Followers

28 November 2008

"Sahabat, saya rasa sedih..."



27/11/2008 3:34:23 pm

Rashid : Sahabat, saya sedih…

Sahabat : Kenapa?

Kelmarin, 27 Nov 2008, saya ke sekolah untuk faks satu surat. Dalam sembang-sembang dengan kakak-kakak di pejabat, sempat juga saya selongkar surat yang bertimbun di kotak surat. Surat bertimbun-timbun kerana sekolah masih cuti dan kebanyakan cikgupun ikut bercuti sama.

Dalam membelek surat-surat itu, saya terlihat ada juga surat untuk saya. Di sampul surat, bertulis, Urusan Seri Paduka Baginda. Saya terus membuka sampul. Berdebar.

Tiba-tiba jantung saya berdegup kencang…

Tajuk Surat bertulis:

“Tawaran Pemangkuan PPP Siswazah Gred DG44, DG48 dan DG52 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kementerian Pelajaran Malaysia" .. bagi mengisi jawatan Pensyarah Kanan.

Surat itu bertulis… “Tuan antara yang layak dan telah dipilih menghadiri temuduga bagi mengisi jawatan tersebut. Sila hadir untuk temuduga pada 13 November 2008 di IAB, Jitra Kedah”.

Saya terkejut. Setahu saya, saya tak pernah memohonpun sebarang jawatan di mana-mana institusi lain. Saya cuba imbas kembali. Ya, saya tak pernah memohon sebarang jawatan lain. Cuma baru-baru ini saya dimaklumkan ada surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia yang meminta profail ringkas dari sekolah mengenai guru-guru yang sudah ada kelulusan Ijazah Sarjana (Master).

Sahabat : Kenapa Sedih? Alhamdulillah lah. Rezeki tu...

Rashid : Cuba tengok tarikh tu.. tarikh temuduga dah terlepas. Tapi saya baru saja terima surat itu tadi...

Sahabat : Tak boleh buat apa-apa lagi ke?…

Rashid : Tadi saya ada call IAB. Pegawai sana kata.. temuduga dah habis. Tapi kalau masih berminat boleh isi borang yang ada dilampirkan di surat itu. Kalau ada temuduga kali ke-2, kami akan panggil lagi.

Rashid : Sahabat, perlukah saya mengisi borang itu?

>>>>>>>>>>

Aku cuba renungkan semua. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku terfikir, sudah lama aku berada dan bekerja di Sabah. Hampir 10 tahun aku di sana. Jerih payah dan senyum tawa dah aku perolehi di sana. Malah borang permohonan aku untuk posting, balik ke semenanjung pun pernah ‘kena tahanan’ kat sana (ada ‘orang-orang kuat’ yang sayang nak lepaskan aku... hehe. Maaf dan terima kasih).

Kini aku dah kembali di sini. Sesungguhnya, bukannya senang nak balik negeri ini. Kawan-kawan aku di sana, di Sabah & Sarawak, yang lainpun masih menanti... menanti… menanti untuk pulang ke negeri ini tapi hingga kini masih lagi menanti... menanti…menanti…

Aku pula dikurniakan olehNya jalan yang mudah. Rezeki dariNya…dan yang pastinya, hati ini sentiasa terdetik suka apabila pelajar-pelajar (ibubapa juga) memanggil aku… “Cikgu...”. hehe.

p/s – Seorang kawan pernah mengajak aku memohon jawatan pensyarah di Institut Perguruan Guru. Jawatan pensyarah lebih ‘Glamor’ katanya berbanding dengan jawatan sebagai cikgu…. Tapi aku… hingga kini masih suka apabila dipanggil “Cikgu…”

25 November 2008

Seorang Isteri yang ketakutan ...

Dalam melayari blog, aku pernah terbaca kisah benar dari seorang rakan blogger. Tentang kisah seorang lelaki, juga seorang suami. Seorang yang berpendidikan tinggi, berkerjaya hebat & penampilan yang penuh warak. Tapi di sebalik semua itu, rupanya dia juga seorang yang panas baran & kaki pukul. Kasihan 'kakak' itu... selalu menjadi mangsa.

So, untuk lelaki (suami?), aku tujukan khas kisah ini untuk kamu. Kepada wanita, fikir-fikirkanlah. Bersyukurlah jika segalanya o.k.e.y dan jika tidak o.k.e.y, bertindaklah sewajarnya… tapi jangan ikut tindakan dalam kisah ini. hehe.

Kisahnya…

Matanya melilau. Lelaki bermuka bengis itu mencari kalau-kalau ada kelibat isterinya di dalam hutan belukar itu. Tapi hampa. Hatinya semakin geram. Berani sungguh isterinya melarikan diri!

“Kalau aku dapat, siaplah!” kata lelaki itu sambil mengetap-getap bibirnya. Marah.

Bagi menghilangkan penat, lelaki itu berehat di bawah pokok yang besar dan tinggi.

Tiba-tiba lelaki bengis itu mendongak ke atas. Sayup di celah dahan, dia terlihat ada sesuatu bergerak-gerak. Ada seseorang di atas sana.

“Lekas turun!” jeritnya apabila mendapati yang menyorok di atas pokok itu adalah isterinya sendiri!

“Tak mau! kalau aku turun, kau akan pukul aku lagi,” jawab si isteri penuh ketakutan.

“Kalau engkau tak mahu turun, nahas aku kerjakan kau! laung lelaki itu bercekak pinggang. Lantas dicapainya sebatang kayu.

Lelaki itu segera memanjat pokok itu. Matanya merah dan tajam memandang isterinya. Parut dan lebam kelihatan hampir di seluruh badan isterinya. Bibir yang pecah. Ada darah mengalir. Isterinya menggigil kerana lelaki itu semakin hampir.

“Siap engkau kejap lagi!” lelaki itu mencengkam lengan isterinya. Kalau dapat, lelaki itu akan membelasah lagi isterinya sampai separuh mati (seperti yang biasa dilakukannya). Akan ditampar-tampar dan diterajangnya isterinya itu sampai tak sedarkan diri.

Belum sempat lelaki itu memegang lengan isterinya, wanita itu tiba-tiba melompat dari dahan tempat dia bersembunyi. Lelaki itu semakin marah. Tanpa berlengah diapun ikut terjun untuk menangkap isterinya. Kedua-duanya melayang jatuh, tapi hanya tinggal beberapa sentimeter sebelum mencecah tanah, badan si isteri tiba-tiba melantun semula ke udara.

Rupa-rupanya semasa menyorok di atas pokok, wanita itu telah mengikat kakinya dengan akar pokok liana yang terkenal dengan liatnya. Muslihatnya berpura-pura hendak membunuh diri ternyata berhasil.

Bagaimana nasib lelaki bengis, panas baran dan kaki pukul itu? hehe. Tulang-temulangnya patah riuk akibat terhempas kuat ke tanah. Dia mati serta merta. Tak sempat mengucap ...

p/s: Kisah ini saya petik dari sebuah majalah. Tapi saya olah sikit-sikit. Dah lama sebenarnya saya baca. Terasa pula ingin berkongsi di sini setelah baca kisah dari rakan blogger itu (aku sempat bertanyakan khabar dengan blogger itu tentang kisah 'kakak' itu. Tapi apakan daya, kerana dia seorang isteri yang setia... )

24 November 2008

Terima kasih atas pemberian award & kad

Terima kasih saya ucapkan atas pemberian award & kad

Dari azza, sedetik hati. Seorang sahabat baik yang juga sentiasa mencari ruang untuk bersama-sama mencari kedamaian. Bersama-sama memberi 'bunga'. Bagi saya, wajahnya ‘penuh kesayuan’ dan hatinya pula penuh dengan bunga-bungaan indah. Agak mudah mesra orangnya. Kadang-kala buat saya tersenyum kerana sahabat saya ini kuat juga merajuknya. Tapi mudah pujuk sebab hatinya lembut.

Dari azza

Dari Tirana, The Precious Moment. Saya suka baca blognya. Ada sentuhan pada hati. Banyak yang boleh direnungi. Pernah membuatkan saya menitiskan airmata pada jam 3.00 pagi. Terasa sebak apabila baca satu entri… “Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku sesungguhnya redha kepadanya…”

Sis Tirana, sekarang dah percayakan saya sememangnya o.k.e.y.

Dari Sis Tirana

Dari Redynne.. Redynne’s place. Antara teman terawal semasa saya mula berblog. Terima kasih atas jalinan persahabatan yang masih kekal hingga kini.

Saya suka apa yang dipetik oleh Redynne, “For every memories of yesterday, for every moment of today and for thousands hopeful of tomorrow...we will share..... “

Marilah kita sama-sama merungkaikannya...

Dari Redynne

Kepada Azza, Sis Tirana & Redynne, sekali lagi saya ucapkan terima kasih atas pemberian award dan kad ini. Saya amat menghargainya.

Moga ikatan antara kita terus kekal mekar selamanya.

20 November 2008

Usikan yang mendamaikan...

Aku O.K.E.Y jer... seperti dulu-dulu juga.


2 entry aku berkenaan “Ketulusan hati dalam persahabatan” & “Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.” … mengundang usikan dari rakan-rakan blog. Malah ada rakan-rakan blog yang sempat lagi berteka-teki dengan aku seolah-olah tahu siapakah gerangan sahabat alam maya tu.. hehe . (pandai betul diorang ni…)

Berikut antara bloggers yang mengusikku. Usikan yang mendamaikan hati. Terima kasih semua. Muahhhhh!!! saya sayang anda semua.

Eida,
“akhir2 ni.. entri cikgu.. soal hati jer.. tengah dilamun cinta ekk..”

Redynne,
"hanya dirimuuu yg bisa membuat kuteeenang....
tanpa dirimuuu aku merasa hilang...
dan sepiiiii....."
heh..heh..heh..
Ha! Redynne dah tau...

kuIna Jentayutiara,
“hapasal semenjak 2 menjak nie en3 soal hati aje... eeemmmm........”

wan hussin (bekas pelajarku di Maktab Sabah dulu)
“waaa peewiittt!!!
ade harapan makan nasik minyak nie hehe!!”

sakurasa 2
“Wah luahan hati yang terdetik.... ya Cik gu!! moga cik gu tak sepian lagi”

Sufi Idany
“Salam Cikgu.... bila baca bait2 ayat cikgu kali ni rasa tenang sekali.ingin nak mengatakan inilah indahnya PERSAHABATAN. tanpa suara yang menggetari jiwa, tanpa wajah yang melatari maya, jalinan yang wujud dari keikhlasan walau di ceruk bumi mana sekalipun, walau di atas walau di bawah.... indahnya tetap mendasari hati.

Cikgu....rindu kat sapa nih? hihihi”

Wawa_Nadwa
“yeah!
wawa tau pada sapa ditujukan luahan hati cikgu ini.
Semoga persahabatan cikgu dan dia berkekalan.”

cikya
Wah......jiwang lagu latar baru nih...:)

Hana-Ni-Mo-Nai2
“semoga terus berbahagia dengan ikatan persahabatan maya”

p/s - Kepada teman-teman blog, terima kasih atas sebarang komen & usikan yang menceriakan suasana… Aku sebenarnya okey je. Tak ada apa-apa.

Nah, tengoklah gambar aku yang aku webcam malam tadi .. khas untuk rakan-rakan blog semua. Sengaja, nak buktikan aku ni okey jer. Aku eja O.K.E.Y .. hehe. hiks!!!!


19 November 2008

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”

Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.

Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”

“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”

“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”

“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”

“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”

“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”

18 November 2008

Seronoknya mandi air hujan




Sekadar gambar hiasan.. jangan tengok yang lain - fokus pada air hujan tu.
Pagi tadi aku ke SMK Mengkebang, Kuala Krai untuk mengawas peperiksaan SPM. Dalam perjalanan pulang - hujan turun. Agak lebat. Tetiba perasaan rindu itu muncul kembali. Rindu nak mandi air hujan. Sebenarnya sudah lama aku terasa benar nak mandi air hujan (bukan air hujan yang tadah dengan baldi - itu tak macho). Dulu semasa zaman kanak-kanak, mandi air hujan dah jadi aktiviti biasa. Pantang hujan je, terus buka baju. Berlari bersama rakan-rakan mencari kawasan berlopak yang ditakungi air. Biasanya padang bola jadi mangsa. Nampak je ada air yang bertakung di padang bola, nah apa lagi terus berlari bak superman… terbang di lopak air atau mengelunsur laju. Ah, indahnya suasana itu.

Tapi ada orang kata, mandi air hujan tak elok. Boleh pening kepala. Yake? Siapa yang kemukakan teori ini? Ada kajian saintifikke yang boleh membuktikannya?. Dr cuba bagitau ... Setahu aku, air hujan satu anugerah dariNya. Dulu jurulatih kem juga ada bagitau, kalau terkena rintik-rintik hujan (terutamanya hujan panas) mesti mandi air paip. Basahkan seluruh tubuh. Atau sekurang-kurangnya mesti basahkan bahagian kepala. Kalau tak, nanti boleh jatuh sakit, pening atau demam.. yake? Maaf, aku masih sangsi (sebenarnya keinginan nak mandi air hujan tu buat aku mula dan sedikit sangsi pada halangan-halangan ini). hehe.

Tapi aku tak peduli, mau cari juga ruang dan lokasi nak mandi air hujan. Tadi semasa berbicara dengan seorang kenalan maya, aku ada juga bagitau satu idea yang tiba-tiba muncul dalam kepala. Idea, bila hujan jer, aku akan tunggang motor di tengah-tengah hujan. Biar basah segalanya. Siapa peduli.. sekurang-kurangnya aku dapat lepaskan apa yang terbuku di hati.

“eeee kenapa cikgu tu, dah buang tabiatke?” mungkin akan muncul kata-kata sebegini. Tapi sapa kisah? Memang nampak macam buang tabiat, tapi itulah keinginan dan kerinduan yang tiba-tiba je datang pada aku di kala ini. hehe.

p/s – sedang mencari masa dan lokasi yang sesuai…. jangan salah faham, nak mandi sorang-sorang jer. bukan seperti dalam klip filem atas tu.. hehe


16 November 2008

Jamuan kelab staf 2008

Kelmarin aku menghadiri jamuan kelab staf, sebagai penutup tirai 2008. Jamuan kali ini diadakan di Restauran New Horizon, Kota Bharu. Suasana agak meriah kerana hampir semua staf hadir. Berikut sekilas pandang suasana majlis yang sempat dirakam..


Rakan sekerja... antara tunjang kekuatan organisasi sekolah.


Baju merah tu.. setiausaha kokurikulum antara guru glamor yang mempunyai ramai peminat. Bila dia bercerita pasti ramai tergelak. Tadak sapa boleh lawan. hebat.


Tahniah kepada Pengerusi Kelab Staf kerana berjaya menganjurkan majlis dengan jayanya. Tentu dapat pencalonan ramai lagi untuk jawatan pengerusi tahun depan. hehe.


Kesopanan guru-guru perempuan terserlah...
Seorang darinya sempat lagi mengusik aku, "Cikgu rashid, ambik gambar ni masuk dalam blogke?" Aku sekadar tersenyum.

2 rakan sekerja yang sering di'puji' oleh pelajar kerana gaya dan penampilan yang menarik. hiks!

Orang-orang penting dalam urusan pentadbiran pejabat. Tanpa mereka abislah!!!!!! hehe.
Kepada kakak-kakak ini yang sering melayari blog kerdipanbintang, .. "terima kasih".

p/s - mana cikgu rashid?... Saya ada. Sentiasa ada bersama. Cuma sekali-sekala suka berada di balik tabir memerhati suasana...

12 November 2008

Ketulusan hati dalam persahabatan


Aku baru kenalinya. Hanya sekadar berbait kata di alam maya.
Kami selalu berbicara mesra. Saling usik-mengusik.
Sesekali bergurau tawa.

Bila hati terdetik. Lantas tulus menghulur salam.
Salam untuk sebuah persahabatan.
Walau tak pernah bersua tapi kami tetap gembira.
Berkongsi idea. Berkongsi rasa.

Aku sedari, hubungan kami bagaikan kenalan maya cuma.
Aku jua insafi, siapakah dia dan siapakah aku?
Aku mengerti semua itu. Aku sekadar meluahkan… mohon pengertian cuma.
Mengertilah, jalinan hubungan antara kami tetap bersempadan.
Kami menghargai akan sebuah ikatan yang suci.

Bila tiada lagi usikan darinya.
Bila tiada lagi bait kata-kata indah darinya.
Aku kini terasa... terasa kekurangan sesuatu.

Aku mula mengenal erti. Erti kesepian tanpanya.
Aku cuba memahami tentang usikan pada hati.
Yang pastinya aku… aku…
Aku tak mau kehilangannya.

Aku mohon padaNya.
Agar hubungan kami setulusnya hati…
Walau hanya sekadar teman bicara... di alam maya.

10 November 2008

Snap the pic of your workstation

Salam ...

Tag lagi. Tag ini dari salah seorang teman yang sentiasa bertanyakan khabar, sentiasa beri komen dan rajin mencuit saya di shoutbox. Dari sedetik hati, famous orangnya (jangan mare.. gurau jer azza).

Nasib baik tag ni simple je.…Lain kali macam ni ler. Bagi yang simple jer. hehe. ops! bukannya apa, kalau tagnya panjang maknanya makan masa tu nak buat, nak fikir-fikir (kena fikir utk jawab soalan – macam ambik exam ler), nak renung-renung, nak taip-taip. Cikgu ni bukannya rajin nak taip panjang-panjang. Maklumlah kerja rasmipun tak pernah abis. Ada-ada je datang. Harap teman-teman faham ya. Fahamilah dan maafkanlah saya…Bukannya saya tak menghargainya. Saya amat menghargai teman-teman blogger semua. Saya sayangkan anda semua. Ikhlas. Muuuahhhh!!! (betulke ‘muahhh!!’ ni. Saya saja gunanya - ciplak dari adik-adik blogger).

Harap-harap yang masih belum saya bayar tag tu sabar ya. Kalau tak minggu ni, bulan depan, kalau tak tahun depan. hehe. (dah ayat dah tunggang-langgang dah. Gara-gara menaip panjang-panjang ni).

rules:

  • snap workstation anda
  • then... taruk link blog anda kat bawah gambar workstation anda...
  • iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
  • tengok contoh yang dibuat nih...
  • begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
  • sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
  • kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
  • tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

| @LiYaNNuaR | azza.. | rashid} maaf azza..

Inilah workstation saya. (kat rumah jenis ‘workstation’ lain pula). Baru je kelmarin saya snapnya. Bila tengok gambar ini, terdetik hati saya, “Nampaknya sebahagian besar kehidupan saya akan dihabiskan di bilik ini (itupun kalau tak ke mana-mana. Peg. kerajaan katakan. Akan ikut arahan dari kerajaan ler). Tapi tak per, saya gembira di sana. Saya selesa dan terasa tenang di sana. Saya ikhlas di sana.”

ohh hoiiiii kena tag 7 org ke...

Kenapa ya saya suka langgar peraturan ini. Kerana hati terdetik, tak sanggup nak tag orang lain. Tak nak diorang berhutang… Seorang teman pernah keluarkan satu entry bertajuk Jangan la 'Tag' aku lagi weyhh! Hiks.. . Kasihan dia, sampai gitu sekali ‘rayuanku’ yang dibuatnya. Apa taknya kerana banyak dia ‘berhutang tag’. Tapi dia bagus & rajin kerana cuba langsaikan satu persatu hutang tag tu. Saya kaguminya. hehe. Teman saya ni saya gelarnya ‘ketua kelas yang nakal’ (sorry wawa, saya ambik kisah wawa. hiks!)

p/s – eeee panjang pula entry spontan ni. Tak sangka.

Tag dari adik nora


Malam ini terasa nak jawab tag ler. Lama dah berhutang rasanya. Kasihan kat adik-adik.

Okey tag ini dari nora, awalah dondeng. Nora, antara adik terawal yang pernah berblog dengan saya. Blognya penuh dengan puisi romantis. Suka bacanya. Ringkas tapi penuh bermakna setiap bait kata-kata puisinya. Tapi kadang-kadang saya tak boleh memahaminya. Maklumlah puisi. Memang sifatnya macam itu. Takkan gitu adik nora?


rules:
1. the rules of the game get posted at the beginning
2. each players answers the question about themselves
3. at the end of the post the player then tags 5 people n posts their names,then goes to their blogs and leave a comment,letting them to know they got tagged and to ask them to play and read your blog165 cm

starting time : 10:15 mlm(10 Nov 08)
name : Semua dah taulah dik. semuanya dalam blog ini adalah benar. cikgu tak leh tipu. tak baik utk kesihatan.
nick : rashid (tiada tambah tambah - ori punya)
sisters : 3
brothers: 1
shoe size: lupa ler. 7 ke?
height: hmmmmm jom duk sebelah abg

where do you live : KK, Kelantan
have u ever been in plane : Pernah
swam in the ocean : Biasa tu masa sek ren dulu
fallen asleep at school : Ada juga tu
broken someone's heart : Adake? tak suka melukai..
fell off your chair : ????

sat by the phone all night waiting for someone to call : Selalu.. walau tak tunggu sapapun
saved emails : Yang menarik jer.
what is your room like : Bilik hotel 5 bintang
what's right beside you : Laptop & h.phone

what is the last thing u ate : Kue tiaw lakna .
ever had...chicken pox...: Pernah. masa sek men
sore throat : Tak ah .
broken nose : Tak pernah, ia mancung semacam jer (eee perasan)

do you believe in love at first sight : hmm...cinta yang indah tapi tak ada rasa tanggunjawab. angan jer lebih.
like picnic : Suka
who was/were...the last person you danced with : Tak pernah. gedik-gedik sorang-sorang tu ada ler. itupun masa hati suka jer.

last made you smile : Tak perasan. selalu senyum pada sapa-sapa jer.
last you last yelled at : Masa kat latihan tentera hari tu.. biasa ler bagi hukuman kawad
today,did you talked to someone you like : Kawan-kawan
kissed anyone : Saper????.

get sick : Alhamdulillah sihat. Cuma masa latihan tentera hari tu. Ada juga pening. Maklumlah selalu berjemur - panas sangat matahari tu…
talk to an ex : ????
miss someone : Abang. jarang dpt jumpa. Maklumlah dia kahwin ngan kak dr Selangor. kerja sana..
who do you really hate :Tak. Tak suka benci. Saya suka bagi ‘bunga’ pada sapa-sapa.
do you like you hand-writing : Tak suka tak suka sebab tulisan doktor
are your toe nails painted : Tak suka. Haram.
what color shirt are you wearing now : Baju putih suci bersih.

are you friendly person : Semestinya.
do you have any pets : Tadak. Cuma kucing jiran selalu datang rumah. Dia suka lawat saya (suka makan ler tu.)
do you sleep with the tv/laptop on : Tak
what are you doing right now : Menjawab soalan tag ni...
can you handle the truth : Ya

are you closer to your mother or father : Arwah ayah dah tak der. Ngan emak jer.
do you eat healthy : Semestinya.
do you still have pictures of you and your ex : Sedang fikir. Tak der pula rasanya.
if you're having a bad day,who are you most likely to go to : Tepi pantai ke, atas bukit ke – tengok kehijauan.

are you loud or quiet most of the time
: Dua2 pun boleh. Dah terlatih.
are you confident : Yes!!!!

5 things i was doing 10 years ago:
5 things i would do if i were a billionaire:

Kedua-dua ni tak yah jawab la kot sebab dah jawab dalam tag sebelum ini…. okey kan dik nora.

5 of my bad habits:
Satu jer ler. Masa kat kem tentera, bila berpakaian loreng saya boleh bertukar jadi ‘harimau macho’ demi melatih disiplin diorang. eee terpaksa bersifat buruk (burukke?) demi kebaikan kepada negara. Bolehkan?

5 places i've lived/living:
1. Kelantan
2. Bangi Selangor
3. Kota Kinabalu, Sabah

5 people i tagged:
Tak payah lah. Kasihan diorang tu dah banyak hutang. Sekadar memahami…


p/s – FUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH Legaaaaaaaaaaaaaaaa

08 November 2008

'Pen Skodeng' kegilaan remaja sekarang


Pen Skodeng? Terkejut aku dibuatnya. Macam tak percaya je. Tapi semua ini berita benar. Berita ini aku bacanya dari akhbar Kosmo Online petang tadi.

Berikut sebagaimana yang disiarkan;

KUALA LUMPUR - Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.

Pen yang dinamakan sebagai 'Pen Skodeng' di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.

Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya. Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok. 'Pen Skodeng' juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak.

Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.

"Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini ia boleh didapati dengan mudah di negara ini," kata seorang pengguna pen ini.

Seorang lagi pemilik pen ini, Zamri, 25, berkata, tujuannya membeli hanyalah untuk kegunaan sendiri.

"Saya anggap ini sebagai teknologi canggih yang perlu dijadikan koleksi kerana ia ada lensa yang mampu merakamkan imej berwarna dengan resolusi saiz 0.3 megapiksel di samping bunyi dari jarak sejauh lima meter," ujarnya.

Tambah Zamri, dia dan rakan-rakannya berkesempatan menguji keberkesanan pen berkenaan dengan merakamkan pelbagai aksi tersembunyi di tempat-tempat awam tanpa disedari.

p/s Bagi aku, teknologi pen itu sangat bagus sekali. Terlalu kreatif & inovatif. Tapi jika disalahgunakan apa akan jadi nanti…. kepada kawan-kawan semua, hati-hatilah.

07 November 2008

Perhatikanlah perkara baik di sekeliling kita

Anda ingin kelihatan lebih muda dari umur yang sebenarnya? Nah, satu kajian oleh pakar menggariskan beberapa aktiviti harian mudah yang boleh membendung kesan penuaan sekaligus mengekalkan muda. Berikut antara senarainya.

1. Membaiki basikal (baiki benda lain camana pula?)

2. Aktif secara berkumpulan

3. Melakukan kerja kebajikan

4. Perhatikan perkara baik di sekeliling

5. Belajar sesuatu yang baru

Saintis percaya dengan melakukan 5 aktiviti tersebut membantu menghalang penurunan kognitif berdasarkan idea memakan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur segar untuk mengelak penyakit jantung dan barah.

Bila baca tentang kajian ini, aku agak tertarik dengan aktiviti nombor 4, perhatikan perkara baik di sekeliling. Selain kaitannya dengan awet muda, aku tertarik kerana cuba melihatnya dari perspektif yang lain.

Aku tertanya-tanya sendirian. Berapa ramaikah antara kita (termasuk diri ini..) yang memerhatikan perkara baik yang berlaku di sekeliling dan mensyukurinya. Atau sekurang-kurangnya cuba merenungi dan memerhatikan kebaikan yang telah dan sedang dilakukan. Perhatikan dan fikirkan dari sudut positifnya. Bagi aku, banyak yang berlaku di sekeliling kita yang boleh memberikan kita kekuatan emosi dan rohani sebenarnya. Cuma sama ada kita tersentuh atau tidak. Sama ada ia berkesan di hati atau hanya sekadar pandangan sepi.

Aku perhatikan sejak akhir-akhir ini terlalu banyak peristiwa yang dipaparkan oleh arus media adalah yang melukakan hati. Senjata, parah dan darah. Pelbagai kes menyerlahkan sikap kebiadaban manusia. Manusia yang mulai hilang rasa sentuhan hati dan budi. Bagi aku, bukannya tidak bagus untuk didedahkan hal sedemikian kepada umum. Sekurang-kurangnya hadir rasa simpati dan empati serta wujudnya kewaspadaan dan sikap berhati-hati.

Cuma aku melihat publisiti yang terlalu meluas tentang kedangkalan sikap dan perbuatan keji manusia seakan-akan menyuntik vitamin kepada situasi sebegitu. Bagi aku, agak merisaukan juga jika kejadian buruk dan realiti ngeri selalu dan terlalu dipaparkan oleh arus media. Sebaliknya perkara baik pula hanya sekadar menjadi nota ringkas dan sisipan kecil di bahagian nota kaki sahaja. Kurang malah mungkin tidak begitu dipedulikan.

04 November 2008

TAG – foto mesti semasa, terkini & tanpa edit!!

Saya telah ditag oleh azza, sedetik hati. Siap dengan undang-undangnya sekali.

Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this

Law & Order no. 1 tu minta snap gambar terkini & segera ya?. Untuk lebih senang saya pakai webcam laptop je. Mudah, segera, terkini & jimat masa. Okeykan? Yang penting gambar terkini. Memang terasa juga nak snap gambar guna kamera digital. Tapi sapa pula nak snap gambar saya ni? (Azza, sebenarnya saya baru je beli kamera digital jenis Cyber-Shot DSC-T70 sebulan yang lalu. Oleh kerana baru beli, so belum mahir nak timing ambil gambar sendiri. Tak sempat lagi nak baca dia punya manual arahan. hehe. Apa ler cikgu ni????)

Tentang Law & Order no. 2 tu, saya minta maaf kerana tak dapat ikut sepenuhnya Maklumlah bila kat rumah, selalunya pakai simple je, berseluar / berkain pelikat & berbaju ‘pagoda’ je (kadang-kadang tu tak berbaju). hehe, orang lelaki katakan…

Law & Order no. 3 & 4 Gambar mesti terkini tanpa edit. Tang ini tak ada masalah. Cerita tentang edit mengedit gambar ni, sebenarnya saya tabik pada rakan-rakan blogger yang lain. Saya tengok semuanya hebat-hebat belaka dalam edit mengedit gambar. Saya ni jauh sekali la. Tak ada kemahiran. (sedetik hati, terasa juga mau belajar edit mengedit ni).


Azza, masa saya baca blog azza ni saya ditemani oleh tv di depan. Sambil baca blog, tengok tv sekali. Dua dalam satu. So, inilah gambar saya - tengok tv & baca blog. Itulah antara rutin saya di malam hari bila ada kelapangan.

Sambil berblog, tengok tv. Tengok tv jika ada berita atau apa-apa kisah yang manarik. Kalau tak menarik, pasang juga tv tu tapi sekadar dengar suara & muzik iklan jer.


Nah, reaksi sedang berinternet & berblog. Suka baca & tengok gambar dalam blog rakan-rakan blogger yang lain. Ops! kenapa gambar aku ni asyik nampak serius semacam jer?

eeeeee asyik serius je muka ni? cuba senyum sikit..


Law & Order no 5. Macam azza juga, sayapun tak nak tag sapa-sapa. Tak nak rakan-rakan blogger ada hutang. Kasihan. Semuanya tengah sibuk tu… (Oleh itu peraturan no. 5 dengan sendirinya terbatal. wah, senangnya kerja).

p/s - adoiiii tak sempat nak cukur jambang pula tapi tak pelah cuba patuh peraturan no 1. Yang penting, itulah saya seadanya. Oh ya, sila abaikan plastik yang bersepah atas meja di belakang saya tu. Biasalah, plastik berisi buah-buahan tu tak pernah tak ada. Ada-ada je dia.

01 November 2008

Cinta remaja kini semakin bercelaru?

Kisah Noor Fadilah yang ‘dilarikan’ kekasihnya menjadi bicara dada media. Anak gadis Malaysia itu dikatakan telah dilarikan (melarikan?) diri kerana mengikut teman lelakinya ke Lombok, Indonesia.

Aku mengerutkan dahi. Terfikir sejenak. Inilah penangan cinta yang bercelaru yang kini dialami oleh anak remaja kini. Bila dah jatuh cinta, maka segalanya nampak indah. Apa yang disentuh bagaikan kelembutan sutera. Segala yang dilihat semuanya baik belaka. Tindakan yang dilakukan dikira betul semua. Tiada rasa kekurangan. Tiada rasa bersalah. Keputusan yang diambil semuanya bagaikan yang terbaik. Tiada lagi difikirkan kesannya. Semua hambatan dan kekangan sanggup dihadapi. Hatta halangan dari ibu bapa sendiri. Semuanya sanggup diketepikan. Segalanya tiada dipedulikan hanya kerana lahirnya perasaan ingin hidup bersama. Sanggup hidup semati kononnya.

Bagi aku, bila remaja jatuh cinta (dilamun cinta) maka di saat ini tiada lagi kewarasan dari segi tindakan dan keputusan yang diambil. Air mata ibu tidak berdaya dan berkesan untuk mengikat langkah si anak (anak gadis khususnya). Air mata ibu tiada nilai lagi bagi si anak yang sedang dilanda rasa cinta pada kekasihnya.

Aku tertarik dengan pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Asmawati Desa. Berikut antara petikan yang aku rasakan baik untuk direnungi bersama.

“Remaja khususnya gadis menganggap cinta seumpama satu ‘penghargaan’ buat mereka”.

“Permulaan baligh bagi anak gadis bermula seawal usia sembilan tahun dan waktu inilah bermula kronologi cinta”.

“Alam remaja begitu mencabar. Proses peniruan berlaku”

“Peringkat remaja seumpama storm dan stress. Pemikiran bercelaru dan terumbang-ambing”

-------------------

Presiden Malaysia Association of Profesional Speakers, Prof. Datuk Dr. Sheikh Omar turut mengatakan:

“Anak muda era kini lebih terarah kepada elemen ‘tepuk dada tanya selera’. Mereka hanya fikirkan kehendak dan keseronokan tanpa fikirkan akibat dan kesannya. Tepuk dada tanya selera sebenarnya hanya sekadar wake-up call sedangkan mereka perlu melihat dari segi minda, ilmu dan ihsan.”

“Setiap remaja perlu sentiasa bertanya kepada diri sendiri tentang ‘siapa kita sebenarnya, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasakan. Tiga soalan ini penting sebagai panduan kehidupan untuk lebih bijak membuat keputusan dan berfikir dengan mata hati dan keimanan”.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search