Followers

18 January 2009

"Adakah kita benar-benar sihat?"


Sesibuk manapun kita.. kesihatan perlu dijaga juga.

“Apa khabar.. sihatke?”
“Sihat..”

Sering kali kita dihujani pertanyaan di atas. Maka seringkali jugalah kita menjawabnya sihat. Persoalannya, adakah kita benar-benar sihat?. Berikut adalah tanda-tanda ‘simple’ yang boleh kita menilai diri dan orang yang rapat dengan kita sama ada sihat atau tidak.

1. Malas bangun pagi
2. Tidak ada stamina
3. Kerap letih, lesu dan tidak bermaya
4. Tidak tahan duduk bersila lama, kaki kebas

Jika ada.. maknanya kita masih belum sihat dalam erti kata yang sebenarnya. Ini kerana semua tanda-tanda ‘simple’ di atas adalah tanda perjalanan darah adalah kurang sempurna.

Bukti daripada penyelidikan menunjukkan aktiviti kecergasan sangat penting sekali diamalkan. Perunding Fisiologi Senaman dan Sains Sukan, Majlis Sukan Negara, Prof. Rabindarjeet Singh mempercayai, seseorang itu tidak perlu berlatih sebagai pelari marathon untuk menjadikannya lebih cergas dan bertenaga.

“Sebarang aktiviti yang membolehkan anda bergerak (berjalan kaki, naik turun tangga, berkebun, kerja rumah secara sederhana dan berat, senaman di rumah dsb), walaupun ia dilakukan sekadar beberapa minit setiap hari, adalah lebih baik.”

“Bagi mereka yang paling tidak aktif, masalahnya adalah untuk memulakannya. Satu cara yang paling baik ialah untuk berjalan kaki selama 10 hingga 15 minit”.

Menurut Prof. Rabindarjeet Singh, “berkeadaan cergas amat penting kerana kaitannya antara aktiviti dan penuaan. Malah dengan melakukan aktiviti fizikal secara kerap boleh memulihkan kualiti hidup seseorang”.

“Dengan melakukan senaman, membuatkan anda rasa lebih ceria kerana senaman memberikan anda tenaga, membantu mengendurkan tekanan, memulih imej diri, meningkatkan ketahanan melawan keletihan, membantu menangkis kebimbangan dan kemurungan serta membuatkan anda ‘relaks’ dan berasa kurang tekanan”.

p/s Antara azam tahun baru untuk kecergasan diri - jogging, futsal, badminton, tennis, ping pong, bowling, jalan-jalan cari makan & memancing ikan (fuhh.. banyaknya perancangan.. kena buat jadual khas ni. hehe)

25 comments:

Ryan Rayhana said...

Abg Rashid,
Kite Wajib menjaga kesihatan diri dalam mahupun luaran...

*jom jom g main Badminton,main Futsal jom jom ryan nak lawan abg mcm??nk lawan main Badminton??chewah!mcm ryan chmpion hehehe :D

whitetulip said...

hm..tak bley bersilang kaki lebih lama...aku lah tuh cikgu. Kena exercise lagi nih..huhu..

Wawa_Nadwa said...

Dulu..
(2 tahun lpas)
sy rase btol2 sihat.
sbb2nye d0k umah flat tingkat 4 so naik turun tangga tiap hari.
Gi keje naik bus, nk ke bus stand kena jalan kaki 15 minit.
Badan rase ringan, segar dan sihat je.

Sekarang..
D0k umah ade lif.
gi kje naik kete.
Badan salu je rase letih, lemau, rase berat dan cpt dpt penyakit.

p/s: wawa tak sihat arini cikgu. huk3! =(

kuIna Jentayutiara said...

sy sudah tak pergi mendaki atas masalah kesihatan tp sy berbasikal dtng keja serta turun nai tangga pejabat 2 3 kali agar kekal aktif.

ILA said...

Jalan2 cari makan???aikkkkk~~bukan ke itu di luar motif kecergasan?? ..hihikk~~

kalau lah saya...secara jujur tak cukup setakat naik turun tangga (ofis kat 2nd floor) buat kerja umah (maklum lahh..selain bkerja,sbagai suri rumah juga..)
Lebih tenang bila letakan diri di situasi yg damai seperti di taman rekreasi yg hijau di smping d temani oleh kicauan burung & rengekan unggas2..Aduiii..sampai tak tersedarrrr...yg kita telah mbuat pusingan di taman itu lebih dari 10 kali..hehe

passs..tuuu..pengsannn:p

Marzalina said...

Ptg ni start jogging..nak bina stamina balik ni..hehe..juga nak main badminton...yeahhh...selamat bersenam..

sakurasa 2 said...

Cikgu selamat berjogging, berfutsal, berbadminton, bertennis, berping pong, berbowling, bermemancing2 he he he

mountdweller said...

Assalamu alaikum sdr. Rashid. Lama tak jengok ke sini.

Saya pun 2x5 juga malasnya. Memang nak start cukup susah terpaksa berperang dengan nafsu malas.

Aktiviti saya sekira tidak panjat gunung, saya berlari turun naik tangga pejabat setinggi 4 tingkat lebih kurang 40 minit. Itu saja masa yang terpaksa dicatu maklumlah sekarang waktu balik pejabat lambat. Lepas berkejar ambil isteri pula.

Apa pun kena lakukan juga 2 tau 3 kali seminggu.

Rashid said...

hi ryan,
ya ryan, kesihatan dalaman & luaran..

ooo nak lawan abg main badminton ya. Tapikan abg rasa kalau lawan ryan.. abg main sambil dudukpun boleh menang. hehe..

ryan, jom kita lawan.. (walaupun confirm abg yang menang)

Rashid said...

whitetulip,
hah!! itu satu tanda tuu.. cepat pergi salin baju. Exercise.. cepat cepat!!

Rashid said...

wawa..
hmm padanlah dulu tengok wawa slim je manjang. Rupaya selalu exercise turun naik tangga 4 tingkat..

Tapi pelik juga ya. Sekarang nipun masih nampak slim juga walaupun dah kurang exercise.

p/s - wawa tak sihatke? jgn lupa telan ubat & jgn lupa juga untuk exercise.

Rashid said...

Kulna,
Berbasikal ke tempat kerja? Biar betul ni..
Tapi baguslah kerana masih kekal menjaga stamina untuk kekal cergas dan sihat.

Rashid said...

Ila,

hehe. Tahniah kerana perasan.. Saya sajaje masukkan 'Jalan2 cari makan' sbg satu aktiviti kecergasan.

Hmmm.. bagusnya. Saya cuba bayangkan berjogging dalam situasi taman yang penuh kehijauan.. kedamaian.. kicauan suara burung dan ungas-ungas. Aduhh!! sungguh indah sekali.

( Pasti tak terasa dah 10 pusingan. Tapi lepas tuu.. terus pengsan. hehe - pandai betul ila ni)

Rashid said...

Marzalina,
Jom kita praktiskan. Cari masa untuk bersenam - berjogging & main badminton.
p/s - Wah nampaknya makin ramai jaguh badminton akan muncul selepas ni. Tadi ryan kini marzalina pula. Tapi takper demi kesihatan..

Rashid said...

Sakurasa,
ehemm ehemmm lain je bunyi tuu.
Perli saya le tuu. hehe (banyaknya perancangan nak buat.. tapi sejauh manakah dapat diamalkan? takper yang penting ada perancangan..)

Rashid said...

salam mountdweller,
Memang masa nak mulakan exercise tu yang bikin susah. Tapi bila dah mula exercise okeylah.

Amalan Berlari turun naik tangga 4 tingkat? wow saya tabiklah.. tapi rasanya exercise 'lepas berkejar ambil isteri' (kejar ambil isteri?) itu exercise yang sangat bagus tuu.. hehe! (gurau jer..)

Signorina Syima said...

cikgu, sy selalu jalan kaki, naik tangga, memang mengah lah kan..

main netball, kayuh basikal tapi MALAS BANGUN PAGI juga!!!

Rashid said...

Syima,
Segala-gala dah okey tu. Cuma satu je. 'Malas bangun tidur'.. hehe.

p/s -memang diakui tidur adalah satu aktiviti yang memang menyeronokkan bagi sesetengah orang..(asyik duk golek sana golek sini..tak bangun-bangun..)

Ada Ayrissa said...

yup, sekurang2nya 3x smggu kena g exercise...

rosmona said...

sihat??
erm..dah lamenye mona tak bersenam..
lemak2 tepu di perut ni semakin bertingkat2..
huhuhu..
terasa diriku ini...

mommy otai said...

ermmm...
farah baru belajar satu senaman tuk tegangkan betis dan peha...
nnt leh ajar abg rass..hehe

Rashid said...

Ada,
iya.. kena selalu keluarkan peluh.. biar badan rasa sihat dan cergas.

Rashid said...

rosmona,
hmm hmm.. lucu rasanya bila baca tang.."lemak2 tepu di perut ni semakin bertingkat2.."
Tapi sy rasa rosmona masih okey nampak.. ni tentu senaman tak abis ni..

Rashid said...

Farah,
oooo ada senaman baru ekk.. okey jangan lupa ajar abg nanti.. terasa
juga nak tau senaman tegangkan betis dan peha cara & kaedah baru... hehe

Cikgu Adham said...

slm.. i say rasa tu gmbar masa PT anual kem wataniah tahun lepas je ahak hak hak hak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search