Followers

12 April 2009

Lelaki mangsa keganasan rumahtangga?


Balik kerja. Sambil baring-baring - belek-belek akhbar Sinar. Terpandang satu tajuk, “Lelaki mangsa keganasan rumahtangga” Aku cuba baca sekali lagi.. “LELAKI mangsa keganasan rumahtangga” Ya tak salah lagi.. LELAKI!!!! Aku ingatkan akhbar itu tersilap taip ke apa ke..

Adoiiii.. biar betul ni. Apa dah nak jadi pada kaum lelaki sekarang ini?

Aku baca lagi.. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon dipetik berkata:

“Sepanjang tahun 2005 – 2007, 50 mangsa keganasan melibatkan lelaki. Antara punca utama ialah tiadanya toleransi antara suami isteri, tiada persefahaman, isteri cepat berang dan tekanan jiwa”.

Isteri cepat berang? Wah!! nasib le sapa-sapa dapat isteri macam tu.. hehe.

Tekanan jiwa? Aku tertanya-tanya kenapa sampai begitu sekali jadinya. Adakah kerana pudarnya nilai kasih sayang. Kasih sayang yang bukan main hebat lagi masa tengah dilamun cinta sebelum kahwin dulu. Penuh madah dan manisnya kata pujangga, “Lautan api kan kurenangi… gunung yang tinggi kan kudaki… lurah yang dalam kan kuturuni... ambik kapak belahlah dada… itulah bukti setia dan hebatnya cinta.

Tapi bila dah bersama... tekanan jiwa pula!!

Terlintas dalam fikiran aku... Mungkinkah kerana tiadanya rasa kebersamaan dalam perkongsian hidup. Atau kerana wujudnya konflik kewangan dalam keluarga. Kan zaman sekarang ini duit itu walaupun bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit!!

Mungkinkah kerana kongkongan keterlaluan dari pasangan… atau kerana rasa sepi dan terkurung seperti burung walaupun sangkarnya dari sangkar emas. Apalagi jika sangkarnya dari kayu yang dah nak reput dan tunggu masa nak runtuh!!

Aku baca lagi..

“Dalam tempoh yang sama, seramai 1,278 mangsa kes keganasan rumahtangga adalah melibatkan kaum wanita!!”

Adoiii.. sah lelaki (kaum aku le tu) walaupun segelintir cuma sekarang ini makin gila!! makin hilang kewarasan dan sifat sebagai pelindung!! Mana perginya gelaran ‘macho’ dan ‘gentleman’...

Aku merenung jauh melihat sesuatu tanpa sempadan...

32 comments:

mommy otai said...

pegang teguh pada janji setia ...
tapi manusia boley berubah...
ape nk dikate..
jnji setia boleh di pijak sekelip mata...

Signorina Syima said...

lelaki pun mangsa sekarang ni??? huhuhhu

adalicious said...

lelaki dgn perempuan pn sama naik ye sekarang ni. huhu. ganas betul dunia.

Rashid said...

Mommy otai,

Janji hanya tinggal janji.. orang tua dulu-dulu pernah kata masa bercinta tak ingat dunia, kata-kata yang kuar dari mulut sipencinta 'lembut gigi dari gusi'..

Moga kesetiaan akan menjadi milik kita semua..

Rashid said...

Syima,
a'ahhh. Dunia sekarang ni macam-macam boleh berlaku..

Rashid said...

Adalicious,
Ya adalicious.. tapikan bagi pandangan sayalah...

Sebenarnya semua punca ini dari segi peratusnya banyak terletak pada bahu lelaki. Lelakikan pemimpin / ketua.. so, harus menzahirkannya dalam segala tindakan.. harus bijaksana dan bertanggungjawab..

Marzalina said...

cikgu..intan tengok gambar hiasan tu nak tergelak gila lah..lawakkk..hmm..betul ker ek lelaki mangsa keganasan rumahtangga?..hihihi, kalau betul bermakna isteri2 sekarang ganazz lerr? hihihi

Hana-Ni-Mo-Nai2 said...

watashi mangsa keganasan lelaki
wahh ayat propa

miss.purple.r0ses said...

muahaha..
kisah pelik tetapi benar..
mungkinkah golongan wanita kini kuat2 belaka..
muehehe~

DUN Behrang 2020 said...

Tu yg kena makan setalam tu cgu...dan kena byk gurau senda dlm rumah tangga....

ILA said...

Salam buat cikgu..
secara peribadi...saya masih tak bersetuju jika di katakan kaum lelaki khususnya muslim sudah lemah.kita harus berbalik kpd agama.Bahawa KAum Adam sebagai tunjang dlm sesebuah keluarga & harus punyai kuasa Veto dlm mbuat segala kputusan.Namun apa yg mjadi kepayahan skrang....sikap KUNO masih bermahajarela iaitu sikap sesetengah kaum HAWA yg menggunakan ILMU HITAM utk menundukkan pasangannya.

dlm saya menaip baris komen ini...terus teringat sejarah junjungan kita...bukankah dia dah myatakan kaum Hawa yg lebih ramai di Neraka nanti.Oleh itu...ada logiknya ..khidupan di dunia telah di zahirkan dahulu..bahawa kaum hawa yg lebih byak mbuat perkara2 di luar batasan..
Nauzubillah...

Ryehanna said...

cikgu rashid belom kahwin lg kan??

hehehe...

Rashid said...

Marzalina,
Sayapun gelak jua sebenarnya tengok gambar tu. Kelakar..
Intan, betullah tu. Itu yang berjaya dikesan. Mungkin ramai lagi lelaki yang jadi mangsanya.. dan memang terbukti wanita zaman sekarang ni semakin hebat!!!! berjaya ketuk kepala lelaki..

Tapi saya lebih sedih jika wanita yang teraniaya..

Rashid said...

Hana-Ni-Mo-Nai2
Iyake ni? nak saya pergi tolong!!! tolong dushhh sapa sapa yang menganiayai watashi.. tapikan tak dengar pula watashi minta tolong.. tipu ni..

Rashid said...

miss.purple.r0ses
Yup miss purple rose.. wanita sekarang ini semakin kuat dan berkuasa. Lelaki kini dalam ketakutan sampai menggigil bila terdengar je nama 'wanita'. hehe..

Rashid said...

DUN Behrang 2020
Setuju.. jika suami isteri selalu makan setalam .. bersuap-suapan.. cubit-cubitan.. tentu rumahtangga semakin mesra. Isteri jika terasa marah kat suami terus je cium tangan suami.. suami pula terasa marah je terus cium .. mana-mana le.. janji ilang rasa marah!! bolehkan..

Rashid said...

Ila..
ilmu hitam? eee dah naik bulu roma ni. ishh janganlah sampai begitu sekali. Tak cium syurga tuu..

Saya setuju dengan ila, suami harus ada power sebagai ketua dalam keluarga. Harus ada wibawa untuk memimpin.. harus sentiasa membetulkan apa yang tak betul..

Bagi saya semuanya terletak pada tangan suami. Betul elok atau taknya isteri dan keluarga terletak pada wibawa dan hebatnya seorang lelaki sebagai suami dalam rumahtangga..

Kepada yang bergelar isteri tu..taatilah suami!! di situlah syurga anda..

Rashid said...

Ryehanna..
uiks hebatnya soalan!!!! hahahh!!! tu nak pekena sayale tuu.. dushhh!!!

Idalara said...

salam cikgu rashid...
tak mau pnggil kak ida dgn kata hujungnya lara kan...ok tu..nnti kak ida akan cuba buang kata 'lara'tu.

kak ida kdg2 terpaksa bersetuju ada kaum lelaki yg jadi mangsa keganasan rmhtangga..apabila terlalu bergantung pada isteri atau terkena perbuatan sihir atau kotor isteri..
tapi 90% keganasan rmhtangga adalah melibatkan kaum wanita..spt kak ida sendiri..
apa2 pun semuanya bergantung pada kebijaksanaan kaum lelaki yg jadi ketua keluarga.

p/s eh..cikgu rashid yg hensem ni belum kwen lagi?

mountdweller said...

Salam Rashid.

Ini jenis lelaki yang terlupa yang dia ada anu..! atau bersifat lelaki tetapi berjiwa?..

Pokok pangkalnya tidak cerdik! dan lelaki yang mendera isteri atau anak pula adalah lelaki sakit jiwa. Biasanya orang berperangai begini ialah manusia pengecut. Jadi mereka melepaskan geram kepada yang lemah. Yang tidak berdaya melawan.

Kalau Rashid tidak percaya, cuba cabar orang macam ini bertumbuk. Tengok dia sanggup lawan atau tidak. Uncle gerenti 90% diaq tidak berani lawan.

Marzalina said...

cikgu rashid..pagi tadi pun dekat sinar fm intan dengar topik ni yg SY, KE dan Kriell berbincang...lucu gila haha

Rashid said...

kak ida.
Yup!! saya tak nak panggil nama tu. Rasa ada gerak getar yang tak comel. Saya rasa tak selesa (terutama bila dah baca kisah kak ida). Kan panggilan tu memberi getar dari satu jiwa ke satu jiwa..

Memang sayapun setuju, pokok pangkal ketenangan & kebahagian keluarga terletak pada suami. Suami kan ketua. Ketua kena incharge keluarga dengan baik - jlnkan amanah dariNya.

Moga kak ida sentiasa tabah.. kuat.. tenang..

Rashid said...

mountdweller,
Salam uncle.. wah! seronok saya baca komen uncle. Pedas dan tepat sekali. Saya setuju!! mereka ni confirm tak tau anunya ada. Ada tapi entah berfungsi atau tak - maaf! kpd pembaca pompuan.

Sayapun tak tau. Masih ada manusia lelaki cam tu. Sanggup cederakan isteri. Betul uncle - lelaki cam tu dayus!!!!!!!!!!!!!!!! buat malu kaum jer.

Bertumbuk? hehe.. tak tau le uncle nak cabar atau tak. Sebab mereka ni golongan pesakit mental. Rasa malu pula nak tumbuk pesakit mental.. nanti berjangkit pula.

Tapi tak tau le.Kalau terserempak depan mata.. ada yg pukul adik kakak depan mata..rasanya saya ni.. ishh minta dihindarkan..

Rashid said...

Marzalina
Iyake?.. hahah!! nanti kita kongsi ek intan apa yang lucunya..

nadeeya said...

perempuan semakin berkuasa.yeaahhhh! :D

Rashid said...

nadeeya,
Amboi pandainya.. mana ada orang pompuan makin berkuasa? kuasa itu sebenarnya ada pada lelaki .. ehheh..
Saja je orang laki bagi pada orang pompuan sekali sekala..

Redynne™ said...

salam cekgu..

masih payah utk b'temu dgn yg selayaknya sy hormati dn mampu memimpin..

*sy garang tp x b'erti sy suka mendera.. :P

Rashid said...

salam redynne
Yang keroh jernihkan.. yg lepas lepaskan. InsyaAllah reen akan bertemu satu ketika nanti.

p/s - tau reen garang tapi baik hati.. perindu..nakal..suka usik-usikan..

mountdweller said...

Salam Rashid.

Persilakan Rashid ke blog uncle dan sudilah terima cendera hati yang dihulurkan.

miss.purple.r0ses said...

::Lelaki kini dalam ketakutan sampai menggigil bila terdengar je nama 'wanita'. hehe.. ::

hehehe~
xdela sampai begitu..
neway lelaki tetap ketua keluarga okeyh.. =)

Rashid said...

Uncle Mountdweller.
ermm terima kasih uncle.. nanti saya pergi ambik ek..

Rashid said...

miss.purple.r0ses,
a'ahh taupun lelaki tu kan tetap no. 1 noktah!!!

heheh.. gurau-gurau je ngan miss purple roses..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search