Followers

26 June 2009

Kem Pendidikan Luar Peringkat Negeri Kelantan 2009

Beberapa hari yang lalu (22 hingga 25 Jun) – aku terlibat dengan Kem Pendidikan Luar & Kelab Pencinta Alam Sekitar, Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan 2009. Hampir 40 buah sekolah menengah terlibat dalam kem ini.


Seronok juga sekali sekala dapat luangkan masa bersama rakan jurulatih dan peserta kem. Apa taknya – dapat jugalah aku refresh balik kemahiran dan ‘otak gila-gila askar’ ni. Tambahan lagi untuk kem ini aku telah dilantik sebagai komandan kem (walaupun aku menolaknya berkali-kali). Tapi apakan daya, keputusan mesyuarat – terpaksalah akur. Tambahan aku ini sangat setia pada negara. ahaks!!


Macam biasalah – antara aktivitinya ialah merentas halangan, ikhtiar hidup, keyakinan di air, kraftangan, berkawad, senaman ala tentera, ceramah astronomi dan kembara lasak.

<<<<>>>>

kemahiran membina 'rumah' bila tersesat dalam hutan - elak gangguan binatang buas.

Ikhtiar hidup - buat perangkap.

Satu botol air mineral kecil - boleh guna buat wuduk seramai lebih 10 orang.

Mesti pandai berenang. Mana tau tiba-tiba terjatuh dalam sungai ke apa ke..


eeeeee hantu mana pula sedang peace 'V' tu? bedak asli daripada tanah ..


uiss camana boleh jatuh? adoii - air busuk tu..


Remaja mesti berjiwa kental.

Anak Malaysia perlu sentiasa sihat dan cergas.

Ceramah astronomi dari Dr Mahamarowi - Dr Pakar Bius HUSM.
Peserta diberi peluang meneropong bintang nan indah berkerdipan di langit.

Psssttt!! alat putih itu berharga hampir RM60,000.00. ( ingat nak beli satu wat teropong tengok bintang .. terpaksa batal hajat).

19 comments:

NuR said...

salam cikgu..

terlupa pula nur, dah nama blog cikgu ni kerdipan bintang jadi mesti nak tgk bintang kan cikgu? tapi mahalnya benda putih tu.. benda putih tu telescope ke?

eiza in the house.. said...

salam cikgu,
seronoknya kem nie cikgu..
ada program buat kosmetik semua tu..amat la bestnya..hehe
nak join leh?

naurah makwa said...

sudah lama tak ber camping..rindunya zaman sekolah2 dulu

Marzalina said...

wah..nampaknya memang ada gaya pemimpin cikgu ni..sebab tu orang lantik cikgu...hehe

best tgk kem ni..penuh ngan aktiviti yg menarik =)

Idalara said...

salam cikgu rashid..
wah.. jd komando kem...sbb dipercayailah maka cikgu rashid dilantik.
bestkan sesekali terlibat dalam aktiviti mcmni..anak2 kak ida kalau diberi peluang dok dlm kem ni mng suka sgt..insyaallah kak ida akan galakkan mereka aktif mcm aktiviti ni..

Zyma Saad said...

Hidup Cikgu Rashid....

Wahhhh, Cikgu....
Boleh jadi pemimpin hebat nanti, Insya Allah.

:)

Rashid said...

Nur

Iyale nur teleskop tu. Saya ni suka sangat tengok bintang. Rasanya kalau boleh teropong dan dapat tengok secara dekat..adoii damainya..

Rashid said...

eiza in the house

a’ahh seronok. Bertambah seronok bila jurulatih ni ‘kepala gila-gila sikit’ hehe..

Nak join sama ke? okey je..jom jom..

Rashid said...

Naurah makwa

Naura, jom le bercamping. Sekali sekala masuk hutan .. dengar kicauan suara burung.. unggas.. dedaunan.. pasti akan tenang.. dan damai..

Rashid said...

Marzalina

ermm tak tau le intan. Mungkin diaorang tengok saya dah biasa kot bab bab ini. Atau diorang tengok, saya le yang paling ‘gila-gila sikit’. Walaupun ‘gila-gila sikit’ tapi masih tetap cool.. tenang..

Tapi sebenarnya semua jurulatih boleh bah .. hehe.

Rashid said...

Idalara

Kak ida, memang betul. Sekali sekala je..tak boleh selalu. Saya ni banyak kerja kat sek.

A’ahh kak ida. Terus galakkan anak-anak utk libatkan diri dalam kem semacam ini. Banyak faedahnya.. kita latih segi disiplin, kepimpinan, kemahiran dll.. memang best.

Rashid said...

Zyma Saad

Yes yes!! uiss macam pejuang bangsa menentang puak penjajah zaman dulu pula rasanya. chaiyok chaiyok…

T.kasih zyma.. insyaAllah..

mountdweller said...

Salam Rashid.

Tentu satu aktiviti yang menyeronokkan dan meredakan ketegangan minda.

Selalu juga uncle menganjurkan kem semacam itu.

Rashid said...

Mountdweller

Ya uncle..aktiviti ni boleh tenangkan minda yang penuh ngan kerja yang tak pernah abis.. sekali sekala dpt ikut aktiviti kem ni rasa okey gak..

Uncle tentu terlalu biasa dah ngan kem semacam ni...

dayana said...

i like dis!

Rashid said...

dayana

i like ...

Luth Textile said...

macam best je bang..

Afida Anuar said...

Saya suke merenung bintang...sbb saya dapat lihat cahaya 200juta tahun lepas merentasi alam lalu sampai ke mata saya...

Subhanallah!!

PS: tak payah beli teropong la..kan?erkkk

Signorina Syima said...

cikgu guna aplikasi apa untuk upload gambar nih?? santek nyer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search