Followers

28 September 2009

"buka tangan.. pejam mata.. tarik nafas.. hembus pelan-pelan.."

buka tangan.. pejam mata.. tarik nafas.. hembus pelan-pelan..


Aku selalu merindui udara yang segar, sejuk dan nyaman. Bila bersamanya pasti akan terasa tenang dan damai ...

p/s - Entah, kenapa aku suka sungguh melihat gambar di atas ...

17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...


Assalamualaikum w.b.t..

Sempena syawal yang bakal tiba ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri kepada semua kenalan saya, rakan-rakan bloggers dan semua pengunjung blog saya ini. Saya ingin ambil kesempatan ini, menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa jua kesilapan, kesalahan & usik-usikan sepanjang kita bersama di alam maya ini.


Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t .. mana yang kurang itu adalah dari saya sendiri.


Yang duk jauh dan akan balik kampung itu, pandu hati-hati, jaga diri, jaga keluarga dan jaga kereta. Kepada yang tak balik kampung itu.. jangan sedih. Senyum ek.. (tapi kalau sedih juga.. menangislah..)


Kepada rakan bloggers, masa makan kuih raya tu jangan ‘terover’ sangat okeh. hehe (confirm semua makan banyak ni..)


P/S kepada kenalan & rakan-rakan bloggers - terimalah kad raya dari saya di atas tu. Ia tanda ingatan, tanda saya sayangkan anda semua.



>>>>>> TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGERS ATAS UCAPAN SELAMAT & KAD RAYA ...


Berikut antara yang saya sempat terpandang, terklik dan mengambilnya dengan senyuman dan hati yang suka ...




dari luth

dari nard

dari eiza

dari maiza


dari idalara


dari Intan


dari Lady B


dari Redynne

dari Zyma Saad


12 September 2009

Terima kasih facebook kerana temukan aku dengannya


Sahabatku hafiz .. tak sangka kita berjumpa kembali


Syukur padaNya.. tak sangka facebook telah temukan aku dengan seorang sahabat yang paling rapat dengan aku semasa belajar kat UKM dulu. Lama sungguh kami terputus hubungan. Aku cuba menghubunginya selama ini tapi gagal ..


Berikut detik-detik menggembirakan aku ..


Hafiz July 31 at 10:36am
Apa khabar???.....tergamam aku bila jumpa ko dlm facebook nie, hidungmu masih ku ingati...hihihik...nie hafiz la bro.....pls respond okay.

Rashid September 10 at 2:44am
Salam hafiz. adoii.. tak sangka boleh jumpa kau di sini. Maaf, aku lama tak buka facebook ini. Dulu cuba-cuba je daftar.. kemudian aku tinggal.. cuba buka balik dah lupa pula password. Tadi ada kawan minta aku buka facebook.. cuba-cuba cari cari facebook yang lama ni.. syukur jumpa juga p/word. Terkejut aku... kau rupanya!!!!

Rashid September 10 at 2:47am
fizzzzzzzzzz.. Aku ingatkan hero hindustan mana tiba-tiba ada dalam f/book aku. haha!!! ceh!! tak sangka aku kau masih macho macam dulu.

fiz, 3 kegemaran kau aku masih ingat sampai sekarang!! tapi itu rahsia besar antara kita. biar pecah diperut jgn pecah di mulut!!

Hafiz September 10 at 8:12am
hahahahah,........aku ingat ko dah lupa kat aku, wa mau nangis gitu tau....hikhikhik.....ko pun hensem jugak yer....shid, guna la facebook selalu, senang nak communicate sentiasa, dlm list friend aku ada kawan2 lama di kamsis dulu...
siol shid, ko masih ingat lagie rahsia tuh hikhikhik.
btw, kenangan manis di UKM dgn ko masih ku ingati.....

Rashid September 11 at 3:50am
ishh fiz, mana aku boleh lupa kau. Sebenarnya dah lama aku cuba nak contact kau tp tak dapat. Takde berita..

p/s – Aku ingin ucapkan terima kasih pada rakan blogger, ila kerana minta supaya aku kembali aktifkan facebook aku yang ‘sedang lena’ selama ini. Kalau tak .. alamak tak taulah aku sahabatku hafiz ada menghubungi aku melalui facebook ini.

08 September 2009

Puasa mempengaruhi kebijaksanaan dan kecerdasan seseorang


“Kenapa nampak letih je semua ni?” aku menegur pelajar di dalam satu kelas – tingkatan 5. Mereka kelihatan tidak bermaya. Aku tengok jam, baru saja pukul 12.30 tengahari.


“Puasa cikgu. Letih..” salah seorang pelajar memberi respon.


“Hah!! inilah silapnya kamu ini. Mana boleh puasa meletihkan. Puasa sebenarnya memberikan kita lebih tenaga, buatkan otak kita semakin aktif berfikir. Bila kita puasa, minda kita akan semakin kuat. Ingatan semakin baik.”


“Dengan berpuasa, sepatutnya kamu semua sekali semakin hebat berfikir!!”


“Dengar sini semua, cikgu tak nak tengok bila cikgu masuk kelas, kamu nampak lembik!. Cikgu tak nak dengar kamu berikan alasan puasa sebagai penyebab rasa letih dan lesu. Rasa malas..”


“Kamu pernah dengar satu kajian sains tentang hebatnya orang itu bila ia berpuasa? Nah!! ini satu keratan yang cikgu ambil dari akhbar, 21 ogos lalu. Kajian ini dilakukan oleh ‘Mat Salleh’ bermata biru!! seorang pakar perubatan dari Amerika Syarikat, Dr. Alan Cott.”


“Dr Alan menyatakan puasa mempengaruhi kebijaksanaan dan darjah kecerdasan seseorang. Beliau melakukan satu kajian ke atas sekumpulan orang yang berpuasa dan satu kumpulan lagi yang tidak berpuasa. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa mereka yang rajin berpuasa memperoleh markah jauh lebih tinggi berbanding yang tidak berpuasa.”


bla bla bla… suara aku semakin kuat!!


Sebelum meninggalkan kelas, sempat lagi aku baca satu petikan, Pesan Lukman al-Hakim kepada anaknya:


“Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (kebijaksanaan), dan malaslah segala anggota badan untuk beribadat. Makan yang kenyang itu menegangkan urat perut dan mengendurkan urat mata”


p/s – Peperiksaan SPM dah makin dekat .. itulah sebab suara aku semakin kuat ..

01 September 2009

Teman Tapi Mesra


Lama menghilang
Kini dia hadir
Dengan satu sapaan
Dengan satu senyuman


Pelbagai soalan
Menyoal diri ini
Rupanya ada kisah
Kisah dibalik kebisuan diri


Rahsia terungkai
Rupanya ada hati tersentuh
Ekoran sedikit salah faham
Rasa cemburu lantas merajuk


Hanya doa
Moga segala simpulan terurai
Tiada lagi kata
Tiada lagi tanggapan
Tiada lagi airmata


Kerana hati ini
Masih sama
Masih sayangkan
Ikatan yang sedia terjalin
Teman tapi mesra

p/s - bila hati berbicara ...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search