Followers

28 April 2009

Sakitnya rasa macam tangan dihiris-hiris oleh pisau

Pagi tadi aku menemani emak ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Dalam menunggu giliran, aku singgah minum kat café hospital. Oleh kerana meja yang terhad, meja aku kemudian didatangi oleh seorang pakcik. Dia minta kebenaran untuk duduk bersama aku.

“Pakcik datang hospital ni…” Aku cuba mulakan bicara.

“Pakcik ada temujanji dengan doktor..” Pakcik tu bersuara. Agak mesra.

“ooo.. pakcik sakit apa?”

“Injap jantung tersumbat..”

“hmm hmm..”

>>>> Diringkaskan bicara aku dengan pakcik >>>>>>
Kami saling kenal-mengenali. Aku lebih banyak mendengar kisah darinya. Penuh empati..

“Hari tu… adalah sikit pakcik marah pada anak-anak. Kemudian rasa sukar bernafas. Terus dikejarkan ke Unit Kecemasan.”

“ooo..”

“Cikgu.. sebenarnya sebelum ini dah banyak kali pakcik masuk wad. Sukar bernafas..”

“hmm hmm..”

“Cikgu nak tau tak.. rasa sakitnya?”

“Camana pakcik?”

“Sakit yang teramat sangat cikgu. Ikhlas pakcik bagitau cikgu... sakitnya rasa macam tangan kita ni dihiris-hiris oleh pisau. Rasa macam dah nak kehabisan nyawa.”

“Oh ya cikgu. Cikgu tau tak. Hari tu sekali semasa pakcik di bilik Dr Pakar. Pakcik ditanya oleh Dr… Dr perempuan... dia tanya pakcik, “adake pakcik baru bersama dengan ‘ibu’?. Pakcik hairan juga.. macamana Dr tu boleh tau..”

“Dr perempuan tu nasihatkan pakcik. Dia larang pakcik bersama ‘ibu’. Dia suruh pakcik rehat dahulu. Rehat beberapa bulan. Bagi sembuh betul-betul. Dr tu kata bila bersama ‘ibu’ serangan tu boleh datang mengejut. Sangat bahaya. Sebabnya bila bersama ‘ibu’, Dr tu kata kita akan guna semua dan sehabis tenaga yang ada.”

“Nasib baik Dr tu bagitau.. Pakcik mana tau itu semua…” Pakcik tu tersenyum.

“hmm hmm...” Aku turut tersenyum.

p/s – Aku masih ngeri bila teringat kata-kata pakcik tu .. “Sakitnya rasa macam tangan kita dihiris-hiris oleh pisau...”

30 comments:

mommy otai said...

salam cikgu...
cmtu ke rase skit nye..memang ngilu kan..
psstt..cmne pakcik tu tau cikgu rashid ni CIKGU ekk...(dh pnjg lebar bnr bercerita ni kot)...

IBU - tuk isteri ke.hehe memula baca cam igtkan mak die..tk logik ekk..org kelate meme pgil ibu tuk tuk wife ekk...

p/s jgn mare byk tye..nnt kene jual...

mommy otai said...

ermm teruk jgk kalo dh skit cmtu..kne pntang ekk..
utk pedoman kite bersama..dan buat abg rass jua..heheehehheeee....

Rashid said...

mommy otai,
entahle.. rasa ngilu camana ek. Kena tanya pakcik tu.

Pakcik tu tau..dah saling kenal. Sebenarnya borak tu lama juga. Banyak lagi kisahnya. alaa sengaja ringkas je ni. Ambik yg penting je..

Memang 'ibu' tu isteri dia.. pakcik tu guna bahasa yang lembut..

Itulah farah. Pakcik tu nasihat.. jaga kesihatan. Kalau dah sampai tahap tu.. ilang kenikmatan dunia..adushhh.!!!!..

apis (bukan nama sebenar) said...

takutnya

saya pernah terhiris pisau masa potong buah oren masa saya umur lapan tahun dulu
memang sakit sangat2 rasa hirisan tu
sebesen darah kuar dari tapak tangan

hohoho~

dcrysz said...

alaaa... dengau tajuk jer pun dah ngiluuuu.....nyerilaaaa.....


tp saya ttp maintain senyum....
heheheh

Wawa_Nadwa said...

huiii.
sakit nyer..
walaupon kite tak penah rase sakit itu tp dpt bayangkan kesakitan yg dialami pakcik tu.

'ibu' tu ibu sape cikgu??
wakakakakka!

cikgu tlg la explain.
sy budak baru belajar.
kekekeke.
=P

ILA said...

Ahaaa..faham2!!
asalnya berkerut dahi ila waktu mbacanya..
apa yg cikgu nak berikan tumpuan ialah :
pertama, perlu mgawal 'tekanan' hidup.Lagi kita tua lagi mudah berisiko .Utk itu fikiran harus positif.

kedua, pjagaan kesihatan.Perlu jaga pemakanan.JIka kita cuai, mjadi faktor akan khadiran pyakit

dan ke tiga errmm..oleh kerna 2 perkara di atas tidak di ambil berat..kecian sungguh pak cik tu yeakk..tangungjawab batin sukar utk di tunaikan:(

seterusnya tiga perkara tersebut bila di gabungkan selain merasa sakit yg sedang di hadapi..perasaan akan mrasa terkilan, sakit hati & kecelaruan yg lain.Sebab itu...terasa seperti di hiris dek pisau..
tapi kalau diri ila yg hadapi..bukan setakat di hiris..tapi bagai 'di siat' kulit;)

mehhh cikgu!!mamam quaker oat:D
kita perlu jaga KESIHATAN:D

Rashid said...

apis,
uikss biar betul apis. darah sebesen? kalau sebesen dah boleh derma kat hospital tu.. boleh cover 40 orang dah tu. wah!! hebat apis rupanya.

Rashid said...

dcrysz,
ngilu.. ngeri.. senyum..
Satu reaksi dan mimik muka dcrysz yang tentunya best kalau saya dapat tengok..

Jangan lupa snap & bagi saya tau.. please!!!!!!!!!!!

Rashid said...

Wawa nadwa

Wawa..tak dpat nak bayangkan.. eee seriau je.

'Ibu' tu buah hati sukma pakcik tu le. nii wawa saja je ni. Budak baru belajar konon.. ishh.. padahal mak yang duk ngajar.. lebih ke hadapan lagi mungkin. hahah!!

Rashid said...

Ila.
Wah!! hebat betul ila ni. Tak payah saya terangkan..dah siap dengan pendetailan akan huraian..

Yup!! jiwa dan batin terseksa seandainya dah sampai tahap begitu.
Bukan setakat satu hati.. dua hati mungkin..

Tapi rasa sakit macam dihiris tu sebenarnya bila datangnya sesak nafas..sukar bernafas. So kesukaran bernafas itulah yang pakcik tu gambarkan seperti tangan dihiris dek pisau..

quaker oat? ee baru malam tadi saya makan. Saya campurkan ngan susu nespray sikit dan kismis. huhuuu sedap la ila.

eRRuL AspHyxiAteD said...

mmg takot bila dgr.. tapi mcm mana yg kena?

adalicious said...

ngeri nya. sy jenis sng rasa ngilu. kalau tangan terhiris pembaris pn sy akan gosok tempat kena tu byk2 kali walaupun tak berdarah. apa la agaknya perasaan kalau kena hiris pisau? hurm...

ILA said...

susu tepung nespray ke???
eeeiiii...cant accept baunya..muehheheh!!

wahhh..dah terkantoi!!
cikgu pun tgah berdietkahhh???


larikkkkkkkkkkk!!!

Marzalina said...

eeiii..takutnya kalau sakit mcm tu..ish2x..tak sanggup intan...

cikgu..intan pon winduuuu hahahaha

Nadia Yuna said...

adoiiii..

takutnyalah menengok gambar tu

sakurasa 2 said...

cikgu rashid
jemput ke blog sakura
ada tag untuk cikgu tq

Rashid said...

eRRuL
Sapa yang kena akan lebih menghargai akan nikmatnya hidup di dunia.. akan lebih menghargai kesihatan dan perhubungan..

Rashid said...

adalicious,
hahah!! pengilu rupanya ek. Orang kata sapa yang pengilu jiwanya terlalu sentimental.. cepat terasa..

adalicious macamana nak jadi doktor ni? hehe

Rashid said...

ila,
a'ahh susu tepung nespray. Tambah sikit je campur ngan quaker oat. Kasi gula sikit..dan kismis!! wow rasa badan sihat je.

Bukan diet cuma jaga badan dan kesihatan. Cuba amalkan menu quaker oat pada malam hari je. tak nak makan nasi.. huhuu!!

ila.. diam-diam je tau. kita kita je..

Rashid said...

Marzalina
tu la intan.. kena jaga kesihatan. TEruskan ber'gym' tu.

winduuu.. hehe..

Rashid said...

Nadia Yuna,
ermm ada rupanya. Diam-diam je ek nadia. Tak bagitaupun dah kembali berblog.. dushh dushh!!! majuk dah ni. hehe..

Rashid said...

sakura,
tag?? eee dah berdebar pula dah ni.. nanti saya nengok ek..

ije said...

muda2 gini la kena jaga kesihatan kan?

adei.. bila la nak berhenti minum ais. azam sentiasa ada. tapi berhenti minum ais bila batuk je la. haha

Rashid said...

yup.. kena jaga dari awal. Mencegah lebih baik dari merawat..

ais? selalu kita dengar ia tak berapa elok. tapi beberapa hari lalu TV3 ada paparkan satu kajian..ais boleh mencerdaskan fikiran? betul ke ni?

n a r d indie winkie said...

erk..mcm dihiris pisau. tak dpt imagine mcm mana. tapi dpt rasakan ianya sakit. moga dijauhkan dari segala penyakit. amin..

n a r d indie winkie said...

erk..mcm dihiris pisau. tak dpt imagine mcm mana. tapi dpt rasakan ianya sakit. moga dijauhkan dari segala penyakit. amin..

Rashid said...

nard,
ermm cubalah imagine kan.. hehe

Aduss (dah mengaduh walaupun belum terhiris..)

wénkt said...

dipotong pisau
sakit doe...

Rashid said...

wenkt

tak.. geli je. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search