Followers

30 May 2009

Peace 'V' untuk rakan-rakan guru


Cuti Pertengahan Tahun sekolah dahpun bermula (31 Mei – 13 Jun). Hampir 2 minggu sekolah cuti. Aku pasti para pelajar begitu suka dan gembira sekali. Maklumlah dapat berehat. Tapi itupun untuk pelajar bukan kelas peperiksaan. Untuk pelajar kelas peperiksaan tu macam biasalah ya, cuti-cuti juga, rehat-rehat juga tapi jangan lupa siapkan kerja rumah dan tugasan yang diberi tu!!


Dan cuti ini, aku juga teramat pasti rakan-rakan guru juga turut bergembira sama. hehe.


Kepada rakan-rakan guru semua, SELAMAT BERCUTI !! Peace 'V' untuk rakan-rakan guru.


Kepada yang bukan guru tuu... paham-paham jelah ek.

25 May 2009

Menonton 'Bukit Kepong' di Kem Tentera

Malam kelmarin aku terima panggilan - dijemput ke kem tentera. Ada jamuan ringan sikit sempena Majlis Penutupan Latihan Berterusan. Pengisiannya simple je.. makan-makan dengan anggota sambil menonton filem 'Bukit Kepong'.

Aku tengok anggota begitu teruja sekali menonton filem ini. Menonton tanpa banyak bicara. Aku tau walaupun ini bukan kali pertama anggota aku tengok filem 'Bukit Kepong' tapi bagi aku suasana kali ini sungguh berbeza. Ini kerana mereka baru saja tamat menjalani latihan.

Aku juga suka tengok. Bertambah suka kerana soundnya yang satu kampungpun boleh dengar.



Anggota sedang asyik menonton..

Anggota sedang borak-borak


rakan-rakan pegawai dan staf (gambar aku takde le. Sedang duk snap ni..)


p/s - Apapun terasa seronok je bila sekali sekala dapat luangkan masa bersama rakan pegawai & anggota.

21 May 2009

Perkhemahan & Hari Terbuka Kokurikulum 2009

Baru-baru ini sekolah telah mengadakan program perkhemahan agung & hari terbuka kokurikulum. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan aku macam biasa le - ditugaskan untuk menyelaras keseluruhan program ini.


Adoii!! ingatkan semasa di Sabah saja aku terlibat dalam soal selaras menyelaras program sebegini... balik kat kelantanpun tugas sebegini datang lagi. hahah!! aku suka dengan tugasan ini. Yes!!! yes!!!


Kali ini aktiviti perkhemahan telah diadakan serentak dengan hari terbuka kokurikulum. Untuk hari terbuka, beberapa agensi luar telah dijemput untuk bersama-sama memeriahkan suasana. Antara yang terlibat ialah Jabatan Bomba, Polis, Jabatan Pertahanan Awam, Hospital, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Bersama dengan pameran jabatan luar ini, pameran persatuan / kelab serta gerai jualan juga turut diadakan serentak.


Sepanjang pameran… semua pelajar.. ibubapa.. orang kampung.. orang luar telah dijemput untuk hadir sama.

>>>> eee malas pula nak taip panjang-panjang. Apakata kita layan gambar je. ZZzzzzzz..


Selamat datang ...

Anggota Bomba sedang memberikan taklimat & tunjuk ajar

Pameran kelab Rukun Negara


Pameran agensi-agensi luar

wah!! itu dia.. bersemangat & sporting betul cikgu faizam. Terduduk sama.

Apa keje le diorang ni duk berkumpul ramai-ramai tu..

Hasil jahitan dan gubahan pelajar.. aku macam tak percaya je ..

Aduhai ngan benda itupun nak bergambar sama?

Aku suka tengkorak ini.. cun je. hehe

uissk dia lagi. Tepilah.. cikgu nak ambik gambar motor tu. (Saja je lalu depan kamera. dushh!!)

Sedang saksikan persembahan pelajar

Rakan guru tidak ketinggalan datang malam-malam

Joget zam joget.. (tarian poco-poco)

Pelajar beriadah pagi ..

Kemahiran ikatan tali

3 orang kuat program. Dari kiri.. Timb kem kom, ketua jurulatih & Kem kom

Urusetia tekun mendengar taklimat

Pelajar ting. 6 selaku urusetia (memang setia abis diorang ni. Tahniah!)

Sahabat.. Jurukamera profesional

p/s - wah!! banyak juga gambar aku taruk kat entri ini ...

16 May 2009

Selamat Hari Guru 2009


TERIMA KASIH KEPADA TEMAN-TEMAN BLOGGER YANG MEMBERIKAN UCAPAN “SELAMAT HARI GURU" UTK SAYA.. Saya amat menghargainya.


Di sini saya juga ingin ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang pernah mengajar saya, teman-teman berjawatan guru... teman guru blogger dan kepada semua teman & sahabat yang pastinya juga seorang guru dalam kehidupan yang tersendiri.


Berikut antara SMS terawal saya terima…


“Guru Cemerlang bekerja tak kira masa. Guru Gemilang bekerja tak kira penat. Guru Terbilang bekerja sepanjang hayat. Selamat Hari Guru.” (Pengetua Cemerlang)


Days are too busy, hours are too few, seconds are too fast, but there is always time a send a sms to precious friend like you. HAPPY TEACHERS’ DAY (Sahabat)


Be a candle, be a light, be Twinkle in the dark, be a HOPE, be a Inspiration & make a differences in other’s heart! Happy Teacher’s Day! (Sahabat)


Why Malaysian Students always ‘tiru’ in exam? Because… at the bottom of every page of each exam paper, Written … “SILA LIHAT SEBELAH”… heh heh.. HAPPY TEACHER’S DAY (Sahabat)


SELAMAT HARI GURU… TQ cikgu kerna selama ini mengajarku.. Jasamu akan kukenang sampai akhir hayat (bekas pelajar)


Selamat Hari Guru. Semoga cikgu sentiasa sihat dan diberkati Allah s.w.t (bekas pelajar)


Assalamualaikum cikgu.. Pe khabar. Sihat tak.. Selamat Hari Guru..(bekas Pelajar)


Selamat Hari Guru'… Jasamu tetap kukenang (bekas Pelajar)


Selamat Hari Guru … (Pelajar)



p/s - Esok (Ahad 17.5.2009) sambutan hari guru peringkat sekolah masing-masing. Seluruh sekolah di kelantan akan meraikan ..

13 May 2009

"cikgu.. kenapa cikgu ambil gambar pinggan?"

Jam 5 Petang. Aku ajak 2 orang pelajar untuk temani aku makan. Makan kat KFC. Lama betul rasanya aku tak ke sana. Saja ... tiba-tiba rasa nak pergi KFC.


Habis je makan...


“Cikgu.. kenapa cikgu ambil gambar pinggan tu?” tanya salah seorang pelajar.

“Saja” jawabku ringkas. Senyum-senyum.


“Cikgu, kenapa senyum ni. Tentu ada apa-apa ni?” pelajar itu makin ingin tau.


“Cikgu senyum… senyum tengok pinggan tuu” jawabku.. rasa nak ketawa pula.


>>> Kedua-dua pelajar ikut tersenyum.. kemudian ketawa. Dah faham mungkin… hehe.



nyumm nyumm..

Wah!! licin pinggan pelajar aku. Suka betul aku tengok..

uikss tu pinggan sapa tu? sapa lagi.. dushh!! .


p/s - eeee geli betul aku nak makan kulit ayam tu. hahah!!

11 May 2009

Kasut tumit tinggi punca sakit puan di kalangan wanita kini?

Kaum wanita sekarang ini memang suka bergaya. Selain pakaian.. kasut juga mesti ada gaya. Aku agak-agak, seorang wanita paling tidak mesti ada 3 atau 4 pasang kasut. Kasutnya pula pelbagai fesyen dan warna. Bertumit tinggi, rendah dan mungkin juga tidak bertumit.


Bagi aku, wanita berkasut nampak anggun dan ada gaya segi penampilan diri. Nampak professional… manakala wanita tak berkasut? nampak .. nampak apa ek..


Ops!! sebenarnya bukan aku nak bicara tentang gaya wanita era kini. Cuma aku nak kaitkan sikit dengan ucapan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris dalam satu sidang media kelmarin. Entah benar atau tidak ..


Beliau dipetik berkata;


“Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama boleh menyebabkan sakit puan. Antaranya ialah kitaran haid akan terganggu dan sakit kepala.”


Menurutnya lagi, “rekaan tumit tinggi dibuat untuk menolak dada wanita ke hadapan dan punggung ke belakang (uikss iyake ni? baru tau.. ish .. ). Tapi kesan negatifnya ialah tulang spina dan pinggul akan terkeluar dari kedudukan asalnya. Bentuk postur badan wanita yang dibuat-buat ini akan menyeksa tubuh badan serta menimbulkan beberapa masalah kesihatan kepada seluruh tubuh badan.”


“Pemakaian secara berterusan akan juga menyebabkan kencing tidak lawas, tekanan, masalah tulang belakang dan pinggul. Di samping itu, ketinggian kasut juga akan mempengaruhi kadar tekanan bebola kaki pemakainya.”


Pendedahan seorang pakar ortopedik, kasut bertumit 2.5 inci akan menyebabkan 50% tekanan kepada bebola kaki manakala kasut setinggi 3 inci pula membawa tekanan sebanyak 76%. Malah betis juga akan lebih berotot disebabkan otot betis memendek dan menegang.


p/s – ermm ‘no komen’. Mungkin blogger pompuan boleh beri komen..

08 May 2009

Hatiku sungguh tenang melihat gerak solatnya


Ya Allah
Malam ini aku rasa begitu tenang
Aku gembira
Setelah sekian lama
Kini kau makbulkan doaku


Ya Allah
Aku bersyukur
Aku berterima kasih
Kerana aku telah mula melihat gerak solatnya
Setelah sekian lama
Moga ia kekal selamanya


Airmata ini
Airmata terima kasihku padaMu
Airmata syukurku padaMu
Sesungguhnya Engkau
Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

06 May 2009

Tidur membolehkan seseorang itu langsing dan awet muda?


James b. Maas, Profesor Psikologi dari Cornell Universiti New York mengatakan, tidur yang baik adalah selama 9 hingga 10 jam meskipun ada yang mengatakan 8 jam sudah memadai.


Menurut Prof. itu, antara jam ke tujuh dan lapan, tidur adalah saat di mana sel-sel tubuh memperbaiki diri manakala otak melakukan proses memori. Selain tubuh, mata turut berkaitan dengan tidur. Otot-otot sekitar mata akan tertarik setiap kali kita melakukan ekspresi wajah – ketawa, menangis, sedih dan sebagainya. Sebab itu tanda kedutan boleh dilihat jelas pada sekitar mata. Oleh itu mata perlukan rehat yang secukupnya.


Kajian dari Universiti Columbia, New York pula mendapati mereka yang tidur kurang tujuh jam berisiko menghadapi masalah kegemukan.


Adoiiiiiiiiiii biar betul ni? Tidur cukup akan buatkan kita langsing dan awet muda... kalau tak cukup tidur akan buatkan kita jadi gemuk dan cepat tua!!!! ishhh macamana ni. Macamana aku nak bertambah ‘macho’ kalau betullah kajian ini. Ini kerana aku biasanya hanya tidur 5 jam je sehari. hahah!!!!!


Nampaknya kali ini aku kena tidur 9-10 jam sehari. Tapi rasa macam tak yakin je. Bolehke aku tidur sebegitu lama? Tambahan lagi blogger mana ada yang tidur awal. hehe.


p/s – Artikel ini dipetik dari majalah yang baru je aku beli petang tadi - majalah Mingguan Wanita, 1-7 Mei 2009.






04 May 2009

Senyuman 'cintasufi' & wallpaper

Tag kali ini datangnya dari Redynne dan Sakura – blogger yang sentiasa bersama. Aku suka kerana tagnya agak simple. Jimatkan masa nak fikir-fikir.. jimatkan tenaga.. jimatkan taip-menaip... hehe. (sekarang cuaca selalu mendung.. asyik hujan. so, kemalasan sedang melanda.. sejuk beb!!)


Pertama, dari Redynne


1. Letakkan gambar profile anda.

inilah pic profile saya..

2. Maksud gambar tu?

ermm tak ada apa-apa maksud le reen. Cuma senyuman ‘cinta sufi’. Banyak persoalan akan kehidupan yang perlu difikir dan dilalui. Kan kita semua sekadar bermusafir sementara di bumi ini.

3. Kenapa pilih gambar ini?

Saja ambik gambar terbaru pada masa tu (9 Jan 2009) dengan entrinya, “Masalah umpama garam, keazaman umpama air”.

4. Bloggers yang akan di tag ialah....

Sapa ek? ermm rasanya ramainya yang nak ditag. ermmm????

Kedua, dari sakura


1. Anda perlu printscreen wallpaper anda.

Inilah wallpaper saya..



2. Bagitau naper anda suka wallpaper anda?

Saya suka tengok pic budak memegang dragonfly tu. Matanya sedang melihat dan mencari sesuatu. Penuh minat dan rasa ingin tau.. terserlah kekuasaan Allah s.w.t dalam mencipta sesuatu kejadian. Tidak terdaya oleh akal dan kehebatan otak manusia.


3. Sape yang kena tag seterusnya?

ermm ermm? adoiii sapa ek.. ramainya. Lain kali je lah...( nak tagpun kemalasan melanda juga ke? hehe..)

03 May 2009

Kakitangan awam perlu berani buat perubahan

Aku tertarik dengan kata-kata YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam 2009 (disiarkan secara langsung – TV1). Antara yang sempat aku catat…

“Kakitangan awam perlu berani buat perubahan secara operasional.”

“Kepuasan hati rakyat petanda utama kualiti kakitangan perkhidmatan awam.”

“Bahagian Khidmat kaunter... jangan biarkan.rakyat mengeluh.”

“Bahagian panggilan telefon... ramai yang tidak menjawab. Kalau ada yang jawabpun kata ‘tak tau’…”

“Kepimpinan tidak bermakna jika tidak berpaksikan pencapaian.”

“Kita harus mulakan siri tinjauan mesra dan prihatin. Kepekaan kepada visual.”

“Perubahan tidak hanya datang melalui pengumuman dan ucapan.”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search