Followers

09 January 2009

Masalah umpama garam, keazaman umpama air

9 Jan 2009, Jumaat, sekitar jam 10:30 pagi

Aku akan terus melangkah gagah..


Kisah 1

Dalam perjalanan pulang dari pasaraya Ekonjaya, aku terdengar sembang Dr. Fadzilah Kamsah melalui radio kereta. Beliau melalui kajiannya mengatakan bahawa 95% kerisauan yang selalu difikirkan oleh kita sebenarnya tidak pernah berlaku. Segala masalah yang dijangkakan berlaku hakikatnya tidakpun berlaku. Oleh itu, kita hendaklah tidak terlalu memikirkan sesuatu yang belum berlaku. Buangkan segala kerisauan. Hancurkan segala keresahan.

Aku tertarik dengan kajian beliau tersebut. Malah aku sendiripun walaupun sentiasa cuba berfikiran positif tetapi sekali sekala masih tetap dilanda kerisauan tentang sesuatu. Risau jika apa yang telah dirancang tidak akan berjaya, risau akan kekuatan sebuah perhubungan yang terjalin, risau jika tutur bahasa telah mengguris hati seseorang, risau jika seseorang itu berkecil hati dan sebagainya.Okey, mulai sekarang aku akan cuba buangkan segala kerisauan. Aku tak nak lagi risaukan sesuatu yang belum berlaku. Apa yang penting, aku akan merancang dan melaksanakan sesuatu dengan cara dan gaya yang terbaik. Aku akan laksanakan termampu mungkin. Segala yang akan berlaku selepas itu bukan kemampuan aku untuk fikirkannya. Cuma penambahbaikan sahaja yang akan dan dapat aku lakukan untuk hari-hari yang mendatang.

Kisah 2

Sampai saja kat rumah, aku capai sebuah majalah. Majalah Solusi. Dalam majalah tersebut, aku terbaca satu artikel. Petikan artikel tersebut antaranya menyebut:

"Secubit garam akan memasinkan segelas air. Tetapi jika garam secubit itu diletakkan ke dalam sebuah teko, kemasinan garam akan berkurang. Jika garam yang sama kuantitinya itu dilarutkan pula dalam sebaldi atau sekolam air… masinnya tidak akan terasa langsung."

Begitulah perumpamaan perbandingan antara masalah dan keazaman menuju cita-cita. Masalah umpama garam, manakala keazaman umpama air. Semakin besar keazaman maka semakin mengecil masalah, seperti garam yang hilang kemasinannya apabila air bertambah.

p/s - Keazaman besar akan mengecilkan masalah yang sedang dihadapi. Sebab itu jika kita terlalu disusahkan bahkan dikalahkan oleh masalah-masalah kecil, itu petanda keazaman dan cita-cita kita masih kecil. Jika keazaman kecil, kita sebagaimanapun bijak, hebat dan kuat sekalipun tidak akan mampu ke mana-mana. Ya, takkan ke mana-mana ...

20 comments:

mommy otai said...

yeaa betul itu..
saya setuju..tp diri sndri pon tkleh nk berubah lagi..
memang begitu sikap org melayu agknye..mgkin..pandang yg remeh amt berat sekali..

Rashid said...

mommy otai,
iya.. kita mudah dikalahkan oleh perkara yang remeh temeh. Selalu fikirkan masalah bukan fikirkan jalan penyelesaian. Banyak fikirkan yang negatif dari positif.

Farah, perlunya keazaman untuk kita berubah..

bunga said...

erm..
nampaknya semakin luas ruang..semakin ramai boleh ditemui..semakin byk perkongsian..mgkin masalah kan semakin kurang..

leh la mengundur diri..

Rashid said...

Salam bunga,

Bunga.. ruang perkongsian bicara sangat baik untuk kita semua. Dengan perkongsian bicara, kita akan beroleh ruang untuk saling memberi dan menerima seadanya. Untuk saling memahami, saling berkongsi kesendirian dan saling mengukir senyuman. Dengan ini kehidupan kita semua akan menjadi indah.

p/s - Persahabatan perlukan kita kuat untuk saling percaya mempercayai. Ia tidak akan goyah hanya sekadar berbicara... saling memberi kedamaian.

adaliciOus said...

tahun baru, masalah pun baru.
huuuuue~

- jinggo - said...

Tahniah cgu : dalam sibuk2 orang2 membiarkan hidup mengalir terus macam air disungai...ada lagi KITA dan tentunya kita2 memikirkan hidup bukan semudah itu mahu dicatur....

saya ada baca buku baru : sebenarnya dikatakan juga cgu SUARA SUARA kecil kita... yg akan menjadikan kita itu dan ini.....macam kata DR Fazillah tu. Kita sekadar membuat tafsiran.....

n a r d indie winkie said...

seriously, ape yg dr fazilah kamsah ckp betul. baru saya terfikir, memang slalu pon ape yg kita duk risau, benda tu tak berlaku.

Rashid said...

Adalicious,
Masalah itu sebenarnya yang menentukan kita sentiasa 'hidup' kerana kita akan bertindak untuk mencari jalan penyelesaiannya..

Rashid said...

Jinggo,
"SUARA SUARA kecil kita... yg akan menjadikan kita itu dan ini.."

Sungguh bermakna sekali kata-kata tersebut. Saya percaya dan berharap suara-suara kecil kita akan sentiasa memberikan idea, kekuatan dan semangat untuk kita terus mengatur langkah.. untuk kita terus menyumbangkan sesuatu kepada kehidupan ini.

Rashid said...

Salam n a r d indie winkie,
Memang kita selalu dibelenggu oleh fikiran yang cenderung untuk memikirkan masalah. Bila fikirkan masalah.. masalahlah yang akan sentiasa bersama kita.

Sebaiknya kita perlu fikirkan sesuatu yang terbaik untuk kita lakukan, untuk kita sumbangkan dan seterusnya berusaha untuk mengapainya..

nieja said...

nak pikirkan masalah
uh..pening! haha

Azwani Shaari said...

Huhuhhu, saya pun kadang2 catu.. b4 dtg srwk ni, mcm2 dok pk.. bila dtg sini,xde la as bad as i tot.. huhuh

faidulrahhim said...

salam cikgu rashid,

setiap masalah yg dtg pasti akan mematangkan kita. Hanya yang lemah dan tidak berdaya sahaja, akan tunduk dengan masalah yang dihadapi. Yang perlu kita yakin, Allah tidak pernah memberi suatu masalah yang tidak dapat dipikul oleh hambaNya. Tatkala kita menghadapi masalah, jgn bersedia, LA TAHZAN, INNAALLAHA MAANA. Insyaalah kesenangan akan tiba jua. Benar kata pepatah, Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..

Rashid said...

hi nieja..
Tak yah fikir masalah. Kalau nak fikir juga fikirkan secara positif.. cuba lihat dari sudut yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah tu..

Rashid said...

azwani..
Camana kat sana? okeykan..
Tapi saya tau azwani tentu adakalanya sedih jugakan.. ermm saya dapat rasakan. Cuma saya berharap azwani tabah..kuatkan diri..jaga diri kat tempat orang tu.

p/s - salam pada tunang ek..

Rashid said...

Faidulrahhim..

"Allah tidak pernah memberi suatu masalah yang tidak dapat dipikul oleh hambaNya"

Kata-kata yang dapat memberikan kekuatan.. terima kasih faidul..Moga kita semua melihat masalah sebagai cara untuk mematangkan dan menguji tahap kesabaran.. sejauhmana kita redha akan ujianNya.

Ada Ayrissa said...

betol betol betol..
kuatkan semangat, tekadkan azam!!!

Marzalina said...

kalau masalah umpama garam..kena larut dengan air ler kan cikgu..dan keazaman tu ibarat air...hmm...terima kasih atas nasihat ini...kadangkala mmg masalah itu tak wujud tapi kita sendiri yang sengaja wujudkan semua masalah tu...jadi yang lebih penting sekarang adalah berfikiran positif...semua masalah bole selesai.

Rashid said...

ada ayrissa,
hmmm hmmm jom kita sama-sama kuatkan nekad & azam untuk terus mara .. mara.. mara...mengapai impian.

Rashid said...

Marzalina,
iya. moga marzalina sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi sesuatu perkara.

Semuanya terletak pada diri & fikiran kita. Kita yang tentukan warna putih itu tetap putih bukan hitam. Tapi andaikata kita kata ia hitam walaupun putih maka ia pasti akan berwarna hitam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search