Followers

03 February 2009

Wanita berambut pendek kurang seksi?

Amaran: entri di bawah TAK SESUAI UNTUK BACAAN UMUM!!! (hehe.. gurau jer).

Satu rumusan penyelidik, “Wanita berambut pendek kurang seksi dan menawan berbanding mereka yang berambut panjang”. Rumusan penyelidik turut menyifatkan rambut pendek juga menjadi isyarat wanita tidak lagi berminat mengadakan hubungan kasih sayang 'yang sah'.

Iyake ni?.. huhuhuu. Tentu ada yang tak setuju dengan kenyataan ini. Tak setuju okey tapi jangan marah ekk.. sabar .. Ini cuma kajian jer. Sekadar kajian.

Pakar Psikologi Perhubungan, Dr. Pam Spurr dipetik sebagai berkata:

“Rambut pendek juga menumpulkan tarikan lelaki terhadap wanita termasuk di bilik tidur (maaf .. hanya memetik kata). Kenyataan Pakar Psikologi ini menyusuli dakwaan pakar terapi, Pamela Stephenson yang menyifatkan wanita memotong rambut sengaja menjadikan diri mereka kurang seksi.

Seorang lagi Pakar Perhubungan, Anjula Mutanda turut mengatakan bahawa, “Lakaran di dinding gua suatu waktu dulu menunjukkan wanita berambut panjang lebih dihargai..”.

p/s – Sekadar tersenyum. Aiman tak kisah, rambut panjangpun suka... pendekpun suka (janji jangan terlalu pendek dah... lepas bahu gituuu… hiks!!!)

33 comments:

mountdweller said...

Salam sdr. Rashid.

Bukankah cantik, seksi adalah sesuatu yang subjektif?

Penilainya adalah manusia ramai yang mempunyai pelbagai selera.

Uncle tidak setuju!

Tirana said...

Cikgu Rashid..

Saya dari kecil sampai dah tua sekarang ni tak pernah berambut pendek macam lelaki..hehehe..paling pendek pun melepasi bahu..dan paling panjang mencecah pinggang.

Wanita berambut panjang seksi?? Padanlah suami saya tak izinkan saya potong rambut..hehehe..

mommy otai said...

ermmm...
rasenye sume yg dipetik ni tk btul sgt kot..hahahhaaa...
first time betah ni..kehkehhh..
jgn mare aaa..!!!

Rashid said...

salam uncle mountdweller,
hehe.. iya. sajer je saya masukkan dlm entri. Dah agak.. tentu ada yang tak setuju.. tapi takperlah. Sekurang-kurangnya pelbagai reaksi menunjukkan kita ni mempunyai citarasa yang berbeza.

Tidak setuju ek.. SATU UNDI TAK SETUJU.

Rashid said...

kak tirana,
Iya.. saya rasa ramai orang laki sukakan perempuan yang berambut panjang..mungkin ada keseksian dan keindahan di sana. mungkin...

so satu cara nak tau okey ke tak..tanya pandangan suami. itu yang pentingkan.. kerna panjang pendek hanya untuk dia jer.

Rashid said...

mommy otai,
Yup!! bagus tu mommy. saya sukakan jawapan yang jujur. Satu pandangan yang terbuka.
okey.. dah 2 UNDI TAK SETUJU!! ahaks!!

psstttt!!!! tanya sikit..

Hasz said...

yeke? berambut pendek x seksi ker? patutla hasz slalu dgr org lelaki suke ppuan yg berambut pjg.

emmm...nmpknye kene la simpan pjg lagi rambut nie. br lepas paras bahu je nie. huhuhu

bunga.. said...

salam..
rambut hanya sebagai medium..hati sebenarnya yang berbicara..

ILA said...

Salam cikgu,
Hmm..saya menaip ni sambil tersenyum malu2 sikit..hehe:P
ini hanya pndapat dari ila saja...
1)ttg rambut pendek..munkin ianya berdasrkan analisis saja.Tapi kenyataannya lelaki muslim tentu tak kesah .Apa yg pnting adalah agama.aha!! kat sini Cikgu perlu berbalik kpd cara islam memilih wanita sebagai isteri.
2) hehe..bab mbuat hubungan secara halal...itu bergantung pd keadaan.Tapi rasanya kalau bab 'bershopping' lagi best banding nak buat benda tu...hehehhe!!!
ahaaa!!harus di ingat..perempuan punyai nafsu lebih dari satu;)
termasuk SHOPPING!!!!

p/s:maaf kalau meleret cerita..hihikk:p

Signorina Syima said...

uwaaaa!!! cikgu jgn la berpendapat macam tu!!!

sy baru potong rambut pendek. syg rasa nya memotong rambut yang dah hampir lagi 3inch mencecah pinggang.. saya TERPAKSA potong dek kerana takut tgk rambut yg selalu gugur ke lantai... sampai ada cakap sy dah macam orang kat pos dipang (orang asli) tu.

Rashid said...

Hasz,
ermm.. baru lepas paras bahu ekk.. tapi kalau kena caranya, paras bahupun menarik juga..

Rashid said...

Salam bunga,
iya.. hati berbicara tanpa kata..dari mata turun ke hati..

Rashid said...

Salam ila,
Adehhh.. menarik sekali pandangan ila. hmm betul gak ek.

1)memang dalam pencarian tu.. kita digalakkan mencari dan utamakan agama dari fizikal apajua. Cuma realitinya.. kita ni masih lagi 'dari mata turun ke hati'. hehe.

2) Ila.. tiba giliran saya pula tersenyum baca ila punya yg no 2.. saya setuju ngan ila - perempuan katakan..shopping tetap no 1.. yups!!kebahagian ada di sana ekk..

p/s - masih lagi tersenyum..

Rashid said...

Syima,
Sollyyyy..saya tak berkata dan berpendapat begitu. Cuma ia sekadar kajian dari diorang je.

takper syima.. rambut pendek kalau kena dengan raut muka manis jua nampaknya.

p/s - teringat masa kat UKM dulu.. pernah jatuh hati pada Amoi Melayu rambutnya pendek paras bahu. Amoi katakan. ops! pssssttt..

nahmy said...

susah nak cakap...'its depend to the eyes of the beholder' laa.. apapun yg pastinya klu lelaki yg rambut panjang mmg tak nampak seksi langsungg!!

makcik rokiah said...

ala..
ade skit panjang lar..
kekekke..

Marzalina said...

Rambut..panjang atau pendek...dua-dua saya dah pernah rasai...rambut pendek..selesa..ringan kepala, terutama kalau pakai tudung, rambut panjang lak..tak larat nak jaga hahaha,,,tapi kalau nak potong rasa sayang lah pulak, sekarang ni...rambut panjang atau pendek...rahsia..haha..

Wawa_Nadwa said...

yela klu rmbt dh mcm laki nk seksi ape kejadahnye.
tapi sekarang dh trend la.
ok wat..

wanita salu dikaitkan dgn rambut.
rambut yg cantik melambangkan mahkota wanita gitu.
wahh!

=P

sakurasa 2 said...

Sakura rasa gadis2 yang berambut panjang lebih kelihatan ayu n lebih menggoda he he he

Redynne said...

Salam..
Hmmmm..ye ke? hmmmmm... eeeh..? hmmmmm... :P

Ada Ayrissa said...

hehehhe...gitu lak pulok yer?
tp lain org lain citarasa kan..
ahaksss..

Rashid said...

salam nahmy,
Kalau laki berambut panjang bukan saja tak seksi tapi nyampah betul..

p/s - marah betul bila tengok dari belakang ingatkan perempuan (apa taknya rambut panjang..) tapi aduhai mak.. Jantan rupanya. hehe..

Selalu tertipu oleh 'rambut' bila jalan-jalan bersiar di kota.. bencik tul!!

Rashid said...

makcik rokiah,
hehe.. okeytuu. tergolong dalam golongan sedang-sedang ek..

Rashid said...

Marzalina,
ooo pernah cuba berambut panjang dan pendek.. tentu dah tau 'kemanisan' yang mana lebih bila berkeadaan sedemikan.

ermm rahsia ekk.. okeylah. Itu hak asasi marzalina. Takde sapa yang boleh ceroboh. ahak!!!

Rashid said...

Wawa nadwa,
hmm hmm 'rambut mahkota wanita'..
Terserlah kejelitaan, keayuan dan kesopanan wanita bila memiliki rambut yang ngan dengan raut muka. Tapi jika sebaliknya???... huhuu. adale yang nampak tembam walaupun hakikatnya tidak. adehh!!

Rashid said...

Sakurasa,
yake wanita berambut panjang lebih ayu? hmmmmm.. sukarnya nak bagi jawapan ni..

Rashid said...

Redynne..
tuuu duk banding dengan dirilah tuu.. hmmm..hmm.. ????? hmmmm ???? psstttt!!! ooo.. hehe

Rashid said...

Ada ayrissa,
ya ada ayrissa, lain padang lain belalang, lain negeri lain pula cara masak dan rencahnya.. tapi pokok pangkalnya tanya hati .. dari 'mata turun ke hati?" ..

adaliciOus said...

erm org laki suka ppuan rambut panjang ye? tp kalau org islam tu, mcm mana nk cari pasangan yg rambut panjang, kalau ppuannya pakai tudung?

hurm, rambut pjg lawa, lagi2 kalau 'rebonding'..heheh

Rashid said...

adalicious,
rebonding.. cam dalam film hindi tu ke? hehe. Setau saya orang laki ni sebenarnya tak kisah sangat.. yang penting bila hati dah suka. tak kira lagi itu sumer - panjang ke pendek ke. Cuma kalau ditanya tentulah kebanyakannya mau rambut tu sekurangnya yang melepasi bahu..

Honey Bee said...

Salam kenal...
Rambut panjang atau pendek sebenarnya bergantung pada individu..rambut adalah mahkota bg seorang perempuan..jadi utk menjaganya mengambil masa..tentu mereka sesuai berambut pendek janji bersih..drpd berambut panjang tp x terurus..diri sendiri akan rasa x selesa..

Rashid said...

Honey bee,
ermm menarik.. janji rambut bersihkan. Kalau kusut masai penuh dengan dot dot dot .. eee kan tak seksi. huhuuu..

Anonymous said...

[url=http://www.realcazinoz.com]casinos online[/url], also known as settled casinos or Internet casinos, are online versions of method ("buddy and mortar") casinos. Online casinos set separate gamblers to major up and wager on casino games downright the Internet.
Online casinos normally drag up respecting work odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos act higher payback percentages in the business of affect automobile games, and some crowd community payout volume audits on their websites. Assuming that the online casino is using an aptly programmed unpremeditatedly scads generator, put up games like blackjack question of as an established figure edge. The payout slice as a replacement on these games are established to the pith the rules of the game.
Assorted online casinos sublease or discern their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Wide-ranging Artfulness Technology and CryptoLogic Inc.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search