Followers

18 November 2008

Seronoknya mandi air hujan




Sekadar gambar hiasan.. jangan tengok yang lain - fokus pada air hujan tu.
Pagi tadi aku ke SMK Mengkebang, Kuala Krai untuk mengawas peperiksaan SPM. Dalam perjalanan pulang - hujan turun. Agak lebat. Tetiba perasaan rindu itu muncul kembali. Rindu nak mandi air hujan. Sebenarnya sudah lama aku terasa benar nak mandi air hujan (bukan air hujan yang tadah dengan baldi - itu tak macho). Dulu semasa zaman kanak-kanak, mandi air hujan dah jadi aktiviti biasa. Pantang hujan je, terus buka baju. Berlari bersama rakan-rakan mencari kawasan berlopak yang ditakungi air. Biasanya padang bola jadi mangsa. Nampak je ada air yang bertakung di padang bola, nah apa lagi terus berlari bak superman… terbang di lopak air atau mengelunsur laju. Ah, indahnya suasana itu.

Tapi ada orang kata, mandi air hujan tak elok. Boleh pening kepala. Yake? Siapa yang kemukakan teori ini? Ada kajian saintifikke yang boleh membuktikannya?. Dr cuba bagitau ... Setahu aku, air hujan satu anugerah dariNya. Dulu jurulatih kem juga ada bagitau, kalau terkena rintik-rintik hujan (terutamanya hujan panas) mesti mandi air paip. Basahkan seluruh tubuh. Atau sekurang-kurangnya mesti basahkan bahagian kepala. Kalau tak, nanti boleh jatuh sakit, pening atau demam.. yake? Maaf, aku masih sangsi (sebenarnya keinginan nak mandi air hujan tu buat aku mula dan sedikit sangsi pada halangan-halangan ini). hehe.

Tapi aku tak peduli, mau cari juga ruang dan lokasi nak mandi air hujan. Tadi semasa berbicara dengan seorang kenalan maya, aku ada juga bagitau satu idea yang tiba-tiba muncul dalam kepala. Idea, bila hujan jer, aku akan tunggang motor di tengah-tengah hujan. Biar basah segalanya. Siapa peduli.. sekurang-kurangnya aku dapat lepaskan apa yang terbuku di hati.

“eeee kenapa cikgu tu, dah buang tabiatke?” mungkin akan muncul kata-kata sebegini. Tapi sapa kisah? Memang nampak macam buang tabiat, tapi itulah keinginan dan kerinduan yang tiba-tiba je datang pada aku di kala ini. hehe.

p/s – sedang mencari masa dan lokasi yang sesuai…. jangan salah faham, nak mandi sorang-sorang jer. bukan seperti dalam klip filem atas tu.. hehe


24 comments:

azza_irah said...

haruman rumput selepas hujan pasti menambahkan lagi kesayuan..rindu pada kenangan hujan satu ketika dahulu..

makcik rokiah said...

air hujan ..asid banyak skit kot..

Wawa_Nadwa said...

dlu mase kecik2 mmg sku main ujan.
lagi lebat lagi seronok.
Klu ade lopak plak buat cam mandi kt kolam je.
hahaha!

cikya said...

em....dah kalau suka buat je le cikgu. Tapi kalau hujan dah lama tak turun,yg first hujan turun tu tak elok kita mandi.Mak saya ckp hujan yg tu tak elok,nanti demam. Tapi dah kalau musim hujan takpelah. Sbb hujan tak elok tu, kalau kat tempat yg tercemar hujan yg turun akan bergabung dgn cas2 H+,SO4,kang jadi asid,gatal2 nanti.
Time ade kilat sabung-menyabung tak eloklah mandi ujan cikgu, kang kena sambar petir pulak...hehheheh, takde penglipurlara lagilah kat alam maya ni.

Ada Ayrissa said...

mmg syioknya dpt mandi ujan masa zaman kanak2 dulu...
tp skang dah tua nih kalo g mandi ujan mau org gelak..hehehe..

sakurasa 2 said...

he he he cikgu Rashid ini leh jadi hero filem hindustan. sakura memang tak leh kena hujan, kalau kena hujan pasti demam.

Rashid said...

azza,
wah masih kuat ingatan pada haruman rumput lepas hujan tu.. hehe. Kenangan indahkan azza. tentu seronok tengok azza bermandikan hujan. riang seperti entry di tepian pantai tu..

Rashid said...

salam makcik rokiah,
ya, saya ada dengar juga tentang air hujan berasid. Inilah masalahnya bila udara & alam dicemari oleh tangan-tangan manusia.

p/s - begitu juga air sungai. dulu masa sek ren, minum air sungai biasa je. jernih & bersih.. tapi kini dah jadi 'air teh'. macam bakteria..

Rashid said...

hi Wawa,
wawa dah kalahkan saya. saya hanya biasa mengelunsur je di lopak air..di padang. Tapi wawa berendam abis-abisan!!! wat macam berendam dlm kolam. hehe. Padanlah dah besar kinipun masih nakal-nakal.. terbawa-bawa tu.

Rashid said...

cikya,
air hujan - cas2 H+,SO4,kang jadi asid. (garu-garu kepala..) ni tentu cikya bijak sains ni. Lengkap dengan formula pula tu. tapi boleh bawa gatal-gatalke? ini pertama kali saya dengar ni. kalau demam tu biasaler.

Saya agak setuju ngan petua tu. hujan pertama tak elok.. hujan seterusnya okey jer. eeee takkan nak mandi bila kilat menyambar.. kes naya tu cikya. baik duk dlm selimut jer. hehe

t.kasih cikya atas nasihat & petua mak tu. nii tentu 'anak emak' ni. hiks!

Rashid said...

Ada ayrissa,
Tu lah sebenarnya sedang saya fikir..tak leh mandi hujan sembarangan tempat.. nanti org tengok semacam jer, jeling lain je. hehe.

tak salahkan kita buat sesuatu yang 'halal'.. bukan salah di sisi undang-undang.. yes!

Rashid said...

Salam Sakurasa,
saya dah agak dah.. sakurasa tentu 'allergic kena hujan'. Tengok gayapun dah tau. Dah boleh baca.. hehe

Tirana said...

Ala cikgu Rashid, saya pun suka main hujan masa kecik-kecik dulu..tapi dah dewasa macam ni..segan la nak keluar main hujan..hehehe.. Betul la..nanti orang kata buang tebiat..

Rashid said...

Salam tirana,
Nak juga. Saya mau juga cari masa nak mandi hujan.. ni duk intai hujan ni. juga duk fikir mana lokasi yg sesuai.. tak mau org lain tengok..hehe.

etomyam said...

peeergh...memang best lah bro, kalau kat bandar buat mcm tu sekejap je orang spital jiwa atau PBT datang tangkap....aku nak balik kampung lah mcm ni..

azza_irah said...

nak tgk cikgu mandi ujan..

Dr.Araz said...

hai...dah lama tak main ujan...

Rashid said...

etomyam.. hehe. kat bandar tak leh buat cam tu.. ni saya tengah cari lokasi tadak orang punya.. kalau adapun mungkin mereka dah biasa ngan ujan tu..

Rashid said...

Salam dr araz,
Dr. pun ada main ujan juga ke?.. camana ada kaitanke ujan ngan gatal-gatal tu..

Rashid said...

azza..
sekadar tersenyum...

adaliciOus said...

mandi hujan sorang2 tak syok la cikgu..ada geng baru best..heheh

Rashid said...

adalicious,
Jom kita sama-sama tubuhkan geng.. 'geng mandi ujan' hehe. Jangan lupa ajak teman-teman adalicious semua tu. Satu kampuspun tak per. Yupp!!

Eida said...

air ujan... buat air bateri..

Rashid said...

eida,
yake eida.. air ujan berasid sampai boleh dibuat bateri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search