Followers

30 August 2008

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Kepada rakan-rakan semua,

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-51


Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

p/s – pernah bermimpi (mengigau?) melaungkan nama MALAYSIA dengan kuat sekali. Laungan disedari oleh emak dan adik. Semangat Anak Malaysia ler katakan. hee hee.

24 August 2008

Andai kutahu - kisah Adik S

“Ini kemasukan saya kali ke-3 di sini. Bagaimana ya saya boleh terjebak dan masuk di sini?”

“Masa itu umur saya baru je 13 tahun. Ibubapa saya dah bercerai. Saya tinggal dengan ibu. Ibu saya pula bekerja. Maklumlah nak tanggung keluarga. Saya mempunyai 5 orang adik-beradik…”

“Pada mulanya saya berkawan dengan Mat rempit. Masa itulah saya mula belajar hisap rokok. Kemudian saya cuba pula ambil ganja, ‘ice baby’ dan morfin”

“Saya ambil semua itu kerana rasa banyak sangat masalah yang saya tanggung. Mula-mula tu saya ambil hanya sekadar suka-suka je…”

“Kini baru saya sedar… saya insaf. Semua yang saya lakukan itu adalah satu kesalahan. Saya telah melakukan satu kesilapan dalam hidup saya. Saya sangat menyesal…”

“Ketika saya berumur 17 tahun… (terdiam sekejap)…saya telah disahkan penghidap HIV…”

“Hingga hari ini dah masuk 6 tahun saya menghidap HIV. Dan sepanjang menghidap HIV ini macam-macam sakit saya terpaksa tanggung. Sakit yang teramat… Saya rasa macam dah tak lama lagi saya hidup di dunia ini…”

“Kerana dadah…hidup saya musnah. Dadah memang membawa masalah…”

“Saya dah kahwin dan mempunyai seorang anak. Umurnya 7 tahun. Sekarang anak saya tinggal dengan emak dan sehingga sekarang saya cuba mengelak bertemu dengan keluarga saya…saya malu…”

“Harapan saya jika saya bebas, saya nak bawa anak saya ke hospital. Saya nak check sama ada anak saya ada atau tidak ‘HIV’…”

“Saya bersyukur kerana berada di sini. Dulu saya tak reti langsung nak baca Alif Ba Ta tapi sekarang alhamdulillah saya dah boleh sembahyang.”

“Untuk adik-adik, janganlah dekati dadah. Banyak buruknya…”

“Untuk adik-adik juga, saya nak nyanyikan satu lagu. Saya sebenarnya tak pernah nyanyi dan tak pandai nyanyi. Tapi kali ini saya nak nyanyi sebuah lagu. Lagu ini saya tak tau siapa penyanyinya…tapi lagu ini kini menjadi lagu yang saya suka dengar… Lagu ni bertajuk Andaiku Tahu



P/S

1. Aku hampir menitis airmata mendengar lagu yang dinyanyikan oleh adik S yang baru berumur awal 20-an ini. Lagu ini biasa aku dengar… tapi bila adik S nyanyikan aku begitu terasa dan sedih sekali…

2. Adik S berasal dari KL. Cantik orangnya. Umurnya masih muda tapi hidupnya kini… hanya menunggu ajal… kerana disahkan menghidap HIV. Adik S kini menjadi seorang penghuni di Pusat Serenti Perempuan Bachok.

3. Aku lihat pelajar-pelajar & kawan-kawan perempuan yang lain – ada yang sudah mengalirkan airmata …

4. Terima kasih Encik M (Pegawai Pusat Serenti) kerana mengizinkan adik S untuk bercerita secara live depan kami semua.

5. Ini adalah entry yang saya janjikan dengan Encik M untuk dimasukkan dalam blog saya… dan terima kasih kerana memberi izin untuk saya paparkan kisah adik S di blog ini.

6. Moga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

19 August 2008

Luka sebelum merdeka terlalu dalam



Sekadar renungan menjelang kemerdekaan... kupetik dari artikel Luka Sebelum Merdeka Terlalu Dalam.

Pak Mad bercerita semasa zaman British...

“Sebelum negara merdeka… lulus darjah tujuh dah boleh memohon jawatan guru, polis dan lain-lain. Jika bersekolah Inggeris, dengan kelulusan darjah tujuh boleh memohon jawatan pegawai daerah”

“Dulu murid-murid bersekolah berjalan kaki. Berkaki ayam pula. Kanvas dijadikan pakaian. Tahu sajalah, kanvaskan tidak menyerap peluh. Sesiapa yang memakainya akan kepanasan dan kulit akan melecet.”

“Selepas tentera British kembali ke Tanah Melayu… mereka membawa pakaian terpakai dari Australia dan England. Kebanyakan pakaian kanak-kanak ialah gaun, jadi mahu atau tidak, pelajar lelaki terpaksa juga memakai gaun ke sekolah. Tali pinggang pula dibuat menggunakan tali batang pisang”

“Sampai di sekolah, kami beramai-ramai membersihkan sekolah. Menebas rumput di sekitar kawasan sekolah dan memungut sampah, itu kegiatan wajib. Masing-masing bawa parang ke sekolah…”

“Kami ke sekolah hanya berbekalkan kapur dan papan batu. Tiada buku khas untuk menulis disebabkan ketiadaan kertas…”

Pak Ya bercerita semasa zaman Jepun...

“Ketika sedang mengaji Quran, terdengar berita Malaya diserang Jepun. Masing-masing berlari pulang. Ada yang lari melalui sawah padi. Langit pula dipenuhi kapal terbang, bom digugurkan dari udara. Tak tahulah nak gambarkan suasana itu. Memang menakutkan!”

“Dulu-dulu ubi kayu jadi makanan ruji kerana kesukaran mendapatkan beras. Abang saya mendapat penyakit beri-beri kerana terlalu kerap makan ubi kayu. Beras pula dicampur kapur. Jika tidak dibilas berulang kali, pasti bibir akan berkudis”

“Tentera Jepun memang ganas. Jika tidak hormat kepada mereka, nescaya ditempeleng. Mereka pantang nampak makanan, mesti nak makan. Ada juga cerita lucu mengenai orang Jepun sepanjang mereka di kampung. Paling saya ingat, ketika lalu di hadapan kebun buah-buahan, mereka ternampak pisang merah. Pisang itu berwarna merah, tidak kira sama ada sudah masak atau belum. Seorang tentera Jepun ingin mencuba lalu mengambil sebiji dan memakannya. Nak jadi cerita, terkena yang belum masak. Ditempelengnya tuan punya kebun itu”

“Ada sekali tu, tentera Jepun berbasikal mengelilingi kampung dan teringin minum kelapa muda. Disuruhnya seorang lelaki lingkungan umur 50-an memanjat. Apabila orang itu lambat menurunkan buah kelapa, ditebangnya pokok itu. Pakcik tadi jatuh ke dalam bendang bersama-sama pokok kelapa. Nasib baik tak mati dihempap pokok kelapa”

“Ada juga pegawai tinggi tentera Jepun yang mati dan ditanam di kampung kami. Setiap kali kami ke sekolah, tentera Jepun akan meminta kami membawa beberapa jenis bunga untuk upacara sembahyang. Upahnya sebuku roti. Tapi, rotinya sangat keras. Jika direndam di dalam baldi sekalipun, roti itu tak akan lembut. Tapi air di dalam baldi pula yang akan kering!” seloroh Pak Ya.

p/s - Sekadar merenung erti kebebasan, ketenangan & kesyukuran…

15 August 2008

Lakaran wajah ibu

Aku menghampiri seorang peserta kem motivasi.

“Lia, kenapa tak lukis?”

“Cikgu, saya tak boleh lukis cikgu. Saya tak mampu. Saya takut.”

“Takut. Takut apa?”

“Cikgu, wajah ibu saya terlalu cantik buat saya cikgu. Saya takut. Saya takut lukisan saya tak dapat menggambarkan kecantikan wajah ibu saya cikgu…”

Aku terharu mendengar bicara sayu Lia. Bicara sayu seorang pelajar yang telah kehilangan ayah. Hidupnya kini hanya bersama ibunya. Ibulah segala-gala baginya dan orang yang paling disayanginya.

p/s – Adakah aku tersilap kerana meminta pelajar untuk melakarkan wajah orang yang paling disayangi sekali.

14 August 2008

Terima kasih atas anugerah ...

Jam 11.00 malam, balik dari makan - buka blog & tengok Shoutbox. Wahhhh aku dapat anugerah rupanya. Kena pakai smart ni, maklumlah bukan calang-calang hadiah ini. Satu dunia boleh tengok ni (itupun kalau diorang buka blog ini. hee hee).

Pertama dapat anugerah dari si Cheryna, behind the sepet eyes of cheryna. Anugerahnya - Kreatif Blogger. ehemmmm batuk batuk pula. Tak sangka dapat anugerah dari si Purple.

Ingat bila dah dapat anugerah boleh balik rumah terus. Tapi ada syarat rupanya bila dah terima anugerah ini.

It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

Tapi nakal juga cheryna ni, ada ke dia tambah satu lagi syarat. Syaratnya kena bagi ucapan berangan. ishhhh macam-macam si cheryna ni.

Apa-apapun untuk tidak menghampakan cheryna, inilah ucapan berangan saya.

“Terima kasih..Terima kasih. Anugerah yang saya terima ini sangat besar ertinya dalam kehidupan saya sebagai blogger. Saya sungguh terharu kerana usia blog saya masih terlalu muda (baru umur 3 bulan lebih) untuk menerima anugerah ini. Saya juga terharu kerana yang menganugerahkan saya adalah si Purple, behind the sepet eyes of cheryna. Anugerah ini menyedarkan saya perlunya sentiasa kreatif (juga kritis). Saya harap saya akan dapat melahirkan ramai lagi gelaran blogger di kalangan para pelajar saya. Saya mau pelajar-pelajar saya semuanya mempunyai blog. Blog yang dipenuhi dengan wadah pemikiran masing-masing. Tentang warna-warni kehidupan yang dilalui seharian. Mereka menggunakan blog sebagai penghubung sesama mereka, juga dengan guru mereka. Menjadi wadah perkongsian ilmu ...” (hi cheryna, boleh anggap ucapan berangan ke ni? bolehla kan).

…………….

Kedua, saya juga dapat anugerah dari Nora Bahari, Awalah Dongdeng. Anugerahnya - Brilliant Weblog. ehemmmm ehemmmmm. lain macam je batuk nya. Apa-apapun terima kasih nora.

[Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere].

P/S- Untuk Cheryna & Nora. Terima kasih atas anugerah ini. Saya amat menghargainya.

Habis dah… ops! tertinggal satu lagi syaratnya. Syarat yang ke-3… saya kena cari 5-7 lagi blogger untuk dianugerahkan award yang sama. Tapi sapa ya? sapa ya? ehhh ramai la yang layak dapat anugerah Blogger Kreatif & Brilliant Weblog ini.

Nak tau sapa? Semuanya sudah saya link . Ada tersenarai di sebelah kanan… di KLIK SI RAMA-RAMA. Semuanya layak!!!!!! TAHNIAH SEMUA!!! Anda adalah rakan bloggers yang saya sayangi.

10 August 2008

Jurulatih hanya dapat berikan pancing ...

Berikut antara aktiviti yang sempat dijalankan sempena kem jati diri pelajar peringkat negeri. Moga menjadi 'kenangan indah' & motivasi kepada adik-adik pelajar sekalian. Apa yang penting abadikan memori ini untuk 'menjadi seorang pelajar yang terbaik dari yang baik' - berbakti kepada keluarga, bangsa & negara.

Para jurulatih hanya dapat memberikan 'pancing'. Adik-adik pelajarlah yang harus berusaha menggunakan pancing yang diberi itu dalam mempastikan diri sentiasa bermotivasi tinggi & berfikiran positif - mencapai kejayaan dalam hidup.



kembara berbasikal - ke Pusat Serenti Bachok



Pelajar harus ada keyakinan diri untuk menempuh kehidupan masa depan



Disiplin & semangat 'Yakin Boleh'



Kerjasama berpasukan



Apa tu? itulah ubat jerawat asli - sangat mujarab.
Ikat dik ikat - fikir dik fikir. Jangan sampai putus sudah..



Wah!! lena nampak. Bukan senang ya nak tidur macam ni.



Terharu dengan tangisan pelajar di malam akhir ...

09 August 2008

Tag.. Tag ...Tag...

Pada 3 – 7 Ogos, selama 5 hari aku terlibat sebagai jurulatih Kem Jati Diri Peringkat Negeri Kelantan. Aku bersama-sama 3 orang jurulatih lelaki dan 16 orang jurulatih perempuan. Kali ini aktiviti kem turut dibantu oleh kaunselor perempuan seramai 12 orang dari seluruh negeri Kelantan.

Pada mulanya aku tertanya-tanya kenapa hanya 4 orang saja jurulatih lelaki yang tersenarai? Terasa hilang mood kerana tak ramai jurulatih lelaki yang terlibat. Mood aku semakin hilang apabila dimaklumkan sasaran peserta kali ini semuanya adalah pelajar perempuan.

“Semua pelajar perempuan? Ahhhhh boringnya” – inilah keluhan spontan aku pada hari pertama di kem.

Tapi setelah dimaklumkan bahawa peserta kem adalah pelajar perempuan yang ‘dipilih khas’ oleh unit Disiplin Sekolah-Sekolah & HEM JPNK, maka terdetik si hati kecil aku.

“Tentu ada sebabnya aku dipilih ni..” aku memujuk diri sendiri.

Dan selama terlibat dengan kem ini, aku hanya dapat mencuit sedikit masa untuk membuka blog - masa rehat pada waktu malam.

Banyak cerita sebenarnya aku ingin berkongsi bersama rakan-rakan blogger sepanjang aku terlibat dengan kem tersebut tapi aku rasa aku mau menjawab tagged Nadia Yuna dulu (dah seminggu tagged tu – Nadia, maaf lambat sikit – maklumlah aktiviti kem agak padat sampai ke malam).

So now, on to the questions...

1) What were you doing 5 years ago?

Masa tu aku masih bertugas di Maktab Sabah, Kota Kinabalu Sabah (8 minit dari Airport).

Selain mengajar di MS, aku juga terlibat sebagai Tutor UMS (dari tahun 2001 hingga 2005). 10 semester di UMS. Di sana aku mengajar kursus wajib di Pusat Penataran Ilmu Bahasa. Masa mengajar – petang dan malam selama 6 jam seminggu. Bayangkanlah kadang-kadang jam 11.00 malam baru habis kelas. Esok mengajar pula. Letih tapi seronok. Seronok mengajar pelajar-pelajar IPT ni.

Pada waktu itu juga aku terlibat dengan Askar Rej. 507 Kota Kinabalu. Setiap hari Sabtu dan Ahad (3 kali sebulan) aku akan ke kem – juga mengajar. Kali ini mengajar ilmu lain – ilmu ketenteraan seperti ilmu taktik, baca peta, senjata, kepimpinan ketenteraan dsb.

(p/s - buku-buku ilmu tentera ni pun tebal-tebal. Tak habis nak baca).


2) What are 5 things on your to-do list for today?

1. Kerja seperti biasa (cikgukan.. )
2. Nak reso soalan latih tubi untuk pelajar. Maklumlah SPM makin hampir.
3. Tengok surat-surat yang perlu tindakan segera
4. Surf internet – baca berita dan layar blog
5. Mau pergi KFC – mau makan-makan sambil tenangkan fikiran (suka suasana KFC)


3) What are 5 snacks you enjoy?

1. Keropok lekor Terengganu
2. Keropok keping
3. Kacang goreng (masuk ke?)
4. Kacang itik
5. Apa lagi? aaaaa sebenarnya kurang makan jenis snack ni kerana lebih suka makan buah-buahan. Asyik ada je buah-buahan kat rumah.


4) What are five things you would do if you were a billionaire?

1. Nak mengerjakan Haji (tak billionaire pun kalau ada rezeki dan mampu insyaAllah...)
2. Nak bina rumah yang ada ‘library’ (tak kayapun nak bina juga tapi sekadar bilik bacaan je)
3. Nak bina satu bilik gym (perlu juga jaga kesihatan kan? Jutawan tapi kalau asyik sakit je manjang apa gunanya)
4. Nak bina kolam renang (nak berenang macam zaman kanak-kanak dulu)
5. Nak jadikan dunia ni selamat untuk didiami bersama. Bantu mana yang perlu dibantu.


5) What are five jobs you've had?

1. Cikgu
2. Motivator
3. Part time Pegawai di Bn. 3 Rejimen 506 Kem Sungai Durian Kelantan
4. Jurulatih Pusat Kokurikulum Kelantan
5. Peneroka (jalan-jalan masuk kebun getah – sekadar nak pastikan kebun okey je. hee hee)

Now to tag… (sapa ya..sapa ya..sapa ya……….hmmm hmmm)

p/s - lega rasanya. Tiada hutang lagi..

03 August 2008

Adoiiii sayapun kena tagged juga

Wah, akupun tak terkecuali juga kena tagged. Terus terang pada mulanya aku terkejut juga bila baca di ShoutBox – “encik syed, dah kena tagged dengan saya. huhu!! – Anaiz (29 Julai). Akupun selamba je jawab “» kena tagged? apa tu anaiz.. hee hee tima kasih”

Selang tak lama kemudian adoiiiiiii kena tagged lagi. Kali ini dari cikgu Nadia Yuna pula (1 Ogos). hmm hmm. Aku tersenyum jer.

Anaiz & Nadia Yuna – terima kasih kerna sudi tagged saya. InsyaAllah saya akan tunaikan permintaan anaiz dan nadia. Saya kan jenis tak suka menghampakan permintaan kawan-kawan. hee hee… apatah lagi dari Anaiz & Nadia. Antara blogger yang saya sayangi.

Untuk blogger Anaiz;

1. kali pertama naik kapal terbang

Kali pertama saya naik k/terbang pd Okt 1996. Masa tu posting pertama. Kena ngajar kat Sabah. Terus terang, seronok bercampur takut bila naik k/terbang kali pertama. Maklum ler baru tengok cerita dalam TV - tentang k/terbang jatuh terhempas. Takut.

Tapi rasa takut hilang sebab di sebelah aku masa tu ada perempuan (cikgu juga). Aku tengok cikgu perempuan tu lagi takut. Mungkin kali pertama juga dia naik k/terbang. Aku tengok dia pejam mata je masa k/terbang naik ke udara. Gelihati aku melihatnya. Terus hilang rasa takut. Apa taknya, ada lagi orang yang lebih takut dari aku. Malah sempat aku mengusik. “ish mana bumi? tak nampaklah. Ke mana kita ni?”. Cikgu tu aku tengok jeling semacam je kat aku. Tapi yang kelakarnya, time makan tu bukan main lagi berselera.. he he ‘makan boleh menghilangkan rasa takut’- aku rasa ler.

2. kali pertama ke oversea

Aku dah tak ingat bila tarikhnya. Yang pastinya sejak sek ren lagi aku dah ke oversea. Biasanya 2 @3 kali sebulan aku pasti ke oversea. Bergantung keperluan. Biasanya aku pergi dengan perahu jer. Kadang-kala time malas naik perahu, aku berenang jer. Berenang dengan kawan-kawan. Malah kami bersaing siapa yang sampai dulu ke oversea. Berenang ke oversea dulu tak kenal air pasang atau tak. Malah masa banjirpun aku dan kawan-kawan berenang ke oversea. Nama oversea tu Siam (Thailand). Tak percaya? kena percaya sebab aku dulu belajar di sek ren & men Rantau Panjang. Sek tu tak jauh dari sungai Golok, Thailand… dulu aku boleh dikira jaguh renang la. Selalu kena marah kerna suka berenang w/pun air pasang.

3. kali pertama duduk berjauhan dengan keluarga

Kali pertama aku berjauhan ialah masa aku belajar di SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas - tingkatan 6. Aku tinggal di asrama (boleh kira berjauhan la kan walaupun seminggu sekali aku balik rumah). Tak boleh kira? Okeylah saat berjauhan yg aku rasa betul-betul jauh ialah bila aku ke UKM. Di sana aku rasa aku begitu ‘jauh’ ngan keluarga. Rindu semacam je. Apa taknya, setahun sekali baru balik kampung (masa raya jer). Sebabnya aku masa kat UKM tu adalah anggota ROTU (PALAPES). Masa cuti selalu penuh aktiviti. Macam-macam - berkawat, masuk hutan, menembak, kelas taktik, kelas senjata, kelas baca peta dsb. Pendek kata masa kat UKM tu – aku tak de cam ler nak keluar dating. hee hee. sorry amoi…

4. ingin melancong ke...??

Mana-mana je la. Aku ni jenis tak memilih. Janji tempat yang penuh dengan kehijauan & kebiruan. Tempat yang boleh beri ketenangan pada diri. oh ya, aku suka resort / tempat peranginan. Suka tengok & berada di tepi pantai, tepi tasik, tepi sungai. Lagi best kalau ada air terjun. Mungkin aku ni jenis sentimental (yake?) tak suka tempat yang bising-bising. riuh rendah.

5. favourite accessories

Aku hanya ada jam tangan jer. itupun aku pakai kerna nak tau masa. Jika tak pakai jam 1 hari rasa semacam jer. Macam kehilangan sesuatu. Sebenarnya aku bukan jenis suka pakai aksesori kat badan. Rimas.

6. perkataan yg selalu di sebut

Salam
hi
hullo
hmm hmm
terima kasih
senyumlah
keindahan warna-warni (ayat? bolehla kan)

7. kalo ader duit * juta..juta..juta..*

Juta juta. wah banyaktu. maaf ler tak boleh nak fikir. hmm hmm. sebenarnya banyak yang nak dibuat kalau ada juta juta tu. Satunya ialah saya nak jadikan bumi ini selamat utk didiami bersama.

8. siapakah yg mahu ditag??
Sapa ya? ramai rasanya. tapi tak per lah. (maaf ya, saya langgar peraturan satu ni. bolehkan?)

P/S - Cikgu Nadia, tunggu ya…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search