Followers

26 January 2009

Aku mengusap lembut rambut emak ...





Ke mana aku menghilang?...
Kepada teman-teman yang bertanyakan khabar tu... terima kasih.
Aku sebenarnya tidak menghilang. Sekadar menemani emak di kampung.

Baru-baru ini – pada 19 Jan 2009 (Pagi Isnin), aku dikejutkan dengan panggilan dari adik di kampung - emak tiba-tiba tidak sedarkan diri. Tanpa berlengah, aku terus maklumkan pada pihak pentadbir lantas bergegas pulang ke kampung. 

Dalam perjalanan pulang, pelbagai persoalan muncul di kepalaku. Aku terfikir, padanlah sejak seminggu dua ini aku rasa tidak begitu sedap hati je. Pada malam sebelumnya aku tiba-tiba teringatkan pada emak. Sepanjang dalam perjalanan, hanya doa yang dapat aku panjatkan pada Allah s.w.t agar emak aku tidak apa-apa. Terlintas juga aku pada entri aku sebelum ini yang bertajuk ‘Kepada yang masih ada ibu..’.

Bila terkenangkan entri aku itu… debaran di dada semakin kuat..
Sebaik tiba di rumah, aku melihat saudara mara sedang mengelilingi emak. Aku cuba tenangkan diri, menghampiri emak. Aku lihat emak seakan masih tidak sedarkan diri. Matanya merenung aku tanpa berkerlip. Renungannya terhadap aku begitu jauh sekali. Jauh sekali…

“Shid.. suruh mak bawa mengucap..” Emak saudaraku berbisik pada aku.
Aku mengusap lembut rambut emak, cuba senyum padanya dan memanggil nama emak.
“Emak.. mengucap mak…” Aku mengajar emak mengucap.. dalam masa yang sama air mata aku mula mengalir lembut.
-----------------------------------

Emak lantas di bawa ke klinik… dan dari klinik terus dibawa ke hospital.
Sampai saja di hospital, emak terus dimasukkan ke Wad Kecemasan - Zon Merah.
Aku dimaklumkan oleh Dr., emak tidak sedarkan diri kerana kemungkinan besar adalah kerana emak kekurangan gula dalam darahnya (berada pada tahap yang kritikal).
-----------------------------------

Pada sebelah petangnya, emak sudah mula boleh keluar dari wad kecemasan dan ditempatkan di wad yang lain. Di sana aku lihat emak dah mula boleh bercakap perlahan walaupun badannya masih lagi lemah. Kelihatan badan emak sungguh tidak bermaya sekali.

Pada 20-22 Jan 2009 - selama empat hari emak berada di wad. Selama itu jugalah aku menemani emak walaupun adik-beradik dan saudara mara yang lain selalu datang menjengah emak…
Pada 22 Jan 2009 – jam 4 pm emak dibenarkan pulang… pulang dan perlu berehat.
-------------------------------------

26 jan 2009 – Di saat aku menulis entri ini, emak mula nampak sihat sikit walaupun dirinya masih lagi perlu bertemankan ubat. Dan pada 28 jan ini perlu sekali lagi berjumpa Dr..

Bagi aku, semua ini ada hikmah dariNya.. terlalu banyak hikmah dariNya.
Dari situ juga aku dapat lihat, keluarga dan saudara mara yang sebelum ini jarang dapat aku jumpa sebelum ini kerana masing-masing sibuk dengan kerja dan perniagaan masing-masing.. akhirnya bersua untuk ke sekian lamanya.

“Ya Allah, Sesungguhnya engkau Maha Pemurah dan Maha Pengasih .. ” air mata aku mula menitis lagi -. tanda terima kasih dan rasa syukur aku padaNya.

38 comments:

mommy otai said...

alhamdulillah mak abg dh sehat ye...selalu2 la balik kg nnt oke...

Rashid said...

ermm.. t.kasih adik abang. alhamdulillah.. dia makin sihat. Doakan ekk..

adaliciOus said...

smoga mak cikgu makin sihat..amiin~
byk bersabar k! =)

Rashid said...

adalicious,
Terima kasih atas doa..
ya insyaAllah saya akan sentiasa berada dalam keadaan tenang dan damai menghadapi segala ujian dariNya..

Tirana said...

Salam Cikgu Rashid...

Alhamdulillah..mudah-mudahan bonda cikgu semakin baik...Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

aliadijamina said...

Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kelapangan..
Semoga sentiasa sihat dan aman...

Miss Jaz said...

salam mr.rashid..jue sedih baca n3 nie..nangis jugak..sbb jue bayangkan kalau jue berada ditempat u..jue nie walaupon anak sulung,tapi jue ler yg paling manja ngan mak..sbb adik2 yg lain awal2 dah masuk asrama,tapi jue bila umur 18baru berpisah ngan mak.kalu tgh belajar dulu,asyik2 balik umah sbb nak dok ngan mak..tu sbb sampai sekarang walaupon tempat keja jauh ,lebih kurang satu jam,tapi jue still duduk umah ngan mak...jue memang rapat ngan mak..kalau terjadi mcm yg u hadapi ,mau tak tentu arah jugak jue ni...pa jue apa yg jue lakukan,semuanya untuk mak...jadi betullah,bagi sesiapa yg masih ada ibu,jagalah mereka..so,jue mengharapkan u dapat jaga mak u samapi dia sembuh....sesungguhnya dia memerlukan anak seperti u disisinya sekarang nie..temanilah dia..jue doakan dia dari jauh...semoga mak u akan semakin sembuh...InsyaAllah..amin..

david santos said...

Great, my friend, great! I love it!
Congratulations!
Have a nice week.

Hasz said...

salam...
hasz doakan mak cikgu makin sihat... insyaallah... byk2 bersabar ek...

Luth Textile said...

alhamdulillah abg,,
nasib tak ada apa -apa yang terjadi..
lepas ni, balik la kampung selalu

..bunga.. said...

salam..
saat2 spt ini hanya kehadiran anak disisi yang diperlukan oleh seorang ibu ..utk dijadikan kekuatan dan penguat semangat..

tentu masih terbayang bagaimana ibu menemani kita di saat2 kita sepi keseorangan..sanggup ibu tidur di rumah walaupun hatinya terbayang ayam itik di kampung yang tak diberi makan..demi anak lelaki yg disayangi..

luangkan lah masa sebanyak mgkin selagi mak masih ada..

salam utk mak..

..moga cepat sembuh..
..moga cikgu juga makin kuat..
..wl segalanya makin jauh...jauh disudut hati sy mengharapkan semuanya kembali seperti dulu..moga mak semakin sembuh..

mountdweller said...

salam sdr. rashid.

Apa pun sdr. lebih beruntung kerana masih ada insan yang bergelar IBU. Dari catatan sdr, sdr adalah seorang anak yang prihatin dan sungguh baik. Insya Allah, Allah akan memberkati saudara dan saya doakan Ibu sdr. cepat sembuh serta sihat walafiat semula.

Saya tidak juga sifatkan diri saya malang walau pun saya membesar dengan tidak mengenali IBU. Ibu saya telah meninggal setika baru saya berumur setahun lebih. Saya tinggal dengan ibu angkat yang sangat penyayang. Sekarang ibu angkat saya pun sudah pulang ke pangkuan Ilahi.

Kata-kat sdr. tepat dan amat bermakna "sayangilah ibu ketika ia masih ada"

wan hussin said...

alhamdullillah cekgu....saya pun tadi masa baca post nih ber-debar2...

sakurasa 2 said...

Alhamdulillah.. mak dah bertambah sihat n di doakan moga sentiasa sihat,

Anonymous said...

kalau sudi layari http://www.pibg-sksbs2008news.blogspot.com

ILA said...

Salam Cikgu,
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.Walau ila dah berkeluarga pun..jika ada apa2 terjadi terhadap bonda @ sesuatu keluhan darinya..cepat2 ila balik jika ada keluangan.Biarlah kita sentiasa di sampingnya..walau soal remeh,biarlah kita mjadi pendengarnya yg terbaik.Tanpanya kita tiada di Bumi Allah ini..

Semoga bonda mu..di permudahkan kesihatannya...:D

Wawa_Nadwa said...

Same2 kite d0a supaya mak cikgu cepat sembuh.
CIkgu kena byk2 bersaba k.

Ada Ayrissa said...

alhamdulillah....
sedihnya kalo baca entry pasal ibu bapa nih...

sweethOneY said...

alhamdulillah semuanya selamat cikgu..

Rashid said...

Sis Tirana,
ya sis..saya selalu fikirkan hikmah dariNya terhadap apa jua yang berlaku.

T.kasih..

Rashid said...

Alia,
Moga semuanya kembali baik lia.. t.kasih sejak mula.

Rashid said...

Miss Jaz,
ooo anak sulung manja rupanya. Tak kisah jue.. apa jua kedudukan kita dlm keluarga, kita mesti selalu 'bersama' emak. Jue, saya gembira kerana jue lakukan segalanya utk emak dan mengharapkan yang terbaik utk emak. Jue, marilah kita sama-sama lakukan yang terbaik utk emak selagi ia masih ada...

t.kasih atas doa..

Rashid said...

David santos,
T.kasih david..

Rashid said...

Hasz,
Terima kasih hasz.. moga kekuatan masih bersama saya hasz..

Luth,
Ya. sesuungguhnya Allah s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hambaNya..

Rashid said...

Bunga,
Benar bunga, saya dapat lihat kejernihan dan kekuatan pada emak bila anak-anak berada bersama .. di sisinya kala situasi yang berlaku.

Bunga, insyaAllah saya cuba untuk sentiasa kuat… (w/pun kadang-kadang hadir jua rasa kehilangan semangat dan daya). Apa-apapun, saya amat berterima kasih kepada teman-teman & blogger semua kerana kekuatan saya juga datangnya dari mereka.. datang dari tutur bicara & perkongsian rasa.

ermm ya terasa makin jauh .. w/pun sentiasa ada bersama …

Bunga.. terima kasih atas doa.

Rashid said...

mountdweller,
T.kasih atas segala nasihat uncle..

Tentang pemergian ibu dan ibu angkat uncle tu.. maaf ya. Saya doakan roh ibu uncle beroleh keredhaan Allah s.w.t..

Rashid said...

Wan hussin,
ya usin.. alhamdulillah segalanya kembali baik.

Sakurasa,
Terima kasih sakurasa atas doa yang dihulurkan...

Rashid said...

Anonymous,
Nanti saya pergi ke laman blog saudara ekk..

Rashid said...

Ila,
ermm bagus ila kerana 'menjadi pendengar yang baik'. Bukan senang ya kita sebagai anak era kini yang sentiasa sibuk ngan kerja untuk menjadi seorang pendengar yang baik terhadap tutur bicara mak. Asyik kejar masa je.

Tapi masa kita kecik-kecik dulu, kita selalu bagi 'soalan-soalan remeh' kita pada emak tapi emak masih layan & beri jawapan dengan baik, tak pernah jemu. Tiada soalan remeh baginya.. itulah emak.

(suka iklan anak & bapa & burung dalam TV suatu ketika)

T.kasih ila..

Rashid said...

Wawa Nadwa,
Terima kasih wawa.. ya, cikgu sentiasa berusaha untuk kuat dan sabar.

Sweethoney,
ya, syukurlah. Semuanya kembali baik.

Rashid said...

Ada Ayrissa,
Bila hati terasa sedih dan sayu bila mendengar kisah emak ayah, itu tanda hati kita masih lagi ada rasa dan kasih.. masih lagi bersih.

Redynne said...

Alhamdulillah...
Semoga ibunda semakin sihat..
N semoga cekgu juga semakin tenang..

:)

kuIna Jentayutiara said...

moga dia cepat sembuh
Ubat yg paling mujarat utk menyembuhkan dia ialah kasih sayang & perhatian

Rashid said...

Reen,
Saya selalu dan ingin terus mencari ketenangan dan kedamaian..

Rashid said...

Kulna,
ermm.. t.kasih kulna. "Kasih sayang ubat yang paling mahal dan mujarab.."

Signorina Syima said...

cikgu, sy doakan ibu cikgu sihat hendaknya... kejadian sebegini akan mmbuatkan kita tak nak berjauhan darpada dia... betul tak??

Rashid said...

syima,
iya syima.. ibulah satu-satunya. tiada dua..

syima tq..

dayana said...

hmmm wlaupun n3 ni dh lama n ditulis sblm yna mgenali cr tp bg yna masih lg terasa kesedihannya..u know me rite?..speechless bila time mcm ni blaku...x dpt bygkan bila ia btul2 blaku secara realiti pd yna...kehilangan ayah truly made me sad & upset! kalo kehilangan ibu apatah lagi...i love both of them...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search