Followers

30 September 2008

Terima kasih semua

TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN SEMUA ATAS UCAPAN RAYA & E-KAD RAYA …

MOGA RAKAN-RAKAN SEMUA BERGEMBIRA DI HARI RAYA BERSAMA KELUARGA & RAKAN TAULAN.

KITA JUMPA LAGI SELEPAS RAYA … >>> cuti berblog 3 hari – balik kampung.

p/s – Ingat, kontrol sikit makan tuuu. he he.

26 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN


Teristimewa kepada rakan-rakan bloggers semua ( & pembaca senyap) yang selalu membaca blog saya...


Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saya juga pohon kemaafan seandainya sepanjang penglibatan saya di blog ini, saya ada dan telah menyinggung perasaan rakan-rakan semua. Percayalah tidak terdetikpun di hati saya ingin mengguris hati dan perasaan rakan-rakan semua.

Kepada Rakan-rakan yang selalu beri komen tu… SETINGGI-TINGGI RASA KASIH DAN SAYANG SAYA UNTUK KALIAN SEMUA (ingin rasanya nak belanja makan … hehe).

Moga ikatan hubungan persahabatan kita akan berkekalan. Saya bersyukur dapat mengenali kalian semua walaupun hanya di alam maya (mungkin suatu hari nanti kita boleh berjumpa & makan sama-sama) - apaler cikgu ni asyik sebut pasal makan jer…maklumlah tengah berpuasa ni.

Akhir Kata, Salam Keceriaan untuk Rakan-Rakan Semua dan Keluarga. Jaga diri, jaga keluarga, jaga kereta…

p/s – Sila ambil kad raya yang biasa-biasa je di atas tu (maklumlah tak pandai nak hias-hias) … Kad itu KHAS UNTUK RAKAN-RAKAN BLOGGERS SEMUA & PEMBACA SENYAP blog saya (maafya jika ada yang tertinggal nama…tak sengaja – mungkin terlepas pandang).

Dulu Saya Suka Dia.. Kini Saya Benci

Jam 10.20 pagi

“Cikgu rashid, saya mau jumpa dengan cikgu”

“Ada apa nor?”

“Ni cikgu, surat ni cikgu” nor menyerahkan 4 helai kertas bertulisan tangan. Agak teruk tulisannya.

Aku mengambil kertas itu lalu membacanya… ada bahasa kasar bernada marah berbau ugutan.

“Dari sapa ni?”

“Dari Aiz cikgu” kata nor. Aku lihat matanya dah bergenang dengan airmata.

“Okey, pergi bilik cikgu. Kita bincang sana”

………………….

Sampai di bilik, aku mempersilakan nor dan nadhirah duduk.

“Hmmm, cuba nor cerita apa yang berlaku ni?” aku meminta nor ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. (Nor pelajar tingkatan 4. Budak Perak. Baru sebulan dua posting kat sekolah sini. Pelajar baru).

“Begini cikgu, surat tu. Dia ugut saya….” kata nor, matanya makin bergenang dengan air mata. Kemudian mula menangis.

“Nor dah bincang dengan cikgu Disiplin?” aku inginkan kepastian.

“Dah cikgu. Minggu lepas. Cikgu tu dah panggil kelas kami semua. Bagi amaran…tapi surat tu baru hari ini saya terima cikgu”

“Saya syak Aiz, Faz, Es, Azreen terlibat cikgu. Mereka semua pernah mengejek saya dalam kelas…”

“Saya takut jika surat ni sampai pada ayah saya. Dia akan marah cikgu. Ayah saya polis. Saya takut dia akan datang ke sekolah.”

“Di Perak dulu pernah berlaku macam ni cikgu. Saya diusik. Saya bagitau bapa. Bapa marah. Dia datang ke sekolah, terus cari pelajar lelaki tu. Dia tampar budak tu…”

“Cikgu, itu juga sebab kami kena pindah ke kelantan ni cikgu”

“hmm hmmm ...” aku terus mendengar dan mencatat sesuatu.

“Okey, sekarang nor dan nadhirah masuk kelas. Belajar seperti biasa. Cikgu akan uruskan kes ini.”

……………….

Jam 10.55 pagi

Aku terus ke kelas yang terlibat. Minta izin dengan cikgu yang sedang mengajar agar 2 orang pelajar yang dimaksudkan nor ke bilik – untuk disiasat.

“Cikgu, saya tak terlibat cikgu. Saya tak tau apa-apapun…” salah seorang pelajar menafikan.

“Hmmm hmmmm. cuba cakap yang sebenar. cikgu tak suka…”

“Cikgu, bukan saya yang tulis. Afiz yang tulis cikgu…”

“Ya cikgu. saya hanya tolong beri je surat tu pada nor…”

Kedua-dua pelajar tersebut terus menceritakan apa yang berlaku… nama Afiz diberi.

“Okey sekarang pergi masuk kelas. Belajar seperti biasa. Jangan lupa panggil Afiz. Bagitau cikgu rashid nak jumpa…maklum pada cikgu yang ada dalam kelas”

……………….

Jam 11.25 pagi

“Okey masuk Afiz, duduk”

“Afiz tau apa sebab cikgu panggil Afiz ni?” Aku tengok Afiz tunduk je. Diam.

“Ceritakan sikit Fiz…”

“Cikgu saya tak buat apa cikgu. Bukan saya yang tulis tu cikgu…”

“Fiz, Afiz tau cikgukan… cikgu tak suka Afiz pusing-pusing dengan cikgu… cuba cerita yang sebenar…” Aku memandang tepat ke muka Afiz. Serius.

“hmmm hmmmm Cikgu semua pelajar dalam kelas tu tak suka nor cikgu. Dia tu sombong. Sejak dia mari sekolah sini, dia sombong cikgu. Kami nak berbual dengan dia, dia tak layan kami cikgu… “

“Saya mengaku cikgu kami pernah mengejek dia cikgu… kami sindir dia sebab dia sombong…”

“Cikgu, saya juga mengaku cikgu. Saya yang tulis surat tu.. Masa tu saya tengah marah cikgu. Saya marah pada dia cikgu…”

“Dah berapa kali dalam kelas saya panggil dia cikgu, tapi dia buat tak layan je cikgu. Saya hanya nak berkawan dengan dia je…”

“Mungkin dia anak orang kaya… sombong.”

Afiz terus menceritakan segala-galanya…

“Afiz, Afiz suka dia?” aku menduga.

“Tak lah cikgu..”

“Afiz, Afiz suka dia?”

“Mana ada cikgu. Taklah cikgu. Dia tu sombong.”

“Afiz, pandang cikgu… Afiz suka dia?” Aku perlahankan suara. Aku tengok Afiz diam membisu. Lama juga Afiz tunduk.

“hmmmmm ya cikgu. Saya ngaku saya memang suka dia. Tu masa dia mula-mula datang sini. Sekarang saya tak suka dia. Sebenarnya ramai pelajar lelaki suka pada dia cikgu…”

“hmmm hmmmmm. Begini Afiz… bla bla bla”

“Okey sekarang Afiz boleh masuk kelas. Belajar seperti biasa… ingat pesanan cikgu. Jangan sampai cikgu panggil kali ke-2.

“Baik cikgu. Terima kasih cikgu…saya janji dengan cikgu”

p/s – sekadar mengeleng-gelengkan kepala…

23 September 2008

Aduhai dah seminggu saya tertangguh...


Aduhai azza & ryehana, maaf kerana dah seminggu saya tertangguh tag ini. Okey, sekarang saya selesaikan ... he he orang lain asyik sembang pasal persiapan raya. saya pula masih duk menjawab tag tag. lucu pula rasanya. tapi tak per. sayakan jenis yang memegang janji. apatah lagi janji saya pada rakan-rakan kesayangan saya ni... ;)


My top 10 most favourite food:
1. kue tiaw lakna
2. sup (sup ayam, sup daging, sup tulang, sup ekor, sup cendawan… apa-apa je)
3. tomyan
4. ayam / daging bakar
5. ikan goreng kicap
6. sambal ikan bilis
7. tempoyak
8. buah tembikar
9. bubur kacang hijau (kacang hitampun suka)
10. pulut kuning (apa je janji pulut)


10 things i love to do :
1. membaca
2. jalan-jalan
2. surfing
3. merancang sesuatu
4. jogging
5. futsal
6. pergi gym (tapi di kk ni tadak pula gym. ishhh apa punya bandar ni?)
7. memancing
8. pergi tepi pantai
9. mengemas & menyusun buku
10. tengok gelagat manusia


5 types of girl I adore:
1. jujur
2. peramah
3. caring
4. berdikari
5. memahami


5 things i love doing when I'm emo:
1. bawa kereta pergi mana-mana tempat
2. jalan-jalan kat pasaraya
3. keluar makan
4. pergi pantai ke / bukit ke – tengok keindahan alam
5. jogging


5 things I love doing when I'm happy:
1. Asyik nak senyum je
2. jalan-jalan
3. keluar makan
4. mengemas apa yang perlu dikemas
5. tengok filem hindi (cuba luangkan masa. he he)


10 ways to win my heart:
1. memahami saya
2. bersikap tenang & matang
3. hormati keluarga sy
4. jujur bila bercakap
5. pandai masak
6. berikan hadiah buku pada sy
7. jangan bersikap sombong
8. suka sembang (maaf-saya banyak mendengar dari bercakap)
9. jangan membebel (maaf-saya paling tak suka. serabut rasanya)
10. muka jangan tensionnnnnnn manjang. senyuman itu penting. hilang penat kerja.


My top 5 most favourite junk food:
- hanya suka makan kacang & keropok je.

5 things I wish it could happen:
1. semua bilik darjah ada talian internet - wireless, computer, LCD & skrin besar (senang nak ngajar. kalau cikgu cuti apake boleh ngajar pelajar dari rumah je. hehe) .
2. mau bilik tidur macam kat hotel (asyik kerja je. keselesaan masa tidurpun penting jugakan?).
3. dapat pergi pusat peranginan yang mesra alam.
4. nak pakai pangkat lebih tinggi lagi kat kem tentera.
5. ada mini library yang lengkap dengan pelbagai teknologi kat rumah.

My top-10 recently most addicted songs:
lagu-lagu tertentu je.. termasuk juga lagu hindi yang baru-baru. he he


15 Fakta mengenai diri

1. Sukakan buku / majalah / apa-apaje bahan bacaan
2. Suka jalan-jalan – tengok pemandangan & makan-makan
3. Makanan kesukaan – kue tiaw lakna & suka minum air soya, pati soya, jus oren & buah-buahan
4. Fokus bila kerja
5. Sentiasa kemaskan meja di tempat kerja
6. Tidak suka sangat bersosial tapi cepat mesra dengan sapa-sapa je.
7. Tak suka dileter
8. Benci mendengar suara pasangan bergaduh & jerit-jerit
9. Sukakan lukisan (ini kerana aku tak pandai melukis)
10. Menepati masa. Tak suka jika ada orang tak tepati masa tanpa sebab.
11. Suka tengok filem & dengar lagu hindi
12. Suka tengok filem penyiasatan & cerita kartun yang lucu-lucu



13. Suka perhatikan tingkah laku orang lain
14. Suka jogging & ke gymnasium
15. Lebih banyak mendengar dari bercakap (kecuali dalam kelas)

p/s - arghhhhh lega. tiada hutang lagi... he he :)

21 September 2008

Aku perlu fokus…

Peperiksaan Percubaan SPM baru je berakhir hari khamis lepas (18 September 2008). Sekarang adalah masa untuk bertungkus-lumus memeriksa kertas jawapan pelajar. Ini kerana tarikh akhir pengisian markah dalam komputer ialah pada 26 September 2008.

Oleh itu, dalam masa 2, 3 hari ni aku tak dapat nak entry apa-apalah. Juga tak dapat nak baca blog rakan-rakan bloggers semua. Bukannya apa – nak fokus kertas jawapan pelajar. Faham-faham jer la. Soalan struktur & esei – kena baca banyak sikit. Kalau soalan objektif dah lama siap. Tak payah semak. Mesin OMR yang semak. hehe .

Apa-apapun aku dah target. Semua kertas jawapan pelajar akan aku siapkan sebelum 23 September 2008. Ini janji aku pada diri sendiri. JANJI!!!!!! (Aku selalu berjanji pada diri sendiri dalam menyiapkan sesuatu tugasan).

nota:


Aku tersenyum kerana masih sempat menaip entry ni & ambik gambar guna webcam laptop (hilangkan ngantuk kejap kerana dari tadi asyik duk menatap kertas jawapan pelajar je). Bukannya apa sekadar untuk tatapan rakan-rakan semua. Tengoklah reaksi cikgu rashid sedang menyemak kertas jawapan pelajarnya…(21 Sept. 2008 - jam 12.30 mlm) hehe.


Serius bila baca esei pelajar...
eeee kita ajar lain dia jawab lain pula. .. dari mana fakta dia baca ni????

Okey itu saja. Sekarang jam 12.45 mlm - mau tidur & mau bangun sahur. jumpa lagi pada 23 September ini. Jaga diri baik-baik ya.

p/s – InsyaAllah pada 23 Sept. ini, diri ini akan kembali lagi di alam blog. Bukannya apa - rindu pada blog rakan-rakan semua.

18 September 2008

Tag - Memori lama kembali menjengah

**Untuk cikgu Fathen yang telah tag saya (12 Sept 2008)**

1. First time naik kapal terbang

Kali pertama saya naik k/terbang pada okt 1996 ke Kota Kinabalu, Sabah – posting pertama, kena pergi ngajar kat Sabah. Mula-mula naik tu..saya pejam mataje. hee he bukan takut. sajeeeee je.

2. First time beranak

Beranak???? (garu-garu kepala).

3. First time pergi oversea

Sejak kecik lagi dah pergi sana. Pergi oversea dengan perahu. Kadang-kadang tu saya berenang je… apataknya oversea tu (Thailand) dekat je. Lebih kurang 60-70 meter je dari Malaysia.

4. First time duduk jauh dr famili

Kali pertama berjauhan dengan keluarga ialah masa saya belajar di SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas - tingkatan 6. hee hee sedih juga maklumlah anak lelaki manja. Tak pernah berjauhan dengan emak.

5. First time keje

Saya dah mula bekerja (mula makan gaji) masa cuti sekolah. Kalau tak silap tahun 1988/1989. Kerja dengan pakcik – berniaga kat Rantau Panjang. 3 bulan saya berniaga. Saya jual kain, selimut, kasut & beg. Seronok juga berniaga ni. Tu sebab salah satu impian saya sampai sekarang nak buka kedai. hee hee. Tapak rumah kedai dah beli. Tengoklah ada rezeki nanti… doakan ya.

6. First time rasa diri gemuk

Dulu masa belajar kat UKM tu (1991-1996) berat saya hanya 58 - 60 kg je. Anggota PALAPES katakan. Asyik berkawat & berlari je. Hujung minggu & cuti semester je – berkawat, berlari, menembak, masuk hutan … tak da masa nak duduk saja, lepak ke, keluar datingke. Dating? dengan sapa? adake? (sedang fikir..). Tapi sejak 5 tahun kebelakangan ni berat dah meningkat sikit.. hehe (bulan puasa ni turun sikit. sukaaaaa. Ni lepas puasa ni macam-macam rancang - nak beli alat gym, nak berjogging, nak main badminton, ping-pong, nak main futsal, nak memancing – banyak rancang nak kekalkan balik bentuk badan spt masa jadi anggota PALAPES dulu tu.. hehe he. laratke? )

7. First time bercinta

Soalan cepu emas ni. hmmm hmmmmm rasa-rasanya masa tingkatan 6 lah. Masa tu saya suka pada sorang pelajar. Dia tu baru tingkatan 3 tapi dia nampak matang. (hee hee jangan gelak ya – saya serius ni). Mukanya sebiji Cina (sebenarnya dia kacukan Cina-Melayu). Tapi cinta remaja katakan. Sekadar berbalas senyuman (bercintake?).

TAPI saya rasa saya betul-betul jatuh cinta masa belajar kat UKM. Saya suka pada budak optometris. Diapun kacukan Cina. Muka Cina. Bertemu masa ulangkaji kat library UKM (niat pergi library untuk cari bahan tapi sempat juga jeling-jeling..). Saya lihat dia senyum-senyum je kat saya setiap kali terserempak (eee perasan). Satu hari saya beranikan diri menyapanya. Sejak itu kami berkawan rapat (bercinta?).

Kami selalu telefon bertanyakan khabar. Saya sukanya tapi tak tau sama ada dia suka saya. Kami tak pernah luahkan rasa. Saya suka kerana dia peramah, slow tapi berani. Pernah riuh satu blok asrama (kampung siswa) kerana dia datang nak jumpa saya. Faham-fahamlah blok asrama budak lelaki PALAPES - pantang tengok perempuan… (saya terkecuali. he he)

Hinggalah satu ketika - saya terima panggilan darinya pada hari saya akan berangkat ke Sabah. Kami saling mengucapkan tahniah... tahniah atas 'sebuah persahabatan' (maaf, tak nak ceritalah. Panjang sangat dah).

8. First time rasa diri cantek

Diri cantik? tak pernah rasa. Cuma rasa diri ini agak baik je dengan sapa-sapa… hehe

9. First time masuk cinema

Masa kanak-kanak dulu. Tengok filem hindi. Sampai sekarang masih suka tengok filem hindi.

10. First time admitted in hospital

Alhamdulillah. Seingat saya, saya tak pernah lagi kena masuk hospital. Cuma masuk untuk periksa kesihatan je & ambik ubat kemudian terus balik rumah.

>> Okey saya rasa itu sajalah coretan saya. Cikgu fathen, puas hati? kira okeylah ya…

p/s – Seronok juga mengimbau kembali memori lama ya. Sekadar memori.

Untuk Azza & Ryehanna. Tunggu ya nanti saya jawab tag tu.

14 September 2008

Andai laut memberontak (Siri 2)

“Dapatkah tuan-tuan dan puan-puan bayangkan ketika langit sudah merekah, matahari melesitkan panah apinya ke planet bumi, dan laut memberontak???”

“Selama bertahun-tahun pengalaman saya dengan laut, saya mengkaji tabiat alam dan amali manusia.”

“Apa kesimpulan daripada kajian kapten?”

“Permukaan laut makin naik. Kadar panas matahari yang tiba ke permukaan bumi makin tinggi dekad demi dekad. Pencemaran dari darat makin banyak merosakkan kandungan laut.”

“Akibatnya nanti, bagaimana?”

“Laut bertabiat mengikut hukum semesta. Hukum semesta menentukan; setiap aksi menimbulkan reaksi. Aksi dari darat itu umpamanya, bagaimana kelak kalau laut bertindakbalas?”

“Apa tindakbalas laut?”

“Apabila batu karang mati seluruhnya, apabila tiram, kerang, ikan, rumput laut mati; semuanya akan terbongkar dari dasar laut dan itu dibawa gelombang, lalu menjadi kapar di pantai.”

“Ngeri.”

“Belum.”

“Bangkai batu karang, tiram, siput, ikan, rumput, semuanya dipanggang matahari, dan dimakan bacteria di sepanjang pantai dan menimbuni muara sungai. bau hanyir itu akan dibawa dan disebarkan oleh angin ke seluruh daratan. Seluruh manusia akan sesak nafas disumbat bau busuk.”

“Begitukah cara laut memberontak?”

“Belum. Tapi bayangkanlah… laut tidak mahu mengewap, itu ertinya awan tidak akan ada. Akibatnya, sumber hujan lenyap. Kalau hujan tidak turun membasahi bumi, daratan akan jadi sahara padang pasir.”

“Bayangkan juga kalau seluruh kotoran dan racun kimia dari darat yang selama ini mengalir ke laut, dan itu juga ditolak oleh laut?”

“Manusia akan mati akibat racun dan kotoran yang dibuatnya sendiri.”

“Dengar! tadi saya kata, panas daripada matahari semakin tinggi kadarnya di bumi. Tabii alam akan berubah secara besar-besaran. Antaranya, air batu pada dua kutub mencair. Akibatnya, paras laut akan naik setinggi dua hingga tiga ratus meter. Dengan itu, tanah yang selama ini subur untuk pertanian, sudah jadi laut. Sekaligus kawasan untuk manusia tinggal semakin sempit…”

“Kapten sudah menakutkan kami.”

“Tidak ada gunanya, dan memang tidak wajar takut kepada saya. Mengapa tidak takut kepada Tuhan?”


Sumber dari NASA 1979-1981
Sumber dari NASA 2003-2005


p/s – Terasa logik akal bila membaca karya Arena Wati ini. Terlalu hebat pemikiran yang dibawanya… bila diperhatikan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini terlalu banyak sudah petanda bumi yang semakin marah dengan tindak tanduk manusia. Aku terasa risau kerana sudah ada petanda bumi sedang sedih & marah dengan kelakuan manusia. Makin risau andai kata laut dan darat sama-sama memberontak ...

12 September 2008

Aku terima e-mail bertajuk ‘Makhluk apakah ini?’

Cerita Bawang Merah & Bawang Putih adalah satu siri kesukaan ramai. Oleh sebab itulah cerita ini diulangtayang di TV sekarang ini. Ramai menyukai cerita ini. Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Aku tak tau di mana kekuatan cerita ini. Pada jalan ceritanyakah, pada pelakonnyakah (comel-comel?), atau kerana adanya watak si pari-pari yang baik hati tu.

Tapi maaf, terus-terang aku tak suka sangat tengok filem ini. Bukannya apa, banyak sangat saat suspennya. Tak baik untuk jantung. Maksud aku kesihatan jantung. hehe hee

Menyentuh watak pari-pari ini, kita dah biasa tengok dalam filem Barat, Thailand dan kini dalam filem Indonesia pula. Persoalannya, mengapakah watak ini dipertontonkan? Dari manakah datangnya idea watak pari-pari yang bersayap ini?

Sedikit sinopsis kisah pari-pari di Barat.

Di BARAT, selama 65 tahun, ramai pihak termasuk penulis terkenal, Sir Arthur Conan Doyle, percaya bahawa pari-pari bukan sekadar makhluk fantasi yang wujud dalam kisah dongeng sebaliknya hidupan kenit yang mampu terbang itu diyakini benar-benar wujud di dunia ini…

Malah telah dirujuk dengan pakar fotografi, Harold Snelling yang mana telah disahkan imej pari-pari dalam gambar yang diambil oleh dua kanak-kanak itu adalah imej hidup dan bergerak! Tapi akhirnya diakui…selama berpuluh tahun, kisah pari-pari itu hanyalah kisah pembohongan. Ia hanyalah gambar yang dilukis mengikut lukisan dalam buku Princess Mary's Gift Book (baca kisah pembohongan pari-pari).

Aku terima e-mail bertajuk ‘Makhluk apakah ini?’

Pada beberapa hari yang lalu (6.9.2008), aku terima e-mail dari seorang kawan (banyak forwardnya - kebanyakannya dari pelajar-pelajar UITM) – bertajuk 'makhluk apakah ini?' Nah, tengoklah gambar di bawah ini.

p/s - Aku sekadar tengok je. TAK NAK ULAS APA-APA.

08 September 2008

Hanya di laut kutemui kejujuran (Siri 1)


“Sudah berapa lama kapten jadi pelaut?”

“Sejak usiaku dua puluh tahun, akhir tahun 1945. Mengapa kau tanya?”

“Sudah berapa tahun di laut?”

“Empat puluh lima tahun.”

“Mengapa tidak pencen dan tinggal di darat?”

“Dunia apa yang ada di darat, anak muda?” kapten bersuara disertai tawa kecil. “Pencemaran! saya tidak mahu bernafas udara kotor.” kapten bersuara lagi.

“Ya, tentu wujud pencemaran. Itulah kehidupan manusia yang sebenarnya. Kita perlu hidup di tengah-tengah masyarakat umum.”

“Hakikat apa yang kau temui di darat? Tidak hanya pencemaran alam; tetapi yang lebih besar ialah pencemaran dalam diri manusia sendiri. Kepura-puraan. Saling berbohong antara satu sama lain.”

“Kalian penyelam. Tentu sudah mengkaji batu karang dan mempelajari hidupan laut. Apa yang kalian baca daripada situ? Kematian dan kemusnahan akibat najis dan racun dari darat!”

“Oleh sebab itu, saya jauhkan diri daripada masyarakat darat. Mengapa? kerana hanya di laut, anak muda, hanya di samudera kutemui kebenaran…”

“Apa maksud nakhoda? Jenis kebenaran apa yang ada di samudera?”

“Kehidupan yang tidak bohong!”

“Bagaimana kapten buktikan?”

“Angin setia, ombak jujur, arus ikhlas; pada diri dan kapalku.”

“Melalui apa?”

“Melalui kehadirannya. Melalui geraknya. Melalui baktinya yang tidak pernah menagih balasan jasa. Itulah bakti kehadiran yang hakiki. Berperanan tanpa mengharapkan balasan.”

p/s Artikel di atas aku petik dari sebuah cerpen karya Sasterawan Negara – Arena Wati (koleksi cerpennya begitu tinggi nilainya pada aku. Wadah bicaranya terlalu kaya dengan persoalan yang kadang-kadang aku sendiripun mengambil masa untuk memahaminya. Tapi aku tetap menyukainya…).

Aku sengaja mencuit petikan di atas kerana tertarik dengan soal kejujuran dan kebenaran yang cuba dibicarakan secara sinis oleh Arena Wati. Petikan ini aku paparkan di sini kerana kebelakangan ini aku sedikit pening dan muak dengan perkembangan politik semasa negara yang semakin parah. Lukanya penuh dengan kepura-puraan…

03 September 2008

Rahsia tiga perkataan


Aku perhatikan ramai kawan-kawan yang begitu sukar sekali untuk membuat sesuatu keputusan. Nampak jelas akan kerisauan di riak muka. Risau seakan-akan menunggu gunung berapi yang akan meletus pada bila-bila masa jer.

Memang bukan senang dalam membuat sesuatu keputusan. Sebab itulah tidak ramai yang berani membuat sesuatu keputusan terutama jika keputusan itu melibatkan risiko yang besar. Apatah lagi jika ia berkaitrapat dengan kehidupan seharian kita, kerjaya kita dan orang yang kita hormati atau sayangi. Kita takut keputusan yang kita ambil nanti bertentangan dengan kehendak dan prinsipnya. Kita takut seseorang akan terguris hati, merajuk diri serta menjauhkan diri dari kita….dan yang pastinya kita berisiko. Termasuklah risiko akan kehilangan...

Terdapat satu kisah…

Pada suatu malam, seorang wartawan muda menghadiri majlis meraikan kejayaan sebuah syarikat ternama. Di penghujung majlis, wartawan tersebut berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ternama tersebut yang juga seorang jutawan.

Wartawan tersebut bertanya,

“Datuk, boleh beritahu saya, apakah rahsia kejayaan Datuk?”

“Tiga perkataan,” jawab jutawan itu.

“Tiga perkataan? Apakah perkataan-perkataan itu?”

“Keputusan yang tepat!”

“Bagaimana Datuk boleh membuat keputusan yang tepat?”

“Satu Perkataan.”

“Apakah perkataan itu?”

“Pengalaman.”

“Pengalaman? Bagaimana Datuk mendapat pengalaman itu?”

“Tiga perkataan.”

“Apa tiga perkataan itu, Datuk?”

“Salah membuat keputusan!”

p/s – Tak suka terlalu lama fikir dalam membuat sesuatu keputusan terutama dalam soal-soal yang memerlukan keputusan dan tindakan segera. Apa yang penting, cepat bertindak dan berani mengambil risiko ke atas keputusan yang telah dibuat.

Azza - teman yang kreatif



Sebuah persahabatan tanpa rupa, bicara tanpa kata, senyuman terukir tetap dirasa..

Dari Azza, Sedetik Hati...berserak rindu di putih gemawan...

p/s- terima kasih azza akan sebuah persahabatan...

01 September 2008

Selamat menjalani ibadat puasa


Kepada rakan-rakan yang disayangi


Selamat menjalani ibadat puasa dengan jayanya

Faktor kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.

- Tokoh Agama

ops!!! janji?

Ops!!! janji? ada temujanji dengan Tirana & Sakurasa ler. Macamana aku boleh lupa ni? Esok dah mula puasa ….

hmmmm ada hadiah rupanya.

Dari Tirana;

Dari Sakurasa;

p/s - Kepada Tirana & Sakurasa .... Terima kasih kawan kerana beri award tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search