Followers

09 March 2009

Latihan Tentera di Kem Sg. Durian, Kuala Krai

Jumaat & Sabtu – aku menghadiri latihan tentera Batalion 3, Kem Sg Durian, Kuala Krai. Untuk makluman rakan-rakan, latihan tempatan ini akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu – sebulan sekali - bermula bulan Februari dan berakhir pada bulan Oktober. Lebih kurang 100 lebih anggota terlibat dalam latihan tersebut. Sepanjang latihan, semua anggota dikehendaki berada di dalam kem dan tidak dibenarkan keluar dari kem… kecuali pegawai!! (Baguslah tu. Aku tak larat le nak bermalam di kem - kena balik juga - sebab nak on9 internet - rindu beb pada teman-teman!!)

Pada kali ini, aku gembira sekali kerana 5 orang pegawai baru telah melaporkan diri di kem tersebut. Mereka adalah dari PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) dan lulusan universiti awam tempatan.

Kedatangan pegawai-pegawai baru ini sedikit sebanyak meringankan tugas aku. Ini kerana biasanya aku yang selalunya memberikan kelas kepada anggota. Kali ini aku sekadar membantu dari belakang. Bukannya apa – sekurang-kurangnya pegawai-pegawai baru ini dapat biasakan diri dengan tugas, cara dan gaya sebagai seorang pegawai di kem tentera.


Seorang pegawai memberikan kelas kepada anggota - kelas taktik peperangan.


Selepas kelas, anggota didedahkan dengan latihan amali. Satu platun sebagai demo & satu platun lagi melihat sambil diberi taklimat oleh pegawai.


Wah siapakah gerangan pegawai yang sedang berjalan penuh bergaya dan 'macho' tu? ahak!!

Anggota diberi taklimat tentang aspek pertahanan keliling setelah serangan dilakukan terhadap pihak musuh.

Selepas selesai latihan amali, anggota diberi peluang untuk bertanyakan soalan tentang situasi yang berlaku.

Uiks!! bencinya aku pada foto ni. Akupun tak tau, bila pakai pakaian celoreng tentera - muka budak ni nampak serius semacam jer.

22 comments:

Miss Jaz said...

hik.hik...encemnyer gambar yg last tue...walau nampak serius,tapi....oklah!!!he..he...

ILA said...

Salam cikgu,
ermmm..sangat mnarik gambar yg terakhir;)
ada guna mana2 software ke..utk wat adjustment??
erkkk??muka budak?? sapakah BUDAK itu??? :p

Rashid said...

miss jaz,
eee perlilah tuu.. dushh dushh!!

Rashid said...

Salam ila..
Yup ada. saja suka-suka klik & tukar warna backgroundnya.. saya tukar kerna benci tengok budak tuu.. serius je.

Naper ila. Ila mau kenal ngan budak tu ke? nanti saya tanya namanya k ..

sakurasa 2 said...

Wah segaknya cikgu dengan pakai pakaian celoreng tentera + macho
:-))

Rashid said...

sakurasa..

uiks..belum tdo lagi ek. jom tido.. dah lewat ni.. hehe

Anonymous said...

ni gambar amik sendiri ke..nasib baik cuaca panas. kalau kat somerset mahu beku sejuk.

Rashid said...

Anonymous,
Yup. Masa lebih kurang jam 11.30 pagi. Memang tengah panas - sebab tu ada anggota tertunduk - silau panas matahari.

Oh yake - maaf somerset tu kat mana ek? ..

mommy otai said...

ensem laa..ape lak buruk..
tp kan..cam rupe abh la muda2..hahahahaa...abh oh abh..i miz uuu

Ajwin Ajeera said...

laa.
awk cikgu ye?

eRRuL AspHyxiAteD said...

salam singgah

aliadijamina said...

kiri..kanan..kiri..kanan...
heppp..jangan pandang belakang...
hehehehehhehe...

Rashid said...

Mommy otai,
Farah.. abh miss uuu too.. hahahhhaa.. mandai-mandai je farah ni..

Rashid said...

Ajwin ajeera,
ia saya cikgu.. naper ajwin ajeera. Tak percayake? (macam dalam iklan tv..

Selama ni anggap saya keje apa ek. Atau... tak nampak macam cikgu ke..

Rashid said...

eRRuL AspHyxiAteD
Salam jua. Terima kasih errul asphyxiated.. (adehh berbelit lidah sy menyebutnya..) kerna singgah sini.

Rashid said...

Alia,
oooo kiri kanan kiri ek..
Cuba gambarkan alia sedang berkawat.. tentu hancus jadinya!!! hehe.

[yAN!e][pUTraJAya] said...

♠ kim salam kat abg2 askar yg encem2..

he he he

(^_^)

♥Yanie Putrajaya♥

*********************************

Rashid said...

[yAN!e][pUTraJAya]

oooo mahu ngorat ekk... Beranike yanie dengan diorang tu.. diorang tu pantang tengok perempuan tau. Akan disapanya dengan penuh berani dan gentleman. hehe..

mountdweller said...

Ak..ah.. nampak macam anak Saddam Husein jer!

Pedih pun seronok kan? Uncle dulu berlatih di bawah 3 orang Pegawai Komando selama 15 hari. Bayangkan....

Rashid said...

Uncle Mountdweller,
ishh kekekkekk... ketawa saya bila uncle kata saya cam anak saddam hussein..

Wah. tak boleh nak bayangkan uncle berlatih bawah peg komando. Tentu dilanyaknya uncle & kawan-kawan tu.. issh dapat bayangkan..

kakyong said...

Amboiiii benci tp rindu tu...hehe...tgk baju celoreng tu tingat dulu2 zmn tgu spm..isi masa dgn join RELA. 2 mgu kena dera duduk kem. Sejibi jd pranita...huhuhu

Rashid said...

salam kakyong,
hmm pernah join RELA rupanya. tak sangka.. hahahh.

Kakyong memang kerana seronok itulah saya sejak dari PALAPES lagi sampai sekarang tak pernah putus dengan latihan tentera ni..

Kalau ingatkan kesibukan keje rasanya nak berhenti je dari pergi kem tentera ni.. tp bila fikirkan sumbangan dan bakti.. gagahi jua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search