Followers

10 November 2008

Snap the pic of your workstation

Salam ...

Tag lagi. Tag ini dari salah seorang teman yang sentiasa bertanyakan khabar, sentiasa beri komen dan rajin mencuit saya di shoutbox. Dari sedetik hati, famous orangnya (jangan mare.. gurau jer azza).

Nasib baik tag ni simple je.…Lain kali macam ni ler. Bagi yang simple jer. hehe. ops! bukannya apa, kalau tagnya panjang maknanya makan masa tu nak buat, nak fikir-fikir (kena fikir utk jawab soalan – macam ambik exam ler), nak renung-renung, nak taip-taip. Cikgu ni bukannya rajin nak taip panjang-panjang. Maklumlah kerja rasmipun tak pernah abis. Ada-ada je datang. Harap teman-teman faham ya. Fahamilah dan maafkanlah saya…Bukannya saya tak menghargainya. Saya amat menghargai teman-teman blogger semua. Saya sayangkan anda semua. Ikhlas. Muuuahhhh!!! (betulke ‘muahhh!!’ ni. Saya saja gunanya - ciplak dari adik-adik blogger).

Harap-harap yang masih belum saya bayar tag tu sabar ya. Kalau tak minggu ni, bulan depan, kalau tak tahun depan. hehe. (dah ayat dah tunggang-langgang dah. Gara-gara menaip panjang-panjang ni).

rules:

  • snap workstation anda
  • then... taruk link blog anda kat bawah gambar workstation anda...
  • iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
  • tengok contoh yang dibuat nih...
  • begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
  • sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
  • kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
  • tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

| @LiYaNNuaR | azza.. | rashid} maaf azza..

Inilah workstation saya. (kat rumah jenis ‘workstation’ lain pula). Baru je kelmarin saya snapnya. Bila tengok gambar ini, terdetik hati saya, “Nampaknya sebahagian besar kehidupan saya akan dihabiskan di bilik ini (itupun kalau tak ke mana-mana. Peg. kerajaan katakan. Akan ikut arahan dari kerajaan ler). Tapi tak per, saya gembira di sana. Saya selesa dan terasa tenang di sana. Saya ikhlas di sana.”

ohh hoiiiii kena tag 7 org ke...

Kenapa ya saya suka langgar peraturan ini. Kerana hati terdetik, tak sanggup nak tag orang lain. Tak nak diorang berhutang… Seorang teman pernah keluarkan satu entry bertajuk Jangan la 'Tag' aku lagi weyhh! Hiks.. . Kasihan dia, sampai gitu sekali ‘rayuanku’ yang dibuatnya. Apa taknya kerana banyak dia ‘berhutang tag’. Tapi dia bagus & rajin kerana cuba langsaikan satu persatu hutang tag tu. Saya kaguminya. hehe. Teman saya ni saya gelarnya ‘ketua kelas yang nakal’ (sorry wawa, saya ambik kisah wawa. hiks!)

p/s – eeee panjang pula entry spontan ni. Tak sangka.

12 comments:

azza_irah said...

tkaseh...

sakurasa 2 said...

Wah cantiknya bilik cik gu Rashid

Wawa_Nadwa said...

Salam cikgu,

Wawa pon telah di 'tag' benda yg sama.
Nnti kan kemunculan tag baru nih.
huhuhu!

Besar bilik cikgu eyh.
'Line Clear' je bilik cikgu neh.
klu tertid0Q dlm ni pon org bkn perasan.
hehehe!

Wahh!
Wawa rase glamor jap kt blog cikgu neh.
hahhaha!
Maluuu nyee aii..
(*_*)

Rashid said...

salam azza..
azza... azza okeyke? saya dapat rasakan sesuatu sedang azza hadapi. Maaf jika saya silap. Hanya doa saya iringi agar azza tabah. Kuatkan hati dan iman. Jangan cepat kalah & jangan biarkan perkara yang tak benar mematahkan semangat azza.

Azza, saya tau azza kuat. bangkitlah azza. Biarlah kita diberi & dihulur pelbagai macam yang tak benar.. tapi utk azza, hulurkanlah 'bunga' padanya. Moga keharuman bunga bisa mematahkan segala fitnah apajua..

Rashid said...

Salam sakurasa,
Bilik tu bukan milik saya. ia 'hak milik kerajaan Malaysia' .. Saya hanya diamanahkan laksanakan apa jua kerja kat situ je. hehe.

Rashid said...

hi wawa,
Saya tak pernah tidoq kat situ. Cuma banyak abiskan masa kerja kat situ, pagi sampai petang. keje keje. TApi kalau wawa mau tumpang tidoq tadak masalah. Bilik tu selesa, bersih & udaranya sejuk. hehe

Wawa, wawa memang dah lama glamorpun. Cuba ingat balik..Dulu masa wawa kat sekolah, kat dalam kelas tuuuuu.. eee kenakalan wawa cukup bikin riuh sekolah. Pening cikgu dibuatnya. hiks!!!! (pecah rahsia).

azza_irah said...

cikgu..
tkaseh..

Rashid said...

azza,
Sama-sama.. cuba senyum sikit..

Sufi Idany said...

Cikgu.... kemas ruang kerja cikgu ni.... :)

Rashid said...

sufy,
yake?..biasa jer tu. tu time kemas. time kertas bertimbun & berselerak ada juga tu..

adaliciOus said...

cikgu GB ke?

Rashid said...

Adalicious,
Tak lah saya bukan Guru Besar.. sekadar bergelar guru yang cool & sekali-sekala agak nakal. hiks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search