Followers

04 November 2008

TAG – foto mesti semasa, terkini & tanpa edit!!

Saya telah ditag oleh azza, sedetik hati. Siap dengan undang-undangnya sekali.

Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

Law & Order no. 1 tu minta snap gambar terkini & segera ya?. Untuk lebih senang saya pakai webcam laptop je. Mudah, segera, terkini & jimat masa. Okeykan? Yang penting gambar terkini. Memang terasa juga nak snap gambar guna kamera digital. Tapi sapa pula nak snap gambar saya ni? (Azza, sebenarnya saya baru je beli kamera digital jenis Cyber-Shot DSC-T70 sebulan yang lalu. Oleh kerana baru beli, so belum mahir nak timing ambil gambar sendiri. Tak sempat lagi nak baca dia punya manual arahan. hehe. Apa ler cikgu ni????)

Tentang Law & Order no. 2 tu, saya minta maaf kerana tak dapat ikut sepenuhnya Maklumlah bila kat rumah, selalunya pakai simple je, berseluar / berkain pelikat & berbaju ‘pagoda’ je (kadang-kadang tu tak berbaju). hehe, orang lelaki katakan…

Law & Order no. 3 & 4 Gambar mesti terkini tanpa edit. Tang ini tak ada masalah. Cerita tentang edit mengedit gambar ni, sebenarnya saya tabik pada rakan-rakan blogger yang lain. Saya tengok semuanya hebat-hebat belaka dalam edit mengedit gambar. Saya ni jauh sekali la. Tak ada kemahiran. (sedetik hati, terasa juga mau belajar edit mengedit ni).


Azza, masa saya baca blog azza ni saya ditemani oleh tv di depan. Sambil baca blog, tengok tv sekali. Dua dalam satu. So, inilah gambar saya - tengok tv & baca blog. Itulah antara rutin saya di malam hari bila ada kelapangan.

Sambil berblog, tengok tv. Tengok tv jika ada berita atau apa-apa kisah yang manarik. Kalau tak menarik, pasang juga tv tu tapi sekadar dengar suara & muzik iklan jer.


Nah, reaksi sedang berinternet & berblog. Suka baca & tengok gambar dalam blog rakan-rakan blogger yang lain. Ops! kenapa gambar aku ni asyik nampak serius semacam jer?

eeeeee asyik serius je muka ni? cuba senyum sikit..


Law & Order no 5. Macam azza juga, sayapun tak nak tag sapa-sapa. Tak nak rakan-rakan blogger ada hutang. Kasihan. Semuanya tengah sibuk tu… (Oleh itu peraturan no. 5 dengan sendirinya terbatal. wah, senangnya kerja).

p/s - adoiiii tak sempat nak cukur jambang pula tapi tak pelah cuba patuh peraturan no 1. Yang penting, itulah saya seadanya. Oh ya, sila abaikan plastik yang bersepah atas meja di belakang saya tu. Biasalah, plastik berisi buah-buahan tu tak pernah tak ada. Ada-ada je dia.

26 comments:

Tirana said...

Hehehe..Cikgu Rashid pun kena tag jugak ke? Adeeehhhh..saya baru aje langsai bayo hutang tag ni...

Rashid said...

Salam tirana,
Ya ler. sampai ati diorang ni.. asyik nak dera kita jer..

Nasib baik tag ni simple jer & datangnya dari azza, salah seorang sahabat yang saya sayangi.

Kalau tag ayat yang berjela & personal, eeeeee ahhhhhh tak mampu dah rasa nak menjawabnya. Tak suka tak suka. aiman kisah. aiman kisah.

Tag inipun lama juga baru saya dapat bayarnya. Maaf ya azza. lambat sikit.

eee tirana, lepas ni kalau saya dapat tag lagi saya mau pejam mata jer. buat-buat tak nampak je. hehe.

p/s - tirana, bolehke cikgu buat nakal sekali-sekala. Terasa juga mau jadi cikgu yang nakal. huhuhuuuu.

azza_irah said...

salam cikgu..
hehee..
terkedu..takleh nak kata apa..
apapun tahniah n terima kasih sgt2 sb cikgu sporting sgt2...sb tu azza pilih ckgu sbg salah sorang utk buat tag ni..
hampakan org tak elok kan..

cikgu juga salah sorang sahabat yg sy sayangi..
mmg nak jd sahabat cikgu..

pssttt...
jgn risau..sy tak nampak palstik beg blakang tuhh..nampak tuan dia je yg duk tersenyum..hehhee

cikgu nakal..?
kadangkala kita kena nakal utk ceriakan hari...cm bersempadan...

sakurasa 2 said...

Cik gu posing la lagi sikit sangat posing nya he he he

Sufi Idany said...

erm.... patut laa Cikgu tak jawab tag dr sy .... its ok tk per... faham, kdg2 personal things tk perlu nak kongsi sgt kan.... privacy... hihi....

cikgu, tgk gmbr2 tag ni...mcm sunyi je umah cikgu....

Rashid said...

Salam azza,


Kanak-kanak berlari,
Berlari kejar rama-rama,
hmmmm demi sedetik hati,
sama-sama.

Rashid said...

Salam sakurasa,

Saya bab posing berposing ni yang lemahnya. Maklumlah tak terlatih dalam soal berposing dengan macam-macam gaya. Cuma itulah gaya saya. Gaya 'lelaki skema'. hehe

Sakurasa nantilah saya cuba pelbagaikan lagi posingnya. Tapi kena ambik kursus berposing dulu. Apa kata sakurasa jadi 'guru'nya. Amacam okeykan?

Rashid said...

Salam sufy idany,
Pernah dengar lagu P.ramlee dalam filem bujang lapok tu.

"Maafkan kami, maafkan kami...maaaaaaaaffffkan kami" hehe.

Nampak sunyikan? Tapi sebenarnya saya ditemani oleh suara-suara dalam tv tu. riuhhhh juga.

p/s - Selalu jadikan 'sepi itu indah'.

azza_irah said...

cikgu ..

bulan gerhana suasana kelam
baju bersulam bertenun benang
kerdipan bintang menyinari malam
saban waktu hati terkenang..

ahaaaa..

Sufi Idany said...

tak per2.... ida maafkan cikgu.

cikgu, sepi itu indah dengan bahasa yang tersendiri... :D

kuIna Jentayutiara said...

vry goodddd...
spoting bro

Erinsza said...

hehehhe kelakorlah tgk pic cik rashid,

muka cover handsome.

hehehe saja nak usik cikgu.

Rashid said...

Azza,
Kurenung bintang di kala malam
Mencari erti sebuah kehidupan
Terlintas terfikir pelbagai soalan
Sedetik hati merungkai jawapan

huhuhuu (bertahun dah tak berpantun.. hehe)

Rashid said...

sufi idany
Terima kasih kek keladi
Lain hari maafkan lagi

hehe :)

Rashid said...

Erinsza,
Nak buat camana. Tak pandai nak bergaya. Cikgu katakan. Agak 'skema'. hehe

Rashid said...

Salam kuina,
Sekali sekala terfikir mau sporting dan 'nakal' sikit. Nakal untuk ceriakan suasana.

Wawa_Nadwa said...

wawa x perasan pon smpah sarap di belakang nuu..
sbb terpegun melihat ke'manis'an cikgu tersenyum.
wahh! ayat..
hiks!

Rashid said...

hi wawa,
saya senyum pada diri sendiri.. huhuhuu gara-gara nak ambik gambar semasa & terkini. kan kes naya tu.. Asyik-asyik tengok wawa je nakal bergaya, sesekali sayapun mau nakal bergaya juga.

azza_irah said...

cikgu..

sopan bicara selembut salju
tidak berkedip mata terpaku
hati kecil berdetik laju
mulut terkunci kelu terkaku..

Rashid said...

Azza,
Saya kalah. saya ngaku kalah. tak leh lawan azza punya pantun. lupa pula saya, azza ni kan bekas johan pemantun kebangsaan. hehe. Apa-apapun terima kasih semua pantun tu. Berdegup jantung saya.. dah, berdebar pula rasanya. hiks!!!!!!!!!!!

azza_irah said...

ahaaa...
kl tak berdegup..kita takkan boleh menatap blog ni lagi kan cikgu..hehee...

bila ek nak g serbu kk ni..hehee

Rashid said...

Salam azza,
Kadang-kadang saya terfikir betapa kecilnya diri ini & maha kuasanya pencipta 'jantung'. Jantung dan degupan.

Mau datang kk? lariksssssss. hehe

azza_irah said...

cikgu..
tentu nya saling kaitan antara jantung dan degupan.. sstu yg tak terjangkau oleh akal kita..

hehe..nak tgk org lari tak cukup tanah..

azza_irah said...

anda di tag...shoutbox ckgu asik problem utk azza..
http://sedetikhati.blogspot.com/2008/11/work-station-oleh-liyannuar.html

Rashid said...

Salam azza,
Saya ditag lagi. azzaaaaaaaaaaaaaaa. sekali lagi, azzaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Shoutbox saya ada problem ke? Dia memang gitu. tak per nampaknya saya masukkan balik c box. saya rasa c box tu okey.


P/s - bukan lari sebarang lari, lari dengan kereta, pecut 120km. hehe

azza_irah said...

sy dh emel..cikgu bc emel tu biar paham betul2 ek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search