Followers

28 November 2008

"Sahabat, saya rasa sedih..."



27/11/2008 3:34:23 pm

Rashid : Sahabat, saya sedih…

Sahabat : Kenapa?

Kelmarin, 27 Nov 2008, saya ke sekolah untuk faks satu surat. Dalam sembang-sembang dengan kakak-kakak di pejabat, sempat juga saya selongkar surat yang bertimbun di kotak surat. Surat bertimbun-timbun kerana sekolah masih cuti dan kebanyakan cikgupun ikut bercuti sama.

Dalam membelek surat-surat itu, saya terlihat ada juga surat untuk saya. Di sampul surat, bertulis, Urusan Seri Paduka Baginda. Saya terus membuka sampul. Berdebar.

Tiba-tiba jantung saya berdegup kencang…

Tajuk Surat bertulis:

“Tawaran Pemangkuan PPP Siswazah Gred DG44, DG48 dan DG52 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kementerian Pelajaran Malaysia" .. bagi mengisi jawatan Pensyarah Kanan.

Surat itu bertulis… “Tuan antara yang layak dan telah dipilih menghadiri temuduga bagi mengisi jawatan tersebut. Sila hadir untuk temuduga pada 13 November 2008 di IAB, Jitra Kedah”.

Saya terkejut. Setahu saya, saya tak pernah memohonpun sebarang jawatan di mana-mana institusi lain. Saya cuba imbas kembali. Ya, saya tak pernah memohon sebarang jawatan lain. Cuma baru-baru ini saya dimaklumkan ada surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang meminta profail ringkas dari sekolah mengenai guru-guru yang sudah ada kelulusan Ijazah Sarjana (Master).

Sahabat : Kenapa Sedih? Alhamdulillah lah. Rezeki tu...

Rashid : Cuba tengok tarikh tu.. tarikh temuduga dah terlepas. Tapi saya baru saja terima surat itu tadi...

Sahabat : Tak boleh buat apa-apa lagi ke?…

Rashid : Tadi saya ada call IAB. Pegawai sana kata.. temuduga dah habis. Tapi kalau masih berminat boleh isi borang yang ada dilampirkan di surat itu. Kalau ada temuduga kali ke-2, kami akan panggil lagi.

Rashid : Sahabat, perlukah saya mengisi borang itu?

>>>>>>>>>>

Aku cuba renungkan semua. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku terfikir, sudah lama aku berada dan bekerja di Sabah. Hampir 10 tahun aku di sana. Jerih payah dan senyum tawa dah aku perolehi di sana. Malah borang permohonan aku untuk posting, balik ke semenanjung pun pernah ‘kena tahanan’ kat sana (ada ‘orang-orang kuat’ yang sayang nak lepaskan aku... hehe. Maaf dan terima kasih).

Kini aku dah kembali di sini. Sesungguhnya, bukannya senang nak balik negeri ini. Kawan-kawan aku di sana, di Sabah & Sarawak, yang lainpun masih menanti... menanti… menanti untuk pulang ke negeri ini tapi hingga kini masih lagi menanti... menanti…menanti…

Aku pula dikurniakan olehNya jalan yang mudah. Rezeki dariNya…dan yang pastinya, hati ini sentiasa terdetik suka apabila pelajar-pelajar (ibubapa juga) memanggil aku… “Cikgu...”. hehe.

p/s – Seorang kawan pernah mengajak aku memohon jawatan pensyarah di Institut Perguruan Guru. Jawatan pensyarah lebih ‘Glamor’ katanya berbanding dengan jawatan sebagai cikgu…. Tapi aku… hingga kini masih suka apabila dipanggil “Cikgu…”

38 comments:

azza_irah said...

cikgu..
seperti yg dibicarakan oleh sahabat..

utk miliki sstu perlu lepaskan sesuatu yg lain..
dalami kembali apa yg dibincangkan dari hati ke hati dengan sahabat..

moga cikgu kan dapat petunjuk...jalan mana yg harus dipilih..

tetap cikgu..

Signorina Syima said...

cikgu... apakah ada pihak ketiga yang membuang surat itu kerana dengki kan kedudukan yang bakal cikgu sandang?? haih... dunia oh dunia.

saya kagum dengan pemikiran positif cikgu. setiap yang berlaku ada hikmahnya...

Rashid said...

Salam azza,

Azza.. saya berterima kasih kepada sahabat saya tu...

Saya jumpa seorang pakcik tadi. Pakcik tu pesan pada saya, itulah pentingnya seorang sahabat. Seorang sahabat pasti sedia meluangkan masa untuk mendengar apa jua persoalan sahabatnya.. dan sentiasa beri fokus tak berbelah bagi apabila sahabatnya berbicara..

bicaranya tiada persimpangan jua...

Rashid said...

Salam syima,

Taklah.. tak ada tu syima. Salah saya, tak menjengah kotak surat-surat tu. Takperlah..

Sentiasa merenung diri dan alam. Banyak hikmah yang tersembunyi.

Hati kecil sentiasa berbisik:
"Terimalah sesuatu yang telah berlaku dengan hati yang tenang.. Banyak hikmah tersembunyi dariNya".

azza_irah said...

cikgu..
seorang sahabat juga takkan melupakan sahabatnya..walau dalam situasi mana pun dia..

»-((¯`»BeAuTy«´¯))-» said...

hai rashid..assalamualaikum..
sedihnya temuduga da lepas baru dapat surat tu ek..byk sabar je cikgu rashid..bagus sentiasa berfikiran positif...

Qasih said...

salam ukhuwah..

saya pernah melepaskan jawatan 'pensyarah' di sebuah kolej swasta semata-mata untuk menerima tawaran sebagai seorang guru.

tanya seorang teman kepada saya.. tak menyesal ke dari pensyarah tiba2 turun pangkat jadi cikgu?

dan jawapan saya.. pensyarah atau cikgu.. kedua2nya adalah pendidik, punya tugas yg sama, matlamat yg satu. apapun yg kita pilih segalanya terpulang pd niat kita & sejauhmana kita berjaya menjadikn seorang manusia itu sebenar2nya manusia..

Sufi Idany said...

Cikgu, sesungguhnya ada yang lagi baik yang sedang menanti dan pastinya Allah sedang mengaturkan sst yang lebih baik utk kita...
**igtan tuk diri sendiri.... hati masih tercalar**

anntaj said...

salam cikgu..:)
mula2 baca,kenapalah nak sedih bila dpt tawaran tu...
hmmmm..rupanya terlepas...takpe2...semoga masih ada rezeki...

mmg best juga jd pensyarah ni, tp bz nya memenag teramat...
:)

Witty Angel said...

jadi cikgu best kan sebnarnye..especially when ramai anak-anak murid jadi someone kan?kan?my aunti lect kat mpkb die cakap samee je cam cikgu..name je glamer sket sebab org panggil lecturer..hehehe..:P

ku tak sempurna said...

ini yang terbaik utk cikgu... insyaallah, klu ada rezeki tak ke mana...

Allah Maha Mengetahui...

btw, tahniah kerana dipanggil utk temuduga itu... maknanya, cikgu layak w/pun ada "aral"...

Redynne said...

Salam cekgu,
Apa yg ingin saya katakan, telah hati kecil cekgu bisik kan..
:)

ILA said...

Ohhhh..terkilan di rasa.
Mgapakah surat2 sebegitu tidak di terima secara berdaftar???

Maaf..Terlupa utk mgucap salam..& maaf juga sebab mghadirkan diri tanpa di jemput.Saya mlompat dari blog Azza

Rashid said...

Azza,
Terima kasih kerana menjadi sahabat saya..

Terima kasih sekali lagi..

Rashid said...

Salam Beaaty,
Terima kasih beauty kerana kata-kata itu.

InsyaAllah, saya akan sentiasa sabar.
Bagi saya, apa-apapun sudah dalam ketentuanNya. Kita sekadar musafir...

Rashid said...

Salam Qasih,
Hmmmm.. memang benar. Kedua-duanya adalah sama - insan pendidik.

Saya suka dengan ayat Qasih, "sejauhmana kita berjaya menjadikan seorang manusia itu sebenar2nya manusia.."

ya, 'memanusiakan manusia'...itulah tugas sebenarnya sebagai seorang pendidik.

Rashid said...

Sufi Idany,
Begitulah hendaknya idany. Moga-moga apa yang kita lakukan dan akan perolehi sentiasa mendapat rahmat dan redhaNya.

p/s - eeee kenapa dengan hati tu. Tercalar? ubatilah idany.. cari penawarnya.

Rashid said...

Salam anntaj,
Memang, kerja pensyarah ni sibuk sikit (berbanding guru?)- sibuk keluar sana sini, kajian sana sini, buat & bentang kertas kerja... tapi sebenarnya itulah satu kerja yang seronok sebenarnya.

Pernah jadi tutor UMS & OUM .. memang penat tapi seronok.

Rashid said...

Witty Pretty Angel.
Memang satu kepuasan jadi cikgu ni..

Pernah 'sesat' jalan kg masa ronda-ronda.. tetiba seorang budak tegur ,"eee cikgu..nak ke mana?"

Dan pernah disapa oleh seseorang, 'cikgu masih ingat saya? saya ni.... yang cikgu pernah marah dulu tu.. masalah disiplin. Saya sekarang dah okey cikgu.. jadi inspektor."

"Cikgu, sekarang saya di 'U'..."

"Cikgu, kalau cikgu nak menebas kat kebun cikgu tu, ke apa ke, bagitau kami cikgu.."

"cikgu..."

Bagi saya, itulah satu kepuasan sebenarnya.

Rashid said...

Ku tak sempurna,
Terima kasih atas ucapan tu..

Tiba-tiba terlintas, jalan yang akan dilalui biasanya penuh onak dan duri sebelum menemui jalan yang penuh dengan bunga-bungaan indah..

Rashid said...

hi Redynne,
"Apa yg ingin saya katakan, telah hati kecil cekgu bisik kan.."


ermmm penuh bermakna kata-kata tu. hiks!

Rashid said...

Salam kenalan ila,
Kenapakah surat sebegitu tak berdaftar? ermmm tak tau pula saya nak katakan..

Ila, terima kasih kerna hadir di sini. Saya gembira & ingin mengenali ila sama...

cHaDacHaDa said...

surat tu lambat sampai ke?
takper.
ada hikmah tu.
setiap yg terjadi ada makna tersendiri.
wahhhh...gitu!

cuba try jer isi utk 2nd interview.
kot2 ada rezeki kan?

good luck,sir!

sweethOneY said...

hmm
mungkin ade hikmahnye..tp kalau sy, surelah sedih jugak ):

sy rasa sy tak boleh menjadi cikgu sbb sy garang :D

addyaholix said...

salam.
cubalah, mungkin rezeki abang lagi nanti.

erm!
pensyarah masih boleh dipanggil cikgu. tiada salahnya =)

Rashid said...

salam chadachada,

hmmm terima kasih..
ni sedang fikirkan sama nak isi kali ke-2 atau tak nak. Banyak yang harus difikirkan...

Rashid said...

Sweethoney..
Sesiapapun boleh jadi cikgu. saya dulupun tak pernah terlintas nak jadi cikgu ni.Cuma ia perlukan satu anjakan dari diri kita.. ubah & capai sesuatu.

Dulu cita hanya nak jadi inspektor sahab jer, gara-gara asyik duk tengok film hindi.. hehe

Rashid said...

Addyaholic,
ya, rezeki tu sebenarnya dah ada dalam ketentuanNya. Sekadar tersenyum menilai apa yang berlaku.

addyaholic.. terima kasih

Wawa_Nadwa said...

Camne plak bleh terlepas dr tarikh tuh.Hmm.
Mungkin ade hikmahnye.
Klu ade rezki tak kemana cikgu.

Tapi cikgu bleh bleh cube tuk second interview kan.
mane tau dapat.
=)

ske ayat kak azza yg atas tuh.
"utk miliki sstu perlu lepaskan sesuatu yg lain.."

:: Cikgu Wiween :: said...

cikgu..jgn sedey2. ade rejeki x kemana. kite pun suke dgn gelaran cikgu walaupun sy rase cam x besh lak org panggil sy cikgu. cam kurang mesra. gegeg

sakurasa 2 said...

Cikgu kalau rasa terdetik...cubalah mana tahu ada sesuatu yang menanti.

azza_irah said...

iskk...tak sabar nak baca entry baru..

Ryehanna said...

well...dipanggil 'cikgu' tu bagiku satu penghormatan..

=)

Pernah jadi cikgu,
Ryehana.

Ryehanna said...

Panggilan 'cikgu' tu satu penghormatan...sekali jadi cikgu, selagi orang ingat, selama2nyalah kita ni 'cikgu' pd mereka.

mmg ade suatu perasaan syahdu bila dipanggil 'cikgu'.

=)

Yang pernah jadi cikgu,
Ryehana

Rashid said...

Salam Ryehanna,
Pernah jadi cikgu rupanya.. ops! selamat pagi cikgu Ryehanna.

"Cikgu, terima kasih cikgu.."
"Cikgu, cikgu...."

hmmmm.. "cikgu Ryehanna, jom kita pergi camping cikgu. Lama dah tak pergi bercamping ni cikgu.. jom lah cikgu.."

Cikgu Adham said...

assalamualaikum sheikh..
actually tahniah la.. since you are the most sellected person.. may be tuah orang nampak di kaki, tuah manusia.. Wallahhu Allam.. bagi kawe (pemikiran orang muda), better teruskan tawaran tersebut jika masih diberi peluang.. dan dimana jua berada, teruskan dgn semangat 'cikgu' dlm diri demo dan pastinya demo tetap menjadi 'cikgu' dulu, kini an selamanya

Rashid said...

Salam adham..
Terima kasih atas pandangan itu. Saya amat menghargainya. Tentang tawaran itu.. nantilah saya akan buat keputusannya. Banyak yang perlu saya renungi..

cikgu aham said...

yap btol.. kawe pon di cini br tau betapa bermaknanya gelaran 'cikgu'.. di kapit, bila dh ada ramai students, kita rasa seronok bila students senang hati dgn kehadiran kita.. dan kita patut bangga dgn gelaran 'cikgu' yang amat bermakna tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search