Followers

23 February 2009

Maafkan bila terluka ...


Hargai bila berdua

Sayangi bila bersama

Maafkan bila terluka

Rindui bila berjauhan

Fahami bila keliru

Nasihati bila terleka

Ingati bila kesunyian

Inilah erti sebuah kasih sayang

Moga sentiasa tenang..


p/s - terima kasih atas kiriman bait kata ini ..


19 February 2009

Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar Februari 2009

Aku terima surat.. Panggilan sebagai Jurulatih Kem Kepimpinan Pemimpin Pelajar di Pusat Kokurikulum Negeri. Kem kepimpinan itu berlangsung selama 3 hari - pada 10 Feb - 12 Feb 2009. Peserta terdiri daripada pemimpin pelajar. Semua perempuan - pengawas & ketua-ketua kelas.

Dalam satu mesyuarat jawatankuasa & jurulatih ...

"Siapa kita nak pilih jadi kem komandan ni?" Pengerusi bersuara.
"Siapa lagi.. cikgu Rashidlah.." salah seorang ahli mesyuarat bersuara.

"Bagilah peluang orang lain pula. tuu Haslipun boleh" aku bersuara. Senyum. (Hasli kawan rapat aku. Aku seronok bersamanya. Sama-sama satu kepala).
"Okeylah. Rashid dah tak mau tu. Camana yang lain. Setuju kita lantik Hasli?" pengerusi bersuara lagi.
"Setuju.."

"Okey sekarang siapa kita nak lantik jadi ketua jurulatih?" Pengerusi terus bersuara.
"Siapa lagi.. cikgu Rashidlah.." Seorang lagi bersuara. Pantas je..

Aku tersenyum.. "okeylah.."


Jom kita layan gambar yang sempat aku rakamkan.. (ada lagi aktiviti yang tak sempat aku rakamkan - seperti kembara malam, keyakinan di air, berakit, aktiviti berkumpulan dll - kerana aktiviti berdasarkan base - jurulatih dah diagihkan).

Senaman pagi untuk kecergasan di samping menilai kerjasama dan cara menyelesaikan masalah

Pertolongan cemas - CPR. Terdengar juga suara usikan antara peserta. "Kalaulah orang tu mulutnya busuk .. tak berus gigi". hehe.

Salah seorang jurulatih sedang memberi tunjuk ajar.

Pertolongan cemas ke atas bayi.. juga turut diajar kepada peserta.

Peserta tekun mendengar dan melihat demo tentang cara-cara pemakaian dan teknik 'terjun' dari aras tinggi.



Peserta sedang 'terjun' menggunakan tali - keyakinan diri teruji.

"Okey, sekarang kamu pergi panggil guru pengiring kamu. Suruh diapun ikut terjun.." aku mengarahkan peserta .. (jahatnya aku..)

hehe.. sampai nak menangis guru pengiring kerana diasak / dipujuk oleh pelajar untuk sama-sama 'terjun..' (aku hanya tersenyum..)

Masa untuk tidur - "tidurlah wahai permaisuri.. tidurlah. Pejam mata .. jika kau tidur lena. Mimpikan bahagia.. "

Bangun!!! Bangun!!! wah lena tidur.. bangunpun malas ekk - mentang-mentang tilam empuk.

Sesibuk manapun kita dan di mana jua .. solat kena jaga!

Survival dalam hutan - masak secara berkumpulan

"Wah! nampak macam sedap je ikan bakar tu" aku mengusik..
"Tuan, saya rasa macam zaman batu pula.." salah seorang peserta bersuara. hehe.

Wah!! siap dengan ikan singgang lagi (kalah mommy otai..)

Apa saja aktiviti - Disiplin & kerjasama sangatlah penting. Susah senang sama-sama.

16 February 2009

Moga persahabatan kita akan kekal mekar selamanya

Kita selalu dan terlalu memikirkan perkara-perkara yang besar.
Kita selalu dan terlalu menghargai sesuatu yang jauh.


Kadang-kala kita lupa siapa yang selalu berada dekat dengan kita.
Kita lupa ada tangan-tangan yang selalu sudi mencoret kata untuk kita.


Kita lupa bicara kata yang menyenangkan yang kadang-kala membuatkan kita tersenyum sendirian.


Kita lupa akan ketenangan yang dihulurkan di kala kita diusik keresahan.
Kita lupa menghargai kisah dan perkongsian ilmu dari teman-teman.
Kita juga lupa ruang dan masa dari teman-teman yang sudi berkongsi rasa.


Walau semuanya hanya sekadar di alam maya... namun besar ertinya sebuah perkongsian.


Untuk itu, kepada sahabat dan teman-teman blogger semua.
Terimalah kad penghargaan dari saya untuk kalian yang sentiasa bersama.
Juga kepada teman-teman yang pernah dan masih sudi bersama.
Juga kepada teman-teman yang baru bersua muka dan berbalas kata.


Moga suatu hari nanti persahabatan kita di alam maya ini akan membawa ke alam realiti.


Terima kasih atas kehadiran teman-teman blogger semua.
Moga persahabatan kita akan kekal mekar selamanya…


p/s
- Malam tadi tiba-tiba terlintas.. rupanya dah hampir 10 bulan aku berada bersama teman-teman blogger di alam maya. Masih terlalu junior rupanya. Juga tiba-tiba terdetik hati... alangkah akan sunyinya hidup ini tanpa kalian semua di sisi … dan tiba-tba juga aku mula bermonolog dalaman sendirian.

14 February 2009

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata

Walaupun dah 4 hari berlalu, aku rasa mau masukkan juga sebagai satu entri - untuk aku merujuknya bila-bila masa perlu. Mungkin juga dapat aku jadikannya sebagai satu renungan…

11:46:54 bertarikh 10-02-2009

Aku terima satu sms dari Tuan Pengetua. Pengetua ketika itu sedang berada di Sarawak kerana menghadiri Mesyuarat Pengetua-Pengetua Kanan (Pengetua Cemerlang). Pada mulanya tak sangka juga aku. Ini kerana pengetua jarang sekali menghantar sms. Biasanya panggilan jer.

Berikut sms darinya.

Persahabatan itu seperti tangan dengan mata. Saat tangan luka mata menangis. Saat mata menangis tangan menghapuskannya.. ‘Selamat Hari Persahabatan Sedunia’. Semoga hidup penuh keberkatan oleh Allah s.w.t

p/s Aku terharu. Terima kasih ...

13 February 2009

Award dari teman-teman blogger

Pagi Jumaat – tiba-tiba datang mood nak kemaskinikan semua fail yang ada dalam laptop aku ni. Dah 2 bulan aku tak kemaskinikan fail. Mana fail yang aku tak mau, aku delete je. Mana yang masih relevan – aku masuk dan kumpulkan dalam beberapa folder baru.

Dalam asyik duk kemaskinikan fail, terklik pula satu folder – Folder KOLEKSI AWARD dari teman-teman blogger. (Maaf kepada teman-teman yang bagi award tapi aku terlupa nak save dan masukkan dalam folder kat laptop aku). Apa-apapun terima kasih yang tidak terhingga kepada teman yang sudi bagi award seumpamanya. Aku sangat menghargai ingatan kalian semua.

Berikut antara award yang aku terima...

TAG PEJUANG dari UNCLE MOUNTDWELLER (11 FEB 2009)

Blog uncle ini penuh sarat dengan pengalaman dan kisah benar. Kadang-kala boleh menaikkan roma bila membaca kisah benarnya. Uncle Mountdweller ini aktif orangnya. Terlalu sarat dengan pengalaman gunung dan hutan. Pengetahuan dan pengalaman politik yang dilalui menyegarkan ulasan dan komen yang diberinya. Agak kritis dan kadang-kala terasa juga pedas isu yang dikupasnya. Tapi itulah realitinya.

AWARD dari MOMMY OTAI (2 FEB 2009)

Blog mommy ini pelbagai rasa pelbagai warna. hehe.. Menu hasil sentuhan tangannya begitu menyelerakan sekali. Walaupun nampak simple je masakannya tapi sungguh real. (tuu belum makan lagi..baru je tengok foto ..). Gelagat anak keciknya pula... adehh begitu ceria dan bijak. Pintar dalam berkata-kata. Terhibur je hati bila menengok aksi spontannya.

Add Image

AWARD dari TIRANA (14 JAN 2009)

Blog kak Tirana ni penuh dengan cerita dan kisah yang boleh dijadikan pengajaran yang begitu bermakna sekali. Banyak moral di sebalik kisah pada setiap entri yang disampaikannya. Banyak juga persoalan yang perlu difikirkan bersama. Ada saja entri terbaru yang dibawanya. Rajin sungguh akak Tirana ini.. hehe.

AWARD Dari WAWA NADWA

Blog Miss wawa – ada warna-warni dan gayanya yang tersendiri. Dalam setiap entrinya – penuh dengan foto-foto diari yang dilaluinya. Bahasa dan katanya begitu segar dan mencuit hati. Selalu kena usik oleh saya… tapi miss wawa ni cool jer. Masih tetap tersenyum. hiks!!

(31 JAN 2009)

(13 JAN 2009)

(4 JAN 2009)

(4 DIS 2008)


AWARD Dari SAKURASA ( 25 NOV 2008)

Blog yang penuh puitis. Walaupun bait katanya agak ringkas tapi makna dan mesej yang nak disampaikannya begitu mendalam sekali. Di samping itu, foto-foto yang dipaparkan dalam setiap entrinya juga agak terpilih dan cantik - boleh memukau mata memandang. Terlalu abstrak sekali.

10 February 2009

Lelaki itu pernah meletakkan pisau kat leher ayahnya

Pagi jumaat lalu, aku tengok ramai je orang duk kat sepanjang tebing sungai. Aku ingatkan apa.. rupanya ada seorang lelaki mati lemas tapi mayatnya masih tak dijumpai.

Lelaki itu dah berumur 30-an dan dikatakan agak ‘kurang segar’ sikit. Dia dah biasa mandi kat sungai. Bila dia terjun sungai, dia biasanya akan sengaja tenggelam timbul tenggelam timbul. Tapi satu ketika, dia menyelam.. tak timbul-timbul lagi.

Oleh itu, usaha mencarinya diteruskan. Tapi dah masuk hari ke-6, masih belum dijumpai lagi mayatnya.

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah sembahyang hajat...

Pelbagai bomoh (dari Thailand dan Malaysia) juga telah diambil untuk ‘mengetahui’ di mana lelaki itu berada. Tapi usaha pencarian masih gagal…

(Ada seorang menceritakan pada aku.. bagaimana lelaki itu selalu bergaduh dengan ayahnya semasa ayahnya masih hidup. Pernah satu ketika, lelaki itu telah meletakkan pisau di leher ayahnya. Dan ayahnya begitu marah sekali lalu terkeluar kata-kata…“Jika engkau mati.. di situlah kubur engkau!”)

Berikut antara gambar yang sempat aku rakamkan..


Usaha-usaha mencari sedang dilakukan oleh pakar penyelam Thailand. Masalahnya hanya seorang je penyelam yang memakai tangki oksigen sedangkan sungai tu agak luas juga..

adehh.. apa tu. Siap dengan pulut kuning, pulut merah dan berasap pula tu?

05 February 2009

Siapa yang nak ikut cikgu pergi kebun?

4 Februari 2009 - 5.00 Petang di padang sekolah, aku menghampiri beberapa orang pelajar. Mereka sedang asyik menonton pertandingan bola sepak antara rumah sukan.

Rashid: “Siapa yang nak ikut cikgu pergi kebun kejap?"
Pelajar: “Buat apa cikgu?”
Rashid: “Lama benar cikgu tak tengok kebun cikgu ni. Mungkin banyak dah pokok yang berbuah.”

Pelajar: “Cikgu saya nak pergi cikgu..” (ramai pula yang nak ikut…)
Rashid: “alaa cikgu tak nak ramai. Dua orang cukup le… yang lain tengok bola tu. Bagi sokongan. Lain kali yang lain pula cikgu bawa.”
Dalam perjalanan ke kebun (lebih kurang 15 minit)
Pelajar: “Cikgu tanam pokok apa cikgu.. buah apa?”
Rashid: “Banyak cikgu tanam. Buah rambutan ada. Pisang ada.. Limau madu. Jambu mawarpun ada. Ni pandai panjat tak ni?”
Pelajar: “alaa cikgu. Tengoklah kaki dulu cikgu. Setakat panjat pokok tu…”
Rashid: “Okeylah macam tu. Kena pandai panjat. Banyak buah. Susah nak ambik kalau tak pandai panjat...”
Pelajar: “Okey cikgu. Beres..”
Sampai saja di kebun ..
Pelajar: Uiks, biar betul cikgu. Tadi cikgu kata nak pergi kebun. Ni kebun getah ni cikgu..”
Rashid “Inilah kebun cikgu… hehe”
Rashid “Hah!! apa lagi. Panjatlah. Banyak buah tu.. Macam-macam buah ada..” aku terus ketawa.
Pelajar: “Dah agak dah... cikgu rashid ni mesti nak kenakan kita ni.. hehe..” pelajar turut sama ketawa.

Inilah dua orang pelajar yang menemani aku ke kebun (nak kutip buah le kononnya.. hehe)

Tengok tu kebun aku dah penuh dengan belukar. Adooiiiii... rasa-rasanya baru je aku upah orang menebas. eee cepatnya ia berdaun kembali. Maklumlah sebelum inikan musim hujan.

oiii pergilah panjat pokok tuu.. cikgu nak makan buah ni. cepat!!! hehe.

Uiks!! nak ke mana tu? Tak payah pergi cari.. dah confirm tak jumpa punya pokok buah tu. Adehhh . (pelajar aku sorang ni tak boleh duduk diam. Asyik merayap jer sana sini. Tak pernah masuk kebun kot?)

Nampaknya kena upah orang menebas lagi ni. Lepas tu racun.. (nak harapkan aku menebas?. Alamak jadi hutan simpan le kebun getah aku ni.. ahaks!! )

03 February 2009

Wanita berambut pendek kurang seksi?

Amaran: entri di bawah TAK SESUAI UNTUK BACAAN UMUM!!! (hehe.. gurau jer).

Satu rumusan penyelidik, “Wanita berambut pendek kurang seksi dan menawan berbanding mereka yang berambut panjang”. Rumusan penyelidik turut menyifatkan rambut pendek juga menjadi isyarat wanita tidak lagi berminat mengadakan hubungan kasih sayang 'yang sah'.

Iyake ni?.. huhuhuu. Tentu ada yang tak setuju dengan kenyataan ini. Tak setuju okey tapi jangan marah ekk.. sabar .. Ini cuma kajian jer. Sekadar kajian.

Pakar Psikologi Perhubungan, Dr. Pam Spurr dipetik sebagai berkata:

“Rambut pendek juga menumpulkan tarikan lelaki terhadap wanita termasuk di bilik tidur (maaf .. hanya memetik kata). Kenyataan Pakar Psikologi ini menyusuli dakwaan pakar terapi, Pamela Stephenson yang menyifatkan wanita memotong rambut sengaja menjadikan diri mereka kurang seksi.

Seorang lagi Pakar Perhubungan, Anjula Mutanda turut mengatakan bahawa, “Lakaran di dinding gua suatu waktu dulu menunjukkan wanita berambut panjang lebih dihargai..”.

p/s – Sekadar tersenyum. Aiman tak kisah, rambut panjangpun suka... pendekpun suka (janji jangan terlalu pendek dah... lepas bahu gituuu… hiks!!!)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search