Followers

30 December 2008

Kisah burung terbang tinggi-tinggi dan jauh



"Sahabat jangan nakal-nakal tau .." (nada usikan)
"Nakal. Saya nakal dengan siapa?"

"Adalah ..." (saja aku mengusik)
"Siapa? bagitaulah saya."

"hmm hmm .. sahabat tau tak?"
"Tahu apa?"
"Saya sebenarnya ada .. sentiasa berusaha untuk ada di sisi sahabat."
"Iyake. ikut ke mana saja saya pergi ek?"
"Taklah sampai begitu sekali. Saya tak mau sahabat rasa kekok pula."
"Ikutlah. Saya okey je .. malah suka."
"Sahabat, saya teringat satu kisah. Kisah burung terbang tinggi-tinggi .. dan jauh ..."
"hmm hmm"

Kisahnya ..

Biarkan burung terbang bebas
Jangan sangkarkan ia
Jika ia terbang .. Biarkan ia terbang tinggi-tinggi ... dan jauh.
Berikan kebebasan padanya
Mungkin ia mahu ke penjuru sana
Biarkan ...
Biarkan ia terbang bebas
Terbang dengan riangnya
Cuma
Temani burung itu
Walaupun dari jauh
Perhatikan ia
Jangan biarkan ia jatuh
Jangan biarkan ia terluka
Jangan biarkan burung itu tak berdaya untuk terbang
Terbang tinggi-tinggi ... dan jauh ...
Jika burung itu terluka
Segera ubatinya
Jika ia dalam kesedihan dan menangis
Sapukan airmatanya dengan lembut
Hiburkan hatinya
Damaikan perasaannya
Percayalah
Jika burung itu pulang jua
Pulang ke pangkuanmu
Itu tandanya
Burung itu ... masih dan tetap sayang padamu.




27 December 2008

Cara aku bersantai di hujung minggu

Sudah menjadi kebiasaan. Cuti hujung minggu adalah masa yang ditunggu-tunggu. Apa tidaknya. Masa inilah untuk berehat dan bersantai. Cara bersantai pula lain orang, lain pula caranya…

Kawan-kawan selalu bertanyakan pada aku, apa aktiviti yang biasa aku lakukan pada hujung minggu. Nah untuk makluman, antara aktiviti yang selalu aku lakukan ialah keluar jalan-jalan (ngan kereta) sambil makan-makan dan menjamu mata – tengok buku / majalah yang baru, tengok barangan komputer, barangan hiasan rumah, perabut, CD’s, peralatan gymnasium dan sebagainya…. janji yang menarik di mata. (Tengok je. Kalau dah berkenan dan ada duit baru beli.. hehe.)

Selain aktiviti di atas, sebulan sekali selama 2 hari aku akan ke kem askar – melatih ‘anak buah’. Di samping itu, jika tidak balik kampung, aku juga akan cuba luangkan masa untuk ke rumah kawan-kawan. Lawatan muhibbah penjalin silaturrahim. Kadang-kadang tu ada juga kawan-kawan datang kat rumah aku. Saja je borak-borak, ketawa-ketawa, minum-minum kemudian balik…

Jka free dan mood rajin pada hujung minggu, aku akan ajak beberapa orang pelajar aku ke lot getah. Tengok sihat ke tidak pokok getah aku tu. Kalau tak sihat kena bagi baja ke apa ke... Bukan aku yang membaja. Aku beli je baja tu dan minta Pak Ya tolong taburkan. Maklumlah aku ni seorang peneroka moden yang jarang sekali turun padang. Tak ada masa sebenarnya. hehe. (Padahal cikgu ni malas...)

Dari aktiviti pusing-pusing di luar rumah, terus balik rumah. Bila sampai je kat rumah, aku akan terus lakukan aktiviti wajib - terus online internet. Baca berita sana-sini. Baca blog kawan-kawan. Kadang-kadang internet itu aku online dari pagi sampai malam - sampai masa nak tidur. Walaupun kadang-kala aku tidakpun melayarinya (duk tengok tv / baca buku / majalah) tapi internet online begitu saja. Unlimited Broadband katakan…. membazirke? Tak kot.

Apa saja yang dilakukan .. pastikan kita suka lakukannya.

Aku rasa itulah antara aktiviti yang biasa dan selalu aku lakukan di hujung minggu. Yang pastinya, bila di rumah, aku akan terus online. Ini kerana aku dan blog tak dapat dipisahkan lagi. Jika tak online, baca dan chat usik kawan-kawan kat blog, aku akan terasa sunyi semacam je. Kenapa ekk? Mungkinkah aku ni dah jatuh cinta dengan blog? hehe. Mungkinkah….

25 December 2008

Mesyuarat di Kuala Terengganu

Pada 20 hingga 22 Disember 2008, aku menghadiri Mesyuarat Pengurusan dan Perancangan Kurikulum Penolong Kanan dan Guru-Guru Kanan 2008. Mesyuarat kali ini bertempat di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu. Perjalanan hanya memakan masa hampir 2 jam setengah sahaja dari KK, Kelantan. Tetapi memandangkan aku memandu sendirian, terasa juga boringnya. Untuk menghilangkan rasa boring dan keseorangan, di samping mendengar celoteh DJ radio, sekali-sekala aku putarkan juga lagu kesukaan. Lagu apa ekk? Macam biasalah. Lagu hindi la.. hehe. (Sahabat, jangan kata aku jiwang ekk. Itulah seadanya aku. Sejak dari kecik lagi… p/s - tak boleh tipu diri. Tak baik..).

Selama 11 tahun, inilah kali ke-2 aku ke Kuala Terengganu ...

Wah! cantiknya UMT.. pertama kali aku tengok secara dekat. hehe.. kasihan 'orang Sabah' pulang ke gagang jua..

Tempat penginapan selama 3 hari 2 malam

Mesyuarat berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga jam 10.30 malam. Kadang-kala berlanjutan sehingga jam 11.30 malam. Dalam mesyuarat kali ini, macam-macam topik dibincangkan. Antaranya Pengurusan Kurikulum, Perancangan Strategik, Kepemimpinan, Penilaian dan Peperiksaan, HeadCount & Post Mortem, Program 3PK – Pelan Pembangunan Pendidikan Kelantan, Star Rating, Program P’INTU, Program Q-Net, Program Sekolahku Mahliga Gading dan sebagainya.

Aku snap secara curi-curi.. tak nak nampak sangat.

Jam 8.05 pagi, hari ke-2 sebelum mesyuarat bermula, aku disapa oleh seorang guru perempuan yang berada di depan aku.

“Cikgu Rashid, cikgu tau tak?”.

“Apa dia?” Aku bertanya kembali.

“Saya semak kehadiran tadi. Saya tengok cikgu adalah cikgu yang paling muda sekali...” Ujar cikgu perempuan itu sambil tersenyum pada aku.

“Yake.. oooo kiranya saya ni adik bungsulah dalam mesyuarat ini.” hehe.. Aku turut tersenyum sambil ketawa kecil.

>>>>>>>>

Adoiiiii sahabat, seronoknya bermesyuarat. Banyak yang perlu dirancang dan dilaksanakan sebelum dan apabila buka sekolah pada 4 Januari 2009 nanti.

Dalam perjalanan pulang, terlintas dalam fikiran aku tentang perlunya perancangan dan tindakan … perlunya anjakan dari buat kerja-kerja rutin… perlunya ada gaya dan cara dalam bertindak dan cara berfikir.

Bagi aku, aku akan laksanakan sebaik dan termampu mungkin. “Yes Yes!!!”. (Aku mengenggam tangan sambil kenyitkan mata kanan pada diri sendiri. hehe.)

19 December 2008

Kaitan berus gigi dengan serangan jantung?

Aku : Dah berus gigike belum?

Teman : Belum..

Aku : Pergilah berus.. bahaya tu.

Teman : Bahaya... apa yang bahaya?

Aku : Bahaya... nanti kau kena serangan jantung.

Teman : Serangan jantung!!! Betulke?


Aku tersenyum melihat teman terpinga-pinga. Antara percaya dengan tidak.

Aku memberikan satu artikel kepadanya. Lantas dibacanya dengan penuh minat…

Menurut Pensyarah Jabatan Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Carolina Utara, Profesor Ray William, kajian klinikal membuktikan bahawa banyak kes serangan jantung juga berlaku kepada individu yang kurang memberi penjagaan pada kebersihan mulut.

Menurut Prof. Ray William, bakteria dalam mulut boleh merebak ke organ lain melalui salur darah. Kehadiran bakteria merangsang sistem imun badan untuk bertindak balas bagi menghapuskannya. Kesan tindak balas ini boleh menyebabkan keradangan, terutama pada sistem kardiovaskular (jantung) dengan menebalkan dinding salur darah. Keadaan ini lama kelamaan menyebabkan salur darah menjadi sempit dan serangan jantungpun boleh berlaku.

Malah dalam kajian lainpun terdapat para penyelidik yang turut mengaitkan kehadiran bakteria dalam mulut juga boleh menyebabkan seseorang itu terkena serangan strok, kencing manis, kelahiran tak cukup bulan dan bayi lahir tidak cukup berat.

Aku lihat teman aku itu mengerutkan dahinya...

Aku terus tersenyum… "hai teman, jangan banyak fikir. Cepat! pergi berus gigi tu.. hehe"

14 December 2008

Apa ada pada senyuman dan bahasa badan?

Sahabat… sedikit perkongsian dapatan kajian:

“Menurut satu kajian penelitian di Universiti Scotland, saat kamu (kaum wanita) tersenyum tulus sambil memandang mata seorang lelaki, wajah kamu akan dipandang dua kali lebih menarik daripada saat kamu memandang si dia tanpa secuitpun senyuman..”


“Menurut satu penyelidikan oleh seorang pakar psikologi dari Universiti Webster, Monica Moore, sejak dari tahun 1985, sudah terungkap bahawa wanita dikategorikan sebagai ‘perayu terulung’ dengan hanya menggunakan ‘bahasa badan’. Manakala kaum lelaki dalam kajian yang dilakukan pula mengakui bahawa mereka akan lebih memahami erti bahasa badan tersebut dan menganggapnya sebagai suatu yang sangat menarik (dan seksi?)”.

Suka melihat ikan tenang berenang… penuh kedamaian.


p/s - Sekadar senyum - ada juga ya ‘kajian dan penyelidikan’ seperti ini dilakukan oleh pihak ilmuan Universiti. hehe.

11 December 2008

Aku terus merenung sungai… airnya.. arusnya..

Hari Raya Pertama. 8 Disember 2008. Jam 5.30 petang. Aku ke pintu jendela tingkat atas. Merenung sungai di depanku...

Gambar ini aku zoom dari tingkat atas rumah emak di kg. Inilah wilayah milik negara Thailand. Sungai inilah yang selalu menjadi 'kolam renang' aku pada zaman budak-budak dahulu ...

Wilayah Thailand? Maknanya.. zaman budak-budak, aku dahpun berenang dari Malaysia ke Thailand! hehe ...


Aku terus merenung sungai…

Bila tiba saja musim tengkujuh, aku akan tersenyum. Senyum tanda gembira dan suka. Kedatangan banjir sentiasa aku nantikan. Tak sabar rasanya nak bermain air banjir. Bila tibanya banjir maka aku adalah antara orang yang paling gembira sekali. Bukannya apa, bila banjir, aku dan rakan-rakan akan dapat bermain air banjir. Seperti kebiasaan, aku akan merenget pada ayah minta disediakan pelampung. Pelampung daripada getah tayar kereta mahupun getah tayar lori. hehe. Seronoknya masa itu…

Masa banjir juga adalah satu masa di mana aku akan bersaing dengan rakan-rakan. Bersaing untuk berenang dari pengkalan tepi sungai Golok, Kelantan ke pengkalan tepi sungai Golok, Thailand. Jaraknya lebih kurang 130-140 meter. Masih tergiang di telinga bagaimana orang-orang kampung masa itu marah dengan aku dan rakan-rakan. Mereka melaung-laungkan nama aku. Tapi aku pada masa itu agak ‘nakal’ dan ‘degil’. Aku dan rakan-rakan hanya buat ‘dhek’ saja. Akhirnya macam biasa, balik saja di rumah, aku pasti akan dicubit di paha oleh emak aku. Kadang-kadang oleh emak saudara aku. Kalau ‘bernasib baik’, kalau ayah ada, maka tali pingganglah akan menyinggah betis dan paha aku. Maka meraunglah aku. Sakit woiii..

Tapi macam biasalah, budak-budak. Dua tiga hari selepas kena ‘belaian kasih sayang’ itu, aku dan rakan-rakan terus melakukan aktiviti berenang itu lagi. hehe.. Apakan daya “aku dan aktiviti berenang tak dapat dipisahkan..”

Tapi itu semua hanyalah kenangan lalu… kenangan zaman aku di sekolah rendah mahupun sekolah menengah rendah. Masa itu aku tidak pernah memikirkan akan bimbangnya emak dan ayah aku terhadap keselamatan aku. Masa itu juga aku tak pernah terfikirkan akan bahayanya arus sungai. Dengan airnya yang terlampau dalamnya dan arusnya yang begitu deras sekali yang pada bila-bila masa boleh menenggelamkan dan menghanyutkan aku. Tapi aku.. aku di ketika itu hanya fikirkan keseronokan diri semata-mata. Seronok bila dapat berenang mengalahkan rakan-rakan aku yang lain.

Kini…

Kini kedatangan musim tengkujuh dan banjir menyebabkan aku rasa ‘tak sedap hati’. Rasa risau semacam jer. Aku risau memikirkan rumah emak dan saudara mara di kampung. Risau memikirkan kejadian banjir seperti tahun lepas. Pada tahun lepas, Kelantan telah dilanda banjir begitu teruk sekali. Buktinya, biasanya hanya tingkat bawah rumah emak saja ditenggelami banjir tapi pada tahun lepas, air telah mencecah ke tingkat atas juga (di paras buku lali kaki). Semua itu merisaukan aku…

Kini aku sedar. Aku sedar, kedatangan banjir rupa-rupanya banyak buruk daripada baiknya. Kedatangan banjir menyekat pergerakan. Kedatangan banjir merisaukan dan mencemaskan diri. Tapi semuanya mesti dihadapi dengan hati yang terbuka. Ini kerana kedatangan banjir bukannya kehendak kita. Semua itu sudah ketentuanNya. Yang penting kita hendaklah bersedia menghadapinya. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya…

p/s – Aku sudah serik dengan banjir. Sejak kecik lagi dah biasa dengan banjir. Kini sedang meninjau kawasan yang ‘tidak dibanjiri’ untuk membina sebuah rumah. Rumah idamanku. hehe.

04 December 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan-rakan yang sering datang ke blog ini.

Kepada semua sahabat baik saya, sama ada yang datang secara terang lagi bersuluh mahupun yang datang tanpa ‘lampu suluh’, yang datang secara ‘intai-intai’ itu, yang namanya tersenarai di blog ini mahupun tiada tersenarai.. dan yang baru saja mengklik di blog ini… terimalah kad raya ini.

Saya amat menghargai persahabatan kalian semua.

Mohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang tempoh persahabatan kita.

Kad raya dari sahabat ...

Terima kasih sahabat ...


1. Kepada azza, sedetik hati & khairul.

Azza, terima kasih kerana menjadi sahabat saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan banyak masa bersama saya. Berkongsi idea dan sedikit diari harian ... juga atas usik-usikan, gurau-gurauan dan bunga-bungaan.

Azza, cantik kad raya ...



2. Kepada Redynne

Reen, moga persahabatan kita kekal selamanya. Saya suka cara dan gaya reen. Sentiasa senyum dan tidak pernah putus asa. Terserlah kejujuran dan keberanian dalam sapaan. Selalu hadir menceriakan suasana dengan usikan yang tak pernah ada titiknya. Terima kasih reen ...



3. Kepada Alia (Amoi)

Alia, terima kasih ...
Terima kasih kerana turut bersama memeriahkan suasana. Terlalu meriah sebenarnya. Tanpa Alia, sunyi chat box itu. Alia, terima kasih kerana suka menyakat. Menyakat dengan kata-kata spontan yang sangat mencuit hati. Ada-ada saja idea. hmm.. hmm....



4. Kepada Wawa Nadwa

Wawa, 'nakal' orangnya. Selalu senyum dan sentiasa nampak happy. Bila adik ini berbicara dalam blognya.. terasa segar. Ayatnya penuh keriangan. Kerana keriangan dan 'wajah keanakan' nya itu, saya selalu mengusiknya sebagai 'ketua kelas' . hehe. Terima kasih adik comel atas kad raya...


03 December 2008

Cemburu, Senaman hati untuk kesegaran cinta?

Adakah anda cemburu pada si dia?

Petang semalam, balik dari mengawas peperiksaan SPM, aku singgah sekejap di sebuah kedai buku. Dalam menatap tajuk-tajuk yang tertera di cover beberapa buah majalah, aku tertarik dengan satu tajuk. Tajuknya, “Cemburu, Senaman hati untuk kesegaran cinta!”.

Timbul pertanyaan di hati, “Cemburu senaman hati? Cemburu untuk kesegaran cinta?”.

Aku terus membeli majalah tersebut…

Dalam artikel tersebut, dinyatakan bahawa kita hendaklah perlu sentiasa nampak ceria walaupun ada perasaan cemburu di hati. Tidak kiralah sama ada cemburu pada suami atau pasangan masing-masing. Cuma cemburu itu perlu ada saringannya. Jangan gunakan kata hati tapi mesti berlandaskan fakta. Ini kerana dengan adanya fakta, kita tidak akan terganggu oleh permainan kata hati yang tidak pasti.

Timbul juga persoalan pada aku, bolehkah kita mempamerkan diri kita untuk nampak ceria walaupun hakikatnya kita dilandai perasaan cemburu?. Ini kerana pada pengamatan aku, bila rasa cemburu itu datang.. ia biasanya akan membuatkan seseorang itu 'sedikit resah' dan 'sentiasa berdebar di hati'. Malah kadang-kadang, rasa cemburu juga membuatkan seseorang itu 'mudah tersentuh hatinya' dan 'selalu nak merajuk jer'. Biasanya perempuan je kan. hehe (egonya lelaki..).

Dr. Haji Juanda Hj. Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam, mengemukakan satu persoalan kepada wanita. Pernahkah anda mendengar istilah ‘teman tapi mesra’?. Bayangkan suatu hari anda menerima mesej SMS dari seorang wanita yang tersalah kirim ke dalam telefon bimbit anda. Rupa-rupanya dia telah rapat dengan pasangan anda kerana mereka sering berkongsi idea dan mencurahkan perasaan.

Bagaimanakah anda akan melalui keadaan ini? Pakar Perunding tersebut mengesyorkan bahawa salah satu cara ialah dengan membabitkan diri anda sama dalam ikatan itu. Mintalah pasangan anda memperkenalkan anda lebih jauh dengannya dan jadikan dia juga sebagai kenalan anda. Pastikan juga anda menyatakan isi hati anda kepada pasangan anda. Secara jujur nyatakan padanya, “Saya amat cemburu…”. Semasa meluahkan bait kata itu, pandang & renungilah matanya...

p/s Aku tiba-tiba tersenyum… Fikirku, “Semua orang ada perasaan cemburu… cuma tahap kecemburuan itu jer yang akan menentukan kuatnya degupan dan rasa debar di hati. Juga menentukan tahap kedamaian di hati.” hehe.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search