Followers

20 June 2009

Siapa yang suka dibohongi?

Siapa yang suka dibohongi? Sudah pasti tiadakan. Pakar hubungan dan pengarang buku, Meeting Your Match: Cracking The Code to Successful Relationship, Dr Jackie Black menjelaskan biasanya seseorang itu berbohong (tak kirale pada siapapun..) kerana berasa tidak selesa untuk berterus terang menyatakan kebenaran kerana bimbang akan akibat pengakuan jujur mereka. Mungkin takut tidak diterima… takut kehilangan...


Menurut Dr Jackie, tidak perlu mesin poligraf untuk mengesan pembohongan. Kerana ada tanda-tanda yang boleh dikesan dengan mudah. Dalam banyak situasi pembohongan, seringkali mulut tidak berkompromi dengan anggota tubuh yang lain.


Dr. Jackie menyenaraikan 5 indikasi yang boleh dikesan menerusi bahasa tubuh badan ketika seseorang itu berbohong.


1. Menutup mulut ketika berbicara.
2. Menggaru atau menyentuh hidung.
3. Menggaru mata.
4. Meraba leher (kajian mendapati perbuatan berbohong akan wujudkan rasa geli di bahagian kulit leher. hehe)
5. Gerakan kepala menggeleng atau mengelak daripada pandangan anda.


Bagi aku, tidak ada gunanya berbohong. Baik jujur je. Diterima atau tidak, itu terpulanglah pada seseorang. Kalau tak nak bagitau yang sebenar, mungkin kerana sesuatu sebab yang ada rasionalnya baik diam je. … kan itu lebih baik. (diam tu tak dikira kategori berbohongkan?.. ishh yake ni?)


Pssttttt!!!! itu cara nak kesan orang itu bercakap benar atau tak .. dengan baca bahasa tubuh badan. Maksudnya bila kita dapat berdepan dengan orang itu. Tapi bagaimana pula ya kalau kita nak tau seseorang itu berbohong dengan kita di alam maya ini? adehh..

42 comments:

sekuntum mawar berduri said...

SALAM

Cuba renungkan ayat Allah ini
...BOLEH JADI KAMU TIDAK MENYENANGI SESUATU, PADAHAL ITU BAIK BAGIMU,& BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL ITU TIDAK BAIK BAGIMU. ALLAH MENGETAHUI, SEDANGKAN KAMU TIDAK MENGETAHUI.

Al-Baqarah:216

dayana said...

kalo bohong sunat cmne cr?...erk ada ke bohong sunat dlm islam...mcm ada n diada-adakan...ntah la

nora bahari said...

salam cikgu.
tiada siapa suka dibohongi. Malahan pembohong itu sendiri tidak suka dibohongi.

=)

Shamsudin said...

saya selalu berbohong...tapi sekadar main2 aje......haha kengkadang best gak bohong untuk mengenakan orang...sekadar main2.........sebab saya selalu jadi mangsa pembohongan orang lain, so, saya bohong baliklah..........kengkadang, kenyataan amat menyakitkan, sebab itulah bohong tercipta, untuk menjaga hati orang lain, tapi biarlah kena pada tempatnya..........sekadar pandangan...

FdausAmad said...

Gua datang nk jemput lu mkn kenduri kt blog gua.
Ikut baca doa skali lagi bagus.

Follow terus pun takpa.

Budak budak kt blog gua tu dah tak seimbang,ramai berat ke belah punk.

dah 7 hari gua merantau jemput kenduri..

AiE bAhRi said...

Saya juga tak suka dibohongi.

Rashid said...

sekuntum mawar berduri

Sedang cuba merenungi dan memahaminya.. berulangkali..

t.kasih

Rashid said...

Dayana
Bohong sunat ek? ermmm.. entahle. Rasanya kalau bohong tu bohong je la. Tapi kadang tu saya pernah dengar juga org kata bohong sunat untuk kebaikan boleh je.. bohong utk menyelamatkan orang atau keadaan yang terlalu kritikal yg tak melanggar hukum.. yang perlukan pembohongan..

ermm entah le.. kena tanya ustaz le yana.. adoiii fenin fenin..

Rashid said...

Nora bahari

iya nora.. cakap bohong dan dibohongi dua-dua sama je. Tak elok..

Rashid said...

Shamsudin,

ooo suka bohong main-main.. hehe. Adake.. tapi biasalah tu ya. Kekadang dalam gurauan kita tokok tambah.. bohongle tuu. Tambahan orang laki ni bila dah berkumpul sesama mereka .. dalam borak-borak utk menyedapkan cerita maka terciptalah kisah itu ini.. tambah perisa sikit bagi cerita tu menarik..

Rashid said...

FdausAmad

hahha!!! ramai budak punk? iyake ni. Pertama kali dengar. Tapi bagus juga. ramai pengikut / blogger punk..

Saya ingatkan zaman perang vietnam je ramai jadi punk..

k fdaus.. nanti saya follow. Terima kasih datang umah saya ni & beri komen.

Rashid said...

AiE bAhRi

aie.. sama aie. Teringat pesan orang tua-tua dulu. 'jangan bohong nanti tuhan marah..'

Bila bohong sebenarnya kita telah bina satu rekahan (walaupun mungkin kecil) dalam sebuah perhubungan..

lemonade said...

bohong..?? ermm..kdg2 tanpa sedar yg kite berbohong..huhu

Zyma Saad said...

Bohong??
Dalam dunia ini sukar utk kita mencari yg tulus & ikhlas.
Walau sekecil mana pun, berbohong itu pasti wujud. Tak banyak, sikit pun pasti ada.
Nama juga manusia....terlalu mudah melakukan kesilapan apatah lagi pembohongan.
Minta dijauhi....

NuR said...

bak kata student nur..

'tak baik ckp tipu woo..nanti masuk api nelaka..'

em...takde sape suka dibohongi.. tapi ramai org nak bohong.. jom kita babab ramai2

Rashid said...

lemonade

iya lemonade. Rasanya susah le nak cari sape yang tak pernah bohong dalam hidup ni.. moga kita ambil iktibar utk tak berbohong lagi..

Rashid said...

Zyma Saad

setuju 110%. Rasanya takde org yang tak pernah bohong. Kitakan manusia. Terlalu daif.. naif..

Moga kita berusaha utk tidak bohong lagi..

Rashid said...

Nur

jom kita babab ramai-ramai..(tapi apa tu babab????) adoiii..

kuIna LadyInRed said...

tak suka tak suka tak suka...

tp kekadang terpaksa terima.

Redynne™ said...

salam cekgu,

klu b'bohong leher gelik ea..? hmmmmm...

*babap tu tepuk slow2..keke

Rashid said...

Kulna LadyInRed

Kulna, jika tak suka naper perlu terima.. Mungkinkah kerana hati dah terlalu sayang pada sidia? segalanya okey je.. ahaks!!! dussh!!

Rashid said...

Redynne

iya reen. Itu kajian tu.. sayapun tak tau. Camana boleh pula geli kat sana.. Kalau nak tau, reen cuba bohong.. rasa geli tak kat sana tu? hehe..

ooooo "*babap tu tepuk slow2." baru saya tau.. eee apa punya bahasa tu. saya ingatkan babap tu lebih kurang ngan 'bye bye' je..

NuR said...

hehe cikgu
tu bahasa bdk kecik..
tapi leh la dikira pakai utk bahasa org besar jugak sbb org besar yg ciptakan utk budak kecik..

Rashid said...

Nur

a'ahh nur. sekali sekala orang besar perlu kembali menghayati kata-kata zaman anak-anak ... ada makna tu..

Tirana said...

Cikgu Rashid...

Tak baik kan berbohong... Tapi suami kak tirana selalu kata.."I'm not lying..I'm just not telling you the whole truth..." hehehe.. Macam cikgu rashid kata, kalau tak bagi tahu langsung (diam), itu tidak dikira berbohong.. Tapi orang perempuan selalunya kata diam itupun dikira berbohong...hehehe

lalink7 said...

susah sebenarnye kalau kiter nak tau betul2 orang yang cakap ngan kiter tue berbohong atau tidak..melainkan orang tue memang kiter tau dia kaki penipu..

aduh..tapi dlam tak sedar kiter jugak penah berbohong(disbbkan utk selamatkan diri)..aduyai..cemane la nak buang sifat mazmumah ini..aduhh..

DUN Behrang 2020 said...

Memang kadangkala 'terpaksa' bohong sbb takut 'kehilangan', tp padahnya bila org yg dibohongi hanya nampak kita membohongi bukannya sebab apa kita berbohong...sakit kan?

Marzalina said...

intan setuju ..berdiam lagi baik dari bercakap bohong..kiranya kalau diam tu tak semestinya kita berbohong kan..berbohong ni kena pada tempat ok la jugak..contohnya utk tujuan kebaikkan..dan tak nak bg orang gaduh..itu boleh dikatakan bohong sunat kan..hehe

naurah makwa said...

ada pengalaman pasal bohong nih..ada member tuh suka sangat bohong..last2 tau gak yang dia tuh kaki bohong..berbohong sebab takmau kalah ngan kita..haha

Signorina Syima said...

cikgu... macamana pulak dgn kes ni... jiran saya bila bercakap dgn saya tak pernah nak bertentang mata.. mesti tgk dahi atau ubun2... kenapa yer?? misteri betul.. orang kata itu tanda2 kalau dia "membela"...

Aidil Fadzil said...

Salam Ziarah...Tak pe la. Bohong bohong pun ada yang sunat? Pernah belajar SMKSIS,6A1?

Aidil Fadzil said...

Salam Ziarah...Bohong? Semuanya nak tutup kesilapan...dari berlaku PERANG yang lebih hebat.Pernah belajar SMKSIS 6A1?

Rashid said...

Tirana

a’ahh kak tirana.. suami kak tu sama je ngan saya kot.. kan lebih lembut .. "I'm not lying..I'm just not telling you the whole truth...".
Itulah masalah orang pompuan ni kak.. kan orang laki ni suka berfikir.. diam berfikir le tu..

Rashid said...

Lalink7

iya le lalink.. mungkin lakonan dia tu bijak kalahkan shah rukh. Susah nak cari tanda dia berbohong..
pstt!!! ooooo pecah rahsia.. pernah berbohong ek. tapi takper.. bohong demi keselamatan diri. kalau tak bohong boleh mudaratkan diri. haha!!!

Rashid said...

DUN Behrang

Tepat sekali tu DUN Behrang.. Orang yang dibohongi tu memang tak boleh nak baca apa rasionalnya kita berbohong. Dia tu nampak yang tak baik je.. curiga memanjang. Padahal kita bohongpun demi kebaikan dia.. ishh..

Rashid said...

Intan,

Intan. Ketawa saya. Saya masih tertanya-tanya ni. Ada ke bohong sunat? mandai je intan ni.

Apapun lebih baik kita berdiam daripada cakap tipu.. kasihan dia. Kan tak pasal-pasal dia anggap kita ni kaki pembohong... lagi susah..

Rashid said...

naurah makwa,

ermm tentu menarik kan naura bila kita dapat tau yang orang tu bohong je keje dia.. Tapi kes naura ni soal apa ek. Soal perabut rumahke… soal kerja.. erm ?? adoiii

Naura, naper dia tak mau kalah ngan naura? eeee. jeles kot..

Rashid said...

Syima

ooo confirm le tu syima. Dia ada pelihara sesuatu tu.. hehe. Takde le syima, mungkin juga dia tu pemalu orangnya.. atau matanya tu memang gitu. Sejak asal dah.

Atau mungkin juga dia takut bertentangan ngan mata syima kerana ada sesuatu pada mata syima tapi syima tak tau… tapi dia nampak.. psikik ke apa ke.. eeeee…

psstt!! sayapun malu nak bertentang an mata ngan syima.. dushhhh!!!!

Rashid said...

Aidil

Bohong utk elak peperangan rasanya okey le. Tersangat bagus. Kalau tak bohong mungkin akibatnya boleh hancur dunia ni..

Tapi biasanya orang berbohong untuk menang dalam peperangan. Taktik perang cam tu le..
Aidil.... pernah jumpa saya ke?

mountdweller said...

Salam Rashid.

Bagi uncle memang tidak boleh berbohong. Kalau bohong nampak benar ketaranya, akan tergagap-gagap. Senang dihidu.

dayana said...

cr...

yna x suka dibohongi oleh orang2 yg yna syg...itu menderhaka namanya!

hidup ini mmg sadis...

Signorina Syima said...

ada term pembohongan ini diharuskan...

sekiranya kejujuran atau perkara sebenar itu mampu membawa kehancuran, perpisahan, kesedihan...

tak gitu cikgu?? setuju tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search