Followers

08 September 2009

Puasa mempengaruhi kebijaksanaan dan kecerdasan seseorang


“Kenapa nampak letih je semua ni?” aku menegur pelajar di dalam satu kelas – tingkatan 5. Mereka kelihatan tidak bermaya. Aku tengok jam, baru saja pukul 12.30 tengahari.


“Puasa cikgu. Letih..” salah seorang pelajar memberi respon.


“Hah!! inilah silapnya kamu ini. Mana boleh puasa meletihkan. Puasa sebenarnya memberikan kita lebih tenaga, buatkan otak kita semakin aktif berfikir. Bila kita puasa, minda kita akan semakin kuat. Ingatan semakin baik.”


“Dengan berpuasa, sepatutnya kamu semua sekali semakin hebat berfikir!!”


“Dengar sini semua, cikgu tak nak tengok bila cikgu masuk kelas, kamu nampak lembik!. Cikgu tak nak dengar kamu berikan alasan puasa sebagai penyebab rasa letih dan lesu. Rasa malas..”


“Kamu pernah dengar satu kajian sains tentang hebatnya orang itu bila ia berpuasa? Nah!! ini satu keratan yang cikgu ambil dari akhbar, 21 ogos lalu. Kajian ini dilakukan oleh ‘Mat Salleh’ bermata biru!! seorang pakar perubatan dari Amerika Syarikat, Dr. Alan Cott.”


“Dr Alan menyatakan puasa mempengaruhi kebijaksanaan dan darjah kecerdasan seseorang. Beliau melakukan satu kajian ke atas sekumpulan orang yang berpuasa dan satu kumpulan lagi yang tidak berpuasa. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa mereka yang rajin berpuasa memperoleh markah jauh lebih tinggi berbanding yang tidak berpuasa.”


bla bla bla… suara aku semakin kuat!!


Sebelum meninggalkan kelas, sempat lagi aku baca satu petikan, Pesan Lukman al-Hakim kepada anaknya:


“Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah daripada menuturkan hikmah (kebijaksanaan), dan malaslah segala anggota badan untuk beribadat. Makan yang kenyang itu menegangkan urat perut dan mengendurkan urat mata”


p/s – Peperiksaan SPM dah makin dekat .. itulah sebab suara aku semakin kuat ..

43 comments:

birU said...

salam,

boss kata bak buat 5s ni segera so kena buat gotong royong perdana.
hahhhhh semua mengeluh!! apa kes, gotong royong dalam bulan2 poser nih? ekekekkekkek... kita selalu guna alasan bulan puasa untuak bermalas2an.

tapi bos pun nak kena turun padang gak la, kalo tak anak buah ?
huwaaaaa

cHeRyNa PiReS said...

kalau sha cakap macam nieh pade anak murid sha, diorg akan amik buku alas kepala dan tidur tanpa pedulikan apa yg sha kate. ataupon mereka angkat beg dan terus pergi...

jadi nak taknak sha bercakap bahasa mereka...barulah nak mendengar:)

ILA said...

cikgu....
cikgu tak penat ke byak cakap ..
nanti tak de ayak ludah nak di telan lagiii..:p
hihikkk~~

Farhah Zaidah said...

emm...cmtu ye hebatnya kuasa puasa.. =) syawal mkin dkat..ramadhan kian meninggalkan kta..

Cikgu Adham said...

slm...
lama x dgr kab cikgu..
mmg betul puasa meransang kecerdasan.. sebab keadaan perut yg tiada makanan berat menyebabkan otak kita releks dan kurang bekerja menghadamkan makanan.. so otak dapat menumpukan perhatian pada akademik, penghafalan dsb...

tidak hairan nabi SAW sentiasa mengingatkan umat islam agar apabila makan berhentilah sebelum kenyang...

selamat berpuasa cikgu dan slmt hr raya deh

fAtrinA said...

saya sokong cikgu..hehe tp tu mmg dh jadik tabiat kt kot. bila pose ckp letih hoho

kojah said...

salam singgah...

cikgu eh?

NuR said...

takpe cikgu
sekali sekala kita perlu kuatkan suara..
agar mereka tak leka

P.Wakuba said...

Salam cikgu..pengunjung baru...Apapun semoga berjaya kepada cikgu dan students cikgu...Crew kami ucapkan semoga berjaya..SPM dh dekat..mmg patut cikgu kuatkan suara..Kami yang PMR ni nampaknya kena kuat lagi suara berbanding cikgu sebab masa dah suntuk..hehe..Selamat berpuasa!!

Zyma Saad said...

Salam Cikgu Rashid.....

Bulan puasa sy rasa sihat dan cergas.....mcm tak puasa la pulak kekdahnye. Padahal puasa sampai kurus kering. Huhuhuhu....

Tapi sy lagi ceria dan cergas bila masuk blog Cikgu....lepas 2 kenekan Cikgu. Wahhhhh, semakin cergas sy,Cikgu Rashid. Huhuhuhu...

Byk ke kuih raya Cikgu buat?? Kalau byk, jemput la sy makan sama. (Sy tgh offer diri sendiri utk makan kuih raya Cikgu rashid nihhhhh....) :) Ngeh....3x

Aidil Fadzil said...

Salam Ziarah buat Rashid. Moga kecerdasan menguatkan kamu memberi bimbingan dan contoh yang terbaik buat pelajarmu.

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid..

mcm2 peel dorng.. tak sampai petang dah letih.. heee.... tingat time study dl.. huh!! rupanya cikgu nie bleh tahan garang... ahakss...

Rashid said...

biru
Itulah biru, ramai antara kita jadikan bulan puasa sebagai alasan ‘kena tangguhkan’sesuatu kerja. Tapi kalau gotong royong PERDANA tu rasanya itu dah melampau tuu.. apa punya bos.. dushhh dia.

Rashid said...

Cheryna Pires
Sha, kena ada cara. Saya ni kalau bercakap, pelajar mesti buka mata punya. Mata ngantuk terus segar bugar. Kena pandai mainkan nada suara, gaya & bahasa badan barule diorang ni terpikat..

Rashid said...

Ila
ishh mana ada penat ila. Saya ni kalau bercakap / bagi ceramah, 3..4 jam tanpa henti dah biasa. Ini setakat 1 .. 2 masa dalam kelas. Aduhai rasa tak cukup je. Idea tu ada-ada je. Spontan ia hadir.

Tu le kalau jumpa ila, rasanya ila akan jadi pendengar je.. pendengar yg setia.

Rashid said...

Farhah Zaidah
a’ahh hikmah puasa ni memang hebat farhah. Ia banyak merawat kita.
sedih je rasa bila hari ramadhan makin berkurang.

Rashid said...

Cikgu Adham
Betul tu adham. Puasa boleh cergaskan badan dan otak kita. Rasa ada beza time kita berpuasa dengan tak puasa. Rasa badan bila berpuasa makin fit je. Takdepun rasa letih dan mengantuk.

Selamat hari raya.. hehe. (tak sanggup rasanya nak ucap, kerana masih sayangkan bulan ramadhan)

Rashid said...

Fatrina
Yup fatrina, satu tabiat dan budaya yang perlu kita ubah. Tak nak bila rasa letih selalu dikaitkan dengan puasa.

Rashid said...

Kojah
Kojah, terima kasih kerna singgah umah saya ni.
a’ahh saya seorang cikgu yang sentiasa cool.. hehe (naik belon sendiri..)

Rashid said...

Nur
betul Nur. Kena pandai mainkan suara agar pelajar celik mata sikit. Diorang ni lupa periksa esok lusa dah. Tapi masih lemah semangat. Letih le apa le.. alasan puasa.. ishhh.. tapi bila kena motivasi tu baru nampak celik mata. Harap-harap bukan saja mata celik tapi hati dan fikiranpun turut sama celik.

Rashid said...

P.Wakuba

salam wakuba.
Sama-sama le kita kuatkan suara demi masa depan pelajar. Diorang ni tak sampai tahap kita berfikir. So, kita kena sedarkan diorang ni. Sekurang-kurangnya kita berusaha.

Rashid said...

Zyma Saad
zyma.. ada je dia ni.
Apapun terima kasih kerana ceria dan cergas bila bersama blog saya. saya tak kisah kena dikenakan oleh zyma. Kerana saya tau.. zyma ni kalau tak usik saya tentu tak lena tidur, tak lalu makan, mandi tak basah. haha!! betulkan zyma?

kuih raya. ermm.. byk sy buat sendiri. mai lah umah..

Rashid said...

Aidil Fadzil
Salam utk aidil juga. Moga-moganya ..
Aidil, tq dtg umah.

Rashid said...

MaizaC’joe
Salam maiza.
uisskk mana ada garang maiza. saya le guru yang paling baik & sporting sekali. hehe
kalau tak percaya cuba tanya pelajar saya..

MaizaC'Joe said...

salam..

saya percaya... gurau ja.. bergurau kan bagus.. vitamin untuk kita tue.. heee...

DUN Behrang 2020 said...

Alasan yang tersangatlah biasa...dush kat dorang sorang2...hehehe...nanti tak pasal2 keluar tv lak kan...kaedah mmg perlu dipelbagaikan...kadang2 kita kena jd pelakon, penyanyi, perayu...dan macam2 lagi la...apapun cikgu Rashid mmg seorang yg hebat!

lalink7 said...

semoga anak murid cikgu xbuat2 etih lagi pas dgr ceramah cikgu ye..

heheh..
tapi saye pun cam nie jgk dulu..
alahai..hehe

Shamsudin said...

assalamualaikum....
bila baca entry nih cam terasa plak saya.hehe sebab saya suka makan banyk...sebenarnynya.. ...hehe tak sah kalu tak banyk makan......patutlah bila dalam kelas selalu mengantuk..ish ish sh......satu entry yg sangt bagus..mmbuatkan saya terfikir dan ingin melakukan anjakan paradigma...

Shamsudin said...

assalamualaikum....
bila baca entry nih cam terasa plak saya.hehe sebab saya suka makan banyk...sebenarnynya.. ...hehe tak sah kalu tak banyk makan......patutlah bila dalam kelas selalu mengantuk..ish ish sh......satu entry yg sangt bagus..mmbuatkan saya terfikir dan ingin melakukan anjakan paradigma...

Zyma Saad said...

Cikgu Rashid....

Pandainyer buat kuih raya ekkkk.
Nak buat menantu....anak kecik lagi. nak tunggu b`menantukan Cikgu.....alamatnyer putih mata la sy nihhhhh nak tgk Cikgu jadi menantu sy. Adehhhhhh......melopong sy. Nak cari menantu yg pandai buat kuih raya ni bukan senang tau.

Saje je nak usik2 Cikgu Rashid....
usik2 manja di bulan Ramadhan.
Huhuhuhuhu.... :)

Rashid said...

salam maiza
a’ahh rasa nak cubit cubit je pipi tu..hehe. gurau jer.. bolehkan..

Rashid said...

DUN behrang
hehe.. tak sanggup le kuar tv. nanti glamour kan susah.
Betul tu DUN, sebagai cikgu kita kena jadi serba boleh. Pelakon, penyanyi (dangdut, rock, nasyid, dikir, keroncong dll.. ) baru pelajar tabik.

Pernah beri motivasi .. sampai menangis pelajar..ramai pula tu. adehh.

Rashid said...

lalink7
Harap-harap gitu le lalink. Mereka le harapan bangsa dan negara.
Kalau bukan kita yang cuba bangkitkan semangat mereka sapa lagikan..

hehe.. sama juga rupanya lalink ni.

Rashid said...

Shamsudin
salam din. heehe.. nak buat caman, budaya Malaysia, hidup utk makan..
Rasa mengantuk sebenarnya bukan saja kerna makanan din. Banyak sebenarnya faktornya. Pernah baca entri saya.. kisah jeneral tu. hehe..

Rashid said...

Zyma saad
wah!! nak bermenantukan saya ek.. dushhh dushhhhh..
Kalau tak dapat bermenantukan saya, buat saya sebagai adik angkat je le. hahaha!!! kan saya baru je naik tingkatan 2..

MaizaC'Joe said...

salam..

boleh.. sy tak kisah..bergurau kan baguss... hee...

Rashid said...

Maiza

haha!! tak kisah ek. Tapi rasanya bila tangan nak sentuh je terus maiza lari pecut 100m 12 saat.. ilang tiba-tiba. takutttt..

LiNda said...

Salam Rashid..,

hehehe..
gelak arr saya baca segala jawapan komen dari awak . Hermm...sangat menarik dan tertarik ..

Wahai Cikgu Rashid...,

Menjadi seorang guru yang berjiwa cool seperti awak, memangggg susah . Banyak hati kena jaga .. saya tahu itu .

Suara awak kuat ke ? hermm... kuat pada pendengaran awak, namun merdu pada pendengaran para pelajar .
hehe

Apapun, saya percaya kebolehan yang ada pada awak . Teruskan usaha okeh .

p/s : owh.. janganlah malu dengan saya . tak besh arr camnie !

MaizaC'Joe said...

Rashid

haha!! takuttt tue mesti la.. sbb jauh la yg berani.. hee..

Rashid said...

Linda

Salam Linda
Itule Linda. Ilmu psikik yang ada pada Linda tu buatkan saya rasa debar je. Risau le. Tapikan Linda, jawapan Linda tu seakan-akan Linda pernah melaluinya. Mungkin pada zaman remaja sekolah dulu-dulu... Linda kan pernah jadi student ayu nakal gitu, semestinya juga seorang yang romantis dan prihatin terhadap sesuatu.

Linda, terima kasih kerna percayakan saya.

p/s – Orang tua-tua dulu kata, malu itu tanda .. haha!! Gurau je. Linda, kita cam biasa okeh.

Rashid said...

Maiza

Saya boleh agak le awak..
Kalau kat depan saya rasanya maiza terus kelu. Hanya mata klik pah klik pah memandang tanpa bicara.. ahaks!!!

blueberry said...

lucu la bace comment2 ckgu...haha
teringat kenangan2 masa cikgu mgajar kelas ktorang dlu...

Rashid said...

blueberry

hehe.. chombee, itulah cikgu. Masa kat Sabah College - mengajar kelas chombee dulu tu dan sekarang kat kelantan pula, stay sama je. Bila tengok pelajar cikgu lembik semacam je hah!! terus je sembur.. bagi motivasi sikit..

chombee, teruskan berkarya k.. cikgu bangga tengok bekas pelajar cikgu ada blog sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search