

wahh!
Dah canggih ade pen skodeng la plak.
tapi syg selalu disalahgunakan.

hm.
kalau nk beli pen tuh pon xde gunanye pon bg wawa.
klu rm500 tu baik gi shopping.
hehehhehe!
(^_^)

Safuwan said...

Cikgu2 bleh la guna pen ni untuk mengatasi masalah displin pelajar..suruh spy bawa g rakam pelajar tengah hisap rokok ke, ponteng kelas ke,pastu panggil ibu bapa..hehehe...

Anonymous said...

Harga pen tu sebenarnya tak la semahal tu...RM360 dah bleh dapt yang 4GB..

Rashid said...

Wawa,
Dah agak dah. kalau Wawa.. shoping shoping... perempuan katakan. Masa shoping tu pula sempat nakal-nakal lagi tu..

Rashid said...

Salam lintah,
Bagus juga idea tu. nanti saya fikirkan.. sekarang ni dah ada sek pasang cctv tapi terhad di kawasan tertentu saja. Masih tak cukup... Pen ini ada baiknya kalau diguna cara yang baik dan berniat baik.

Rashid said...

Anonymous,
Yake? ni tentu dah beli ni. atau dah gunapun..

Anonymous said...

Baru order..esok lusa sampai la tu...:-)
Tak sabar nak test pen tu...
masuk meeting leh rakam bos tengah marah...hehehe...
(klu bos i tahu ada pen mcm tu, setiap penjuru ofis dia pasang..hahaha)

Safuwan said...

CCTV kat sekolah tu student leh nampak..jadi susah nak perangkap mereka yg buat salah..lagipun terhad dsesuatu kwsan saja..
Anonymous, saya nak order satu la. mcm mana nak contact u?

Safuwan said...

Salam semua,Topik yang panas....
Saya nak order satu
Anonymous,saya pun nak 1..

Rashid said...

salam Anonymous...
hehe 'nakalnya'. cian bos tu.
Jangan-jangan bospun awal-awal lagi dah beli pen tu. siap dah gunapun..

Rashid said...

Lintah,
wahhhhh bukan main bersemangat kawan nak order tuu.. eee ada apa-apa ker ni.
Order saya satu juga. hehe

Rashid said...

Wanieza,
Saya sekadar tersenyummmmmm....moga pen tu diguna demi keilmuan.

Anonymous said...

Morning,
klu bos i dah pasang pen tu, hujung tahun ni kureng la bonus...
Apa tidaknya, ada yang menjual kain batik, perfumes,dok gosip2..hehehe..bos masuk jer semua tekun wat keja...
(nak rakam perangai member2 report kat bos, tahun depan leh naik pangkat..hahaha..)

Anonymous said...

Kepada Lintah & Wanieza,
Biar i test dulu, klu result ok baru i bleh tlg orderkan..klu tak ok nnti korang kutuk aku plak...hehehe..betul tak cikgu??

Rashid said...

Anonymous,
wah hebat idea tu. kenakan teman-teman tu. adake masa keje diorang buat kerja lain lak.
saya sokong. baru anonymous cepat naik pangkat. hehe (batu api punya orang..)

Bodek jgn tak bodek bos tu. kan bos tu pantang dibodek.

Rashid said...

Anonymous,
Punya baik idea tu. Cuba try test dulu demi pastikan kualiti pen yang terbaik. Kalau tak riuh nanti.. nanti diorang cakap anonymous main buyuq (tipu), cakap tak serupa bikin.

kan mencemar nama tu.

Unknown said...

Salam semua,topik yg best..
Bagus gak idea kau tu anonymous.. Apapun aku pun nak tunggu jugak u punya pendapat ttg pen tu..tak sabar nak beli satu..hehehe
Ari tu ada kwan aku offer RM450 untuk pen tu..mujur aku tak beli lagi..

Anonymous said...

W'salam..
Wah..ramai jugak nak order pen ni..buat makluman kengkawan pen ni bagus skali..hehehe..saya dah test, video & audio best..terang dan jelas...esok leh test kat ofis..mmg tak rugi beli.
Wanieza, lintah & brontox (virus ke ni?hehe) klu nak order leh terus email kat saya..safuwan786@gmail.com...cikgu klu nak pun boleh saya tlg orderkan..hehehe

asmid said...

Baru je beli Pen Skodeng dekat laman web spypen2u. Esok sampailah pen skodeng. Saja nak buat koleksi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search