Followers

24 March 2009

Tanda Persahabatan dari Sakura


Dari sakura, salah seorang sahabat blog - berkongsi sesuatu dengan para blogger dan pembaca semua.

Saya tabik pada sakura. Dia ini rajin. Ada-ada je entrinya. (Tak macam saya. Sibuk memanjang. Dushhh cikgu padahal cikgu ni malas).

Saya tersenyum je bila baca komen pada entrinya:

Saya: "Sahabat bagaikan bintang. Saya le tu. hehe. Suka bila ada perkataan bintang".
Sakura: "Cikgu adalah di antara kerdipan bintang2 yang menyeri hidup sakura.."

Wah romantis betul sahabat saya ni seromantis nya setiap entri kat blognya.

22 comments:

Idalara said...

Bila sesuatu menjadi 'bintang' dalam hati kita maka kita akan sentiasa berharap yg terbaik buat dia..kita akan sentiasa berusaha utk mengembirakan dia...bagi saya anak2 adalah 'bintang' dalam hati dan hidup saya yg umpama 'bulan'yg sentiasa dikelilingi 'bintang2'..kerana 'matahari'telah lama menjauhkan dirinya dr 'bintang2' saya..bertuahlah cikgu jika anak2 murid sentiasa menganggap cikgu adalah 'bintang hati' mereka..

Unknown said...

cgu

sakura tu...mmmm
memang romantik
tahu meletakkan kawan2 ditempat yang betul....

Unknown said...

Salam Rashid.

Jiwang-jiwang, itulah sakura. Romantis dan berjiwa halus mengikut firasat uncle. Tapi masih ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik keringan dan sikap bersahajnya itu.

Batul tak sakura?

Miss Jaz said...

sapalah saya..he.he.

Afida Anuar said...

salam cikgu rashid...dulu saya selalu pasang angan-angan ingin capai bintang di langit tinggi.. rupanya bintang itu mmg takkan pernah saya capai smpai bila bila....huhu..
sebab saya hanya mampu menatapnyer aje...

Rashid said...

salam idalara,
Sukakan bintang kerna kerdipannya begitu indah sekali. memberikan cahaya kepada kegelapan malam..

ermm moga bulan dan bintang akan kekal ceria bersama idalara selamanya walaupun 'matahari' telah menjauhkan diri..

Moga tabah ..

Rashid said...

Salam cikgu jinggo,
yup!! memang dia gitu. Romantis.. dan kenal erti persahabatan. Bertuah dpt berkawan dengan dia.

Penuh warna-warni yang kadangkala sukar nak difahami.. maksud saya bicara madahnya. Terlalu kompleks..

Rashid said...

Salam uncle mountdweller,

Memang jiwanya halus uncle. Ada sentuhan..

Sayapun dapat rasakan sesuatu pada dirinya. Sedang dan suka mencari kedamaian..

Rashid said...

Miss jaz,
hmmm naper ni miss jaz. ada sesuatu yang mengusik hati ek. hehe..

Apapun saya berharap miss jaz pun akan dapat sinaran dari kerdipan bintang-bintang..

Rashid said...

Afida,

Takper. Memasang angan-anganpun adalah juga satu kejayaan. Ia sebahagian darinya.

Tak semestinya semua yang kita nak dapatkan. Itu dah jadi lumrah alam.

Menatap dan senyum.. juga boleh bawa kegembiraan..

mommy otai said...

errrr...
nk bintang jgkk..
tk kire nk jgkk..heheee

Rashid said...

mommy otai..
eee nak juga ek. dushhh dushhh ngan lembutnya utk dik farah..

Ada Dalina said...

"Cikgu adalah di antara kerdipan bintang2 yang menyeri hidup sakura.."

wow...so sweet la cikgu..hehehhe

ILA said...

Salam cikgu,
wahhh..sangat TERUJA punyai sahabat sebegitu kan..:D

sakurasa 2 said...

Cikgu Rashid
terima kasih kerana sudi menerima kad ucapan sebagai tanda persahabatan dari sakura,
moga persahabatan kita abadi selamanya...

"Yang terindah di langit adalah bintang-bintang yang bergemerlapan"

salam dari sakura

kuIna said...

sy nak bintang gak.. then leh dpat title DATUK ker, DATIN ker, TAN SRI ker, TUN SRI ker...

dpt bintang hati udah la...

Rashid said...

Ada ayrissa,
so sweet.. ermm teringat lagu lama.
"sungguh manis.. memang manis..". hehe..

Rashid said...

Ila,
yup ila! memang terasa bertuah sangat kerana punyai sahabat sebegitu.. sentiasa berusaha untuk bersama walaupun tak dapat sepanjang masa untuk bersama.

Rashid said...

Sakura,
Kad dari sakura sapa yang tak sudi. Saya sangat menghargainya.
Ya, moga kita terus bersahabat hingga ke akhirnya.

Teringat masa kanak-kanak dulu.. pernah bertanya soalan, dari mana datangnya kerdipan cahaya pada bintang-bintang di langit?. Sungguh indah..

Rashid said...

kuIna Jentayutiara,
Uiss.. mau datin rupanya. okey sekarang saya panggil nama baru, Datin kuIna Jentayutiara (cantik sebutannya..).

Marzalina said...

hmm..cikgu ni bintang hati para blogger hehe

Rashid said...

Marzalina,
Intan.. bintang hati para blogger? ermmm.. ada-ada je intan ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search