Followers

05 January 2009

“Nurse, boleh saya ambil gambar darah saya?"


“Nurse, saya mau ambik darah ni.” (Aku menghulurkan borang padanya..)

“Okey duduk.. dekat sikit.”

“Kenapa muka nampak lain jer?..” (nurse itu tersenyum)

“Saja le tu. Nak menakutkan aku ekk.. sorry tak takut. Cuma..” (bisik hati kecil aku..)

Aku tengok nurse itu membaca borang yang aku hulurkan.

“eee banyaknya kena buat ujian ni. Kenapa mau buat ujian semua ni?”

“Nak sambung perkhidmatan”

“Kenapa borang dari RSAT?. (* RSAT – Rumah Sakit Angkatan Tentera)

“Nak sambung perkhidmatan dalam tentera..” Aku menjawab perlahan.

“Askar ke?”

“Tak. Saya cikgu..”

“Aik. Dua kerja ke?”

“Tak. Saya cikgu. Juga pegawai di Rejimen 506 kem Sungai Durian. Jika ada latihan, kursuske.. saya pergilah sana. Itupun kalau saya free”.

“ooo ..bestnya.”

“Best?..” hehe.

“Ni kena dua kali suntik ni.” Nurse itu bagitau..

“2 kali suntik? sekali suntik tak bolehke nurse.” suara aku penuh simpati. Bukan takut. Cuma risau je. Maklumlah 2 kali suntik. eeee.. jarum tu..

“Tengoklah.. kalau dah cukup. okeylah. Tapi kalau tengok kehendak ujian dalam borang ni. Mungkin 7 atau 8 botol ni kena ambik darah ni.”

“Ni kalau ambil 8 botol ni boleh demam dibuatnya...”

“Hari itukan.. ada seorang budak perempuan. Umur 20-an. Mata berair je. Menangis. Takut bila nak kena ambik darah. hehe” (nurse itu ketawa bukan main lagi..)

Aku semakin berdebar. Bukannya apa.. lama tak kena cucuk ambik darah ni. hehe.

Nurse itu menepuk-nepuk lengan aku. Beberapa kali.. Risau juga aku. Risau jika urat tak timbul. Susah nak cucuk. Nanti tak kena urat.. alamak!!! Habis aku. Tentu lagi sakit..

“eee siapdah ke nurse?”

“Dah.. siap dah”

“Cepatnya.. Nurse kata tadi 2 kali kena cucuk?”

“Tak.. sekali je. Darah banyak dah ni..dah cukup”

Fuhh!!!! lega rasanya.

“Nurse, boleh saya ambik gambar darah saya? Nak buat kenangan..”

“Ambik je..”

“Ambik gambar nurse sekali.”

“ooo ambik gambar masa saya tengah slim.. anak 2 ekk.. hehe” (ketawa nurse itu semakin kuat).


p/s – Seingat aku. Kali pertama dan terakhir aku pernah menderma darah ialah semasa tahun pertama di UKM dulu. Aku masih ingat bagaimana aku disuntik di lengan sebelah kanan dan kemudian disuntik lagi di sebelah kiri pula. 2 kali kena suntik. Alasannya.. suntikan pertama darah tak lancar keluar.. Sejak itu .. eeeee 2 kali kena suntik untuk derma darah. huhuhuuu seriau je roma aku masa tu.. sampai sekarang..

Kehendak perkhidmatan.. terpaksa akur jua.. dulu 3 tahun sekali. Sekarang 5 tahun sekali..

42 comments:

azza_irah said...

iskk..
sy lak seriau tgn bertampal di lengan..
seumur hidup lum pernah darah diambil..teringin tapi takut.

bagus lah ckgu..punya hasrat murni sebegitu meneruskan perjuangan dlm wataniah(betul ke..)..ramai org dah surrender bila dah dapat keje tetap..

Cikgu Kool said...

Seriau pulak..seksi you! Auww!

Rashid said...

hehe.. adake dia pula yg seriau..
Betullah azza. Ramai kawan-kawan saya yg saya jumpa dah surrender..

Mereka ditauliah oleh YDPA.. komitmen. Tapi mungkin juga kerana bila dah keje.. sibuk sana sini.. tak berkesempatan.

Baru-baru ni ada jumpa kawan.. dah surrender awal. Nak sambung balik perkhidmatan.. tapi dah tak dapat dah.. dah tak diterima lagi.

Luth Textile said...

syok la derma darah..
rasa best je..
tapi balik2 tu kena rehat dengan cukup, makan banyak2..

depa kata kalau banyak makan kerang boleh tambah darah dalam badan balik.

Rashid said...

salam daddycool,
seksi???? ishhhhh ..nurse ituke? hehe. nanti saya sampaikan bila saya jumpa dia ekk..

Rashid said...

Luth..
a'aa betul. Makan kerang utk tambah darah..

luth.. saya okey je. Cuma mengantuk sikit lepas kena ambik darah tu..

AiE bAhRi said...

Cikgu..
saya belum bersedia lagi derma darah.takutttt..hehehe

Anonymous said...

cikgu askar juga?
wah, amat bagus..
berbakti.. satu pada anak bangsa dan satu lagi pada tanah air..
semoga sukses cikgu!

=)

A t i Q a h said...

saya suka derma darah. hehehe. tapi jarang2 lepas sebab hemoglobin selalu tak cukup. :(

Rashid said...

Aie,
Adake takut..tak de apa-apa. macam sebut gigit je.. gigit lepas gigit lepas.. itu je rasanya.

Rashid said...

hi nora,
"berbakti.. satu pada anak bangsa dan satu lagi pada tanah air.."

Cantik bahasa & ayat ni. saya suka. Terima kasih.

Rashid said...

Atiqah,
Iyake.. hemoglobin? macam pernah dengar je istilah ni. Lupa dah..

Saya tabik pada atiqah kerana sering derma darah. Saya pula.. adoiii

Marzalina said...

wahh...kena cucuk...cikgu rashid seriau ker..hehe...rasa mcm kena gigit semut jer kan...saya lom pernah lagi pon menderma darah...takut pitam rr hehe...dua kerja ckigu rashid buat yer...rajin sungguh..selamat berjaya!

Super Nia Hana said...

last watashi amik darak utk periksa bulan 8 2008
sakit ooooo
doktor tu cucuk byk kali

"eh..salah lag dik..sorry"

"ehh tal=kleh amik darah lak..takde darah kt sini"

uwaaaa

LYS said...

baguih3..

Sufi Idany said...

takut darah ke cikgu ? ke takut jarum? mana lagi takut ?

Anonymous said...

saya seumur idup tak pernah derma darah. lagi teruk.
takut la tgk darah. leh pitam. huhu!!

nOin anaK jamiL said...

noin start kenal derma darah ni mse dok kt USM~setakat hampir 3thun dok cni baru 2x je derma..kali ke-3 nak derma dah x boleh sbb darah x cukup~pastu try la smp 4x still x boleh gak~

agak kuciwa la sbb derma darah ni seronok taw..noin pernah amik gambar stat dr isi borang smp baring nak derma darah..best!

jd spe2 yg bleh..sila la derma =)

p/s: darah noin jenis 0

BEiB said...

suntikan itu adalah suntikan semangat
Darah tu adalah darah pahlawan.
Oleh itu,
ia adalah:
Suntikan Semangat Pahlawan
Tahniah!

Rashid said...

Marzalina,
Tak takut.. seriau tgk jarum tu jer. Ingat kenangan masa menderma dulu.. 2 kali kena cucuk dlm masa beberapa minit. eeee

2 kerja.. saya ni tak boleh duk diam. .. Masa kat Sabah saya buat satu lagi kerja - part time tutor di UMS & OUM. best!!! tapikan balik umah je.. bedebumm atas katil..zzzzzzz letih..

Rashid said...

Watashi..

kekeke.. gelak saya baca pengalaman watashi. Itulah yang merisaukan saya. Takut kena sunti banyak kali. Apa punya doktor tu. Senang je dia nak suntik sana sini.. dushh doktor tu!!!

Rashid said...

rokiah..
Jom lah derma sekali.. (dah agak makcik rokiah terlampau seriauuuu..)

Rashid said...

sufi idany,
ee takut jarum sebenarnya. Geli sejak zaman bebudak lagi. darah okey je. tuuu idany saya dengar idany tak boleh tengok darah betulke?..terus pitam. heehe

Rashid said...

Anaiz,
tu dah tahap kritikal tu. Adake takut tengok darah. Tak boleh nak bayangkan jika terguris tercalar ke..tertengok terus pitam..

Rashid said...

salam beib,
Suntikan darah pahlawan.Terima kasih. Makin bersemangat nak pergi berjuang!!!

Anonymous said...

steadylah bro....x semua org suka jadi tentera, penah masuk kursus 2 minggu jer kat Johor dulu....

Redynne™ said...

salam cekgu,
dulu mmg takut darah, tp alhamdulillah..skrg tidak lagi.. :)

*betul la ape daddy cool ckp kt ats nuun. sexy uuu.. kekekeke..*wink

eiza in the house.. said...

hai cikgu..eee..takot tu ambik darah..mak sy masa masuk wad hr tu ade dr india lelaki ambik darah tak dpt2 smpai mak sy nangis n teriak jgn cucuk lagi...dtg dr pompuan melayu, ok jerk dia ambik darah..cian mak saya tau..

kuIna said...

sy takut jarum...
teringin nak menderma tp selalu tak lepas pusingan awal...

Ibu Double Q said...

ayaiks...amek darah?? huhuhu.. i ilike..

Ada Dalina said...

sy suka derma darah..
coming soon nak g spital nk derma..
sbb skang hosp2 kita tahap kritikal perlukan darah...huhu

Rashid said...

etomyan.
Betul tu etomyan.. tak semua orang suka tentera ni. sebut je tentera lain je rasa.

ooo pernah kursus tentera ek. Baguslah sekurang-kurangnya dah ada gambarannya tentang cara dan gaya mereka.

p/s - masa budak-budak dulu. cita-cita nak jadi inspektor Sahab (sebab selalu tgk film hindi..)

Rashid said...

reen,
uikkk apa yang seksi tu?????? Saya makin kompius!!!!!! nurse ke..

Rashid said...

salam eiza,
"dr india lelaki ambik darah tak dpt2 smpai mak sy nangis n teriak jgn cucuk lagi..."

Iyake????? ishhhh rabun ke apa dr India tu..

Nasib baik saya okey. sekali cucuk je terus okey. kalau tak.. jadi kes naya ni. (tak dapat nak bayangkan cucuk sana cucuk sini..adushh)

Rashid said...

rosmona,
ooo suka ya ambik darah..

saya paling tak suka.. hehe..seriau & geli (padahal takut jarum..)

Rashid said...

Ayrissa
Iya. Memang tahap tabung darah tahap kritikal. Tak ramai berani derma (termasuk saya..) So, tahniah kepada ayrissa kerana berani..

Redynne™ said...

alaaa...yg 'putih melepak' tu la yg sexy... kekekeke..

sakurasa 2 said...

sakura memang takut darah n tak pernah derma darah.

Rashid said...

reen.
ishhh adake ke situ pula? dush 2 kali!!!

Rashid said...

sakurasa..
eee cuba derma darah sekali. Darah sakura jenis o ke? sekarang ni tabung darah kekurangan darah jenis o.. pergilah.. cam kena gigit semut kecik je..geli-geli rasa.

nieja said...

oh cam sakettt je haha

Redynne™ said...

Addddooooii!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search