Followers

25 November 2008

Seorang Isteri yang ketakutan ...

Dalam melayari blog, aku pernah terbaca kisah benar dari seorang rakan blogger. Tentang kisah seorang lelaki, juga seorang suami. Seorang yang berpendidikan tinggi, berkerjaya hebat & penampilan yang penuh warak. Tapi di sebalik semua itu, rupanya dia juga seorang yang panas baran & kaki pukul. Kasihan 'kakak' itu... selalu menjadi mangsa.

So, untuk lelaki (suami?), aku tujukan khas kisah ini untuk kamu. Kepada wanita, fikir-fikirkanlah. Bersyukurlah jika segalanya o.k.e.y dan jika tidak o.k.e.y, bertindaklah sewajarnya… tapi jangan ikut tindakan dalam kisah ini. hehe.

Kisahnya…

Matanya melilau. Lelaki bermuka bengis itu mencari kalau-kalau ada kelibat isterinya di dalam hutan belukar itu. Tapi hampa. Hatinya semakin geram. Berani sungguh isterinya melarikan diri!

“Kalau aku dapat, siaplah!” kata lelaki itu sambil mengetap-getap bibirnya. Marah.

Bagi menghilangkan penat, lelaki itu berehat di bawah pokok yang besar dan tinggi.

Tiba-tiba lelaki bengis itu mendongak ke atas. Sayup di celah dahan, dia terlihat ada sesuatu bergerak-gerak. Ada seseorang di atas sana.

“Lekas turun!” jeritnya apabila mendapati yang menyorok di atas pokok itu adalah isterinya sendiri!

“Tak mau! kalau aku turun, kau akan pukul aku lagi,” jawab si isteri penuh ketakutan.

“Kalau engkau tak mahu turun, nahas aku kerjakan kau! laung lelaki itu bercekak pinggang. Lantas dicapainya sebatang kayu.

Lelaki itu segera memanjat pokok itu. Matanya merah dan tajam memandang isterinya. Parut dan lebam kelihatan hampir di seluruh badan isterinya. Bibir yang pecah. Ada darah mengalir. Isterinya menggigil kerana lelaki itu semakin hampir.

“Siap engkau kejap lagi!” lelaki itu mencengkam lengan isterinya. Kalau dapat, lelaki itu akan membelasah lagi isterinya sampai separuh mati (seperti yang biasa dilakukannya). Akan ditampar-tampar dan diterajangnya isterinya itu sampai tak sedarkan diri.

Belum sempat lelaki itu memegang lengan isterinya, wanita itu tiba-tiba melompat dari dahan tempat dia bersembunyi. Lelaki itu semakin marah. Tanpa berlengah diapun ikut terjun untuk menangkap isterinya. Kedua-duanya melayang jatuh, tapi hanya tinggal beberapa sentimeter sebelum mencecah tanah, badan si isteri tiba-tiba melantun semula ke udara.

Rupa-rupanya semasa menyorok di atas pokok, wanita itu telah mengikat kakinya dengan akar pokok liana yang terkenal dengan liatnya. Muslihatnya berpura-pura hendak membunuh diri ternyata berhasil.

Bagaimana nasib lelaki bengis, panas baran dan kaki pukul itu? hehe. Tulang-temulangnya patah riuk akibat terhempas kuat ke tanah. Dia mati serta merta. Tak sempat mengucap ...

p/s: Kisah ini saya petik dari sebuah majalah. Tapi saya olah sikit-sikit. Dah lama sebenarnya saya baca. Terasa pula ingin berkongsi di sini setelah baca kisah dari rakan blogger itu (aku sempat bertanyakan khabar dengan blogger itu tentang kisah 'kakak' itu. Tapi apakan daya, kerana dia seorang isteri yang setia... )

26 comments:

Tirana said...

"Emotional hijack". Itu istilahnya untuk orang yang tak dapat mengawal kemarahannya. Emosi diluar kawalan yang menyebabkan dia bertindak kasar secara fizikal. Mereka yang di bawah emotional hijack ini sanggup membununh sekali pun.

Kita sebagai orang islam, hendaklah selalu dan banyak2 beristighfar ketika dalam keadaan yang marah supaya tidak sampai ke tahap emotional hijack. Ketika kita marah, sebenarnya syaitan menyertai kita jadi dengan beristighfar, insyaAllah syaitan akan cabut lari..

sakurasa 2 said...

Cikgu jemput ke blog sakura ada hadiah untuk cikgu di musim cuti sekolah ini he he he

Super Nia Hana said...

watashi sgt takut
takut akan ditemukan dgn lelaki bgitu
lebih teruk kalo kena hidup dgn dia

ya aallah...jauhiwatashi

Rashid said...

Salam tirana,
ya.. sayapun berasa pelik. Masih ada lagi manusia 'emotional hijack' sebegitu di era global sekarang ini. Apa dia ingat,bila dah sah orang tu milik dia, dia boleh buat apa sajake... nak pukul, nak terajang...

Rashid said...

sakurasa,
hadiah?.. nak nak. nanti saya pergi ek. simpan lek lok hadiah tu. Tunggu saya sana. hehe.

Rashid said...

Hi watashi,
Saya doakan watashi bertemu dengan orang yang ikhlas untuk menjadikan watashi sebagai suri hati dan hidupnya. amin..

kuIna said...

coolllllll.....

ada van de kamp said...

ya allah., jauhkanlah sy dari lelaki mcm tu. isk3

KTS said...

kesian isteri tu...
pendam saja segala rasa... akhirnya........

Rashid said...

kulna..
jom kita sama-sama cool. yes! yEs!

Rashid said...

Adalicious,
Berdoalah..

kerna ramai rupanya yang telah ditakdirkan bersama lelaki macam tu.

Rashid said...

kutak sempurna..

hmmm hmmm demi cintanya pada seorang suami..sanggup kurbankan segalanya.

wan hussin said...

naseb baek la akar pokok liana tu tetap dengan liatnya....kalo tetiba ditakdirkan patah, alamatnya laki bini dua2 arwah... isk!

Don't do this stunt at home :P

Wawa_Nadwa said...

sy tak0t dgn lelaki yg camni.
tak0t sgt2!
kenapa sanggup lakukan sedemikian rupa.

Cikgu,
cikgu bkn lelaki yg camni kan?
=(

Signorina Syima said...

cikgu... bila sy baca entry ni sy jadi marah. saya rasa dlm pada masa yang sama wanita ni bodoh!

Nak setia pada suami pun berpada-pada lah. kalau dah sampai pukul memukul, buat apa didiamkan? banyak saluran untuk menjaga kebajikan wanita teraniaya!

mungkin sbb kurangnya ibadat dan zikir kepada Allah pun punca kepada amarah...kan cikgu?

Rashid said...

usin,
ya.. jika akar tu putus. abislah dua-dua.. kes naya tu. hehe

Anonymous said...

betul ke cerita tu? lelaki bengis sebenarnya mempunyai hati yg penakut. tunjuk bengis depan isteri dan anak2 walhal dalam realitinya takut dan rendah diri

Rashid said...

hmmm syima,
saya setuju 110% ngan syima. Jgn dbiarkan laki cam tu. ajar sikit.. sepak ke apa ke.. dah over sangat tu. sy percaya, kalau syima.. syima tentu dah terajang dah tu.. hehe

Rashid said...

Salam wawa,
Laki tu tak de iman la wawa. Tu lah wawa kena cari yang betul-betul.. jangan tepuk dada tanya selera.. kena tepuk dada tanya iman.. hehe

saya? eeeee saya cikgu mithali la..huhuhuuuu

Redynne™ said...

Bila hati t'lalu syg, sentiasa ada ruang utk kemaafan.. dgn harapan setiap tindakan akan disesalkan..

Tapi yg seringkali t'jadi..maaf yg diberi dijadikan alasan utk menyakiti kerana diyakini kemaafan akan diberi lagi..

arsaili said...

salam kenal....menarik cerita ini. Ada kajian di lakukan mengenai domestic violance nih...memang ramai isteri sebegitu...walau setengah mati pun masih lagi setia...mereka perlu bantuan dan sokongan...

Rashid said...

Redynne,
Dunia akan aman jika kita saling maaf memaafkan... tapi tengoklah juga jenis kesalahan yang dilakukannya. Jika kemaafan yang dipohon itu adalah kerana kesalahan yang sama dan berat bahu memikul, 'fikirkanlah'.. 'tak yah layan' atau beri 'maaf bersyarat'. (zalimnya idea cikgu ni..) hehe

Rashid said...

salam arsaili,
Kesetiaan yang diberi perlu ada taranya.. janganlah kerana setia, kita sanggup diperkotak-katikkan.. sampai pipi asyik lebam jer memanjang.. hati selalu je sedih, selalu terluka dan hidup dalam ketakutan.

Rashid said...

hi etomyan.
"lelaki bengis sebenarnya mempunyai hati yg penakut."

yes!!! saya sokong pandangan ini. tabik bro.

Redynne™ said...

Cekgu,
Idea kejam(hehehe) cekgu tu mmg cukup bernas pada mereka yg berani.. Tapi..bukan semua punya kekuatan utk memulakan langkah pertama..

Saya pernah 'berdekatan' dgn salah seorg mangsa keganasan rumahtangga.. Faktor 'masih syg' jadi penyumbang utama bengkak2 dn lebam2 dibdnnya.. :)

Rashid said...

hi redynne,
Jangan biarkan diri 'bengkak' & 'lebam-lebam' kerana setia & kasih yang tak pernah dihargai. Apatah lagi sampai luka berdarah & berair mata sentiasa.

Redynne, era sekarang perlukan wanita yang berani mendahului... berani melangkah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search