Followers

28 June 2008

Siapa di balik pintu?

Di depan pintu PBB di New York terdapat sebuah papan yang bertuliskan sebuah syair yang indah yang pernah ditulis oleh As-Sa’di Asy-Syairazi. Syair itu berisikan seruan untuk persaudaraan, kerukunan dan perpaduan. Isi syairnya seperti berikut:

Saat kukunjungi kekasihku, ia berkata kepadaku:
“Siapakah yang ada di balik pintu?”

Kujawab:
“Yang ada di balik pintu hanyalah aku.”

Ia berkata:
“Kamu keliru dalam mengertikan cinta
kerana dalam ungkapanmu
kamu pisahkan antara aku dan kamu.”

Setahun telah berlalu
saat kukembali datang kepadanya
mengetuk pintu rumahnya dengan lembut.
Ia berkata kepadaku: “Siapa kamu?

Kujawab: “Lihat sendiri, masa tidak kenal
tetapi aku yakin kalau yang ada di balik pintu
tiada lain hanyalah kamu.”

Ia berkata kepadaku:
“Sekarang kamu baru memahami erti cinta
dan mengenalnya dengan baik.
Untuk itu
silakan masuk, wahai belahan jiwaku.”

p/s - lama sungguh tak bersajak...

25 June 2008

Khasiat Coca Cola bukan sebagai minuman tetapi...

Betulke? Dari mana dapat sumber ini? Persoalan ini muncul dalam fikiran aku setelah membaca e-mail - dari Kaydeen. Kaydeen, salah seorang kawan G3 di mana kami pernah sama-sama mengikuti latihan ketenteraan - Staf & Taktik, PLAW, Perak 2006.

Perhatian!!!!!! aku sendiri tak pasti benar atau tidak. Oleh itu sebarang percubaan dari rakan-rakan blogger adalah menjadi tanggungjawab diri masing-masing.

Berikut petikan e-mail (tanpa edit) yang aku terima dan ingin aku kongsikan dengan rakan-rakan blogger yang lain.

” Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

Khasiat Coca Cola BUKAN sebagai minuman tetapi ...

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, [bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis : bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo , F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan Coca Cola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Siapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100% . Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis! kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun jarang minum & sekali sekala sahaja…”

p/s – Kaydeen, terima kasih atas e-mail ini.

Oh ya, lama kita tak makan durian dan roti penangan mamat tu sama-sama. Macamana maggie goreng mamat Perak tu. rasa macam tu lagike??? fuhhhhh, masin & pedas…tak larat aku. hee heeee

22 June 2008

Lelaki Handal Memasak Lebih Seksi?

“Betulke lelaki yang terror memasak kelihatan lebih seksi?” aku tertanya-tanya sendirian. Aku terus membaca hingga akhir paparan i-kon ruangan Sabtu Berita Harian semalam.

Persepsi kaum wanita tempatnya di dapur sudah dianggap satu pandangan yang sudah lapuk. Pandangan orang dulu-dulu. Buktinya jelas. Jika kita menonton rancangan masakan baik berbentuk pertandingan atau publisiti resepi masakan, majoriti program terbabit pasti menampilkan chef lelaki. Kehebatan dan penguasaan lelaki dalam bidang masakan tidak lagi boleh dipersoalkan lagi walaupun pada dasarnya tugas memasak dianggap milik wanita.

Aku kagum bila melihat lelaki terlibat dalam pertandingan memasak di TV sekaligus menjadi pencabar kepada peserta wanita. Walaupun mereka tidak sehebat Chef Wan, Chef Zam atau Chef Ismail, ternyata minat memasak kian berkembang di kalangan kaum yang dianggap ‘macho’ ini. Kaum yang dikatakan alergic dengan kerja remeh temeh seperti menghiris bawang, menumbuk cili, menumis rempah ratus dan mengoreng seperti yang biasa dilakukan oleh para ibu, teman wanita mahupun gadis-gadis lain.

Mungkin ada segelintir masyarakat masih beranggapan bahawa kurang sifat kelelakian apabila seseorang lelaki melakukan kerja ini, malah ada keluarga tidak menggalak lelaki memasak kerana tidak mahu dianggap dayus.

Namun yang jelas bagi aku, era ict dan globalisasi sekarang ini tidak lagi menjadi sekatan kepada lelaki menunjukkan kehebatan mereka dalam soal masak memasak ini. Bagi lelaki, aktiviti memasak bukan lagi milik wanita!!!! Mereka tanpa segan silu malah mahir bicara tentang pelbagai jenis resepi. Malah, sebahagian daripada mereka cukup bangga dengan kehebatan mereka memasak, lebih-lebih lagi bila menyedari ada di kalangan rakan wanita mereka tidak tahu memasak!!!! (p/s - kepada rakan-rakan blogger wanita, pastikan anda mahir memasak!!!)

Ramai juga wanita kini menganggap lelaki yang hebat dalam hal memasak akan lebih mudah menambat hati mereka. Mereka menghargainya. Lelaki yang memasak untuk teman wanita dan isteri / keluarga juga dilihat lebih seksi dan romantis.

Seksi dan romantis? Terlintas aku pada seorang kawan semasa bekerja di Kota Kinabalu dulu. Dia ni memang pandai memasak. Aku suka ke rumahnya kerana kawan aku ini selalu memasak dan suka menjamu rakan dengan masakan istimewanya. Tapi seksi dan romantis? aku sukar memberi jawapannya. Mungkin kaum wanita saja dapat memberikan jawapannya. hee heee.

Namun bagi kebanyakan lelaki, memasak bukanlah suatu tugas rutin (kecuali chef). Selalunya ia sekadar aktiviti suka-suka, semasa mood rajin, ketika ‘darurat’ bila isteri tiada di rumah (bagi yang ada isteri) dan bagi yang ‘darurat’ dari segi kewangan (gaji hampir menyusut maklumla pertengahan bulan) atau mungkin juga bagi mereka yang amalkan perbelanjaan berhemah. Kawal budget.

p/s - Tentang tajuk ni mungkin kaum wanita saja yang dapat beri komen!!! Apa yang penting, masuknya lelaki ke dapur ini walaupun sekali-sekala dapatlah meringankan beban rutin wanita yang bergelar ibu atau isteri.

21 June 2008

Wanita di sisi lelaki


Dalam aku melayari laman blog rakan-rakan yang lain, aku berasa sedikit kagum dengan beberapa laman blog yang menzahirkan rasa suka & cerianya bersama keluarga tersayang masing-masing. Aku berasa seronok dan kadang-kala tersenyum sendirian melihat celoteh rakan-rakan blogger yang sudi bicara mengenai kehidupan bersama suami / isteri & anak cute masing-masing.

Aku kagum dan terharu kerana rakan-rakan blogger ini bersikap terbuka. Mereka sudi berkongsi rakaman suka-duka dalam kehidupan berkeluarga dengan pembaca semua.

Moga warna-warni kehidupan rakan-rakan blogger yang sudah berkeluarga ini akan terus bersinar dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang masing-masing hingga ke akhirnya.

Bagi aku, dalam mengekalkan kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga ini, pasangan masing-masing mesti tahu dan harus memainkan peranan. Namun sebagai ketua keluarga, suami (lelaki) harus memainkan peranan yang lebih besar, lebih berat dan yang pentingnya lebih bertanggungjawab. Suami atau lelaki harus tahu untuk meletakkan pasangan masing-masing di tempat yang sewajarnya.

Aku pasti, begitu tinggi harapan isteri (bakal isteri?) kepada suaminya (bakal suami?), suami juga mengharapkan yang terbaik daripada isterinya. Namun persoalannya, adakah pasangan masing-masing cuba dan selalu meluangkan masa mengkaji apa yang paling baik patut diberikan kepada pasangan tercinta masing-masing?.

Kepada rakan-rakan lelaki:

Ketahuilah bahawa kedudukan isteri / wanita harus ditempatkan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, yang mafhumnya:

“Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan daripada kepala untuk menjadi atasnya, bukan daripada kaki untuk menjadi alasnya, melainkan daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintainya”.

Fahami dan hayatilah juga ungkapan yang berbunyi lebih kurang berikut;

'Usah mengharapkan isteri seperti Siti Fatimah (Puteri Rasulullah s.a.w) jika diri sendiri tidak seperti Saidina Ali…’

p/s – suka membaca warna-warni kehidupan dan ingin melihat dunia selalu tersenyum manja

18 June 2008

Cara Bijak Elak Kenderaan Dari Dicuri

Tahukah anda bagaimanakah langkah yang paling selamat untuk menjaga kenderaan anda daripada menjadi mangsa curi?

Berikut adalah kiriman e-mail bergambar yang kuterima daripada kawanku, Flora Jimmy dari Kota Kinabalu.

Bila kulihat gambar yang tertera, aku fikir kreatif juga rupanya pemilik kenderaan ini. Ya le, harga kenderaan bukanlah murah. kalau tak ada ribu ribu tak boleh beli.

Tambahan lagi dengan keadaan ekonomi dunia dan negara sekarang ini. Ekonomi di mana harga sesuatu barangan semakin mahal. Mahal segala-galanya.

Keadaan yang tidak menentu ini mungkin boleh mendorong si pencuri dan seumpamanya untuk melipatgandakan lagi usaha mereka. Oleh itu sebelum menjadi mangsa, bolehlah cuba langkah berikut: (nota: itupun jika mahu cuba... heee heee).







p/s - okey gak..

16 June 2008

"Lelaki seorang budak yang takut..."

Gelihati dan tersenyum aku membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang Pakar Psikoterapi. Pakar Psikoterapi tersebut bertanyakan soalan kepada seorang wanita:

Bilakah anda berasa selamat membuka hati anda kepada seorang lelaki?

Bagi ramai wanita, jawapannya ialah: “Ketika saya berasa disayangi”.

Mengikut pakar itu lagi, sama seperti wanita, seorang lelakipun begitu! Sekiranya anda mencintai dan menghargai lelaki yang baik, maka dia akan berasa lebih selamat dan lebih terbuka hati untuk menyayangi anda.

Pakar tersebut menjelaskan lagi, dengan menggunakan pengetahuan ini bermakna sentiasa mengingati bahawa pada setiap lelaki yang anda suka dan ingin dampingi, tersembunyi seorang budak yang takut, seperti anda, takut ditolak persahabatan dan perhubungan. Jangan sekali-kali mengecilkan diri dan menyakitinya, sama ada dengan berlagak tidak wajar kepadanya, mempersendakan kata-katanya atau sesuatu yang dia tidak berjaya lakukan dengan baik. Mungkin dia tidak bercakap mengenai perasaannya, tetapi percayalah, dia tidak akan melupakan segala perbuatan anda terhadap dirinya.

Justeru itu, janganlah takut pada lelaki, sebaliknya lihatlah mereka dengan pandangan yang sensitif, terhadap perasaan mereka dan menyedari mereka perlukan kasih sayang sepertimana anda perlukannya daripada mereka.

Anda akan berasa lebih lega dan tenang bersama lelaki apabila mengetahui dan mengingati keperluan emosi lelaki sama seperti seorang wanita. Percayalah, sekiranya anda memperlihatkan bahawa anda tidak menilainya sebagai lelaki kuno tanpa perasaan, lebih cepat dia membuka hatinya kepada anda dan akan memberikan anda peluang berkongsi hidup dengannya.

Aku tersenyum lagi. Senyum memikirkan rangkap kata Pakar Psikoterapi tersebut:

“lelaki seorang budak yang takut...” Betulke????

15 June 2008

Pak Pandir dengan Kapal Terbang

Alkisahnya hebohlah satu kampung.

Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Fara Fauzana dalam radio pagi di Era. Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir, itu sudah cukup mengembirakannya.

Dipendekkan cerita…

Pada hari yang dijanjikan, Pak Pandir sudahpun menunggu seawal subuh lagi di lapangan terbang. Sebaik saja kapal terbang mendarat, semua penumpang termasuk Pak Pandir dipersilakan masuk oleh peramugari.

Pak Pandir pun masuklah ke dalam kapal terbang, mengambil tempat duduk. Peramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing masing dan bersedia untuk berlepas.

Peramugari agak hairan apabila nampak Pak Pandir duduk kat kerusi bisnes klass. Setahu dia, tidak ada seorangpun penumpang bisnes klass pada ketika itu.

Dengan penuh budi bahasa, peramugari itupun menegur Pak Pandir.

"Pak cik, Pak cik tak boleh duduk kat sini. Boleh pak cik pindah duduk di belakang?"

"Eh.. bagus sungguh orang kapal terbang ni (peramugari). Takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.." kata Pak Pandir (Mana tak selesanya, bisnes klass).

Mati akal peramugari tu.. semua peramugari dan peramugara datang silih berganti tapi tidak diendahkan oleh Pak Pandir.

Pilot hairan dan bingung kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua peramugari. Diapun keluar tengok lalu diceritakan oleh seorang peramugari tentang situasi tersebut.

Pilot tu tersenyum lalu mendekati Pak Pandir.

"Pak cik.. boleh tengok tiket?" Pak Pandir pun kasi lah tiketnya kepada Pilot tersebut.

"oo.. Pak cik nak pi KL yer pak cik?" tanya Pilot.

"yer nak..." Pak Pandir menjawab. Agak Kehairanan.

"tapi pak cik.. kerusi ni pi ke Johor Bharu Pak cik.., kerusi di belakang tu baru pi KL!" kata Pilot.

"Yake nak? .. nasib baiklah nak bagitau.." Pak Pandir pun cepat-cepat berdiri, berpindah ke kerusi belakang.

13 June 2008

Anak jiran tanggungjawab kita bersama

Berita Harian, 13 Jun 2008 – melaporkan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru!!!.

Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi.

Laporan Unicef - penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan.

Marah dan sedih juga aku bila baca laporan tersebut. Marah pada dalangnya, sedih pada yang jadi mangsanya.

Bila aku fikir-fikirkan, laporan terkini itu sebenarnya mengesahkan lagi laporan sebelum ini - wujudnya sindiket urus niaga bayi, kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa. Ia kini menjadi satu trend niaga yang menguntungkan. Dan yang pasti ada orang dalaman yang terlibat sebagai dalangnya.

Bila baca laporan itu, aku sangat sedih kerana doktor dan kakitangan JPN turut terlibat dalam kes ini.!!!

Kelabu punya pegawai!!! Aku ingat kes ini hanya berlaku di luar negara saja. Macam yang pernah aku dengar di mana doktor di sebuah negara luar turut sama terlibat dalam kes mencuri buah pinggang untuk dijual dengan harga yang tinggi. Bayangkan orang itu diberi minum pil khayal. Sedar-sedar terasa sakit di pinggang. Ada jahitan pula tu. Bila pergi check di hospital, sah buah pingggang hanya tinggal satu!!!! kan haru biru jadinya.

Berbalik kepada kes kehilangan kanak-kanak, aku melihat masalah ini sudah lama berlarutan. Bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa? Jawapannya terletak pada gabungan fikiran kita semua. Buah fikir rakyat Malaysia. Perlu difikirkan bersama.

Bagi aku, selain dari aspek perundangan dan hukuman yang lebih keras dikenakan ke atas dalang sindiket tersebut, aku rasa kita harus melihat kembali peranan ibu bapa dan masyarakat. Ibu bapa harus lebih prihatin. Kawal pergerakan anak-anak. Kenali dan dekati anak-anak. Kenali dan dekati kawan-kawan mereka. Selami pemikiran anak-anak. Beri didikan anak-anak dengan keilmuan agama. Biar anak-anak mengetahui hukum-hakam agama – termasuklah halal & haram dalam kehidupan bersosial.

Masyarakat juga harus berfungsi seperti dulu – sikap ambil peduli! Ini kerana dengan kesibukan mengejar wang dan kebendaan, aku takut masyarakat kita akan lebih bersifat materialistik (sekarangpun dah materialistik). Mementingkan diri sendiri. Kita tidak ada masa untuk mengambil peduli apa yang berlaku di sekeliling kita. Semangat kejiranan hilang. Jiran sebelah rumahpun kita tidak kenal. Malah mungkin ada yang tidak pernah bertegur sapa.

“Budaya anak kau - anak kau, dan anak aku - anak aku” harus kita hapuskan. Terfikir juga aku dengan kenaikan harga minyak sudah pasti akan menempias pula kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain. Keadaan ini jika tidak diberi perhatian akan mengubah semangat keprihatinan dan rasa kasih sayang antara kejiranan. Ini kerana masing-masing akan sibuk dengan usaha untuk mengisi poket dan perut.

Aku rasa, kita harus mengembalikan semula semangat kejiranan seperti dulu-dulu. Di mana kalau dulu-dulu, “anak-anak jiran, anak-anak kita juga!” Jadi, kita akan tegur!

Mungkin kita perlu mulakan kembali satu slogan atau satu program yang berbunyi: “Anak jiran anak kita juga” atau “anak jiran tanggungjawab kita bersama”.

p/s – teringat masa zaman budak-budak dulu - pernah dimarahi jiran kerana bermain sampai waktu maghrib. Dulu, sebelum azan maghrib, semua budak-budak dimestikan berada di dalam rumah. Macam-macam diorang usik. Antaranya akan disorokkan oleh hantu jembalang kerana waktu maghrib hantu akan keluar berkeliaran…

09 June 2008

Wanita Malaysia Perokok Tertinggi di ASEAN?


Terkejut juga aku bila baca Berita Harian kelmarin – keluaran 7 Jun 2008, hlm. 25 - bahawa beliau wanita yang merokok di negara kita ini semakin meningkat. Dilaporkan bahawa tabiat kurang sihat ini sudah diamalkan sejak mereka berusia awal 13 tahun lagi.

Penyiasat Penilaian Dasar Kawalan Tembakau Antarabangsa (ITC) bagi Malaysia, Dr. Maizurah Omar berkata kajian yang dijalankan menunjukkan 8% wanita muda berusia antara 13 hingga 25 tahun adalah perokok tegar, manakala 40% adalah rokok pasif (bukan perokok tapi terdedah kepada risiko asap rokok).

Kajian terhadap 3,000 perokok wanita oleh USM juga menunjukkan 19% remaja perempuan dan wanita muda di Malaysia pernah mencuba merokok.

Lebih membimbangkan lagi, kajian tersebut juga melaporkan bahawa wanita Malaysia adalah perokok yang paling tinggi sekali iaitu 11.2% berbanding golongan wanita di negara ASEAN yang lain. Singapura dan Filipina (8.8%), Thailand dan Myanmar (5%), Vietnam (1.9%), Kemboja (1.0%) serta Laos (0.8%).

Wah!!! Perangkaan ini mengejutkan dan sekaligus menyedihkan!!!!! Malaysia glamour dengan kaum wanita dan perempuannya adalah kaki rokok!!!

Mengapakah remaja dan wanita Malaysia kita kini semakin ramai yang merokok? Adakah kerana mereka terpengaruh dengan kenalan lelaki mereka yang kebanyakannya adalah penagih rokok? Atau puncanya disebabkan kawalan ibu bapa yang semakin longgar ke atas mereka. Lepas bebas seperti burung ke mana jua? Atau kerana pengaruh media yang sememangnya terlalu taksub dengan program barat? Atau kerana lalainya mereka dengan seruan dan ajaran agama Islam itu sendiri?

Kita bimbang jika keadaan ini tidak dikawal jumlah remaja & wanita yang merokok kemungkinan besar akan mengatasi lelaki suatu hari nanti. Dan jika tidak dikawal atau diberi suntikan kesedaran, kita bimbang apakah nasib yang akan diterima oleh negara dan generasi kita yang akan datang? Generasi yang lahir dari wanita kaki rokok?

Ahhhh!!!!! Sukar untuk aku bayangkan...

Aku sangat berharap mulai 1 Julai ini, amaran bergambar mengenai bahaya merokok yang meliputi 40% bahagian depan dan 60% bahagian belakang yang dicetak pada setiap rokok dapat memberi impak yang baik. Ini penting demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Bicara tentang nasib dunia kini… Terlintas aku pada satu poster yang terpampang di satu sudut pejabat, “SENYUMLAH, DUNIA AKAN SENYUM PADA ANDA!”

p/s - aku sebenarnya sedih, bimbang & takut kerana DUNIA KINI SEDANG MENANGIS...

07 June 2008

Kekuatan perkataan 'terima kasih'

Aku tertarik dengan satu artikel oleh Dr. Abdullah & Ainon berkenaan kekuatan dua patah perkataan iaitu ‘terima kasih’. Berikut petikan yang aku rasa menarik untuk kita renungkan bersama.

Pujian yang paling berkesan ialah pujian yang kita beri ke atas perkara-perkara yang kecil, kerana ia membuktikan kita memerhatikan semua kebaikan dan sumbangan orang yang kita kasihi. Kebanyakan daripada kita tidak berpeluang melakukan perkara-perkara besar. Jika pujian hanya diberi kepada perkara-perkara besar, kita tidak berpeluang memberi atau mendapat sebarang pujian dan pengiktirafan.

Kajian menunjukkan pujian yang paling berkesan hanya terdiri daripada dua patah perkataan, iaitu ’terima kasih’. Kata-kata ini didahagai oleh semua orang di sekitar kita, termasuk kita sendiri. Walau bagaimanapun, di kalangan orang-orang Melayu, ucapan terima kasih diberi atau diucapkan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja.

Ucapan 'Terima Kasih' tidak selalu diucapkan kepada orang-orang yang kita kasihi dan mengasihi kita iaitu suami, isteri dan kaum keluarga kita. Mengapakah keadaan ini berlaku?

Antara sebabnya ialah;

1. Budaya Melayu tidak menganggap orang-orang yang tidak mengucapkan terima kasih kepada kaum keluarga sebagai orang-orang yang biadab. Sebaliknya orang-orang yang tidak mengucapkan teirma kasih kepada orang-orang lain kita anggap biadab dan tidak tahu mengenang budi.

Sebenarnya kita paling banyak terhutang budi kepada orang-orang yang rapat dengan kita; suami, isteri, ibu bapa, adik beradik dan keluarga rapat. Merekalah orang yang lebih berhak menerima ucapan terima kasih daripada kita. Kalau adapun kita beri, itu hanyalah sekali-sekala saja.

2. Kita beranggapan terima kasih tidak perlu diucapkan kepada orang-orang yang rapat dengan kita. Mereka tentu faham bahawa di hati kita, memang kita berterima kasih.

3. Dalam budaya Melayu, kata-kata terima kasih adalah sebahagian daripada budi bahasa rasmi. Oleh itu ia kita ucapkan untuk peristiwa-peristiwa rasmi sahaja.

Moral dari artikel ini ialah;

Marilah kita mempraktikkan ucapan terima kasih kepada sesiapa saja terutamanya pada saat kita menerima budinya.

Percayalah, mula-mula memang kita akan berasa kekok mengucapkannya. Perkara baru memang mengejutkan. Tapi percayalah dunia akan menjadi lebih indah jika kita semua mempraktikkan ucapan terima kasih ini.

p/s – terima kasih kerana sudi membaca catatan ini. Sama-samalah kita mempraktikkannya demi menjadikan dunia ini lebih indah.

04 June 2008

Sembilan hadiah yang paling bernilai

Hadiah!!! Ya, kita selalu bercakap tentang hadiah. Sama ada kita memberi kepada seseorang atau menerima hadiah daripada seseorang.

Tentu sukar juga dalam memilih bentuk hadiah yang ingin kita berikan kepada seseorang. Apatah lagi orang itu adalah yang paling istimewa sekali dalam hidup kita.

Tahukah anda! Apakah hadiah yang paling berharga dan bernilai?

Menurut M.R. Kopmeyer, pakar motivasi terkenal – terdapat 9 hadiah yang sangat bernilai untuk kita berikan kepada seseorang, tak kira siapapun dia! Dan orang itu pasti akan rasa gembira sekali!

Hadiah 1: Buat orang lain rasa diterima.

Hadiah 2: Buat orang lain rasa dipersetujui.

Hadiah 3: Buat orang lain rasa dikagumi.

Hadiah 4: Buat orang lain rasa dihargai.

Hadiah 5: Buat orang lain rasa penting.

Hadiah 6: Buat orang lain rasa pandangannya betul.

Hadiah 7: Berikan orang lain perhatian anda yang bersemangat.

Hadiah 8: Buat orang lain rasa diperlukan.

Hadiah 9: Berikan orang lain kerjasama dan bantuan anda.

p/s – kita harus memimpin kehidupan. Bermula dengan usaha dan keinginan kita untuk berbaik-baik dengan orang lain melalui minda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search