Followers

26 October 2009

Bagaimana Anda Mandi dan Kesannya?

Apabila anda mandi (tak kiralah mandi pagi ke, mandi tengahari ke, mandi petang ke..), bahagian anggota badan manakah yang mula-mula sekali anda basahi?

Soalan ini aku timbulkan, kerana kelmarin, aku baca satu buku tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Pakar Motivasi – ‘MEMBINA UNGGUL LELAKI’. Antara satu artikelnya ada menyentuh berkenaan tajuk “Sinergi daripada air biasa dan mandi”. Menarik juga aku rasakan kajian yang dilakukan oleh beliau ini.


Apabila anda mandi (tak kiralah mandi pagi ke, mandi tengahari ke, mandi petang ke..), bahagian anggota badan manakah yang mula-mula sekali anda basahi?

Soalan ini aku timbulkan, kerana kelmarin, aku baca satu buku tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, Pakar Motivasi – ‘MEMBINA UNGGUL LELAKI’. Antara satu artikelnya ada menyentuh berkenaan tajuk “Sinergi daripada air biasa dan mandi”. Menarik juga aku rasakan kajian yang dilakukan oleh beliau ini.

Aku rasa, ramai antara kita mulakan mandi dengan membasahi bahagian atas kepala dahulu. Sama ada mandi menggunakan gayung mahupun dengan pancuran air yang ada kat bilik mandi. Seingat akule, sejak zaman budak-budak lagi, selalunya bila kita mandi, kita akan curahkan terus air ke atas kepala. Betulkan?


Tambahan kepada mereka yang tinggal di kampung, yang berdekatan dengan sungai, semestinya bila mandi sungai akan terjun dengan bahagian kepala dahulu, kecuali bagi yang ‘kurang macho’ itu mungkin terjun sungai dengan kaki dahulu. ( p/s - Masa zaman budak-budak dulu, aku mandi sungai dengan cara terjun berpusing-pusing badan.. hehe. Sungguh macho kan?)


Berikut antara petikan dari kata-kata Dr. Tuah:


“Ramai orang memberikan maklumbalas yang positif setelah mengamalkan cara mandi ‘dari bawah ke atas’ (Basahkan kaki dahulu.. ). Selain dapat mengelakkan kejutan tubuh akibat terlalu sejuk, ia juga dapat memberikan kebaikan segi kesihatan dan kecerdasan minda. Mandi seperti ini akan membetulkan sistem tubuh, menstabilkan tekanan darah dan jantung dapat berdenyut dengan baik. Di samping itu, ia dapat mengawal emosi dan membentuk aura yang tepat!”.


“Apabila seseorang itu sering mandi ‘dari bawah ke atas’, ia juga dapat mengelakkan diri daripada tiga keadaan; rambut cepat gugur, beruban dan bercabang.”


“Mandi dengan air dingin waktu pagi akan dapat meningkatkan pertambahan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dikatakan ini dapat menyumbang pada keghairahan asmara. (ops!! kepada yang berkenaan sahaja okey!)



p/s – Menurut Dr. HM. Tuah Iskandar, kajian ini untuk mandi-mandi biasa je, tidak termasuk yang nak atau terpaksa mandi itu.. hehe

21 October 2009

Berlari atau jogging – mana yang lebih berkesan?

Menerusi kaca tv dan juga majalah, kita selalu dipertontonkan betapa berjoging mampu menurunkan berat badan. Hakikatnya, ada juga yang berjoging setiap hari, tapi berat badan masih tak juga berubah. Masih maintain gitu.


Sebenarnya, menurut kajian (Ruangan sihat - majalah harmoni keluaran terbaru) - berjoging hanya sesuai untuk mempromosikan gaya hidup sihat je. Hasil kajian mendapati jika ingin menurunkan berat badan, joging bukanlah jawapan yang tepat!. Ini kerana jika nak lihat kesan dari aktiviti berjoging, seseorang itu perlu berjoging selama 3 jam setiap hari. (uisss 3 jam. lama tuu – lama bagi mereka yang jarang-jarang berjoging jauh. Bagi aku biasa je tu.. ehemm boleh percaya ke? )


Menurut kajian itu lagi, apa yang sepatutnya dilakukan ialah berlari laju selama 15 ke 20 minit. Jika tak dapat berlari di balapan atau trek joging kawasan taman, lakukan saja di rumah. Caranya mudah je.. “Angkat lutut hingga ke paras dada dan lakukan pergerakan berlari (airbike?). Lakukan selama 60 saat. Rehat 20 saat dan ulangi untuk 8 atau 10 set”. Ingat! sebanyak ‘8 atau 10 set’ bukan 1 set okeh.

Agak-agak beginilah cara pergerakan berlari laju yang dicadangkan ..


Aku senyum je. Senyum kerana melihat angka ‘8 atau 10 set’. Aku rasa ramai kalangan kita bukan nak kata 8 atau 10 set, satu setpun tak tentu boleh buat lagi. Kalau mampu buatpun tentu rasa terseksa semacam je. Mungkin ada orang tu sekali je buat dah terkulai layu. haha!!


p/s - Ada seorang kawan, bila diajak berjoging atau berlari, senang je jawapannya, "lebih baik joging atas katil je... zzz ... ” adoiii..

19 October 2009

Seronoknya bersantai dengan pelajar pada cuti hujung minggu


8.00 pagi hingga 12.00 tengahari - aku berada di sekolah. Satu perbincangan bersama pelajar-pelajar tingkatan 5, pelajar target ‘A’ Sejarah SPM tahun ini. Selama hampir 4 jam lebih aku berbincang serta menganalisis topik-topik penting bersama-sama dengan pelajar.

Sebenarnya aku sengaja membawa pelajar ke dalam 'bilik mesyuarat' sekolah. Selama ini mereka asyik belajar dalam kelas, makmal, bilik tayangan dan dewan besar je. so, aku sengaja bawa mereka ke sini - bagi sedikit kelainan dan suasana yang baru.

Seronok juga bila berbincang dengan pelajar dalam keadaan santai begini. Pelbagai soalan diajukan... dan sesungguhnya aku memang suka sekali bila pelajar banyak bertanya. Bagi aku, itu petanda adanya satu kesungguhan dan keinginan pelajar untuk belajar dan berjaya!!! Satu kepuasan bagi aku bila memikirkannya.

Perjumpaan kali ini lebih menjurus kepada perbincangan hasil analisis soalan peperiksaan tahun-tahun lepas serta analisis bab / tajuk oleh beberapa buah negeri (Wilayah Persekutuan KL, Johor, Kelantan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah, Sekolah Berasrama Penuh dan MARA). Untuk rujukan pelajar, turut diedarkan soalan-soalan terpilih mengikut bab / tajuk bersama dengan skema yang lengkap. Edaran soalan dan skema ini adalah hasil analisis oleh Guru-guru Cemerlang Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tak lupa juga soalan-soalan dari ADABI.

15 October 2009

Terjauh terpisah diriku dan dirimu...

Seminggu dua ini ..

Tersentuh hati bila mendengar ..

“maafkan aku…”



13 October 2009

Cikgu perlu pandai 'bermain suara' dan mahir 'bahasa badan'

Sekadar hiasan.. (seronoknya jika sekolah begini. Satu pelajar satu komputer)


Sebagai seorang cikgu, suara dan bahasa badan sangat penting untuk ‘memikat hati para pelajar’. Seorang cikgu perlu pandai ‘bermain suara’ dan mahir dalam ‘bahasa badan’. Nada suara yang kuat, terang dan jelas akan dapat menarik perhatian pelajar. Begitu juga dengan 'bahasa badan'. Gerak badan, lirikan mata dan gaya tersendiri mesti ada pada seorang cikgu. Semua ini dapat menarik pelajar agar memberikan tumpuan sepenuhnya semasa cikgu sedang mengajar.


Bagi aku, seorang cikgu perlu pandai mengawal suasana dan menghidupkan suasana. Di samping itu, seorang cikgu juga perlu ada kisah, kaitkan isu semasa dan yang penting ‘cikgu sentiasa nampak bersemangat’.


Begitulah aku. Jarang aku bersuara perlahan. Kuat je suara. Mengajar gaya bercerita dan bercerita tu biasalah. Ada-ada saja cerita. Hadir spontan. Sampaikan ada pelajar minta aku bercerita.. cerita.. cerita lagi. Apa ingat aku tukang cerita ke? haha!!


Hakikatnya aku ini nampak je selalu serius orangnya tapi sebenarnya aku adalah cikgu yang sangat ‘mesra pelajar’. ahaksssssssssss. Aku sukakan suasana kelas yang ‘ceria dan happy’. Aku tak suka suasana kelas seperti ‘atas kuburan’ (kecuali masa exam..). Aku suka bila pelajar belajar dengan perasaan suka. Suka bertanya. Bertanya apa jua soalan.


Kelmarin – dalam kelas 4 Sains…


Sedang aku mengajar, berkata-kata... Aku tengok beberapa orang pelajar perempuan senyum je (lebih 8 orang senyum serentak).


“Naper ada yang senyum-senyum ni?” tanya aku.


“Senyum le cikgu. Suara cikgu hari ni ‘slow’ semacam je. Romantik..” seorang pelajar yang juga seorang pengawas sekolah bersuara perlahan.


“a’ahh cikgu. Naper suara cikgu hari ni ‘slow’ je?” seorang lagi pelajar bersuara. Senyum meleret-leret.


“Uiss, kamu ni. Takkan cikgu nak cakap kuat setiap hari. Anak gajahpun boleh pitam tergolek-golek okey..” Semua pelajar ketawa. Akupun ikut ketawa.


“Betul cikgu.. Biasanya suara cikgu kuat je. Tak pernah ‘slow’ sebegini..” Seorang lagi pelajar bersuara menyokong kawannya.


p/s - Dalam hati aku terdetik... ishh ada-ada je diorang ni. Prihatin betul…

09 October 2009

Sama-sama kita menghulurkan "bunga mawar"

Apakah yang harus dilakukan agar perasaan kita selalu ceria, suka dan gembira? Kita biasanya ketawa bila tercuit hati dengan sesuatu kejadian yang melucukan. Kita gembira bila terima usikan dan gurauan dari teman-teman. Kita juga gembira bila mendapat hadiah, bunga, cokelat (barangan hiasan mungkin) dari si dia (ehemm). Kita gembira bila dinaikkan pangkat atau menerima apa jua anugerah. Malah kita pasti gembira apabila dapat berbual apatah lagi bertemu dengan seseorang yang sememangnya sudah lama kita merinduinya. Sudah lama kita berdebar untuknya.


Tapi bagaimana jika semua itu tidak berlaku, tidak ada seseorang dan keadaan yang boleh menggembirakan hati kita? Maksudnya punca kegembiraan itu tidak ada. Bagaimana caranya untuk kita wujudkan situasi yang menggembirakan hati kita?


Rasanya ada cara yang dapat berikan kegembiraan kepada kita jika sumbernya tidak ada. Apa kata kita cuba untuk gembirakan orang di sekitar kita. Kita gembirakan teman-teman dan sesiapa saja yang berhubungan dengan kita. Hidup kita inikan ibarat roda. Kitarannya sentiasa ada. InsyaAllah, rasa suka dan gembira yang kita berikan pada orang lain akan kembali pada kita semula. Pepatah cina ada mengatakan, “tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum...” (psstt! jangan pula bagi bunga yang tak ada bau. hehe)


Yup! mulai sekarang marilah kita hulurkan “bunga mawar” kepada sesiapa saja. Berikan dengan hati yang ikhlas. Berikan “bunga mawar” itu kepadanya setiap hari dan setiap masa jika berkesempatan. InsyaAllah, sebelum penerima “bunga mawar” mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkan akan pasti berbau harum terlebih dahulu.


Jom!! kita sama-sama menghulurkan “bunga mawar”. Kita berusaha untuk menjadi sumber kegembiraan. Gembirakan orang lain, kita pasti akan sama gembira. Dengan menyalakan lilin orang lain, lilin kita tidak akan padam, malah kita akan mendapat lebih banyak cahaya … insyaAllah.


p/s – Senyuman yang luar biasa dan mahal harganya ialah senyuman untuk menggembirakan orang lain. Walaupun ada kalanya diri dan hati kita sedang bergolak dengan pelbagai persoalan.



05 October 2009

Kenapa awak asyik berlari?


Suara itu masih jelas kedengaran di telingaku. Begitu juga visualnya.


Laily : Kasut baru?

CS : Hmm hmm. Hari itu sebenarnya bukan salah kasut tapi salah saya. Saya berlari… tak dapat berhenti. Sebab itu kasut itu koyak.


Laily : Awak lari daripada sesuatu atau awak lari kepada sesuatu?

Laily : Kenapa awak asyik berlari?

CS :Saya berlari sebab saya nak bernafas. Saya tak nak sesak nafas...


Laily : Adakah awak masih mahu berlari selepas ini?

CS : Masih sukar untuk saya berikan jawapan. Mungkin saya akan terus berlari. Mungkin juga saya akan perlahankan larian saya. Atau sekadar berjalan laju..


Laily : hmm hmm awak ni. Ada-ada je.


p/s – Sentiasa cuba untuk memahami situasi ini …

01 October 2009

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2009


Kelmarin, sambutan hari raya peringkat sekolah. Semua guru dan pelajar diminta memakai baju raya. Aku tengok bukan main bergaya lagi guru-guru dan pelajar berbaju baru. Beraya sakan. Suasana kelihatan meriah sekali.


Sebenarnya aku rasa seronok dengan sambutan raya peringkat sekolah ini. Seronok kerana semua kelas adakan jamuan. Pelajar dan guru kelas masing-masing bawa ‘menu raya’ dari rumah masing-masing.


Bayangkan sekolah ini ada 37 buah kelas semua. Adoiii bukan main la penat aku berjalan masuk keluar kelas, dari tingkatan satu hinggalah tingkatan enam. Masalahnya aku kena masuk semua kelas. Kalau tak, nanti terasa hati dan kecewa pula pelajar-pelajar ini. Nanti diorang ini kata aku tak sudi makan kuih raya diorang pula. Dan sesungguhnya aku dilahirkan untuk tidak akan mengecewakan hati sesiapapun .. apatah lagi hati pelajar-pelajar ini. ahakss!!!


Tapi sedia maklumle, aku ni bukannya boleh makan banyak. Pendiet orangnya. Jaga badan. Oleh itu, untuk jaga hati pelajar, aku masuk semua kelas tapi sekadar makan satu dua keping kuih je, kemudian ke kelas lain lagi. Begitulah seterusnya.


Tak tahan godaan aku apabila dengar pelawaan pelajar:


“Cikgu makan le kuih saya buat tu cikgu .. macam tak sudi je cikgu...”


“Cikgu makan le nasi dagang tu.. rendangpun ada...”


“alaaa cikgu takkan makan kuih sekeping je...”


“Cikgu makan le banyak lagi cikgu...”


“Cikgu takkan makan keropok je cikgu..”


“Cikgu minum air je..”

Rakan-rakan guru turut bergaya .. hehe

Pelajar-pelajar cina berbaju Melayu dan berbaju kurung. Smart & ayu gitu..

Ini baru je satu kelas. Ada 37 kelas semua sekali.. adoii seksanya!!

Guru yang sporting.. berkaraoke lagu raya. (Ada pelajar tanya, "Cikgu rashid tak nyanyi ke?" dushh!! jgn haraple. haha!!)

Pertunjukan fesyen raya - ciptaan sendiri pelajar ...

Persembahan lagu raya ..

Gambar 'skema' aku bersama rakan pentadbir .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search