Followers

14 August 2009

Mama, kenapa pakcik itu kata begitu?


Aku layari blog uncle Mountdweller. Seronok baca entri, ‘keliru?’. Seronok bila baca setiap komen yang dilontarkan. Juga balasan komen dari uncle mountdweller itu sendiri. Pedas ..

Teringat aku pada pilihanraya Manek Urai, Kelantan baru-baru ini…


“Mu kafir!!!..” laung seorang pakcik ‘berkopiah’ kepada segerombolan pemuda ‘bersongkok’.


Seorang anak kecil di dalam kereta yang sedang bergerak perlahan melintasi khemah parti kelihatan agak terkejut. Takut. Lantas bertanyakan mamanya.


“Mama, kenapa pakcik itu kata begitu mama. Kan cikgu dah bagitau, tak boleh kata begitu. Marah-marah. Tak baik…”


Mama itu tercengang. Tak tau nak bagitau dan jelaskan pada anaknya. Mama itu juga kelihatan agak keliru dan amat marah. Marah dengan pakcik dan orang-orang politik yang sedang mencaci di bawah khemah parti. Saling menghambur antara satu sama lain. Penuh ayat-ayat busuk. Jijik sekali.


Ayat-ayat busuk itu saling bergema antara mereka. Antara khemah. Antara parti Melayu dan antara orang Melayu. Tiada Cina. Tiada India.


Mama itu masih keliru dan sedih…


p/s - aku hilang kata-kata bila pengadunya mengisahkan cerita ini padaku ..

22 comments:

Zyma Saad said...

Cikgu Rashid.....

Sy kesal dgn kata2 sebegini :
“Mu kafir!!!..” laung seorang pakcik ‘berkopiah’ kepada segerombolan pemuda ‘bersongkok’.

Kita tiada HAK utk m`kafirkan sesiapa pun.

**Budi bahasa m`lambangkan identiti kita sebagai org MELAYU**

Pepari said...

Persoalan dimindanya pasti terjawab satu hari nanti..tika ini si kecil mampu untuk menerima..belum peringkat analisis..suatu hari nanti..

Signorina Syima said...

melayu dengan melayu bertelagah... buat malu jer...

pening kepala... tak nak campur tapi itu yg akan menggugat keamanan sejagat...


haih...

Bapak said...

entahle Cikgu Rashid..

ni ke kita nak wariskan kepada generasi masa depan...pemusuhan politik yg x takde ujung pangkal...

kita sebenarnya masih jauh dari konsep demoraksi matang...(sori, teremosi pulak...hhehe)

Pepari said...

suatu hari nanti..si kecil akan mengetahui persoalan yang bermain di mindanya itu. Kini dia hanya mampu melihat..menghafal..tetapi belum mampu menganalisis..ia pasti terjawab nanti

mountdweller said...

Salam Rashid.

Itulah manusia Rashid. Bila NAFSU mengatasi AKAL maka itulah jadinya.

Tanpa kita sedar kerana sifat Amarah yang dikuasai nafsu sudah tentunya menjadi tunggangan Syaitan. Kita lupa siapa disekeliling kita. Itu sebabnya uncle katakan Kupiah tidak memberikan apa-apa makna bagi orang begini, memalukan agama adalah!

Kalau uncle jadi Mama sikecil itu, uncle akan katakan "Jangan hiraukan dia, itu orang gila!, apa yang Cikgu katakan itu betul"

Tirana said...

Hanya kerana perbezaan pegangan politik, sesama melayu pun boleh bergaduh.. Sepatutnya kita boleh bersatu atas nama ISLAM

Rashid said...

Zyma Saad
ermm.. betul tu zyma segalanya dari hati.

Pakaian cerminan diri dan hati. Moga ‘hati Melayu’ kita sentiasa bersih..

Rashid said...

Pepari
yup! satu hari nanti semuanya pasti terlerai segala persoalan.

Pepari.. t.kasih datang umah saya.

Rashid said...

Signorina Syima
Syima, saya juga sedih melihat situasi dan kedudukan orang Melayu sekarang.

Benarkah Melayu takkan hilang di dunia? rasanya Melayu akan hilangkan Melayu..

Rashid said...

Bapak
okey je tu bapak.
Teringat akan kata-kata ‘dalam politik segalanya mungkin. Hari ini kita kawan esok kita bermusuh.. hari ini kita bermusuh esok kita jadi kawan.

Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu..

Rashid said...

Pepari
Ya pepari, anak kecil itu akan mengerti suatu hari nanti..

Rashid said...

Mountdweller
Salam uncle.
Kopiah putih itu baik cuma ada si pemakainya yang telah ‘menghitamkannya’

"Jangan hiraukan dia, itu orang gila!, apa yang Cikgu katakan itu betul"

Uncle, tak sampai hati saya nak kata begitu.. hehe..

Rashid said...

Tirana
Kak Tirana, alangkah bagusnya kalau Melayu sentiasa bersatu. Tak guna bersaing separuh gila sekadar untuk mencari kekuatan politik. Ini kerana kekuatan politik tak sebanding dengan kekuatan ekonomi bangsa lain..

Suka tengok kekuatan politik dan kekuatan ekonomi Melayu berjalan seiringan..

DUN Behrang 2020 said...

Inilah sebenarnya melayu kita hari ini...yg terus2an menyebabkan kita seakan payah untuk bersatu dan bkasih sayang atas nama Islam...bila kita rasa hanya kita shj yg suci...

hidet said...

jadilah katak pekak (ada sesapa kat sini pernah baca citer pasal katak pekak? hehe )

Rashid said...

DUN behrang
Melayu kita.. yup! Melayu kita. Penuh persoalan yang masih tidak terjawab..

Rashid said...

hidet

Katak pekak? adoiii.. macam-macam. tak pernah dengar lagi cerita ni.

ILA said...

Oleh itu saya tak brapa berminat dgn ulasan politik .Ianya menyemakkan kepala sedangkan keuntungan orang tertentu saja yg dapat.Hmmm..Tuan Kapten,renungan baby boy di dlm gambar seperti renunganmu..adakah anak Tuan Kapten???
eheh:p
(tersengih2 saya menaip ayat tanya ini)

n a r d indie winkie said...

entahle.. tak tahu nak kata pe. kesian si kecil yg tak tahu ape2.

Rashid said...

Ila

Politik itu penting.. cuma bagaimana cara dan pendekatan berpolitik itu yang perlu direnungi kembal

Renungan baby boy itu..??

ila, oooo tersengih ek. dushh dushhh!!

Rashid said...

nard

a'ahh nard. kasian.. (ingat citer p ramlee pula.. ishh..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search