Followers

03 December 2008

Cemburu, Senaman hati untuk kesegaran cinta?

Adakah anda cemburu pada si dia?

Petang semalam, balik dari mengawas peperiksaan SPM, aku singgah sekejap di sebuah kedai buku. Dalam menatap tajuk-tajuk yang tertera di cover beberapa buah majalah, aku tertarik dengan satu tajuk. Tajuknya, “Cemburu, Senaman hati untuk kesegaran cinta!”.

Timbul pertanyaan di hati, “Cemburu senaman hati? Cemburu untuk kesegaran cinta?”.

Aku terus membeli majalah tersebut…

Dalam artikel tersebut, dinyatakan bahawa kita hendaklah perlu sentiasa nampak ceria walaupun ada perasaan cemburu di hati. Tidak kiralah sama ada cemburu pada suami atau pasangan masing-masing. Cuma cemburu itu perlu ada saringannya. Jangan gunakan kata hati tapi mesti berlandaskan fakta. Ini kerana dengan adanya fakta, kita tidak akan terganggu oleh permainan kata hati yang tidak pasti.

Timbul juga persoalan pada aku, bolehkah kita mempamerkan diri kita untuk nampak ceria walaupun hakikatnya kita dilandai perasaan cemburu?. Ini kerana pada pengamatan aku, bila rasa cemburu itu datang.. ia biasanya akan membuatkan seseorang itu 'sedikit resah' dan 'sentiasa berdebar di hati'. Malah kadang-kadang, rasa cemburu juga membuatkan seseorang itu 'mudah tersentuh hatinya' dan 'selalu nak merajuk jer'. Biasanya perempuan je kan. hehe (egonya lelaki..).

Dr. Haji Juanda Hj. Jaya, Perunding Undang-Undang Keluarga Islam, mengemukakan satu persoalan kepada wanita. Pernahkah anda mendengar istilah ‘teman tapi mesra’?. Bayangkan suatu hari anda menerima mesej SMS dari seorang wanita yang tersalah kirim ke dalam telefon bimbit anda. Rupa-rupanya dia telah rapat dengan pasangan anda kerana mereka sering berkongsi idea dan mencurahkan perasaan.

Bagaimanakah anda akan melalui keadaan ini? Pakar Perunding tersebut mengesyorkan bahawa salah satu cara ialah dengan membabitkan diri anda sama dalam ikatan itu. Mintalah pasangan anda memperkenalkan anda lebih jauh dengannya dan jadikan dia juga sebagai kenalan anda. Pastikan juga anda menyatakan isi hati anda kepada pasangan anda. Secara jujur nyatakan padanya, “Saya amat cemburu…”. Semasa meluahkan bait kata itu, pandang & renungilah matanya...

p/s Aku tiba-tiba tersenyum… Fikirku, “Semua orang ada perasaan cemburu… cuma tahap kecemburuan itu jer yang akan menentukan kuatnya degupan dan rasa debar di hati. Juga menentukan tahap kedamaian di hati.” hehe.

25 comments:

azza_irah said...

salam..
orang kata cemburu tanda sayang..
sikit cemburunya..sikitlah sayangnya..
menarik utk difikirkan kan cikgu..

tapi cemburu jugak terbahagi dua...
cemburu yang positif..cemburu yang negatif..
terpulang pd kita selaku individu yang dibekalkan dengan hati dan fikiran..

pssttt....
cikgu cemburukan sapa...bisik lee...

sakurasa 2 said...

Cikgu sakura sentiasa "senama hati" he he he

Redynne said...

mmmmmmmmm....
Cemburu mmg utk senaman hati...
tp jgn overdose sgt.. nnti hati tu keras alias 'mati'.. hehehe

*saya pun cemburu gak ni..(pd sape yee...?hehehe)

Tirana said...

Selagi ada perasaan sayang dan cinta, selagi itulah akan ada rasa cemburu. Cemburu itu pun perasaan yang dianugerahkan oleh Allah sebenarnya. Ia boleh jadi positif dan boleh jadi negatif. Positif bila ia diletakkan di tempat yang betul, pada masa yang betul dan dengan kadar yang betul. Negatif bila cemburu itu menjadi keterlaluan hingga menerbitkan perasaan lain seperti marah, dengki dan amukan yang melampau. Bila tidak terkawal, ia boleh jadi merbahaya.

Rashid said...

Salam azza...
Sikit cemburu, sikit majuk, sikit debar.. biasalah lelaki. egonya.. tak nak ngaku. hehe. Walaupun hakikatnya sayangnya itu buatkan ia sanggup 'mandi ujan' utk jumpa sidia. hehe

p/s - suka cemburu positif.

utk azza jer, psssttt... dengar tak? psstttt. tak dengar? dekat lagi.. pssttttt

Rashid said...

Sakurasa,
hmmm boleh kita kongsi cara-cara nak senaman hati yang terbaik? saya tau.. sakurasa ada petuanya tu.. hiks!!

p/s - jgn lupa kongsi ekk..

Rashid said...

Redynne,
Kalau cemburu teroverdose.. alamak nampaknya sidia tu, kakinya duk kena ikat sepanjang masa ler. hehe. Kasihan.. sampai hati..

redynne,
psstttt... cemburu sapa tu? bagitaulah saya.. kitakan kawan..

Rashid said...

Salam tirana,

Lengkap rasanya apa yang tirana nyatakan itu. Cemburu..satu anugerah dariNya. ya, rasa cemburu hadir tanpa kita pinta, ia hadir kerana hadirnya rasa sayang & kasih.

Tadi saya ada tgk klip Dr. fadzilah kamsah, ia kata "cemburu yang membina juga adalah tanda hadirnya iman..."

azlanlin said...

Adanya cemburu tandanya hati kita masih berfungsi... itu lebih baik daripada hati mati!

Kawalan emosi membentuk jiwa yang mantap!

Rashid said...

Salam azlanlin,
yes!!! cemburu hanya pada yang tersayang..

'hati berfungsi, hati mati'.. pilih, pilih..

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

salam cikgu,
cemburu..
bg wtashi sifat yg keterlaluan tu memusnahkan..merismaskan dan membunuh perasaan je

**owhh..watashi pernah lalui pengalaman yg terlalu cemburu

Rashid said...

Watashi.
Pengalaman yang terlalu cemburu.. wow, entrilah.. nak tau juga kisah tu. Tentu menarik kan.. hehe

Redynne said...

cekgu..
'biarlah rahsia'.. hehehe

Signorina Syima said...

cikgu... cemburu senaman hati??

mungkin cemburu saya tak sesuai untuk senaman hati. kerana cemburu yang ada pada saya cuma akan menghidupkan sel-sel barah hati dalam badan saya....

akuduniaku said...

salam link blog saudara

artikel ni menarik la plak....
saya seorang yang kuat cemburu

ha3x

salam

Rashid said...

Syima,

"mungkin cemburu saya tak sesuai untuk senaman hati. kerana cemburu yang ada pada saya cuma akan menghidupkan sel-sel barah hati dalam badan saya...."

Tergelak saya.. sakit perut ni. hehe

Terima kasih kerana jujur menyatakannya.

Rashid said...

Redynne
Tak nak tak nak.. nak tau gak. hiks!!

Rashid said...

Salam akuduniaku..
TErima kasih sudi link. Kuat cemburu penuh makna tu.. mungkihkah sidia tu terlalu cute kot. hehe.

Signorina Syima said...

cikgu, lawak yeh?

jujur itu kan penting dalam persahabatan...? ngeee..

orang kata cemburu tanda sayang.. tapi ada gak cemburu yang mengongkong.

saya sll sakit bahagian hati.. tu semua kerja2 senaman hati tu lah...

adaliciOus said...

"cemburu yang membina juga adalah tanda hadirnya iman..

bagus la kalau cemburu yg mmbina cikgu.
tp ramai kwn2 sy yg cemburu membunuh. blom kawen lg dh xleh kwn ngn laki lain..ish3 susah betul.kwn sy tu mnangis je la bf dia buat mcm tu..nk gelak pn ada jgk..heheh

norsaritanaini said...

ada orang cakap sy ni kuat cemburu..tp kalo kita tak cemburu, ada yang tak kena kot ngan hati kita tu...tp tkderla sampai cemburu buta..cemburu sy cemburu bertempat...hehe...

Rashid said...

Syima,
Cemburu itu ada sebabnya. Mungkin sidia tu terlalu cemburukan syima kot.. so, bagitau hati tu.. dia sayangkan syima. Dia terlalu ambil beratlah tu.

Tapi janganlah cemburu yg terlampau! ini sampai bikin hati bengkak-bengkak, malah sakit lagi tu bukan cemburu sayang tu.

Dalam perhubungan, saling percaya mempercayai, di samping menjaga kepercayaan yang diberi sangatlah penting sekali. yup!!

Rashid said...

Salam norsaritanaini,
Ya, cemburu bertempat perlu ada. Cemburu sebenarnya ada kaitan juga dengan iman. Perlu ada cemburu utk kebaikan..

Norsaritanaini, jangan biarkan cemburu itu buta ekk. Kasihan nanti habis dilanggarnya. Takut pecah dan berterabur pula.

Rashid said...

AdaliciOus,
Cemburu membunuh? wah, dah kes mahkamah ini. Di bawah kanun keseksaan berapa ek? hehe.

Kasihan kawan syima tu ya..
Saya teringat, dalam perhubungan sebelum kahwin, kita jangan terlalu mengikat. Hadirnya rasa sayang akan teruji bila kita cuba bebaskan sikit si dia. Bila si dia terbang dan tetap kembali pada kita maka itu tanda sayang si dia masih bersama kita. Itulah yang kita hendak sebenarnya..

Jangan kerana dia hendak ramaikan kenalanpun kita cuba sekat dia.. tapi kalau 'sikit cemburu', 'sikit merajuk','sikit debar' tu bagi saya biasalah.. bila dah rindu dan sayang.

Kalau cemburu juga, berterus-teranglah.. tanya si dia. minta kejujuran darinya utk beri penjelasan. Kemudian fikirkanlah..

Cik Ecah said...

sy kuat cemburu!!!! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search