Followers

14 June 2009

"Main Jual ..."

Jam 8.00 malam - dalam perjalanan balik rumah, aku singgah di kedai makan dekat Stadium Merdeka, Kota Bharu. Sebaik saja buka pintu kereta, aku lihat ada 5 budak perempuan dan 2 budak lelaki sedang bermain bersama - begitu asyik sekali. Aku dekati budak-budak itu ..


“Main apa ni?” aku bertanya.

“Main jual ..” jawab salah seorang daripada mereka.


Aku tersenyum. Geli hati melihat budak-budak itu. Terimbau masa aku budak-budak dulu. Masa tu ‘main jual’ adalah antara permainan harian aku dan teman-teman. Aku tak sangka, sekarang ini masih ada rupanya ‘main jual’ ini. Aku ingatkan permainan ini sudah pupus di kalangan kanak-kanak memandangkan banyak lagi permainan moden masa kini - sesuai dengan perkembangan teknologi komputer semasa.

Bagi aku, permainan ‘main jual’ ini sangat menarik dan bagus kerana ia melatih budak-budak untuk ‘berurus-niaga’. Ia tidak melibatkan kos atau belanja. Sekadar ambil bahan-bahan sekitar je. Mereka belajar untuk memasak, membungkus dan menjual. Malah mereka mengira wang walaupun dalam jumlah yang kecil.


p/s: Aku terlintas - orang perempuan Kelantan memang terkenal dengan semangat gigih berniaga. Mungkinkah salah satunya kerana permainan ‘main jual’ ini yang sudah mendarah daging di kalangan mereka sejak dari dulu lagi.

18 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

wah..permainan zaman berzaman.
tapi ok juga kan, melatih bdk2 ni mahir utk menggunakan matematik..
especially operasi tolak dan tambah.

bagus3x

AiE bAhRi said...

permainan 'main jual' ni memang terkenal sampai sekarang kan..

seronok kalau tengok anak2 sedara main.msti teringat kenangan lalu

DUN Behrang 2020 said...

Asas berniaga tu cikgu, remaja sekarang yg lebih dorang suka...'mula2 main pastu kena jual'...takut sebenarnya dengan 'permainan' masa kini...

Naura said...

Dolu2 pun rajin gak main jual2 nih..sampai skang minat niaga..haha..btoi tuh, org pompuan kat Kelantan mmg gigih niaga..

kuIna said...

main pondok2 sambil main jual2...

nostalgia kn...

Marzalina said...

cikgu pun suka main jual jual ek...dulu dulu cikgu jual apa ek...hehehe..cikgu...jom main jual jual! jangan jual orang udah lerrr hehe

Rashid said...

Nur..
Iya nur. Sekurangnya mereka telah didedahkan dengan cara mengira yang senang-senang.. so, esok-esok taklah kaku dan takut ngan matematik..

Rashid said...

Aie
itulah aie. Saya ni bila masuk kampung je sengaja le rayau-rayau tengok bebudak main permainan lama-lama.. suka tengok..

Rashid said...

DUN
'mula2 main pastu kena jual'? ishh ini yang bahaya ni. Mereka telah ubah ek..maklumlah banyak pengaruh luar ni..

Rashid said...

Naura

ooo minat niaga juga ek? sama le dengan saya. tapi niaga apa ya yang boleh beri untung, kepuasan dan keselesaan.. hehe

Sedang intai-intai peluang..

Rashid said...

kuIna LadyInRed

main pondok-pondok? hehe.. memang nostalgia abis..

pssttt!!! rasa nak jadi budak balik le.. tak payah banyak pikir..

Rashid said...

Marzalina

ermm intan dulu saya suka main jual nasi.. masa tu tanah le jadi nasinya. Manakala daun pula jadi matawangnya.. hehe

intan..jom kita main jual-jual. Tapi jangan sampai apa yang DUN Behrang kata tu.."mula2 main pastu kena jual".. larikss!!!

ILA said...

Sebab 'main jual2' ler...ila teringin nak jadi 'BUSINESWOMAN'skrang

cehh...wahhhhh!!!POYO NYA:D

ERMMM...cikgu apa khabar??
dah lama tak bertanya khabar..;)

Rashid said...

Ila
saya baik je ila. macam bese le. cool.. hehe

ooo tak lama lagi ni jadi busineswoman le ni..

ila ingat ek.. bila dah berjaya nanti jangan lupa ambik saya jadi rakan kongsi k..

dayana said...

zaman bdk2 mmg beshhhh yg teramat..xdela nk pk masalah besau2...leh main2 jual...dah lama x dgr wording nih...mekaceh coz remind this word again....

MizShuai said...

kite bukan main jual dulu, tapi main jual-jual...
walaupun tak besar kat kelantan, tapi masih ade jual2 tu. dan naluri jual2 tu sudah sebati dalam diri cikgu ni sekarang..
rupenye jual2 ni memenengkan~ouh..

Rashid said...

dayana.

yana, bila kita kecil dulu rasa nak cepat besar..sekarang ni baru kita dapat rasakan sukanya kita pada zaman bebudak dulu..

Sebenarnya sayapun dah lama tak dengar wording ni. Nostalgia le..

Rashid said...

Lady B

ooo warisan zaman bebudak dulu masih melekat hingga kini dalam diri Lady B ek.

Sebenarnya main jual-jual ni seronok sangat masa tu. TApi kalaulah bebudak sekarang main jual-jual.. camana ek? Tentu canggihkan dengan pelbagai barangan dan kemudahan..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search