Followers

18 March 2009

Jom kita jalan-jalan cuci mata di Ekspo Mapex 2009

“Wah!! cuti sakan nampaknya cikgu rashid ni..”

Ahahhh. Itulah kenapa tak mahu jadi cikgu. Kan seronok!! Cuti banyak.. hehe. (iyake cuti banyak ni?)

Aku tak sedar rupanya dah hampir 5 hari sekolah cuti. Sekejap saja rasanya. Aku pula habiskan cuti sekolah ini dengan rancangan yang tersendiri. Dalam cuti ini, aku tak berapa lekat kat rumah - balik kampung, jengah rumah saudara-mara dan kawan, hadir kenduri dan sebagainya.

Bila balik je kat rumah, ada kerja menanti – kertas jawapan ujian pelajar. Maklumlah sebelum cuti sekolah baru-baru ni, ujian pengesanan 1 baru je habis diduduki oleh pelajar. Oleh itu, aku terpaksa luangkan masa untuk semak kertas jawapan pelajar. Itupun bila mood rajin tiba. hehe. (apaler cikgu ni..).

Teman-teman blogger, bukannya apa. Mengajar kelas tingkatan 4 & 5 begitulah – kena fokus sikit bila semak jawapan pelajar terutama soalan esei. Dan yang pentingnya mood rajin itu mesti ada. Kerna bila cuti sekolah mood itu ada-ada je gurauannya. Apa yang pasti, mood keluar jalan-jalan tu le yang banyaknya.. hahahh..

Oh ya, esok (19 Mac 2009) akan bermulanya Ekspo Mapex 2009 (Ekspo Hartanah Malaysia) Negeri Kelantan. Ekspo ini bermula selama 4 hari (19-22 Mac 2009) bertempat di KB MALL, Kota Bharu. So, jika ada teman-teman blogger mau jumpa aku – bolehlah kita jumpa di sana esok. Wah!! macam aku ni agen hartanah pula bunyinya.

Aku bukannya apa. Saja je nak pergi ekspo Mapex tu. Aku difahamkan terdapat 18 pemaju perumahan di seluruh negeri Kelantan akan berentap di sana. Terdapat 1,700 rumah juga akan ditawarkan. Malah ada insentif khas lagi. Wah apa lagi.. bukan senang ni nak tengok pameran dan tawaran rumah-rumah baru sebegini.

Teman-teman blogger, Jom kita jalan-jalan sambil cuci mata tengok rumah-rumah…

12 comments:

Afida Anuar said...

Salam Cikgu Rashid..bestnye jadi cikgu..cuti lama..hehe..

Dulu time kecik2..cuti sekolah aje, mak ayah pasti bawak jalan2 ke kelantan. Nape entah selalu sangat ke sana. Ni cuti sekolah kali ni,mak bagitau mau ke kelantan lagi..huhuhu.. besok atau lusa kut. Kalau depa singgah KB Mall, pasti terserempak dengan cikgu kan?? hehehe

nak cuti jugak!! whuaaaaaaaaa..erkk

Ryehanna said...

wahh..mmg best betol kalau cuti sekolah! jelesnyer.. huhu

Rashid said...

Salam afida.

Memang sangat best jd cikgu ni.. (saja je ni bagi afida jelesss).

hmm hmmm sebenarnya jadi apapun bestle afida.. yang penting kita happy ngan keje kita. Bila kita dpt kepuasan ngan keje kita maka itulah nikmat hidup sebenarnya.

Afida, iyake selalu ke kel. Tentu ada sesuatu kat kelantan yg menarik hati mak ayah afida tu. Dia nak cari jodoh buat afida kot. hehe..

Ohya..kalau dtg esok kat KB MALL .. tentu akan jumpa..

Rashid said...

Salam ryehanna,
Cuti sekolah ni boringlah.. hehe. Sebabnya ialah selalu nak kuar jalan-jalan cari makan..

ryehanna.. jangan jelesss nyerr..

ILA said...

Salam Buat Cikgu..
akhirnya tersembul entry baru gak yeakkk..hehe
ermm..actually walau ila bukan guru..tapi sbagai suri kpd seorang guru & ibu kpd 2 org anak2 harus sporting dgn situasi mereka.ni ha...hari ni baru kmbali ke tmpat kerja...uiii..berlambakk kerjaaaa menanti...adehhhh

cikya said...

Salam cikgu.....
Kalau cikgu dah penat p jalan-jalan cari makan, apa kata cikgu cuba masak sendiri.Buat permulaan mungkin masak simple je,nasi, sayur, sambal dan ikan /ayam goreng je.Mesti sedap. Kalau tak confident cikgu beli buku resepi, just follow,mesti jadi nyer.Bosan gak kan asyik makan kat luar jer.

Afida Anuar said...

Hehe..mana ada cikgu.. gi kelantan, gi shopping la. Bukan cari jodoh..jodoh tak semestinya ada kat kelantan..eheh:P

selalu ayah bawak pi pengkalan kubur, rantau panjang, pasar besar khadijah...

tp sejak dah kerja ni,jarang dh join diaorang gi kelantan..huhuhu...

Cikgu duduk kat Kota Bharu, kampung apa yer?ramai jugak mmber sy orang kelantan..heheh

Rashid said...

Salam ila
Yup. cuti ni saya ni asyik kuar rumah jer. Malam baru ada..

ermm bertuahnya abg tu kerana mempunyai isteri yang sporting... moga ila bahagia selamanya.

hehe..suka saya bila ila bagitau banyak kerja menanti kat pejabat.. berlambak pula tuu.. bagus bagus!!. (jangan jelesss sy masih cuti..)

Rashid said...

Salam cikya,
Uikss camana tau ni saya asyik kuar makan kat luar je ni.. hahahh.

Bukan apa cikya. Semasa kat Sabah dulu.. saya ni selalu masak juga. Setakat nasi goreng simple, mee goreng simple tu dah bese. Kadang tu masak juga ayam / ikan goreng kicap, goreng sambal berlada, sos tomato, ikan singgang, telur dadar.. sup ayam.. ayam kukus. (maklumlah kat sabah tu susah nak cari kedai Melayu.. asyik kedai mamat je. Mukapun dah jadi mamat ni).

Tapi bila kat kelantan ni.. masak juga. Cuma bila duk sorang ni takde mood le nak masak. Rasa nak makan berteman - tuler kuar tu. Kat kedai makan kat luar tu ramai orang.. hehe.

cikya.. pssttt!!!!!!! abis di sini ek.

Rashid said...

Afida,
ermm tak nak ngaku ek. Shopping tu cuma sambilan je. Cuba tanya mak ayah tu.. dia sedang cari org kelantan. Saja tak nak bagitau afida..

Saya skrg ni duk kat Kuala Krai.. dikelilingi kehijauan kelapa sawit. Aman.. tenang.. damai..

Afida Anuar said...

Hahaha..iyo la tuh cikgu:P
takde maknenye diaorang nk carikan..diaorang suh sy cari sendiri ada la..whuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

owh kuala krai... jelesnya dapat berbakti kat tanah air sndiri..bila la sy dapat buat begitu..huhu

sy ni tengah berusaha cari kerja kat trg/kelantan. Senang, dekat dengan famili...takmo la merantau cari rezeki kat tmpt org lama2 ni..hehehe.. tp susahnye nk cari kerja kat Trg/kelantan dlm bidang sy ni...ada la mintak UMT,UMK..tp rezeki semua Allah yg tentukan..yg penting usaha dulu kan?

bila pikir2 duk putrjaya/cyberjaya ni best jugak cikgu...hehehe, tp takde la setenang berada di kampung sendiri. Tenang kg lain. Tenang bandar lain....
waAllahualam..

Rashid said...

Afida,
hehe.. saja saya gurau jer.
ooo kat putrajaya rupanya afida sekarang ni. takper afida. berbakti kat manapun okey je. Janji kita ikhlas.. ada kepuasan pada diri.

Memang nak keje gov kat kel / tganu ni susah. Tengok saya brp tahun keje kat sabah.. baru dpt balik kel. Ada kwn saya tu dah berbelas tahun keje - mohon balik kelantan tp sampai ari ni masih tak dapat..

Apapun saya doakan moga afida tenang di mana jua.. . Mungkin suatu hari nanti afida kan balik jua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search