Followers

14 July 2009

Terlalu banyak menonton TV membawa kepada risiko asma?

Kelmarin, jam 4.30 petang. Aku masih lagi kat bilik kerja. Sambil duk berkemas nak pulang ke rumah, sempat lagi aku membelek-belek Buletin Pengguna.- terbaca pula satu hasil kajian semasa bertajuk, “Terlalu banyak menonton TV membawa kepada risiko asma di kalangan kanak-kanak?”


Aku kerutkan dahi …


Andrea Sherrif dan rakan penyelidik di University of Glasgow telah mengadakan ujian ke atas lebih 3,000 orang kanak-kanak (dari mereka lahir sehingga berusia 12 tahun) dan menyoal selidik ibubapa kanak-kanak tersebut. Mereka mendapati bahawa kanak-kanak yang menonton tv melebihi 2 jam sehari berisiko dua kali ganda menghidap penyakit asma. Antara simptonnya ialah sesak nafas, batuk dan sakit dada.


Mereka melaporkan, “terdapat teori terkini yang mengaitkan corak pernafasan dengan kekurangan senaman yang boleh menyebabkan perubahan dalam paru-paru dan nafas berbunyi pada kanak-kanak”.


“Penemuan ini membuktikan maklumat yang mengaitkan senaman yang kurang dan berat badan yang berlebihan menunjukkan peningkatan risiko menghidap penyakit asma”, kata Elaine Vickers dari Asthma UK.


Satu kajian dalam Jurnal Thorax pula melaporkan, penyakit asma boleh mengakibatkan 1 kematian bagi setiap 250 orang di seluruh dunia setiap tahun. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sesetengah negara, hampir 30% kanak-kanak menghidap penyakit kronik ini.


p/s – Pernah melihat anak sepupu tercungap-cungap kerana asma. Pernah melihat pelajar tercungap-cungap semasa berlari dan hampir pitam… Pernah juga melihat rakan sekerja terpaksa menggunakan alat sedutan (entah apa namanya??) untuk melegakan asma… kasihan sungguh aku melihatnya..

32 comments:

dayana said...

x pnah pun asma...tp kalo sesak nafas sbb main netball ada ler...buat x tahu jer la..

biru said...

salam........

adik beradik i pun rame yg ada asma. sampai guna 'in haler' dan kena masuk icu, coz nak dapatkan oksigen.
alhamdulillah, biru tak la sampai begitu teruk. cuma i tak tahan kena angin air-cond, kipas or habuk kalo terus masuk idung. mula la tersumbat2 jer....

huhuhu =)

ILA said...

Uiiii..baru 1 jam entry ini timbul...hehekkk :p
hmmm...ada benarnya gak kenyataan tersebut.So ksimpulannya KITA PERLU BANYAK MELAKUKAN SENAMAN!!!

hhaaaaachummmmmmmm!!!
eshhhh...
(sory hntar virus ke sini)
:p

Tirana said...

Nasib baik kak tirana kurang tengok tv...Kak tirana pun ada athma walaupun tak pernah lagi kena serangan yang teruk..

Muallim Adham said...

slm.. heh heh byk timbul masalah kalo tv tu d salahguna... tgk lbh2 pon x bleh gk weh

Naura said...

maybe sebab terlalu lama menonton, tak aktif, penyakit pun mula menyerang

kuIna said...

jom sy ajar terapi pernafasan...

Arianni said...

Salam..
Terima kasih atas info yang menarik juga..kena kurangkan menonton tv nampaknya..

Ija1202 said...

mungkin ada benarnya...errr tapi cam susah la pulak nak tinggalkan tv.. :)

Ija1202 said...

mungkin ada benarnya...errr tapi cam susah la pulak nak tinggalkan tv.. :)

Ija1202 said...

mungkin ada benarnya...errr tapi cam susah la pulak nak tinggalkan tv.. :)

Rashid said...

dayana
iya sama kita yna ..syukur tak pernah asma. tapi tak sama sebab sy tak pernah sesak nafas..hehe

Rashid said...

biru

salam biru
oh yake biru? ermm. ‘in haler’ namanya ek. tak tau pula sy rupanya alat tu utk dapatkan oksigen. Kasihankan.. Padanlah rakan sekerja saya tu tak boleh sejuk sangat..terus asma jadinya. Takde ubat lain ke selain in haler tu?

Rashid said...

Ila
hehe..pandai ila ni. iya ila, senaman tu penting sangat. Selain utk kesihatan jua utk kelihatan awet dan macho.. yes!! yes!!

Rashid said...

Tirana,
ermm yake kak. Asma ni ada pilih kasih jugake.. ada yg kena ada yang tak? adoii..

Rashid said...

Cikgu Adham
Betul tu adham. Teknologi ada baik buruknya.. janji sederhana dan terkawal dah..

Suka tgk tv citer tertentu je..

Rashid said...

Naurah makwa
naura, tule.. asyik biarkan anak duk ngadap tv tapi mama papanya ilang.. hehe.. taktik tak baik tu.. kasihan anak nanti jadi mangsa asma.

Rashid said...

Kulna
ermm nak le.. psstt!!! bila kulna boleh ajar tu… tarikh? masa? tempat? janji ek..

Rashid said...

Arianni
salam ari
a’ahh.. tengok yang berkaitan dah le ari. Masalahnya asyik duk ngadap benda empat segi sama dan tepat tu je.. tapikan kalau duk asyik ngadap lappy pula camana ek? boleh asma jugake? musykil ni..

Rashid said...

Ija1202

Ija, takyah tinggalkan tv tu cuma kurangkan tengok je.. maksudnya asyik nak bersama suka dan duka ngan tv je..

Ada orang tu balik je kat umah terus on tv sampai le lelap. Malah ada yg terlelap depan tv..

saya pula duk lena depan lappy.. hehe

Catwoman said...

Cikgu Rashiddddd....

Ngeh 3x.... :)

Ni yg syok nak kacau Cikgu nihhhh.
T`lalu byk menonton TV m`bawa kpd risiko asma ye...

Cikgu switch-off TV tu pelan2, then cari kotak dan masukkan TV tu pelan2 dlm kotak. Dah tu sila SEAL elok2.Make sure tulis "FRAGILE & PLEASE HANDLE WITH CARE". Then tulis nama & alamat sy. Dah tu pos kat sy ye TV tu.
Biar sy sorang yg tgk TV. Muahahahaha......Cikgu bebas dr asma, sy lak dpt TV. OK tak idea ni??

Rashid said...

Zyma Saad

hahaha!!!!!! dushhhhhhhhhhh!!!!!!! (panjang sikit dushhnya..)

comelnya idea. Siap ngan fragile tu.. hehe. Anak sapa ni ek? kalahkan prof je dia punya fikirnya..

Idalara said...

salam cikgu rashid..
hmmm..mungkinkah?tapi anak2 kak ida bukan sepanjang waktu menonton tv..sebenarnya mng sejak kecil mereka dah mengidap astma..mng agak mencabar menjaga anak2 astma ni..mujur kelinik di bawah rumah saja dan charges yg dikenakan tidak mahal..maklumkah bila kedua2 terpaksa ambil gas..

Catwoman said...

Mmg comel idea ni.

Ngeh 3x....

:)

Rashid said...

idalara

ermm iyake kak ida. adoii.. nak wat camanakan sudah begitu kehendakNya. ohya nasib baik dekat je klinik tu..

moga kak ida tabah.. dan sya percaya kak ida memang seorang ibu yang tabah..

Rashid said...

Zyma Saad

hmm mmm.. eeeee...

Marzalina said...

iye ke..umah intan tak ada TV tapi family intan mmg ada penyakit asma ni..keturunan agaknya.

tapi kalau rajin bersenam..mungkin takkan ada masalah asma ni..kekadang asma ni banyak meyerang orang yg gemuk..kan..

BEiB said...

salam...
bukan setakat ASMA..mereka yang suka dok depan TV ni akan jadi COUCH POTATO yang kemudiannya berlanjutan menjadi OBESE...
tak macho macam cg Rahid laa...heheh

Rashid said...

Marzalina
iyake intan tak de tv? ermm..
entahle intan. saya rasa selain keturunan mungkin gak kerna faktor persekitaran dan kurangnya latihan fizikal..

Rashid said...

BEIB
Salam beib..
betul tu. biasanya sapa yg asyik ngan tv akan suka nyumm nyumm makanan ringan.. tak sedar je abis 2 .. 3 kilo makanan tu.. akhirnya obes jadinya.

beib, macho cam saya? hehe.. ada je..

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

lama nur tak jenguk rumah cikgu..
apa khabar?
bila baca entry ni, rasa bersyukur sgt sbb tak mengalami sesak nafas mcm tu.. penah panik bila anak buah terkena asma dan dimasukkan ke ward. cian sgt bila tgk budak2 kecik kena asma... nak aktif sgt pun tak dpt jika nak dibandingkan dgn kanak2 lain..

Rashid said...

Nur
ya nur. Sebenarnya kita ni kena banyak bersyukur.. takde le kena penyakit yang merisaukan sangat. Bersyukur segala padaNya.

ermm memang kasihan bila tengok budak kena asma ni..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search