Followers

05 August 2009

Tengok, cikgupun dah sisihkan saya …

Jam 10.30 malam - aku terima sms dari seorang pelajar form 5. Pelajar ini adalah salah seorang pelajar target cemerlang A. Agak pendiam orangnya bila berada di dalam kelas.


Berikut sms nya. (sms dibetulkan sikit..)


Pelajar: A’kum cikgu..
Rashid:
W’kum. Siapa ni?


Pelajar: Pelajar cikgu ni. Su ….
Pelajar: Maaf kalau saya ganggu cikgu. Saya cuma nak minta pendapat dari cikgu.
Pelajar:
Apa perasaan cikgu bila semua orang sisihkan cikgu?

>>> (sms dari pelajar itu aku tak balas kerana sedang chatting (ym) dengan seorang rakan blogger)


Pelajar: Tengok, cikgupun dah sisihkan saya. Tak apalah cikgu ..

>>> (Aku terkejut.. risau pula. Terus aku balas sms tersebut)


Rashid: Ada apa sebenarnya ni Su?
Pelajar: Tak ada apa cikgu. K la cikgu saya tak nak ganggu cikgu. A’kum..


Rashid: Su, ada apa ni?
Pelajar: Kenapa cikgu harapkan saya. Sedangkan famili saya asyik merendahkan saya. Iyalah saya ni tak setanding ngan kak dan abang saya…


Rashid: Okey Su, nanti kat sekolah Su cerita dengan cikgu...
Pelajar: Tengok la dulu cikgu. Sorry la coz jadikan cikgu tempat biro aduan saya.


Rashid: Tak pe. Cikgu sedia mendengar. Nanti kat sekolah Su jumpa cikgu, cerita dengan cikgu k.
Pelajar: K cikgu, TQ sebab sudi dengar masalah saya.

p/s – ermm.. sensitif juga pelajar ini..

48 comments:

Muallim Adham said...

slm... ai ganah gk smpai setara tu huhuhhu... bagaimanapun, teruskan usaha.. tu la cikgu... msti sedia jd pendengar yg baik kpd pelajar...

Unknown said...

Salam Rashid.

Pelajar ini perlukan motivasi percayakan kebolehan diri untuk mengangkat martabat dirinya di kalangan keluarganya.

Perkara ini pernah berlaku kepada uncle sendiri iaitu anak kedua uncle. Dia mersakan dia tidak setanding Kak Longnya. Uncle terpaksa baiki minda dan persepsinya terhadap diri dan keluarga melalui motivasi yang berhikmah.

Alhamdulillah anak uncle itu juga sudah berjaya sebagaimana Kak Longnya.

♥nrina♥ said...

canggihlah skrg ni leh luahkan segala masalah kat hp cikgu hehe..

tapi mungkin jugak jadi masalah kalau dapat sms merapu kan cikgu hehe..

pB said...

berat jugak isu nie

dayana said...

cr...

adek cr pun sentap gaks!

dayana said...

cr...

biasa le tu selalunya bila cikgu dah amik berat, tunjuk sifat mesra cket pd anak murid, mesti beliau rasa disayangi...tp bila cikgu tu 'terlupa' skjap lain lak jadinya...

Jiwa muda ...jiwa remaja...cr dulu pun mcm tu gak kan...org mcm cr ni mesti dah melalui zaman tuh...jiwa ngah meluap-luap dgn keinginan ...keghairahan...

p/s: sy masih org yang sama...

Catwoman said...

Cikgu rashid.....

Semangatnya dah luntur agaknya tu.
Student2 cenggini perlu diberi motivasi positive dan semangat utk sukses. Kalau dibiarkan tanpa m`pedulikan diaorg ni, nnti byk perkara negative yg diaorg lakukan.
:)

lalink7 said...

cikgu..pelajar ini mcm kurang berkeyakinan utk belajar..kesian die..arap2 die dapat result yg cemerlang dengan adanya bimbingan dr cikgu..

Cikgu nie cikgu kaunseling ke?

Super Nia Hana said...

kena amik tahu tu cikgu...
kenkadang bebudak ni ada sesautu yg dia tak leh nak luahkan pd family and kawan2 dia

harap sesangat cikgu leh tolong

oh...sudah over pulak watashi

DaliaLiyana said...

nape jd camtu?? sbr k...
hv a great day!

AkuBukanLelaki said...

urm...kdg2 kita yakin student tu leh capai target but kdg2 kite xsangka student tu lain plak targetnya..

Adinda Amy Sensei said...

salam..

semua orang ada sifat sensitif...
syaye pun kekadang sensitip gak..hehe

Miss Hirose said...

kecian la bdk tu..
msti die tgh tensen.. cigu rashid kene tenangkan die..

Anonymous said...

bestnye dpt cikgu yg understanding cenggini..
bole sy jd anak murid??? :)

Emilia said...

besar betul tanggungjwb seorg guru di zaman skrg ye bukan waktu sekolah je kena layan kerenah anak murid... :)

TuYa said...

salam cikgu..
selalunya begitu la gelagat anak murid..
x dapat perhatian di rumah..inginkan perhatian guru2..
bukan senang anak murid nak sms cikgu tau..heheh

Anonymous said...

remaja cikgu..harus di fahami..nasib baik dia mcari cikgu utk tmpat mgadu


ila

Rashid said...

Cikgu Adham
salam.. tak taule adham. Pelajar ni bijak tapi mungkin rasa terusik hati ngan mak bapa nya.. remajakan. Sensitif..

Rashid said...

Mountdweller
Ya uncle. insyaAllah saya akan bagi dia nasihat .. agar motivasinya kembali tinggi. Uncle, t.kasih berkongsi kisah uncle.. saya akan dekati pelajar ni..

Rashid said...

nrina
yup! tapi syukur, tak pernah dapat sms merapu.. semuanya baik-baik je. Minta tunjuk ajar dan nasihat..
ermm teringat pula, saya pernah dpt panggilan dari student UMS .. bertanyakan tugasan tutorial - pd jam 3.00 pagi. adehhh…sedang lena tu..tapi takper kena 'sedarkan diri' juga. Dalam mamai..

Rashid said...

pB
berat ke?.. moga akan menjadi ringan. Demi utk pelajar..

Rashid said...

dayana
Naper adek tersentap? biasa le tu..

Rashid said...

dayana
a;ahh mungkin kot. Saya kat sekolah.. suka bersama pelajar –dekati mereka, borak-borak, ketawa sama-sama. Tapi jika pelajar tak siapkan kerja, ponteng ke apake.. saya akan panggil masuk bilik saya - soal siasat. Jika salah sy akan marah.. (kadang tu terus rotan je..). tapi syukur pelajar dpt terima ‘cara’ saya. Malah pelajar yg saya rotanpun masih suka datang umah saya.. tolong saya angkat barangke.. potong rumput ke.. hehe

yup! jiwa muda remaja perlu diberi nasihat yang sebaiknya…

Rashid said...

Zyma saad
iyale zyma. Kena beri semangat. Tambahan lagi pelajar ni bijak. Cuma kadangkala semangat tu.. apatah lagi bila ada masalah kat umah. Kalau kita tak cuba dekati mereka, risau gak..

Rashid said...

Lalink7
lalink .. insyaAllah. Saya akan dekati pelajar cam ni. Mereka harapan saya.. kejayaan mereka itulah kepuasan bagi saya sebenarnya.

Link, saya bukan cikgu kaunseling le tapi selalu je ada pelajar datang jumpa. Minta nasihat dsb.

Rashid said...

Super HaNa
Watashi, saya faham..
Betul kata watashi tu, pelajar ni bijak tapi masih ada rasa rendah diri sikit.. Dia ada ramai kawan tapi mungkin lebih suka berkongsi masalah ngan saya..

Rashid said...

DaliaLiyana
eerm.. moga pelajar tu dapat bangkit semula.
T.kasih atas ucapan doa dalialiyana.

Rashid said...

Vilda Fida
Lain pula targetnya? ishh.. moga targetnya hanya untuk berjaya dalam pelajaran.

Sedang berfikir..

Rashid said...

Cik Amy Sensei
Salam. iyake ni? orang sensitif kena bersama orang yang sentiasa tenang..damai..

Rashid said...

miss hirose
ya miss hirose, sayapun terkejut juga masa tu. Dapat bayangkan keadaan dia.. mungkin masa tu tertekan kot sampaikan sms kat saya cam tu.. tapi insyaAllah saya akan cuba bagi dia nasihat sebaiknya.

Rashid said...

ommy firuz
haha!! bestke? adoiii ada-ada je ommy firuz ni..

nak jadi anak murid saya ek?.. bolehje. Tapi kena bawa sepasu bunga orkid (bunga sy suka), air tomato (campur susu sikit) dan buah kurma .. hehe

Rashid said...

Emelia
Begitulah emilia, sebenarnya keje cikgu ni tak kira masa. Kadang tu malampun mereka sms bertanyakan soalan tertentu .. tapi seronok tau bila kita dapat bantu pelajar ni. Bagi saya, bila pelajar call, sms.. bertanya soalan maknanya diorang tu sedang duk study.. rasa gembira je hati ..

Rashid said...

T.u.Y.a
salam..
yup! tak semua pelajar ‘tergerak hati’ nak sms cikgu dia. Mungkin masa tu pelajar ini hanya nampak saya kot.. cikgu yang ‘sporting’ dan memahami jiwa remaja. hehe. dushh cikgu rashid!

Rashid said...

Anonymous
hmm hmm.. betul tu. lebih baikkan cari cikgu dia..

Tirana said...

Kadang2 remaja ni hendakkan perhatian sedangkan mak ayah ingat diorang dah besar tak perlukan perhatian lagi.. Kesian bila ada pelajar yang terpaksa menagih perhatian dari ibubapa sendiri. Bila tak dapat...akan timbul masalah lain pulak. Nasib baik Su ni pandai cari tempat nak mengadu. Kalau dia mengadu pada orang yang salah, tentu kesannya buruk.

Rashid said...

Tirana
betul tu kak tirana. Remaja satu zaman sedang dan mudah bergolak ngan diri.

ermm.. saya dapat rasakan akan mudahnya remaja skrg ni berkecil hati walaupun ngan emak bapa sendiri.

yup kak, nasib baik dia mengadu pd cikgunya..

Chenta said...

Cekgu..,

Pendapat saya lain .

Saya tak setuju CR dijadikan sebagai tempat dia mengadu, apatah lagi diluar waktu persekolahan . Semuanya ada batasan . Boleh jika ia melibatkan pelajaran . Untuk kebaikkan cekgu dan pelajar itu sendiri .

Masaalah dia kerana tidak mendapat kepercayaan dari IbuBapa. Sedangkan kepercayaan yg cekgu berikan sangat bahaya.

Di usia dia yang meningkat remaja, akan mengundang rasa sayang dan rasa cinta yang berlebihan yang pastinya akan lebih parah .

Rashid: Su, ada apa ni?
Pelajar: Kenapa cikgu harapkan saya. Sedangkan famili saya asyik merendahkan saya.

Dialog ini sahaja telah memberikan persepsi yang lain ..

Cekgu Rashid...,

Penyelesaian yg terbaik ialah.. Pelajar itu diberikan guru kaunseling wanita .

Saya tidak nafikan kebaikkan dan perihatin yg cr berikan . Tetapi hanya wanita sahaja yang tahu naluri seorang wanita .

Maaf, ini adalah pendapat peribadi saya .. Terima kasih kerana sudi mendengar .

Marzalina said...

ermmm...ini mesti cikgu kesayangan pelajar ni..sebab tu la pelajar merajuk kalau cikgu tak layan haha :p

KTS said...

cikgu sibuk ber ym dgn siapa?? hik hik hik..

.
.
.

anak murid cikgu rasa tersisih sbb dia rasa 'kurang'... kdg2 ibu bapa tak sisihkan pun

Rashid said...

Linda

Salam & terima kasih Linda.. Menarik pendapat Linda ..
Saya memahaminya.. Sebenarnya ini kali pertama pelajar tu sms saya mengadu pasal famili.

Linda, jgn risau. saya pun tau akan batasan antara guru-pelajar. Sebab tu pada mulanya saya tak berapa nak jawab sms tu.. kan 3 kali sms baru saya jawab..

Pelajar: Pelajar cikgu ni. Su ….
Pelajar: Maaf kalau saya ganggu cikgu. Saya cuma nak minta pendapat dari cikgu.
Pelajar: Apa perasaan cikgu bila semua orang sisihkan cikgu?

>>> (sms dari pelajar itu aku tak balas kerana sedang chatting (ym) dengan seorang rakan blogger)

Sebenarnya saya tak berapa nak layan sms pelajar, terutama pelajar pompuan. Tapi bila nada sms nya yg kata sayapun dah sisihkannya. Itulah sy cuba tenangkan dirinya.

Linda, jangan salah paham akan “Kenapa cikgu harapkan saya..” sebenarnya bukan saya je berharap. Pelajar ni harapan sekolah. Salah seorang pelajar harapan – target A. Ada 20 orang kita target A. Saya ni kena jaga semua pelajar target. Tugas GK kan..

“hanya wanita sahaja yang tahu naluri seorang wanita” .. ermm..
Yup! pelajar itu lebih baik bersama kaunseling wanita. Cuma saya kena nasihati dia utk dia pergi ke sana.. (tak sume pelajar suka jumpa kaunselor..)

Linda.. apapun terima kasih berkongsi.. Seronok sy baca pendapat Linda.

p/s - depa..buka tgn..pejam mata..tarik nafas..hembus pelan-pelan.. buka mata pelan-pelan. hehe.

Rashid said...

Marzalina

Bila semua guru disayangi pelajar, insyaAllah pelajar akan belajar bersungguh-sungguh.. utk buktikan dia sayangkan gurunya. Sebabnya, mereka akan buktikan mereka sayang - dengan belajar bersungguh-sungguh dan lulus cemerlang.."

Rashid said...

ku tak sempurna

ym ngan sape? adoii..
rakan blogger le. Ada kat senarai kenalan tu. haha!!

ku tak sempurna, jom kita ym sama..

Shamsudin said...

bila baca post nih...teringat akan diri saya yang juga seorang sensitif..heheh saya selalu fikir orang lain sisihkan sayalah, kuarga tak sayanglah, tapi sebenarnya tak...lama2 baru saya sedar..semua itu hanya prasangka kita sahaja.....terlalu memikirnya....huhuhuh

Chenta said...

Salam ,

fuhhh.. panjang lebar jawapan cr . saya suka . Terima kasih kerana memahami apa yang saya maksudkan .

p/s owh , okeh .. saya ada 'jawapan' utk itu . Insyallah saya akan kongsikan nanti ..

Rashid said...

Shamsudin
Din, sensitive juga ek.. orang kata, seorang yang sensitive biasanya inginkan kasih sayang dan perhatian dari persekitaran.

Biasalah tu din, dengan tahap umur sebegitu. Masa itu, tak akan terfikir, tak terjangkau utk fikirkan akan baik buruknya sesuatu tindakan yang diambil ke atas diri kita.

Rashid said...

Linda

salam ..
a’ahh panjang pula jawapan itu. Linda punya pasallah. hehe.

p/s- tak sabar nak tau jawapan ...

Nurul Nadiah said...

nadia selalu tak dapat baLas msg pelajar. kdg2 kite penat sangat nak rehat. mula2 tangguh balas, lama2 terlupa terus. huhu

Rashid said...

Nadia yuna
hehe.. betul tu nadia. saya ada juga kalanya tak balas sms.. tapi bila pelajar bertanyakan khabar ke apa ke sy cuba balasnya. Ini kerna sy fikir, ingatan pelajar pd kita tu perlu juga kita hargai..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search