Followers

02 March 2009

Wanita sukar kawal nafsu makan?


Wanita sukar kawal nafsu makan?

Benarkah penyataan yang mengatakan kaum wanita sememangnya sukar mengawal nafsu makan? Bagi aku, bila difikir-fikir dan direnung-renung, terdapat juga akan kebenarannya. Tengoklah dalam blog kawan-kawan wanita. Tak dapat dipisahkan dengan entri soal makan-makan ni. hehe. Berselera je...

Satu penyelidikan di Britain mendapati bahawa wanita sememangnya lebih lemah berbanding lelaki dari segi menahan lapar dan menolak makanan. Ini terbukti melalui kajian oleh Saintis di mana mereka telah menjalankan kajian menggunakan imbasan otak sukarelawan lapar.

Kajian ini membantu menjelaskan mengapa wanita lebih berisiko menghadapi masalah makanan dan mengapa lelaki lebih mudah hilang berat badan (betulke ni?).

Kajian membandingkan aktiviti otak lelaki dan wanita untuk melihat jika perbezaan biological antara kedua-dua jantina mempengaruhi kemampuan otak menahan kelaparan.

Penyelidik meminta 23 sukarelawan yang sihat dan kurus supaya berpuasa selama 17 jam, kemudian memberikan sepinggan makanan kegemaran mereka, termasuklah sandwich telur, ais krim dan kek cokelat. Mereka kemudian diminta cuba menahan lapar dengan memikirkan perkara yang tiada kaitan dengan makanan. Tapi ternyata orang perempuan kalah. Kalah dengan godaan makanan itu.. manakala orang lelaki cool jer.. huhuhuuu..

p/s – Adoiii kenapa tiba-tiba rasa lapar ni? ishhhh…

31 comments:

azza_irah said...

tido lewat mmg mudah rs lapa..
cb lah tido awl ...

tinggalkan seketika apa yang telah menjadi habit...rehatkan minda..lepaskan lelah..beri ruang utk diri kembali menjadi diri sendiri...

kadangkala sesuatu yang baru memang mengujakan..sebab itu ramai yang terleka..

adaliciOus said...

haa tu ayat last tu cikgu tetiba teringat makanan, lapar tu...
lelaki pn mudah terpengaruh la ye? hehe

mommy otai said...

alaa pndai je la kajian tu ek..
org laki ramai gak lps kwen perut boroi semacam kan..hehehhehee...

p/s nak seribu daya..huhu

ILA said...

Adoiiii...cikgu wat tajuk ni..TERASA SAYA...BLEY??
hehe....Secara peribadi, 2 situasi yg tak bley saya kawal sehingga mgambil mkanan dlm kuantiti yg byak.
1) BErasa sedih
2) Mbuat kerja ofis di mlm hari. Sudah pasti saya akan mgambil mkanan dlm kuantiti yg byak..bila dlm situasi2 di atas.Chip potatoes & nuget mjadi pilihan.Serius mmg tak leh kawal lerr..Cara yg terbaik,saya penuhkah frezer dgn buah2an.skurang2nya mgawal kadar kenaikan kolestrol dlm badan.

Blog2 para wanita yg suka meletakan pic 'makanan' lebih mbawa maksud 'mereka pandai masak'& mereka berasa bangga dgn hasilnya.
Eh..bukankah para2 suami cukup bertuah mdapat wanita2 yg sebegitu?? betul tak cikgu??

ermmm...saya juga tergolong di kalangan mereka yg tak bley mbiarkan 'coklat cake' bgitu saja...ermmm..nyum..nyummmi~~
aduiiiiii!!!

Rashid said...

salam azza,
Wah nampaknya azza ni berpengalaman ek. Tapi memang betul, jika tidur lewat pasti kelaparan tahap gaban akan datang..

pssstttt azza, bila rehatkan minda je akan terus terbayang menu yang menyelerakan.. adoiii..

Rashid said...

Adalicious,
hehe.. pecah rahsia!!! hmm entahlah rasa lapar datang tiba-tiba je bila entri tajuk ini.

Adalicious, saya rasa lapar je tapi masih dapat tahan dan kawal... hahahh (tak nak ngaku kalah.. dasar lelaki - ego)

Rashid said...

mommy otai,
Uiks marah nampak!! tu le blog mommy salah satunya yang saya maksudkan tu..hahahh.

Orang laki perutnya boroii kesan dari masakan kaum mommy le. Pandai sangat masak yang sedap-sedap.. abis nak bagi badan dan perut fit camana? dushhh mommy..

Rashid said...

Ila,
hahhh.. saya suka dengan keterbukaan dan kejujuran ila dalam beri komen ini. tuu ayat 'Serius mmg tak leh kawal lerr'... memang terbuktikan!!

Tapi nakal juga ila ni.. selera akan bertambah bila time sedih? hmmm bagus-bagus. Sedih je nyumm nyumm.. lupakan kesedihan dengan nyumm nyumm. huhuuu ubat penawar kesedihan dah ditemui..

Ila, memang betul. Suami akan rasa bahagia je bila ada wf yang suka dan pandai masak. Saya sebenarnya bangga ada kawan blogger yang hebat dalam memasak ni.. suka tengok..(tengok je tapi masih boleh kawal nafsu makan tau..)

Ila, bila ila sebut
"saya juga tergolong di kalangan mereka yg tak bley mbiarkan 'coklat cake' bgitu saja... ermmm..nyum.. nyummmi~~ aduiiiiii!!!!"

.. mulalah tertelan liur ni.. saja je ila ni ekk..

Sufi Idany said...

ahahaha...nak tergolak eden..... tp eden sudah berjaya menahan nafsu mkn eden.... kalu tak caya dh berjaya turunkan berat badan daro 90.5kg ke berat ari ni.... jeng...jeng.... 69kg..... wah.... chaiyok!!! ida..... :D saja promote diri kat blog cikgu.... tumpang lalu yer....

Rashid said...

Sufy idany,
hehe.. yake? tahniah!!!!!!!!! buat ida. uiks banyak turun tuu..20kg?? ni diet ke kerna duk jauh dari kg lamanke .. atau terlalu rindu pada sapa-sapa.. hahahhh.. ni tentu ada ni? sekali lagi tahniah!!! moga berbahagia.. jangan retak-retak lagi hati tuu.. tautkan ia semula. Kasihan saya tengok hati merah tuu..

hmmm mau promote kat sini ek.. sila..

Marzalina said...

errmmmm...saya ni nampak jer kecik tapi mmg kuat makan pun hehehe..tapi betul ke kajian ni ek?? ada kemungkinan jugak ka..heheh

Fiza's said...

thanks melawat... n bagi kata semangat.. alhamdulillah sy dah semakin tenang skrg..

Sufi Idany said...

ahahaha....bukan sikit mamsa di ambil cikgu.... lama gak 20kg tu nak kurang.... :D hati merah tu? biar laa ia mcm tu dulu.... malas lagi nak tautkan dia kalu bertaut pun kesan jahit tetap ada....

Wawa_Nadwa said...

saya tak dpt mengawal makan bile terasa sedih.
rase nk makan.. makan dan makan.
=P

mkn wawa bermusim ade ketika letak la ape2 mknan depan, huh x pandang pon.

ada masanya mmg tak bleh kawal.
bedal ajeeee..
=P

Ada Ayrissa said...

hahahha..
sokong sokong sokong...

Rashid said...

Marzalina..
hmm mungkin ada kebenarannya.. tapi saya rasa orang laki juga sama. Cuma orang perempuan mungkin lebih sikit.. lebih dalam bab makan-makan ni.. hahahh

Rashid said...

Salam Fiza,
Baguslah kalau fiza dah ada semangat semula.. sebab saya yakin ada sesuatu dalam diri fiza. Jangan biarkan ia melemahkan diri fiza..

Rashid said...

Sufy Idany,
okeylah kalau itu kehendak ida.. tapikan saya sangat berharap satu masa nanti ia bertaut kembali.. dan itu keyakinan saya..

Rashid said...

Wawa,
Uik pelik gak ngan wawa nikan.. sama dengan Ila. time sedih tu le time berseleranya makan.. adoiii.. naper ek?

Tertanya juga mungkin jugake bila makan .. & makan lagi maka rasa sedih pasti akan ilang.

Wawa, makan & selera bermusim jugake? hmm macam-macam. Biasanya time demam je tak selera nak makan.. time sihat apa lagi..

Rashid said...

Ada..
Terima kasih kerana menyokong FAKTA KAJIAN ni..

Nampaknya memang real le kaum hawa ni tak dapat kawal nafsu makan!!

nurul iman said...

saye sokong..buktinye diri sndr..
mmg sgt suke makan...")
**aiyok!!laparRrrrr.....huhuhu

Rashid said...

Nuruliman,
"aiyok!!laparRrrrr." hahhaaa..

T.kasih nuruliman kerana mengakui akan hakikat yang sebenarnya..

n a r d indie winkie said...

hoh?? ada benarnya itu. memang takleh tahan lapar la saya ni. try tak mkn nasi untuk sehari, ternyata tak boleh. :-(

Tie said...

Salam....

Hmm....bila happy rasa lapar, bila susah hati pulak rasa nak makan...macam mana, ekk ?

Rashid said...

salam nard

Betul tu nard. Budaya makan kita ni tidak boleh tidak.. mesti kena juga nasi. Melayu dan nasi tak dapat dipisahkan (yake?)..

Rashid said...

Tie..
ooo semua situasi rasa lapar je ek.. Hahahh. Memang betul. Sama juga dengan saya. Sedihke, riangke makan memang tak dapat dihindarkan. Jalan kuar je mesti singgah nak makan. Nafsu tu sentiasa ada je.

Cuma.. time sakit demam - mari apa jua makanan masakan dari ketua chef terkenalpun .. tak ada selera punya!!! so kita bersyukurlah kerana dianugerahi dariNya akan nikmatnya dapat merasai apa jua makanan..

Ajwin Ajeera said...

yup.
agree!!
hehe

Rashid said...

Ajwin ajeera,
t.kasih kerana tanpa berselindung.. terus setuju akan kebenaran!!

cIk JanNah said...

mungkin kot fakta 2.
wanita n makanan dpt d psahkan.
sbb 2 asyik dgr je pompuan merungut "aku da gemok"
sape suh kuat mkn??
cth nye cik jannah!
hahaa

Rashid said...

Cik Jannah,
hahhh awal-awal dan ngaku suka makan ek. adehh.. bagus-bagus. Bila dah terang tak payah pakai lampu suluh lagi. hehe..

Cik jannah.. takper makan je. Janji hati senang. Kalau dah sakit demam tak larat dah nak makan.. so jom-jom kita pergi makan..

Rashid said...

cik jannah

haha!! adoii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search