Followers

13 October 2009

Cikgu perlu pandai 'bermain suara' dan mahir 'bahasa badan'

Sekadar hiasan.. (seronoknya jika sekolah begini. Satu pelajar satu komputer)


Sebagai seorang cikgu, suara dan bahasa badan sangat penting untuk ‘memikat hati para pelajar’. Seorang cikgu perlu pandai ‘bermain suara’ dan mahir dalam ‘bahasa badan’. Nada suara yang kuat, terang dan jelas akan dapat menarik perhatian pelajar. Begitu juga dengan 'bahasa badan'. Gerak badan, lirikan mata dan gaya tersendiri mesti ada pada seorang cikgu. Semua ini dapat menarik pelajar agar memberikan tumpuan sepenuhnya semasa cikgu sedang mengajar.


Bagi aku, seorang cikgu perlu pandai mengawal suasana dan menghidupkan suasana. Di samping itu, seorang cikgu juga perlu ada kisah, kaitkan isu semasa dan yang penting ‘cikgu sentiasa nampak bersemangat’.


Begitulah aku. Jarang aku bersuara perlahan. Kuat je suara. Mengajar gaya bercerita dan bercerita tu biasalah. Ada-ada saja cerita. Hadir spontan. Sampaikan ada pelajar minta aku bercerita.. cerita.. cerita lagi. Apa ingat aku tukang cerita ke? haha!!


Hakikatnya aku ini nampak je selalu serius orangnya tapi sebenarnya aku adalah cikgu yang sangat ‘mesra pelajar’. ahaksssssssssss. Aku sukakan suasana kelas yang ‘ceria dan happy’. Aku tak suka suasana kelas seperti ‘atas kuburan’ (kecuali masa exam..). Aku suka bila pelajar belajar dengan perasaan suka. Suka bertanya. Bertanya apa jua soalan.


Kelmarin – dalam kelas 4 Sains…


Sedang aku mengajar, berkata-kata... Aku tengok beberapa orang pelajar perempuan senyum je (lebih 8 orang senyum serentak).


“Naper ada yang senyum-senyum ni?” tanya aku.


“Senyum le cikgu. Suara cikgu hari ni ‘slow’ semacam je. Romantik..” seorang pelajar yang juga seorang pengawas sekolah bersuara perlahan.


“a’ahh cikgu. Naper suara cikgu hari ni ‘slow’ je?” seorang lagi pelajar bersuara. Senyum meleret-leret.


“Uiss, kamu ni. Takkan cikgu nak cakap kuat setiap hari. Anak gajahpun boleh pitam tergolek-golek okey..” Semua pelajar ketawa. Akupun ikut ketawa.


“Betul cikgu.. Biasanya suara cikgu kuat je. Tak pernah ‘slow’ sebegini..” Seorang lagi pelajar bersuara menyokong kawannya.


p/s - Dalam hati aku terdetik... ishh ada-ada je diorang ni. Prihatin betul…

24 comments:

Catwoman said...

Cikgu rashid....

Sy tak pandai bermain suara atau berbahasa badan......sy cuma pandai kenyit2 mata je.
Hihihiih......

Take care,Cikgu. :)

Pocket said...

err kalau pocket...
'Senyum le cikgu. Suara cikgu hari ni ‘slow’ semacam je. Romantik..'
'heheh, ari ni mood memang romantik, dah ader no fon saya?'


dan mungkin sebab itulah ,
pocket tak dianugerahkan ngan kerja sebagai pembimbing.

haaaaiiiihhhh :D

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid

aah.. suasana yg happening sentiasa dlm kelas boleh membuatkan student lebih minat untuk belajar.. tak stress.. tak trlalu serius dlm kelas.. kalau cikgu masuk mengajar asyik marah2.. tak pun cikgu mengajar meleret aja... aduh.. ngantok la pl.. bkn aja student.. yg bekerjaya klu dlm meeting room.. meeting serius semacam aja.. lps tue presentation meleret aja.. sure mengantoknya... sy sntiasa merasa begitu.. hee..hee..

Alangkah seronok jika di meeting room, ada org mcm awak!! hee..

-maiza-

Marzalina said...

kan saya pernah cakap dulu...tengok bahasa badan dan gaya bercakap cikgu pun.dah boleh tau..=)

hehehe..bukan saya sorang je cakap camtu rupanya hehehehe

CITY® said...

salam cikgu,

mayb suara cikgu slow kerana makan banyak majlis raya

or slow kerana masa tuh rindu pda seseorg, ahaks!

xoxoxo
heeee

Chenta said...

Wahai cikgu Rashid..

Hari ini takyah belajarlah...
kita bercerita nak ??

Cikgu ceritalah tentang Bulan..
Tentang Bintang..
Tentang Matahari..
Tentang Angin..
or tentang Bunga ??

Kalau Cikgu bercerita tentu semua anak2 murid diam dan terdiam .

Betul..

Sebab mereka terlalu asyik hingga tertidurrrr... heheee

Jangan mareeee.

Muallim Adham said...

salam..
heh heh mantap2... sekali sekala kena berubah2 juga kita ngajar ni.. baru mantap pelbagai

Rashid said...

Zyma Saad
iya saya zyma.
oooo kenyit mata ek.. dushh zyma..

Terima kasih zyma..

Rashid said...

Pocket
hah!! kalau macam tu pocket memang tak boleh jadi cikgu tu. Bahaya.. nanti keluar dalam dada akhbar, 'seorang cikgu...' adoii.. fenin fenin. kan kes naya tu.

Rashid said...

MaizaC’joe
yup memang betul maiza. Kalau terlalu serius memang memboringkan. Kaku je. Sekurangnya bila keadaan kelas ceria & happy, bukan pelajar je seronok belajar tapi cikgu juga seronok mengajar.

ermm.. lain kali kalau ada meeting room, call saya okey. Boleh saya join sekali. tapi risau pula. Nanti lain pula meetingnya.. kan awak..

Rashid said...

Marzalina
eeeeee adake intan cam tu. Bila intan tengok ‘bahasa badan’ saya ni..

kalau ada, pssttt diam-diam ek. jangan kasi orang lain tau k.

Rashid said...

bluecity
salam..
ermm rasanya ada betul juga tu. Yang mana satu betul ek? hehe. Memang blue pandai le bab meneka-neka ni. Tahniah!!

Rashid said...

Linda
iya wahai Linda manis..
wahh seronok nampak. Seronok pekenakan saya ek.. lama tak kena cubit tuu..
Linda, saya tak nak cerita kisah tu. Saya nak citer kisah seperti kisah kat entri Linda. Tentu best kan.. ‘tuu jawapan linda kepada rozita - malam lain pula’.. - huhuhuuu

Rashid said...

adham

Guna cara pelbagai.. kan taktik dalam tentera tu pelbagai. hehe

hazeleyed lady said...

Salam cikgu
Selamat berkenalan.
harapan kita serupa...mendidik anak bangsa.

aliadijamina said...

Agak-agak napa agaknya Cikgu bersuara romantis habisss hari ini???
Haaaaaaaa.....tengah rindu seseorang.. hahahahahha..

Nurul Nadiah said...

nadia nanti jadik kaunselor, kene pikir care tarik budak suka pegi bilik kaunseling pulak~ =)

Rashid said...

hazeleyed

salam juga. selamat berkenalan..

yup! kita serupa.. kita serupa..tapi tak sama. heehe

Rashid said...

aliadijamina

uissssssssssssssssss alia ni.
pssttttt perlahankan sikit suara tu.

macam tau tau je..

Rashid said...

Nadia Yuna

Nak ikut .. nak dikaunselor juga boleh tak? hehe..

nurayunni said...

selamt pgi cikgu...
bestnyer klu dpt cikgu r0mntik cam nie...hehe

Rashid said...

Nurayunni

Selamat petang ayunni..
ermm.. jom saya jadi cikgu ayunni.. hehe

Abam Kie said...

Salam ziarah. Blog Rashid sgt menarik. Jemputlah dtg ke blog saya pula. Jom kita saling jadi follower? Buat MOU, OK? Thanks.

Zuki (zukidin.blogspot.com)

Rashid said...

Juk

okey juk. t.kasih.. jom kita tandatangani MOU. hehe rasa macam buat MOU bina jambatan bengkok kat singapura pula.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search