Followers

05 February 2009

Siapa yang nak ikut cikgu pergi kebun?

4 Februari 2009 - 5.00 Petang di padang sekolah, aku menghampiri beberapa orang pelajar. Mereka sedang asyik menonton pertandingan bola sepak antara rumah sukan.

Rashid: “Siapa yang nak ikut cikgu pergi kebun kejap?"
Pelajar: “Buat apa cikgu?”
Rashid: “Lama benar cikgu tak tengok kebun cikgu ni. Mungkin banyak dah pokok yang berbuah.”

Pelajar: “Cikgu saya nak pergi cikgu..” (ramai pula yang nak ikut…)
Rashid: “alaa cikgu tak nak ramai. Dua orang cukup le… yang lain tengok bola tu. Bagi sokongan. Lain kali yang lain pula cikgu bawa.”
Dalam perjalanan ke kebun (lebih kurang 15 minit)
Pelajar: “Cikgu tanam pokok apa cikgu.. buah apa?”
Rashid: “Banyak cikgu tanam. Buah rambutan ada. Pisang ada.. Limau madu. Jambu mawarpun ada. Ni pandai panjat tak ni?”
Pelajar: “alaa cikgu. Tengoklah kaki dulu cikgu. Setakat panjat pokok tu…”
Rashid: “Okeylah macam tu. Kena pandai panjat. Banyak buah. Susah nak ambik kalau tak pandai panjat...”
Pelajar: “Okey cikgu. Beres..”
Sampai saja di kebun ..
Pelajar: Uiks, biar betul cikgu. Tadi cikgu kata nak pergi kebun. Ni kebun getah ni cikgu..”
Rashid “Inilah kebun cikgu… hehe”
Rashid “Hah!! apa lagi. Panjatlah. Banyak buah tu.. Macam-macam buah ada..” aku terus ketawa.
Pelajar: “Dah agak dah... cikgu rashid ni mesti nak kenakan kita ni.. hehe..” pelajar turut sama ketawa.

Inilah dua orang pelajar yang menemani aku ke kebun (nak kutip buah le kononnya.. hehe)

Tengok tu kebun aku dah penuh dengan belukar. Adooiiiii... rasa-rasanya baru je aku upah orang menebas. eee cepatnya ia berdaun kembali. Maklumlah sebelum inikan musim hujan.

oiii pergilah panjat pokok tuu.. cikgu nak makan buah ni. cepat!!! hehe.

Uiks!! nak ke mana tu? Tak payah pergi cari.. dah confirm tak jumpa punya pokok buah tu. Adehhh . (pelajar aku sorang ni tak boleh duduk diam. Asyik merayap jer sana sini. Tak pernah masuk kebun kot?)

Nampaknya kena upah orang menebas lagi ni. Lepas tu racun.. (nak harapkan aku menebas?. Alamak jadi hutan simpan le kebun getah aku ni.. ahaks!! )

14 comments:

Unknown said...

Kebun Rashid ni kat mana, luas ke? dulu masa getah mahal, Rashid tentu loaded kan?

Anonymous said...

cikgu!!!
xdok ular ke....
huhuhuhu gerunnya saya!! :P

-cikgu nen :)

Luth Textile said...

encik rashid..
kena upah orang menorehla, baru banyak hasilnya, kan harga siling getah dah diperkenalkan

Rashid said...

salam mountweller,
uncle.. kebun saya di k.krai. kat Peria baru. Tentu uncle pernah mai k.krai ni.

Alaa tak luas uncle. hampir 7 ekar jer. hehe..

loaded??? sya hanya biasa jer.. ada lebih sikit tambah lagi tanah..

Rashid said...

cikgu nen,
Ular???? eeeee tak terfikir pula. Memang le ada. kan hutan tu salah satu tempat dia. Tapi kita tak ganggu dia.. insyaAllah dia tak ganggu kita.

Rashid said...

luth,
Wah tau juga perkembangan harga getah ya. Iya, memang saya ada upah org menoreh. Dia le yang duk menoreh dan jaga kebun saya. saya ni tak sempat luth..

Marzalina said...

cikgu rashid...apa kata keluarkan peluh tu dgn menebas kebun cikgu tu..haha..dah mcm hutan lak saya tgk..:P

fAtrinA said...

waaaaaaa...bestnyer cikguuuu..;o)

Erinsza said...

hehehe gigihnyer cikgu turun kepadang tgk kebun gi....

cehhh... boleh tahan cikgu nie.

AKTIF orgnyer...

Rashid said...

Marzalina,
ermm keluarkan peluh dengan menebas.. bagus juga idea tu. Memang saya dah rancang nak sama turun menebas tapi nampaknya masa & ruang belum mengizinkan.. hehe

Adoii dah nak jadi hutankan?

p/s - Marzalina, sy dah beli mesin menebas tapi bagi pada Pak Ya. Pak ya le yang duk menoreh & jaga kebun saya. Okeyle tu kan. Ada masa sy turun juga tapi turun jengah-jengah je.

Rashid said...

hi fatrina,
Best? ya ker.. banyak pacat kat kebun sana tu. Tak takut kat pacat ke? hehe (Pacat kat kebun saya tu agak nakal sikit. Musim hujan suka sangat kuar main-main. Suka sejuk katanya. Tapi musim kemarau nak cari bukan main susah...)

Rashid said...

Erinsza,
Aktif ek? Bukan apa erinsza. Sekadar satu aset untuk masa depan je. Era global nanti ...

Saya dah lama fikir - sebagai kakitangan kerajaan, kita perlu perancangan masa depan. Tak boleh bergantung harap pada pencen je. Sekurang-kurangnya bila dah ada aset, bila dah pencen nanti ada juga sandaran untuk kekuatan diri & keluarga..

P/s - Sebenarnya saya ni ada lagi perancangan masa depan. Moga akan terlaksana dan berjaya juga suatu hari nanti.

Anonymous said...

pelaburan utk masa depan..tahniah..

azahrohaizah said...

Kalau kebun durian., sy pun nak ikut..hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search